Friday, September 08, 2023

THE CANDIDATE


VIVEK

Vivek Ramaswamy adalah seorg calon untuk USA  presidential election 2024. Siapa dia? 

Very young at 38. Very successfull in business. Currently worth more than USD1B. Have no political experience or run any political post. Yet he caught everybody by suprise with his aticulate and constructive talks and speeches. 

He got plan and agenda up his sleeves if choosen as president. His confidence level is very firm and high. Even drilling with rapid fire from experts newsman cannot shake him up. 

He looks very sharp, remind me of Trump who he declares as the best US  president of the 21st century. 

He is the underdog, but very fresh and smart talent who wanna offer his body and soul to lead the most powerful country in the world. Maybe God send him to save the world. Who knows.

***
One of his thoughts about 10 truth;

TRUTH
1. God is real.
2. There are two genders.
3. Human flourishing requires fossil fuels.
4. Reverse racism is racism.
5. An open border is no border.
6. Parents determine the education of their children.
7. The nuclear family is the greatest form of governance known to mankind.
8. Capitalism lifts people up from poverty.
9. There are three branches of the U.S. government, not four.
10. The U.S. Constitution is the strongest guarantor of freedoms in history.

***

"I’m the outsider on this stage. I’m not a politician. My parents came to this country 40 years ago with no money, and I’ve gone on to found multibillion dollar companies. I did it while getting married to my wife Apoorva and raising our two sons. That’s the American Dream. For a long time, we conservatives have been running *from* something. Now is our moment to start running *to* something. To our vision of what it means to be an American."
~vivek ramaswamy

Bare in mind Rishi Sunak of indian decent is the current prime minister of UK. Who would expect that few years back. Like tom cruise used to say, "If you choose to accept it, nothing is impossible including mission impossible."

Maybe a star is born out of nowhere.

#CalonPresidenAmerica

Saturday, May 20, 2023

CIRI MUNAFIK

Sahabat saya ada bercerita perihal dirinya ditipu oleh kawan sendiri dlm kontrak renovasi rumahnya. Duit yg di bayar tidak setimpal dgn progres kerja yg dibuat dan terbengkalai di tgh jalan. Saya juga pernah deal dgn org sebegini dlm soal kerja renovasi rumah dan juga soal bayar hutang. Janji sekadar manis di bibir.

Dari pengalaman saya org yg suka menipu dan cakap tak serupa bikin ini akan mudah untuk mengulanginya lagi dan lagi tanpa silu dan malu. Ia adalah skil yg tersendiri yg dibina overtime. 

Dalam kes kawan saya di atas rupanya bukan dia saja yg kena tipu tapi dua org lagi pun kena. Memang licik si penipu itu, munafiq tegar.

Lebih teruk lagi jika yg berjanji namun tidak ditunaikan itu, seorg yg mmg dikenali sebagai kaki masjid @surau. Akan menyebabkan fitnah @sangka buruk stereotype yg sangat teruk kod setiap ahli masjid @surau yg lain. Tanggungjawab yg lebih berat sebenarnya pada mata masyarakat.

Untuk kita lebih faham ciri2 org munafik, artikel berikut sangat jelas dlm merungkai perihal munafiq ini. Smoga bermanfaat utk semua yg membaca posting ini di seluruh dunia. Kredit utk penulis asalnya.

*****

KEBIASAANNYA apabila kita membicarakan tentang sifat munafik kita akan merujuk kepada hadith daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah ﷺ bersabda:

“Tanda-tanda orang munafik ada tiga, iaitu apabila dia berbicara dia dusta, apabila dia berjanji tidak ditepati dan apabila diberi amanah dia khianati.”
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Di dalam hadith ini hanya di sebut 3 ciri munafik tetapi di dalam al-Quran dinyatakan banyak lagi sifat-sifat munafik. Berikut adalah antara sifat-sifat munafik yang di sebutkan dalam al-Quran:

1. Berbuat kerosakan di muka bumi

وَإِذَا قِيلَ لَهُمْ لَا تُفْسِدُوا فِي الْأَرْضِ قَالُوا إِنَّمَا نَحْنُ مُصْلِحُونَ

Dan apabila dikatakan kepada mereka: “Janganlah kamu membuat bencana dan kerosakan di muka bumi”, mereka menjawab: ” Sesungguhnya kami orang-orang yang hanya membuat kebaikan”. Surah Al-Baqarah: 11

أَلَا إِنَّهُمْ هُمُ الْمُفْسِدُونَ وَلَٰكِنْ لَا يَشْعُرُونَ

Ketahuilah! Bahawa sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang sebenar-benarnya membuat bencana dan kerosakan, tetapi mereka tidak menyedarinya. Surah Al-Baqarah: 12

2. Menuduh bodoh orang beriman

وَإِذَا قِيلَ لَهُمْ آمِنُوا كَمَا آمَنَ النَّاسُ قَالُوا أَنُؤْمِنُ كَمَا آمَنَ السُّفَهَاءُ ۗ أَلَا إِنَّهُمْ هُمُ السُّفَهَاءُ وَلَٰكِنْ لَا يَعْلَمُونَ

Dan apabila dikatakan kepada mereka: “Berimanlah kamu sebagaimana orang-orang itu telah beriman”. Mereka menjawab: “Patutkah kami ini beriman sebagaimana berimannya orang-orang bodoh itu?” Ketahuilah! Sesungguhnya merekalah orang-orang yang bodoh, tetapi mereka tidak mengetahui (hakikat yang sebenarnya). Surah Al-Baqarah: 13

3. Keras kepala dan merasa mulia berbuat dosa

وَمِنَ النَّاسِ مَنْ يُعْجِبُكَ قَوْلُهُ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَيُشْهِدُ اللَّهَ عَلَىٰ مَا فِي قَلْبِهِ وَهُوَ أَلَدُّ الْخِصَامِ

Dan di antara manusia ada orang yang tutur katanya mengenai hal kehidupan dunia, menyebabkan engkau tertarik hati (mendengarnya), dan ia (bersumpah dengan mengatakan bahawa) Allah menjadi saksi atas apa yang ada dalam hatinya, padahal ia adalah orang yang amat keras permusuhannya (kepadamu). Surah Al-Baqarah: 204

وَإِذَا تَوَلَّىٰ سَعَىٰ فِي الْأَرْضِ لِيُفْسِدَ فِيهَا وَيُهْلِكَ الْحَرْثَ وَالنَّسْلَ ۗ وَاللَّهُ لَا يُحِبُّ الْفَسَادَ

Kemudian apabila ia pergi (dengan mendapat hajatnya), berusahalah ia di bumi, untuk melakukan bencana padanya, dan membinasakan tanaman-tanaman dan keturunan (binatang ternak dan manusia; sedang Allah tidak suka kepada bencana kerosakan. Surah Al-Baqarah: 205

وَإِذَا قِيلَ لَهُ اتَّقِ اللَّهَ أَخَذَتْهُ الْعِزَّةُ بِالْإِثْمِ ۚ فَحَسْبُهُ جَهَنَّمُ ۚ وَلَبِئْسَ الْمِهَادُ

Dan apabila dikatakan kepadanya: “Bertaqwalah engkau kepada Allah” timbulah kesombongannya dengan (meneruskan) dosa (yang dilakukannya itu). Oleh itu padanlah ia (menerima balasan azab) neraka jahannam dan demi sesungguhnya, (neraka jahannam itu) adalah seburuk-buruk tempat tinggal. Surah Al-Baqarah: 206

4. Mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman

بَشِّرِ الْمُنَافِقِينَ بِأَنَّ لَهُمْ عَذَابًا أَلِيمًا

Sampaikanlah khabar berita kepada orang-orang munafik: bahawa sesungguhnya disediakan untuk mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya; Surah An-Nisa’:138

