Monday, May 11, 2009

Amir ke UIA

Anak sulong harapan keluarga nampaknya akan ke UIA untuk Program Asasi Sains Kujururuteraan di Kampus PJ pada 23hb Mei ini bagi sessi intake 2009/2010. Doa kami kepada Allah untuk memberi yang terbaik kepada nya. Yang terbaik bagi orang lain mungkin bukan yang terbaik untuk nya.

Setelah keputusan SPM pada bulan Mac tempoh hari, apabila pulang dari khidmat PLKN di Lumut, Amir memohon apa yang patut di pohon sebagai pengisian sebuah proses 'what's next after SPM'. Termasuklah menghadiri roadshow Mara Education Fair di PWTC dan berbincang dengan kawan2nya dalam beberapa siri outing di KL untuk menentu hala tuju. Termasuklah juga menghadiri sesi temuduga pengambilan Diploma in Helicopter Maintenance di MIAT Sepang.

Maka sebagai hasil dari proses yang di lalui tadi maka Alhamdulillah 3 offer utama telah dihidangkan. Tidak termasuklah offer dari beberapa Kolej Swasta untuk pengajian medik di Egypt, machine engineering di GMI, dan twin program luar negara, yang perlu banyak ongkos pembiayaan tentunya.


Tawaran pengajian yang Amir perolehi ialah:


  1. Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran di Penang (lapur diri: 11/5/09)
  2. Program Asasi Sains UniKL di Kulim (lapur diri: 10/5/09)
  3. Program Asasi Sains Kejuruteraan di UIA Kampus PJ (lapur diri 23/5/09)

Perancangan awal Amir ialah untuk ke UniKL bagi kursus Aviation Engineering. Di sokong pula oleh beberapa temannya dari MRSM KP yang juga menunjukkan minat yang sama. Di tambah pula oleh faktor tawaran itulah yang terawal di terima iaitu semasa MARA Education Fair di PWTC. Bidang Aviation ini juga pernah dicanangkan oleh En Samsuddin guru kaunselornya di MRSM KP di hari pengambilan keputusan SPM dua bulan lalu sebagai satu cabang teknologi yang sangat menarik.


Semangat berkobar2 Amir itu juga timbul apabila mendapat penerangan terperinci oleh En Zainuddin seorang pegawai kanan dari UniKL. Di tambah pula oleh penjelasan dari Hj Munir seorang jiran kami yang bekerja di MHS. Betapa bidang ini sangat in demand dan MHS contohnya will forever ready to take up graduate in that field from UniKL. Sebagai bapa, saya akur dan agak teruja dengan hands-on practical approach yang diamalkan di UniKL. Bersesuaian dengan tagline "Where Knowledge Applied" tidak sebagaimana universiti lain yang lebih menekankan kepada teori.

Tapi yang terbaik bagi Amir telah jua di tentukan Allah. Bersesuaian dengan doa yang di pohon saban hari. Setelah result UPU di siarkan di internet pada hari Jumaat 10/5/09 itu yang memaparkan bahawa Amir Asyraf di tawarkan tempat untuk ke UIA di bidang Kejuruteraan, maka dilema menentu hala tuju pengajian ini menjadi nyata.

Asasi Sains Kejuruteraan UAI ini sebenarnya adalah pilihan nombor uno Amir semasa mengisi permohonan secara online seminggu selepas result SPM keluar. Saya masih ingat, masa tu saya sekeluarga mengunjungi Perpustakaan KKB. Ada kemudahan internet di situ. Saya menemani Amir mengisi lapan pilihan mengikut susunan prioriti nya. Dan itulah hakikatnya Amir telah ditawarkan tempat untuk pilihan pertama di UPU. Tahniah dan Alhamdulillah. Agaknya itulah yang terbaik baginya.


