Saturday, May 23, 2009

Taaruf




Kami sekeluarga baru balik dari urusan anak kat UIA di kampus PJ tadi. Kami tiba di UIA agak lewat. Jangkaannya 2:30pm tapi melarat hingga ke 3:30pm kerana laluan yang sesak. Maklumlah ramai sungguh yang datang for Asasi UIA registration day ini. Amir selesai "check-in" kat tingkat 4 Mahallah Abu Bakar sekitar jam 6:30 ptg. Katil double-decker dikongsi bersama Arif bekas pelajar Sek Integrasi Tasik Puteri. Bileknya agak selesa. Satu bilek di bahagi kepada 5 kompatmen. Satu kompatmen di khaskan untuk bilek study. Manakala selebihnya dikongsi dua pelajar setiap kompatmen. Kelebihan tingkat 4 ini ialah udaranya yang segar dan tiada nyamuk agaknya.

"Para pelajar baru dikehendaki solat maghrib berjemaah di Masjid. Pakaian kemeja puteh, bertali leher, seluar hitam, kasut hitam, dan bawa "Taaruf Kit". "Sila makan di cafe tingkat bawah sebelum maghrib". Terdengar announcement dari PA system berulang kali. Setelah selesai membantu Amir mengemas barangan ke dalam loker, maka kami semua turun menemaninya makan di cafe kat bawah. Wah, penat juga turun naik tingkat 4 ni. Makanan di cafe boleh tahan murahnya. Kami makan berlima jumlah hanya RM11. Harganya telah di subsidi oleh pihak UIA.

Kemudian berangkatlah kami meninggalkan anak bujang kami menjelang maghrib itu. Selamat berjuang Amir Asyraf !!

2 comments:

Farid Rashidi said...

sALAM TAaruf juga dari saya...

Apa khabar saudara?

Kalau kelapangan boleh ke

Kembara Sufi Mencari AspirasiMahu exchange link juga boleh.

School Of Tots said...

TQ Farid. Khabar baik. Saya akan berkunjung ke link sdra.

KEMBARA 100 MASJID

Sejak tahun lepas 2024, saya menanam satu azam untuk ziarah 100 buah masjid di seluruh negara sblom ajal menjemput. Saya akan memaparkan gam...