الَّذِينَ يَتَّخِذُونَ الْكَافِرِينَ أَوْلِيَاءَ مِنْ دُونِ الْمُؤْمِنِينَ ۚ أَيَبْتَغُونَ عِنْدَهُمُ الْعِزَّةَ فَإِنَّ الْعِزَّةَ لِلَّهِ جَمِيعًا

(Iaitu) orang-orang yang mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Tidaklah patut mereka (orang-orang munafik) mencari kekuatan dan kemuliaan di sisi orang-orang kafir itu, kerana sesungguhnya kekuatan dan kemuliaan itu semuanya ialah milik Allah, (diberikannya kepada sesiapa yang dikehendakiNya). Surah An-Nisa:139

5. Berhakim kepada taghut dan syaitan

أَلَمْ تَرَ إِلَى الَّذِينَ يَزْعُمُونَ أَنَّهُمْ آمَنُوا بِمَا أُنْزِلَ إِلَيْكَ وَمَا أُنْزِلَ مِنْ قَبْلِكَ يُرِيدُونَ أَنْ يَتَحَاكَمُوا إِلَى الطَّاغُوتِ وَقَدْ أُمِرُوا أَنْ يَكْفُرُوا بِهِ وَيُرِيدُ الشَّيْطَانُ أَنْ يُضِلَّهُمْ ضَلَالًا بَعِيدًا

Tidakkah engkau (hairan) melihat (wahai Muhammad) orang-orang (munafik) yang mendakwa bahawa mereka telah beriman kepada Al-Quran yang telah diturunkan kepadamu dan kepada (Kitab-kitab) yang telah diturunkan dahulu daripadamu? Mereka suka hendak berhakim kepada Taghut, padahal mereka telah diperintahkan supaya kufur ingkar kepada Taghut itu. Dan Syaitan pula sentiasa hendak menyesatkan mereka dengan kesesatan yang amat jauh. Surah An-Nisa’: 60

وَإِذَا قِيلَ لَهُمْ تَعَالَوْا إِلَىٰ مَا أَنْزَلَ اللَّهُ وَإِلَى الرَّسُولِ رَأَيْتَ الْمُنَافِقِينَ يَصُدُّونَ عَنْكَ صُدُودًا

Dan apabila dikatakan kepada mereka: “Marilah berhakim kepada hukum Al-Quran yang telah diturunkan oleh Allah dan kepada hukum Rasulullah,” nescaya engkau melihat orang-orang munafik itu berpaling serta menghalang (manusia) dengan bersungguh-sungguh daripada menghampirimu. Surah An-Nisa’: 61

6. Membuat kekacauan di barisan kaum muslimin

لَوْ خَرَجُوا فِيكُمْ مَا زَادُوكُمْ إِلَّا خَبَالًا وَلَأَوْضَعُوا خِلَالَكُمْ يَبْغُونَكُمُ الْفِتْنَةَ وَفِيكُمْ سَمَّاعُونَ لَهُمْ ۗ وَاللَّهُ عَلِيمٌ بِالظَّالِمِينَ

Kalaulah mereka keluar bersama kamu, tidaklah mereka menambahkan kamu melainkan kerosakan, dan tentulah mereka segera menjalankan hasutan di antara kamu, (dengan tujuan) hendak menimbulkan fitnah (kekacauan) dalam kalangan kamu; sedang di antara kamu ada orang yang suka mendengar hasutan mereka. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui akan orang-orang yang zalim. Surah At-Taubah: 47

7. Menyuruh yang mungkar dan melarang orang berbuat baik

الْمُنَافِقُونَ وَالْمُنَافِقَاتُ بَعْضُهُمْ مِنْ بَعْضٍ ۚ يَأْمُرُونَ بِالْمُنْكَرِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمَعْرُوفِ وَيَقْبِضُونَ أَيْدِيَهُمْ ۚ نَسُوا اللَّهَ فَنَسِيَهُمْ ۗ إِنَّ الْمُنَافِقِينَ هُمُ الْفَاسِقُونَ

Orang-orang munafik lelaki dan perempuan, setengahnya adalah sama dengan setengahnya yang lain; mereka masing-masing menyuruh dengan perbuatan yang jahat, dan melarang dari perbuatan yang baik, dan mereka pula menggenggam tangannya (bakhil kedekut). Mereka telah melupakan (tidak menghiraukan perintah) Allah dan Allah juga melupakan (tidak menghiraukan) mereka. Sesungguhnya orang-orang munafik itu, merekalah orang-orang yang fasik. Surah At-Taubah: 67

8. Khianat dan tidak menepati janji

فَلَمَّا آتَاهُمْ مِنْ فَضْلِهِ بَخِلُوا بِهِ وَتَوَلَّوْا وَهُمْ مُعْرِضُونَ

Kemudian setelah Allah memberi kepada mereka dari limpah kurniaNya, mereka bakhil dengan pemberian Allah itu, serta mereka membelakangkan janjinya; dan sememangnya mereka orang-orang yang sentiasa membelakangkan (kebajikan). Surah At-Taubah: 76

فَأَعْقَبَهُمْ نِفَاقًا فِي قُلُوبِهِمْ إِلَىٰ يَوْمِ يَلْقَوْنَهُ بِمَا أَخْلَفُوا اللَّهَ مَا وَعَدُوهُ وَبِمَا كَانُوا يَكْذِبُونَ

Akibatnya Allah menimbulkan perasaan munafik dalam hati mereka (berkekalan) hingga ke masa mereka menemui Allah, kerana mereka telah memungkiri apa yang mereka janjikan kepada Allah dan juga kerana mereka sentiasa berdusta. Surah At-Taubah:77

9. Mengajak meninggalkan jihad

فَرِحَ الْمُخَلَّفُونَ بِمَقْعَدِهِمْ خِلَافَ رَسُولِ اللَّهِ وَكَرِهُوا أَنْ يُجَاهِدُوا بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنْفُسِهِمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَقَالُوا لَا تَنْفِرُوا فِي الْحَرِّ ۗ قُلْ نَارُ جَهَنَّمَ أَشَدُّ حَرًّا ۚ لَوْ كَانُوا يَفْقَهُون

Orang-orang (munafik) yang ditinggalkan (tidak turut berperang) itu, bersukacita disebabkan mereka tinggal di belakang Rasulullah (di Madinah); dan mereka (sememangnya) tidak suka berjihad dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah (dengan sebab kufurnya), dan mereka pula (menghasut dengan) berkata: “Janganlah kamu keluar beramai-ramai (untuk berperang) pada musim panas ini”. Katakanlah (wahai Muhammad): “Api neraka Jahannam lebih panas membakar”, kalaulah mereka itu orang-orang yang memahami. Surah At-Taubah: 81

Keruntuhan sesebuah tamadun atau bangsa selalu berkait dengan peranan pengkhianat atau musuh di dalam selimut. Walaupun golongan ini sentiasa menyembunyikan karakter mereka namun kita akan dapat mengetahuinya daripada sifat-sifat ini. Sifat-sifat ini amat penting agar kita berwaspada terhadap golongan ini selain tidak terpengaruh dan turut sama melakukan apa yang dilakukan oleh golongan munafik.

Ustaz Mus’ab Norkefli
Sarjana Muda Syariah Universiti Al-Azhar Mesir

Sarjana Syariah Universiti Malaya

Friday, November 04, 2022

PANAS POLITIK



AURA

Aura PRU15 semakin hangat. Masing2 parti sudah menamakan calon masing2. Maka pada 5 nov akn disahkan secara rasmi setelah selesai proses penamaan calon.