Ada ramai kawan2nya yang memohon UIA tapi tidak berjaya. Ada pula yang mendapat pilihan ke 8. Rezki Amir agaknya sudah ditentukan Illahi. Setelah beberapa hari saya dan mama nya bertanya apakah keputusannya antara tiga pilihan yang ada? Amir masih gagal memberi jawapan. Daya imaginasinya masih berbelah bagi. Antara keseronokan bersama kawan2 lamanya yang ramai mendapat tempat di Kulim dan Penang dengan kekaburan arah tuju apa sebenarnya yang diingini.

Mama nya mohon dia solat Istikarah bagi mendapat ilham dari Allah. Agar pilihannya itu merupakan yang terbaik untuknya.


Di pendekkan cerita UIA lah pilahan Amir akhirnya. Dua minggu lepas saya sempat membawanya singgah di Kampus Induk UAI di Gombak. Sebuah panorama yang ada auranya yang tersendiri. Environment yang klasik dengan senibina mediterenean atau timur tengah di unjangi oleh sebuah Masjid yang hebat berdiri megah di tengah2 kompleks sebagai pusat ketamaddunan penggalian ilmu. Di sinilah nanti nya iaitu di Kuliyyah Engineering, Amir akan berjuang. Berjihad menuntut ilmu.

Saya sempat bertemu seorang kenalan sekerja saya iaitu Hj Naza yang kebetulan hari itu datang menemani anaknya untuk mendapat kursus jangka pendek di UIA. Dua orang anaknya sedang menuntut di UIA, di bidang Architecture & Accountancy. Saya bertanya kepadanya baik buruknya UIA ini.

First katanya this is the closest you can get to studying overseas. Maksudnya environment di sini seolah2 belajar di luar negara. Kerana penuntutnya dari berbilang bangsa dan negara. International flavour. Tutur pengajiannya dalam bahasa English dan Arab. Malah panjang pendeknya tempoh Program Asasi itu pun bergantung kepada tahap kemahiran English nya. Samada 1, 1.5, atau 2 tahun pangajian. Dan lulus subjek Arab Komunakasi pula adalah pra-syarat untuk melangkah ke tahun satu nanti.


Yang kedua katanya di sini terasa suasana Timur Tengah dan keislamannya di mana setiap waktu solat fardu contohnya, masjid akan menjadi tumpuan warga kampus. Masjid pula berfungsi sebagai pusat ilmu, tempat mahasiswa berbincang dan mentelaah buku. Tempat riadah, istirehat dan menenang jiwa. Kaya dengan majlis2 ilmu. Seiras suasana di Al Azhar Mesir dalam movie Ayat2 Cinta itu.

Dan yang ketiga, inilah satu2nya IPTA yang menawarkan tempat penginapan sepenuh masa untuk pelajarnya hingga ke tahun akhir pengajian. Sekiranya hendak tinggal di luar kampus terpaksa memohon. Berlawanan dengan IPTA lain yang terpaksa memohon untuk tinggal di kampus. Saya dan Amir mengangguk-angguk tanda setuju. Itulah kemudahan yang tinggi nilainya. Agar Amir nantinya boleh menumpukan segala usaha kepada kursusnya tanpa risau soal rumah sewa dan pengangkutan.

Teringat komen jiran saya ahli khariah Al Faiizeen iaitu Sdra Sabri apabila mendapat tahu Amir akan ke UIA, katanya "bagus tu, dah lah dekat". Seterusnya dia menasihati anak saya dari hatinya yang ikhlas:

Belajar sungguh2 especially first semesta ini. Usaha dapat A semua. Kerana sistem cGPA yang diguna pakai. Setiap kehadiran, kerja rumah, aktiviti, dan peperiksaan akan diambil kira mengikut peratusan tertentu. Keputusan yang tak elok di semesta satu bakal memberi efek negetif pada gred cGPA kesel
uruhan nanti. Amir rasanya faham situasi itu kerana dia pernah melalui sistem yang sama semasa di MRSM dulu. Fokus kepada belajar bukan pada yang lain.