Ada beberapa org tokoh politik, iaitu penyandang jawatan MP sebelum ini awal2 lagi menyatakan hasrat utk tidak bertanding kali ini. Alasan yg diberikan termasuklah masalah kesihatan, sudah byk penggal berkhidmat, nak bagi peluang kpd muka2 baru, sudah tak sebulu dgn pimpinan parti, dsb. 

Ada juga yg sebenarnya tak konfiden akn dicalonkan semula oleh parti, so to play safe announce terus tak akn mempertahankan kerusi. Jadi boleh cover line la sikit. Berundur secara terhormat kata org indon. Ada juga yg mmg sedar diri tak perform so satu penggal merasa jadi MP hari tu pun cukuplah. 

Ada juga yg keluar parti asal krana pelbagai sebab, dan terhegeh2 nak cari tapak baru, rupa2nya org lain pun tak hingin. So melepas la nak jadi calon yg muktabar. Kalau tak puas hati jugak, bertanding je la sebagai calon bebas yg peratusan menang di semenanjung ni mmg almost zero percent.

Saya dulu ada seorg kenalan  org politik di sg buaya. Pada pru sebelumnya, dia bertanding sebagai calon bebas. Bila kawan2 bertanya, "Hang mmg tau takde sokongan knapa masuk bertanding jugak?" Dia jawab, "Aku sebagai org politik di hujung usia politik, rela mati digelanggang politik drp mati di luar tanpa berlawan." Tu dia semangat org politik ni lain mcm. Kita yg dok di luar mmg tak rasa mcm org politik rasa.

Justru tak heran lah beberapa tokoh politik yg dikenali ramai, tokoh veteran,  termasuk yg menyandang jawatan dlm kabinet sebelum dibubarkan, yg telah di pinggirkan oleh parti drp senarai calon merasa begitu terpukul, perit, dan tersiksa jiwa dan raga. 

Ada yg cool di luar, kat dlm sapa tau, yg menerima keputusan pucuk pimpinan parti dgn redho. Maka tokoh2 sebegini digelar berjiwa besar dan nama akn dipuji di pentas utama atau posting2 medsos.

Ada yg tak dpt terima realiti ini, walau pun dah pegang kerusi berpenggal2, dah kaya raya. So lawan tetap lawan katanya iaitu menjadi calon mi segera parti2 lain. Atau paling kurang pun jadi calon bebas. Saya adalah calon winnable. Tak logik depa boleh drop saya, katanya kpd para penyokong tegar beliau. Maka di sini di letak label, tidak wala' kpd parti. Pelbagai alasan diberi oleh presiden parti termasuklah faktor umur, beri ruang kpd pelapis, dsb.

Ada juga beberapa tokoh besar yg berpotensi sebenarnya namun tidak digemari oleh pucuk pimpinan, atau belong to team B, akan cuba dicantas secara halus dgn meletakkan bertanding di kerusi2 asing, atau berlawan dgn figura2 utama sesebuah parti lawan, atau dijadikan calon di kerusi yg tak selamat yg kalau ikut kira2 mamak mmg susah bebenau dia nak menang. Istilah politik itu kotor mungkin bukan saja2 dicipta oleh rakyat marhain.

Knapa org politik berebut nak jadi calon pru? Dgn jawatan MP atau Adun yg disandang itu bisa menjadi tiket kuasa & duit. Sebab tu depa berebut. Tu satu pandangan. 

Ada pulak kata kalau org baik tak masuk bertanding dlm gelanggang politik sistem demokrasi di pru maka di khuatiri pimpinan negara atau negeri akn dipenuhi dgn org2 yg kurang baik. Maka menjadi tanggung jawab org2 yg baik dan amanah dapat join sama bertanding dlm gelanggang politik.

Ada pulak beberapa tokoh yg aduhai kalau nak ikutkan mmg umur dah kategori wargamas sangat. Tapi stay lagi nak kekal jadi calon. Knapa la slama ini dia sebagai pemimpin tak gheti nak groom org lain sebagai penggantinya. Kubur dah kata mari anytime kot. Insaf la. Sibukkan diri mencari bekal ke akhirat yg kekal, itu yg lebih afdal. Tapi having said that, macam yg dijelaskan di atas la kan, jiwa org berdarah politik ni lain mcm dna dia.

Anyway kita sebagai pengundi ni macamana pulak? Ada yg tak mau keluar mengundi sebab fedup dgn sinerio politik yg berserabut. Ada yg nak buat undi rosak. Jgn bro, sebab perlakuan ini sebenarnya akn menyumbang kelebihan satu undi kpd calon yg akan menang. Jadi anda kena keluar membuang undi. Tunaikan tanggungjawab anda. Pilih pemimpin yg baik yg boleh membawa kita ke jalan yg menuju redho Allah. So that di hadapan Allah bila ditanya, kita boleh jawab saya telah pilih calon yg terbaik semampunya.

#BicaraPolitik

*****

Very good analysis - put down your political bias before read! 

*THE MALAY ELECTORATE*

To win an election, you need need sufficient Malay votes. Not more than 51%, but sufficient.

This is because there are only 30% Chinese in the entire electorate.

To make matters worse for PH, this 30% Chinese votes carries only 20% weight in terms of number of seats because of malapportionment.

Malapportionment is where millions of Chinese votes are dumped into a few selected constituencies, thereby rendering those votes to only a small number of seats.

Example (2022).
Serdang: 350k voters = 1 seat
Kota Raja: 250k = 1 seat
Damansara: 240k voters = 1 seat
Subang: 230k = 1 seat
Klang: 210k voters = 1 seat
Gombak: 206k = 1 seat
Kota Melaka: 165k = 1 seat
Puchong: 150k voters = 1 seat

On the other hand, in the Malay rural heartland where BN hold the seats and PH cannot penetrate, this is what it looks like.

Cameron Highlands: 35k voters = 1 seat
Lipis: 36k voters = 1 seat
Lenggong: 37k voters = 1 seat
Padang Rengas: 38k voters = 1 seat
Gerik: 48k voters = 1 seat
Parit: 48k voters = 1 seat
Bagan Datoh: 58k voters = 1 seat

That is why PH supporters must be smart and not syiok sendiri in what we call the “Klang Valley Bubble” or “Urban Bubble”.

350k votes in Klang Valley is only 1 seat.
But the same 350k votes in the rural areas can produce 10 seats for BN.
Example.

Every single pollster in this country has done a research on who is the most popular Malay leader between BN vs PN vs PH.

All of them arrived at a similar result with the difference being only the percentage points.

1. Muhyiddin Yassin (+-50%)
2. Ismail Sabri (+-40%)
3. Anwar Ibrahim (+-30%)

Since PH cannot garner enough Malay votes, the only option left is for PH to pray hard that PN can split enough Malay votes from BN.

Else PH will remain as the “non-Malay Opposition” and you know we know what does a “Malay government” do.

In fact the Malays don’t support corruption. They know corruption is wrong too. BUT they don’t see PH as a safe alternative for them.

Say for example you as Chinese. Even if PH is corrupted or practise nepotism, you won’t vote anyone else either because you don’t see any other alternative as a safe alternative for you. So you continue closing one eye to PH’s wrongs. It’s not because PH is clean, but it’s because you don’t see any other parties better than PH.

The same applies to the Malays who don’t vote PH. They just happen to be in a different spectrum.

They don’t support corruption. That js why they see Muhyiddin and PN as the alternative to BN and PH.

That is why Muhyiddin is more popular among the Malays.

In many of the Malays’ mind, Muhyiddin is the one fighting corruption. Not PH. Not DAP. Not PKR.

It is Muhyiddin who “fought” corruption.
It is Muhyiddin who “sacrificed” his DPMship to fight Najib and 1MDB.

Muhyiddin then went one step further by “rescuing” Bersatu from DAP/PH.

That’s how the Malays view Muhyiddin.

To understand how those Malays think, you need to first take off your hat as a PH supporter. Don’t view politics from the lenses of a PH supporter.

View it from a real Malay Malay lenses then you will understand Malay psychology.

#TrendingPengundiMelayu

*****

MUSA

Tika musim pru15 ini semakin hangat ada tanggungjawab berat sebagai rakyat marhain. Medsos menjadi platform masakini popular dan trending utk masing2 memberi hujah dan poin untuk menguat dan mempengaruh. Bahan2 fitnah dan persepsi pun banyak. Pengundi2 muda akan menjadi penting. 

Momentum kempen, bahan2 re-cycle, dan isu2 semasa bisa mencorak sentimen pengundi terutamanya yg tidak menyokong atau menjadi ahli mana2 parti politik. Ada juga yg fedup dgn politik dan tidak berhajat keluar mengundi atau ingin melakukan undi rosak. Ingatlah segala perlakuan itu akn menyumbang sebenarnya dlm menentukan siapa yg akn terpilih sebagai wakil rakyat dan pemimpin negara. 

Setiap rakyat yg layak mengundi punyai tanggungjawab memilih pemimpin. Maka saya ingin kongsikan coretan di bawah ini sebagai panduan atau sekurang2nya memberi maklumat terutamanya kpd sesiapa yg masih keliru atau tidak pasti halatuju dlm proses demokrasi pilihanraya umum. Semoga ada manfaatnya.

***

Sesuatu yang wajib difikirkan dan difahami dengan sebenar2nya.

SIAPA YANG PERLU KITA IKUTI UNTUK MEMIMPIN KITA?

Ini Analisa Yang Bagus Sekali dari ust abdul somad (UAS).  

KEMANA KITA BERPIHAK ?

Ustadz ABDUL SOMAD, 
bertanya kepada jama'ahnya;

UAS 😗 :
"Andai kita hidup pd zaman Fira'un, kira-kira kita jadi pengikut siapa, 
Fir'aun atau Nabi Musa?"

Jama'ah: "Musaaaaa."
 (Jawab jama'ah kompak).

UAS 😗  "Yakiiin?"
Jama'ah 😗  "Yakiiiiiin....."

UAS 😗 
-Tapi yang membangun kota Mesir, Fir'aun.
-Yang bangun infrastruktur juga dia.
-Yang bangun piramid, Fir'aun. 
-Yang paling kaya, Fir'aun.
-Yang punya bala tentara banyak 
-dan kuat, Fir'aun.
-Yang punya banyak pengikut, Fir'aun.
-Yang bisa memberi perlindungan  dan jaminan, Fir'aun.
-Yang Berkuasa, Fir'aun.
-Yang bisa menyediakan 
makanan dan minuman, 
Fir'aun.
-Yang bisa adakan hiburan, Fir'aun. 
-Yang bisa buat pusat perbelanjaan, Fir'aun.
-Bahkan jika teknologi nya sudah ada, mungkin *Kartu Mesir Sehat* 
dan *Kartu Mesir Pintar* juga dibuatnya."

Sementara Nabi Musa......
siapa dia?
-Hanya seorang penggembala kambing. 
-Bicara saja tidak fasih alias cadel (akibat pernah memakan bara api diwaktu bayi). 
-Hanya memiliki sebatang tongkat butut.

Masih yakin mau ikut Nabi Musa........?
Tanya UAS sekali lagi.

Jamaah terdiam... Saling toleh satu sama lain.

UAS 😗 
"Kerjaan Nabi Musa hanya sebagai penjaga kambing, tiba-tiba mau mengajak kita menyeberangi lautan,
tanpa memakai sampan, tanpa perahu, tanpa kapal.
Apakah yakin kita mau ikut Nabi Musa?"

Tak satupun jama'ah berani menjawab.
Semua tertunduk, diam seribu bahasa.

UAS 😗 
Betapa  sesungguhnya manusia zaman Firaun dan zaman sekarang, 
tidak ada bedanya. 
Di Zaman sekarang ini, mayoritas tergila gila pada harta, wanita, pangkat, jabatan, pujian, rayuan. Cinta materi. Al Wahn
(cinta keduniawian).

Sungguh, Fir'aun itu akan tetap ada hingga akhir zaman. 
Hanya saja berubah wajah dan bentuknya. 
Juga namanya.
Namun secara hakikat dia akan terus ada. 
Sebab sejarah akan berulang, dan kita harus tetap yakin seyakinnya _biidznillah_
Fir'aun dikalahkan oleh Musa, karena Kuasa ALLAH AZZA WA JALLA.

Siapapun yang akan jadi pemimpin itu  sudah menjadi takdir. Sudah tertulis di _Lauhul Mahfudz,_ tetapi ALLAH SWT  akan mencatat dimana kita berpihak.

Belajarlah dari CICAK dan Burung Pipit.

Dahulu saat Nabi Ibrahim Alaihi Salam dibakar oleh Raja Namrud, datanglah burung pipit yang bolak balik mengambil air 
dan meneteskan air itu di atas api yang membakar Nabi Ibrahim.

Cicak yang melihatnya tertawa. "Hai pipit, bodoh amat yang kau lakukan itu. 
Paruhmu yang kecil hanya bisa menghasilkan
beberapa tetes air saja, 
mana mungkin bisa memadamkan api itu?

Burung pipit pun menjawab:
"Wahai cicak, memang tak mungkinlah aku bisa memadamkan api yang besar itu, tapi aku tak mau jika ALLAH SWT
melihatku diam saja
saat sesuatu yang ALLAH  cintai dizholimi.
Allah tak akan melihat 
apakah aku berhasil memadamkan 
api itu atau tidak.
Tetapi Allah akan melihat di mana aku berpihak. 

Cicak terus tertawa, dan sambilmenjulurkan lidahnya ia berusaha meniup api yang membakar Nabi Ibrahim Alaihi Salam agar cepat membesar.

Memang tiupan cicak tak 
ada artinya tak menambah besar api yang membakar 
Nabi Ibrahim, tetapi Allah melihat dimana Cicak berpihak.

Hikayat ini terjadi sekarang dan akan terus berulang.
Saat Al-Qur'an dinistakan,
suara Azan dipermasalahkan,
bendera tauhid dibakar dan pembela Agama dikriminalisasi.

Aku bertanya padamu sahabat:
Dimanakah kau berpihak......?????

Memang, pilihanmu tak akan mengubah sedikitpun takdir Allah.

Tapi Allah akan mencatat dimana kau berpihak.
Berada di barisan mana dirimu. Siapa dan apa yang kamu dukung.

Ingat-ingat... pilihanmu akan dimintai pertanggung jawaban kelak di akhirat.

Untuk kita Renungkan
Semoga Kita semua selalu dalam Lindungan ALLAH SWT Aamiin...yaa Mujibassailiin..

#RenungDanFikir
#MencariPemimpinYangBaik




Saturday, October 22, 2022

KERJA DAKWAH YG HILANG

Kerja Dakwah Yang Hilang

Saya ingin mengimbas satu program yang diberi nama Konvensyen Nasional anjuran Persatuan Ulama Malaysia (PUM) dan JAIS atas tajuk Islam dan Islamisasi Di Malaysia berlangsung empat tahun lalu di Shah Alam. Saya merasakan ia sangat relevan dengan objektif pertandingan tulisan ini, untuk sedikit sebanyak mengocak iman kita yang mungkin terlena kepada segala permaslahatan ummah yang berlaku di dalam negara kita khasnya dan di serata dunia amnya. Wacana ilmu yang sungguh intelek dan bermutu tinggi dengan pembentangan 13 kertas kerja oleh tokoh-tokoh akademik dan pentadbiran yang hebat belaka. Sewajarnya program sebegini lebih mendapat sambutan hangat oleh para pencinta ilmu, perisau maslahan ummat, dan pemikir semua. Acara dimalam terakhir atas tema Umara dan Ulama sempena penyampaian watiqah ahli kehormat PUM juga diadakan. Dato Menteri Besar Selangor hadir dan menyampaikan ucapan yang mantap dan bersemangat.