Sabri seterusnya menekankan 3J iaitu:
  1. Jangan hisap rokok
  2. Jangan "bersosial" sangat
  3. Jangan bercinta

Kerana ketiga2 itu bakal melarikan tumpuan sebenar kita berjuang di medan kampus UIA itu. Saya kagum dengan nasihat bersungguh2 beliau kepada Amir. Katanya masa dulu dia bermusafir sendirian ke UTM untuk hari pertama pendaftaran. Bak budak sesat di kota. Penuh cabaran dan dugaan. Maklumlah datang dari keluarga susah. Niat nya satu untuk belajar mendapat ijazah demi mengubah kepayahan hidup keluarganya di Bachok. Dan dia pulun habis. Hingga kini bisa mengecapi hidup yang agak senang sebagai Land Surveyor di sebuah syarikat pembinaan swasta.

Teringat pula saya panggilan telefon dari kawan saya Azmi Abdullah semasa saya kat Pasar Malam di malam rabu lalu. Saya pernah menelefonnya 3 h
ari sebelumnya meminta pendapat profesionalnya mengenai Engineering School kat UIA tu. Memandangkan dia adalah lulusan UIA walaupun di bidang undang-undang.

Katanya dia telah bertanyakan beberapa kawannya yang graduate di bidang engineering. Katanya school of engineering di UIA is one the best at par with international standard. It is quite matured and has produced thousands of engineers in the past few years which are snapped up by the ope
n market like nobody business. That make me feels good. It matched my expectation actually. That is exactly how I felt about UIA. A university with international standard, stands tall and has value of its own.

I had a few eye-to-eye sessions with Amir about his future and what to be expected. From my observation he is quite blur and not really sure what is ahead of him. Life in secondary school and boarding school for that matter, despite all the exposures and travelling still does not make him somebody with strong wills and jatidiri. He is still easily influenced by friends, his surrounding and latest trends. Just like any other teenagers perhaps. That worries me.

So I asked Amir. What do you expect after 5 years at UIA. After some thinking he said I want to graduate as Engineer. I said, is that all? What are the differences between you and thousands of graduates in Engineering out there? What make you special so that the company such as Pernec or Talisman want to employ you as their staff? Amir remain blur and scratch his head.

After a while, I continue by saying that you are special and given a chance by Allah to study in a special University. For me among IPTAs today, UIA is t
he best and stay put at the front liner. Thumbs up. Not just because of it's international standard. But most importantly the Islamic environment, spirit, ruh and values installed. You are special because thousands of others who applied and put UIA School of Engineering as their first choice but failed to get a place. Even candidates with straight A's. Therefore please be greatful to Allah for this chance of a life time. Syukur Alhamdulillah.

How to show that you are greatful my son? Don't play play. Be serious. Study with determination. Allah is watching. Don't fool yourself. Remember that Allah is watching every step of the way. Not your mother or your father. You maybe can bluff and fool both your parent but not Allah The Al Mighty.

Start with
End in mind. Long journey start with the first step. Start with the right footing. This is the beginning. Forget the SPM years. It is gone. You can learn from history (the past) but plan for the future. What you do today will have some big impacts in your future. Remember that. You now a big boy who needs to decide what is right and what is wrong.

Start with the End in mind. You start with the registration day and proceed with Takruf week. At the end of that week you will sit for English assessm
ent test. Probably another one on Arab assesment test. It shall determine your level of competencies in both language. Engineering is not easy meat. You will struggle like crazy. You may get rejected half way. Beware. Lets put you in the right perpective. No shortcut. You will qualify as an engineer at the end of that 5 years if you put your heart to it. You put your best efforts. And you better place the right attitude.

Having said that, do not forget to learn about life. Make friends and interact with people. Improve your communication skills. Learn to appreciate nikmat Allah yang banyak. Nikmat akal fikiran, kesihatan, pancaindera, ilmu pengetahuan, keluarga, kawan2, alam sekitar, dan harta-benda. Jangan kufur nikmat. Be a street smart human being !!