Syarahan perdana bertajuk, ‘Islam: Politik dan Perpaduan Ummah’ oleh Prof Emeritus Datuk Dr Mahmood Zuhdi Ab Majid merangkap pengerusi Majlis Dakwah Negara, telah menghangatkan suasana dan mencelik mata sekelian yang hadir di majlis makan malam itu. Prof menceritakan sejarah politik negara, naratif perbalahan dan perpecahan, hinggalah kepada harapan perpaduan ummah, agar umara dan ulama’ saling berhubung dan berpaut supaya politik tidak lagi jadi pemecah tapi penyatu. Di suasana negara kita dan dunia yang dilingkungi musuh-musuh islam, matlamat terakhir mestilah untuk menegak Agama Allah. Antara masalah kita ada tiga iaitu jahil, taksub dan tiada adab. Maka kembalilah kepada ilmu. Membudaya ilmu dalam masyarakat dan jaga adab. Fahami ilmu secara mendalam hingga ke dasar, barulah bisa mencapai mutiaranya. Ilmu yang datar sekadar melahirkan pimpinan yang palsu. Taksub kepada yang palsu bisa mengundang rebah.

Dakwah adalah satu kerjaya. Kerja siapa? Kerja saya, kerja anda, kerja kita semua yang mengaku ummat Nabi. Dakwah kerja utama Nabi sepanjang hayatnya. Dakwah kerja utama para sahabat sepanjang zaman mereka. Kerja utama para ambiya, dan alim ulama selepas mereka, hingga Islam berkembang luas ke serata alam termasuklah ke kampung kita di bumi Malaysia ini. Islam itu agama fitrah. Islam itu satu-satunya agama yang Allah Pencipta Manusia iktiraf. Thats the Truth. Itulah hakikat sebenar. Maka kerja dakwah iaitu mengajak manusia kepada agama fitrah, mengajak manusia taat kepada Allah itu menjadi satu kerja saya, anda dan kita semua. Tiada pengecualian. Kerja dakwah juga adalah satu proses yang panjang. Semua kita wajar menyumbang kepada proses itu, termasuklah mencetus fikir. Trigger to think. Asas utama ialah kita menyembah Allah, bukan menyembah makhluk Allah. We worship The Creator, not His creation. Tell the Truth. Nothing but The Truth. Kena berani menegak sesuatu yang hak.

Islam itu agama yang benar dan suci. Nampakkan islam itu dipraktik dalam kehidupan. Kita tidak mahu islam diceramahkan semata atau diretorikkan. Sudah terlalu banyak kecelaruan, kemajmukan, kekucarkaciran atau disruption yang berlaku termasuklah dimedia baru yang wujud atas nama anonimiti, borderless, keyboard warrior atau multiple personality. Maka usaha tegar dan efisyen mestilah ada untuk counter keadaan ini. Ambil peluang masuk ke platform media baru dengan content kemurnian islam. Arusperdanakan islam yg sebenar. Kejayaan dan kebahagiaan itu hanya ada dengan Agama. Sebatikan diri dengan Agama. Insya-Allah manusia akan menggarap kecemerlangan yang sebenar bukan sekadar di dunia yang fana, tetapi melangkaui ke alam akhirat yang kekal abadi. Jazakallah.

*****

 

Penulis Hisham AR pemegang ijazah dari USA, adalah seorang pemerhati dan pemikir yang meminati tulisan dan diskusi intelek, duduk dalam majlis-majlis ilmu dan berkongsi pula ilmu yang didapati itu kepada masyarakat banyak terutama melalui pelbagai media termasuklah coretan-coretan santai di blog, facebook, buku dan grup-grup WA. Dengan harap ilmu yang dikongsikan termasuk dalam kategori ilmu bermanfaat yang punyai nilai sebagai saham akhirat.


--
Menuju Redha Illahi Bagi Mewarisi Syurga Firdausi

Thursday, September 08, 2022

DOA LEPAS SOLAT

Berdoalah kerana Allah maha mendengar. Allah maha berkuasa untuk maqbulkan sgala doa hamba2 Nya. Jangan lupa untuk berdoa setiap kali selepas solat. Jadikan itu habit, perkara yg rutin yg wajib dilakukan. Seolahnya jika tidak berdoa menadah tangan memohon kpd Illahi dgn pengharapan, maka disitu ada kekurangan, ada perkara yg tidak lengkap, ada kekosongan yg dirasakan. Ada benda yg tak beres. Itulah doa selepas solat. Masya-Allah.

***

Doa tidak pernah sia-sia. Apabila seseorang berdoa dengan penuh pasrah dan merendahkan jiwa kepada Allah, itu pasti mustajab. Itulah janji Allah. Cumanya, bilakah ia dimustajabkan dan dalam rupa atau keadaan yang bagaimana ia dimustajabkan. Itu merupakan pilihan Allah untuk hamba-hamba Nya atas hikmat yang Dia Maha Tahu. 

Betapa banyak doa insan yang telah dimustajabkan, namun insan itu terlupa atau tidak menyedarinya. Itu kerana, insan sering terbayang doanya muncul sama seperti dalam khayalannya sahaja. Padahal, maksud doa itu boleh muncul dalam pelbagai rupa dan cara. Kadang kala insan terlupa, kehidupan yang sedang dia lalui dengan pelbagai nikmat itu, sebahagian besar adalah hasil kemustajaban doanya yang menjelma dalam rupa dan warna yang dia sangka ataupun tidak sangka. Namun insan itu lalai, lalu sering tertanya: "Mengapa Allah belum menyahut doa saya?"

***

Tugas kita sebagai hamba ialah berdoa. Tumpukan pengharapan kpd Allah, tidak kpd makhluk. Yakini doa itu pasti akan Allah maqbulkan satu hari nanti. Mungkin segera, mungkin akan datang, dan mungkin di akhirat nanti. Yang utama ialah doa itu pasti di tunaikan.

Bagi memudahkan kita menghafal doa selepas solat ini, maka berikut di paparkan @kongsikan turutan doa yg boleh kita sama2 amalkan. Insya-Allah. Selamat beramal ikhlas krana Allah.













Tuesday, August 16, 2022

PRU IS COMING



PRU

PRU sudah mampir. Poster2 mega memaparkan muka wakil2 rakyat mula bersepah di kawasan parlimen atau dun masing2. Harapan besar agar tercalon balik di pru nanti. Selama ni dah 4 tahun lebih kebanyakannya dlm mod hibernasi la kot sebab kalau pun muncul sangat jarang jarang di mata rakyat marhain.

PRU sudah mampir;
1) londehkan semua kes2 rasuah & diluar tabii agar rakyat tahu dan setiap pengamalnya dibawak ke mahkamah
2) juga adakan satu akta yg memerlukan semua dana utk parti2 politik di dedahkan agar menjadi pengetahuan umum eg. Laporan Tahunan Kewangan ke SSM dsb.
3) sumbangan dana utk parti2 politik mestilah di masukkan ke akaun parti berkenaan, bukan ke akaun individu & money trail mesti jelas. No hiding behind the bush utk elakkan fitnah atau salah laku. Udah2lah pilih kaki rasuah jadi pemimpin. Better late than never !!
4) sudah sampai masanya kita clean up the whole mess, no mercy. Semua kaki2 kelentong duit rakyat  deserve to go to Jail. 

Menuju era negara baru yg membawa bahagia kpd rakyat dan kembali menjadi harimau asia. Bukan back to square one. Wallahu'alam.

#BicaraPolitikKedaiKopi

Tuesday, August 09, 2022

USIA SENJA



WAJAH BERKEDUT

Pada wajah yang tua ini
Ada senyum dalam tawa
Ada sendu dalam sepi
Kenyang pada sendawa
Gumbira sekeping hati
Terukir indah gurindam rasa.

***
Kita semua jika panjang umur akan melalui fasa wargatoa & wargaemas. Defininasi saya wargatoa ni umur 55-65. Dan wargaemas pulak 66 ke atas.

Fasa itu nanti akn meletakkan kita dlm suasana yg tidak sama lagi dgn fasa zaman muda atau fasa kerjaya kita dulu, kuat, hensem, & lawa.

Jack Ma bagitau fasa 60 ke atas ni, should spend quality time with your grandchilds.

Tika kita sudah uzur dan lemah ini, orang sekeliling mungkin sudah berfikiran atau berpandangan aduhai jgnlah menyusahkan aku. Ibaratnya begitulah. Anak2 & cucu2 ada kehidupan mereka sendiri. 

Saya pernah melihat seorg so call wargaemas yg berharta dan punyai byk biznes yg berjaya, yg kini di handle oleh anak2nya, cuba utk make herself present. 

Tapi ya lah anak2 pun sibuk, jadi tampak dia seolah2 cuba menumpang kasih, dan ibarat melukut di tepi gantang la pulak. Maka pandai2lah dia membawa diri, makan sendiri2, ke masjid sendiri2 mengisi masanya. 

Tentu dia berharap pasangannya masih hidup utk berkongsi rasa dan cerita selagi hayat dikandung badan. Fasa ini juga yg kebanyakan kita akn lalui nanti.

Jumaat lps saya sempat berborak dgn seorg pakcik yg kematian isteri minggu sebelumnya. Katanya dia rasa sunyi sebab teman yg selama ini di sisi telah tiada. Tiada lagi pendengar setia dan pasangan bicara. Jadi dia terus sibukkan diri solat fardu berjemaah di surau & masjid. 

Cuma dia perasan anak2nya mula beri lebih perhatian kpdnya, call bertanya khabar, dah mkn ke blom. Kerana sblom ni depa byk berkomunikasi dgn arwah ibunya. 

Dulu anaknya bagi rm100, skrg bagi rm200. Saya tak mintak pun, tapi bila depa bagi saya ambik, katanya. Pakcik ni dah 10 tahun pencen slps 30 tahun kerja bank. Dia kena pandai2 lah bawak diri. Tentu dia pun rasa lega dapat berborak dgn saya sblom khutbah jumaat tu. Saya pulak layan baik punye.

Ada seorang lagi wargaemas yg kematian isteri sudah beberapa tahun, ditemukan jodoh baru. Maka terisilah kesepian yg dilalui. Namun kekuatan jasmani dan kewangan bukan seperti zaman muda2 dulu. Maka istana baru yg dibina itu tidak kekal lama. Begitulah antara dilema seorang wargatoa utk mencari bahagia di usia senja.

Justru hargailah setiap detik quality yg kita dapat spend bersama pasangan hidup kita masing2. Smoga kita dikurnia usia yg baroqah dan pengakhiran yg husnul khotimah.

#MenitiUsiaSenja


Tuesday, August 02, 2022

MEDSOS



MEDSOS

Dulu tika internet mula boom, byk yg risau krana katanya internet ini membawa byk mudarat. Tapi kehadiran teknologi internet tidak dapat disekat. Ia umpama gelombang ombak laut yg menerjah pantai, hingga akhirnya ombak dgn pantai berpisah tiada, umpama aur dgn tebing dan menjadi penyeri kehidupan, menjadi pilihan pengubat hati pada setiap destinasi percutian.

Kemudian kita dihidangkan dgn teknologi telefon pintar, sgala maklumat di hujung jari. Aplikasi seperti google, youtube, FB, IG, Twitter, TikTok menjadi sinonim yg standard dlm masyarakat dgn jutaan pengguna di seluruh dunia.

Maka timbul pula pelbagai keresahan. Bahan2 mengarut termasuk kategori lucah tersebar luas tanpa dapat dikawal. Semua ini menjadi bahaya yg merosakkan masyarakat, mencemar nilai2 murni, dan bertentangan dgn ajaran agama. 

Naik moto jugak bahaya, so jgn naik moto. Jalan kaki tepi jalan pun bahaya, takut kena langgar. Semua benda tu ada bahayanya. Jadi kena guna dgn berhati-hati, ada peraturannya. Begitu juga dgn FB, IG, TW, TT, dsb. Batasi & kawal penggunaannya dgn ilmu, iman, & taqwa. 

Dikatakan seseorg yg tampak alim dan ahli masjid, blom tentu kukuh iman & taqwanya bila bersendirian di dunia telefon pintar & mobile apps nya. Satu isu taboo yg jarang dibicara. Mohon Allah bagi kekuatan iman utk melawan godaan nafsu & bisikan syaitan. Krana manusia itu lemah, tiada daya upaya melainkan dgn kudrat dan iradat yg Allah berikan. 

Di bincangkqn juga kerisauan perihal apps trending terkini yg hot iaitu TikTok yg fokus 100% contentnya kpd video2 pendek. Katanya 80% contentnya hampas tapi terus menarik viewers puluhan ribu. Kegilaan memburu like, share, followers, & comment menjadi prioriti utama. Bukan sia2 katanya krana ia menjana pendapatan tinggi. Justru menjadi influencer, youtuber, atau tiktoker bukan lagi kerjaya asing. Mereka diangkat menjadi idola bagi anak2 muda hinggalah org2 dewasa.

"TikTok has now taken the world by storm. But it’s not only a place where the cool kids hang out. Recently, even businesses have been getting a share on TikTok traffics."

Semua platform medsos ini juga telah diguna pada tahap gaban utk tujuan sales & marketing, yg merancakkan dunia bisnez moden secara online. Ramai menjadi jutawan dan berbangga dgn kejayaan & kereta mewah. Sesiapa yg mengabaikan platform medsos ini dlm perniagaan mereka akan tertinggal flight.

Teknologi hadir dgn pantas dan tidak boleh disekat. Medsos telah menguasai media dan menjadi ikutan ramai & menjadi sebahagian drp kehidupan manusia banyak. 

Antara hikmah hijrah ialah mendepani sgala isu itu dgn kretiviti & strategi yg mampan, menggunakan medsos kpd kebaikan, mengajak manusia taat kpd Allah. Kena cepat kena laju, hasilkan konten yg bermanfaat utk ummat. Jgn salahkan org lain yg menyediakan konten yg berjaya menarik ribuan odion. Salahkan diri sendiri yg slow dan tidak kretif. 

Medsos ialah sebhg drp kehidupan masakini, so ride on it. Be creative pada landasan taqwa. Itu lah cara utk counter dan memberi pilihan yg munasabah pada platform awam arus perdana yg trending ini.

Wallahu'alam.

@@@



Thursday, July 21, 2022

DILEMA ANAK MUDA


IJAZAH

Saya terbaca satu posting di FB pagi ini, tentang pendirian sebahagian ibubapa yg sudah tidak melihat penyambungan pengajian ke IPT/IPTA utk anak2 mereka sebagai satu kemestian lagi.

***
Ia berpunca daripada tiga masalah utama:

1. Isu bebanan hutang selepas belajar.

2. Isu tiada jaminan kerjaya sebab persaingan sengit.

3. Kebanyakan maklumat dah boleh explore dan kaji sendiri.

Dulu kalau gagal masuk universiti rasa inferior complex, tiada masa depan, namun kini graduan universiti yg rasa segan dgn makcik meniaga nasi lemak tepi jalan...yg hasil jualannya rm300/sehari iaitu menjana income rm9,000/sebulan (saya simplify). Manakala graduan dapat gaji asas rm1,500-rm1,800/sebulan. Dlm susana cost of living very high skrg ini.