You will be Ir Engineer in Mechanical Engineer just like your idola Ir Niza
r Jamaluddin (who has been declared by High Court today as the legal MB of Perak after all) one day. Not just engineer but the engineer guided with Islamic values all the way in your professional endeavour and well being as a human being, Hamba Allah and Khalifah Allah in this world of His. An engineer who contribute significantly in building the nation and society. An engineer who berdakwah and mengajak kepada yang benar dan meninggalkan segala yang di tegah Allah. Start with end in mind.

Therefore, start pickup all those values along the way of your 5 years at UIA. So that at the end
you are not just another Engineer on the street who easily can take rasuah but an Engineer yang bertaqwa, yang takutkan Allah dan tidak sudi melakukan perkara-perkara yang mungkar. InsyaAllah.


@@@

12 comments:

Unknown said...

Taniah to all, and mostly to Amir. Semoga berjaya!

stROZze said...

tahniah! belajar rajin2..

School Of Tots said...

kbguy - TQ sir. Long way to go. Semoga Amir punyai sikap yg tepat untuk berjaya.


stROZze - TQ sir. Harapnya Amir faham rajin usaha membawa jaya.

amir acap said...

em thank u papa....insya'Allah abg akan blaja sungguh2..n get 3.5 above in cgpa...tolong doakan abg mudah faham, n senang blaja nnti...thank u...

yushida03 said...

salam,

tahniah utk amir, dan his proud papa (n all the family).

Semoga dipermudahkan segalanya.

School Of Tots said...

OK bang, nawaitu kerana Allah. Kuat jatidiri. Ikhlas dlm berjuang. Papa doakan kejayaan dunia dan akhirat.

School Of Tots said...

yushida03 - TQ sir. Dugaan pun banyak time belajar zaman internet ni...semoga anak saya ini dapat pengalaman yg bermanafaat.

Anonymous said...

amir will be ur great son after all..

may GOD bless all...

all the best to amir then...

;)

Anonymous said...

waa.. u are so lucky to be part of uia 's family..
dulu ms bljr kt uia..bila gather dgn u lain..bila diorg tanyer dr u mane? jwb uia... diorg mesti ckp.. "waa....mesti terer.." sbb org len mmg pndg tinggi pd graduate uia sbb internatiol culture kami bljr.
bak ata lecturer saya..
"jrg dak uia tnm anggur.." tp saya tak keje pon sbb menjaga suami terchinta.. smbil jd student semula.. for my master...

sot said...

TQ cHeNta & musyuk - amir now (feb 2010) in his second year. Hope he will learn to be smarter and see life in a broader perspective.

paanRpeace said...

tahniah to amir..hehe..aku ni student uia gak..dah 3rd year kat uia gombak..lolo..sini aku ingin melahirkan sedikit rase xpuas at aku arr..hehe amir ,ko mmg untung sal ko nyer asasi 1taun je skrg..mase time2 aku dulu at least 1tahun 8bulan..pergh..aku rugi hmpir 1 taun idup aku kat uia pj tu..asasi ko lg senang..haha..sal byk benda uia pj dah hapuskan..dulu subjek core aku 14 subjek..konyer 8 jerk..jeles wei..tp aku nasihatkan la,masuk uia gombak ,style blaja dia lain woo..so be hardwork..goodluck..

School Of Tots said...

TQ paanRpeace. Di mana pun kita blaja, ingat Allah. Sekadar mana kita usha sekadar itulah yg akan tercapai. Maka masimakan usha demi mencapai cemerlang akademik ini. Namun yg lebih utama jadilah muslim yang soleh dan faham agama. Cemerlang bukan sekadar di dunia tapi yang lebih utama mesti cemerlang di Akhirat. Orang yang paling beruntung ialah yang mendapat redha Allah untuk masuk ke Syurga-Nya nanti.

ISU PENDIDIKAN

Saya terbaca sebuah posting yg sangat baik yg berupa luahan rasa seorg guru yg dedikasi perihal sistem pendidikan di sekolah yg sudah acap k...