***
Mungkin ada kebenaran & rasionalnya di situ. Generasi sudah berubah. Generation gap yg timbul sudah menjadikan prioriti seseorg itu juga berubah mengikut durasi masa sesuatu generasi itu. 

Dgn kemajuan teknologi, medsos, internet, mobile apps, smart phone,  dsb telah menjadikan sesuatu method pembelajaran, operasi bisnes, dan penjanaan income turut berubah.

Kajian ini memaparkan 72% budak lepasan SPM tak nak sambung belajar lagi. Masya-Allah. Maknanya depa nak terus masuk alam pekerjaan la kot. Why? Sebab boring atau dah stress sangat di alam sekolah?

Kini seseorg youtuber boleh menjana puluhan ribu ringgit malah hingga ratusan ribu ringgit sebulan misalnya. Seseorg boleh menampung kehidupan dgn menjadi full time gamer sebagai kerjaya utama mereka. Jadi foodpanda rider pun dah boleh capai income rm3k/mth. So how?

Perniagaan secara online begitu juga, sudah menjadi mainstream yg tidak lagi memerlukan setup bisnez mcm dulu lagi.

Apatah lagi dikatakan graduan tidak dilengkapi dgn skil kerjaya. Malah graduan2 ini terpaksa pula menghadiri kursus itu dan ini untuk melayakkan diri mereka. Jadi apa yg mereka belajar selama 3-5 tahun itu? Atau apakah silibus di univ & kolej ini sudah outdated dan tidak relevan dgn realiti kerjaya diluar sana? Malah ramai yg terpaksa bekerja di luar bidang yg mereka belajar demi utk menampung kos hidup.

Jadi knapa perlu berpayah2 struggle 3-5 tahun utk dapatkan segulung diploma atau ijazah lagi? Kosnya bukan murah, terpaksa berhutang dgn ptptn 25k-45k. Atau ibubapa yg terpaksa menyediakan dana  itu. 

Lalu kata mereka, baik aku bagi sebagai modal utk anak aku berniaga. Dlm masa 3-5 tahun, perniagaannya dah jadi besar. Lebih baik ikuti kursus2 yg dianjur oleh sifu2 bisnez yg dah berjaya, and put it into practice straight away. What say you?

Mungkin teknik ini yg jadi amalan kaum cina selama ini hingga berjaya menguasai dunia perniagaan di Malaysia. Dikala org lain sibuk belajar teori, depa beri pendedahan praktikal bisnez utk anak2 mereka. 

Apakah ini satu pendirian yg bahaya? Atau apakah ini menunjukkan satu lagi kegagalan dlm sistem pendidikan negara? Atau bagaimana?

#ThingsToPonder
#GenerationGap

Thursday, June 02, 2022

CAR WASH



MERDEKA MINDA

Saya membaca satu posting di WA grup alumni sek menengah batch saya, yg saya rasa worth reading. And for that matter, worth sharing with others. 

Saya baru publish pagi ini di FB saya perihal berada di maqam syukur. Melihat sesuatu suasana itu with the right perspective. See from the bird eyes, melihat gambaran besar, the big picture. Sebab ada org kata, jauh berjalan luas pemandangan dan lebih banyak pengalaman. Jangan cepat melatah atau membuat konklusi dari pandangan seekor katak jantan di bawah tempurung.

Mungkin kita ini terlalu dimomokkan dgn pengasingan kaum atau sesuatu kaum itu di associate dgn sesuatu sektor ekonomi, hingga kita terlepas pandang kpd sgala kenikmatan hidup di bumi bertuah ini.  Dilunakkan atau ditakutkan oleh pelbagai pandangan politik yg tercemar atau sekadar live in ignorance. 

Saya pernah tinggal di bumi OZ dan membuat kerja2 yg biasa2, dgn mendapat bayaran dgn dollar OZ yg tentunya 3x ganda nilai RM. Contohnya jika mendapat pay $2,000 pun sudah menyamai RM6,000. 

Namun sangat benar, you miss lots of other things. No self belonging, terasing di bumi asing. Hujan emas di negeri orang, lebih baik hujan batu di negeri sendiri. Kalau anda betul2 menilai dgn mata hati, maka anda bisa jumpa hakikat ini. 

Artikel di bawah telah memberi perpective baru ibarat a fresh car wash kpd sebuah MPV yg diselaputi debu dan selut. Read with your eyes open. 

Brain drain konon !!

*****

Do you believe people who cried brain drain when some non Bumiputeras decided to leave Malaysia because of the so called discrimination is true?

The truth is many of them, who left Malaysia ended up as non professional in other countries. They work in blue collar positions or try to start their own business to survive there. Some of them just work with minimum wage, which might be higher than ours and that is all.

Maybe less than 30% of them still work in professional fields but at lower positions and possibly lower income after deducting huge income tax despite stronger currency than Malaysia.

Unfortunately, they are so proud of themselves and don't want to accept that they are treated not as second class citizens but third class citizens in other countries especially if they look like people from mainland China or India.

This is the truth and it will take them a lot of effort to improve their life there. Some of them will be highly successful but majority of them will not.

Just laugh if they claim brain drain because many of them might not use their brain and academic qualifications after they emigrated.

Many of them are posting and commenting in social media and online newspapers as if they are very successful outside of Malaysia. The hard truths are their life are worse and they are discriminated more than in Malaysia.

Marc Chua is a person who personally experienced it and now knew that Malaysia is far better but no many of them will admit the truth.

*****

Marc Chua, August 30, 2020

It was the summer of 2017, and I was apartment-hunting in downtown Melbourne. I went on time to meet my realtor at the first house I was called to view. But the realtor was busy speaking to a Caucasian couple.

I didn’t think much of it until I followed the realtor to the next house. The realtor simply refused to unlock the grill to let me in.

I experienced the same later too. I was either allowed to view the place but treated as invisible or denied entry altogether.

For the first time in my life, I understood what racism was.

Though I had been granted an Australian PR within a year after I applied, thanks to the higher-than-average score on both my IELTS and PR qualifications, I soon found out there were no loans, no social support and no opportunities for migrants like me, who were not attached to any multinational corporation. Qualifications and experience didn’t count.

Many Malaysians who had migrated to Australia with cash capital start their own F&B business. Some are also willing to work in entry-level jobs at grocers, supermarkets, or restaurants just to make ends meet.

Very soon, I started to question my decision to migrate.

Like many non-Bumiputera Malaysians, we were instilled with the idea that we were not treated fairly since we were young.

As time progressed and the country’s political stability worsened, we started believing in the inequality that some politicians wanted us to believe. We believed in the racism that in many ways, never truly existed on a wider scale in this country.

We wanted to believe that the grass was greener on the other side. We wanted to believe that there are many places out there around the world that would accept us more openly and fairly than we were in our motherland.

Yes, there’s no denying that there are many successful Malaysians out there around the world, and there is nothing wrong with being inspired by that.

However, I just want to make the point that many of our fundamental qualities were forged on this motherland. When we seek success in a foreign land, we are also leaving our community, our country, and our people behind, BY CHOICE.

I grew up eating Lontong Johor for breakfast, Putu Piring for dessert, playing football by the mosque, going for open houses during Hari Raya, and speaking multiple languages.

I also started my part-time business during the school holidays without any hassle from the authorities.

Beach holidays were just a few hours drive away. Chilling with friends at the mamak till late night was how I spent my regular weekends.

Apart from a very small number of private companies, almost every job opportunity available here in Malaysia is made available for every Malaysian, regardless of our background, religion and ethnicity.

Throughout my life, I have NEVER been treated differently by anybody in this country before I met them, simply because of my ethnicity.

The more I look back on my life, the more I see that we were not sidelined by anybody in Malaysia. We merely chose to segregate ourselves from others.

There are policies that aren’t made equal for everybody, but it was with the purpose of lifting up the ones who are most in need.

We have one of the most business-friendly environments in the world and can do almost anything we aspire to do, but we choose to go away and contribute to a foreign land that has done nothing for us.

That is why I came back. I gave up the Australian PR that so many family and friends around me are yearning for.

I even repositioned my business to be 100% locally focused, with the intention to create something that we Malaysians can be proud of.

I speak Bahasa Malaysia to people whom I meet on the street, although not perfect, I try. And I’m proud of it.

I spend more time appreciating the places, food, cultures, and people that I once overlooked, and I make every effort to bring my daughter along in this journey to rediscover how to appreciate and love this motherland of mine. No, OUR MOTHERLAND.

This is our home and it will always be until I draw my last breath and I hope the same for my future generations.

Emigration is one of the biggest problems affecting the future of this country my fellow countrymen, especially my fellow Malaysian Chinese.

Asian Strategy and Leadership Institute (Asli) said the number of Malaysian Chinese in the population would drop to about 19.6% by 2030 with continued emigration and low birth rates.

Yes, I know some of you are hoping for better opportunities, better financial prospects, and a better lifestyle. I do too.

However, instead of running away, lowering ourselves to be true second class residents for stronger currencies, I urge every one of you to stay put, fight for a better future for yourself, and this country that we all call home.

Join the public services, volunteer yourself in NGOs or community services, create unique Malaysian products and services, and grow our economy.

Rise up and be one of a new generation of leaders to help steer this country to a brighter future that we all have envisioned to see.

Tanah tumpahnya darahku.

Selamat Hari Merdeka my fellow Malaysians, wherever you are.

Marc Chua is an FMT reader.

LONG LIVE MALAYSIA!

Monday, May 16, 2022

MESIN BASUH



Ada persoalan dan kemusykilan dlm masyarakat berkenaan penggunaan mesin basuh. Kesnya begini, dlm longgokan pakaian kotor yg hendak di basuh itu, maka ada sehelai dua yg tercalit dgn najis contohnya air kencing. Jadi apa hukum basuhan itu? Apakah semua pakaian yg lain itu pun dikira terpalit najis atau bagaimana? Kalau pakaian itu terpalit najis, maka nak pakai utk solat pun takut solat jadi tak sah la pulak. Saya ada  terbaca satu posting di FB mengenai satu kajian yg telah dibuat, dan saya kongsikan di sini sebagai rujukan. Harapnya ia memberi pencerahan yg jelas bagi membersihkan segala keraguan. TQ

-----

HASIL KAJIAN MESIN BASUH

Pagi tadi saya terbaca satu perkongsian oleh Saudari Nor Nur berkenaan perbahasan mesin basuh dan pakaian bernajis. Ia adalah rumusan dari satu pembentangan kertas kerja oleh Dr. Hapiz Kodiang berkenaan fatwa yang dikeluarkan oleh Jabatan Mufti P. Pinang.

Setelah selesai menonton keseluruhan pembentangan kertas kerja tersebut, bolehlah saya tambahkan beberapa point penting lain yang mungkin tidak dimasukkan ke dalam penulisan berkenaan untuk memberi lebih kefahaman kepada mereka yang tak sempat menontonnya.

1. Fatwa keharusan menggunakan mesin basuh untuk terus mencuci pakaian bernajis ini adalah hasil kajian oleh pakar dari bidang syariah, bidang kimia dan juga bidang sains gunaan.

2. Kaedah yang digunakan untuk mengenal pasti kewujudan najis selepas basuhan adalah menerusi kajian sains forensik DNA.

3. Sampel yang digunakan dalam kajian adalah darah manusia, najis budak dan air kencing. Kategori najis mutawassitah yang sering dihadapi oleh masyarakat.

4. Medium yang digunakan pula adalah fabrik dari jenis kapas biasa yang berpoket dan fabrik tebal jenis denim. Mewakili fabrik yang sering digunakan oleh kebiasaan masyarakat di kuar sana.

5. Mesin basuh yang digunakan pula adalah jenis domestik top load jenama Sharp 8kg Fully Auto Washing Machine Washer Es818x dan mesin basuh kedai layan diri front load Electrolux 5th-Generation W5130S. Manakala cecair pencuci yang digunakan adalah jenama Dynamo.

6. Mod basuhan yang digunakan pada mesin basuh adalah mod standard manakala mesin layan diri menggunakan modnya yang telah ditetapkan. Oh, pakaian bernajis tersebut juga dibasuh bersama pakaian lain.

7. Dikatakan sebanyak 5ml sukatan darah manusia telah digunakan bagi setiap sampel. Manakala najis budak yang digunakan juga jelas kelihatan ainnya.

8. Sampel diuji sebaik sahaja basuhan selesai tanpa ada apa-apa campur tangan pengeringan dari matahari yang mungkin boleh merosakkan hasil dapatan dari sampel.

9. Hasil dapatan menunjukkan pakaian yang bernajis ain telah menjadi suci setelah dibasuh menggunakan mesin basuh domestik dan mesin basuh layan diri. Dengan kata lain, tiada langsung kesan najis yang tinggal selepas dicuci dengan mesin tersebut.

10. Jika ada pihak yang ingin menyangkal kajian ini, diminta untuk mendatangkan kajian yang lebih ilmiah, terperinci dan saintifik yang menafikan hasil di atas.

11. Mesin basuh yang biasa digunakan oleh orang ramai sama ada di rumah atau di kedai dobi layan diri sudahpun bermazhab Syafie di mana air yang akan mendatangi pakaian bernajis dan bukan pakaian bernajis yang mendatangi air. Yakni, kita yang memasukkan pakaian bernajis terlebih dahulu, barulah air masuk untuk mencucinya.

12. Mesin basuh ini juga bermazhab Syafie kerana telah menepati kaedah taharah yang sepatutnya iaitu air basuhan disalin dengan beberapa kali bilasan.

13. Hasil kajian juga mendapati sampel darah pada pakaian memang sukar dihilangkan melalui basuhan biasa. Namun ujian mendapati pakaian tersebut telahpun suci dari segala DNA najis apabila dibandingkan dengan sampel kawalan. Ini bermakna jika kesan warna darah sahaja yang masih tinggal, sedangkan bau dan rasanya sudah pun hilang, maka ia sudah pun suci dan warna tersebut dimaafkan. Ianya selari dengan pendapat ulama silam.

14. Harus juga bagi orang Islam untuk menggunakan mesin basuh di kedai dobi layan diri walaupun turut digunakan oleh orang bukan Islam. Selagi mana kita tidak melihat sendiri dan mempunyai keyakinan bahawa ada najis mughallazah pada pakaian yang dibasuh oleh mereka. 

15. Tidak dinafikan bahawa basuhan secara tradisional adalah terlebih baik dan terlebih meyakinkan dalam menghilangkan najis. Namun kajian ini lahir dari perbahasan berdasarkan realiti semasa dan praktikaliti umum masyarakat di luar sana.

Semoga dengan ini terhilanglah dzan-dzan dan segala syak wasangka yang sentiasa menghantui kita selama ini.

Akhir kata, walaupun kita masih mengambil jalan berhati-hati dengan membuat basuhan yang sewajarnya, namun kajian ini merupakan satu rahmat buat mereka yang 'susah' di luar sana.

Mungkin ada yang anaknya ramai, ibu tunggal, hanya ada mesin basuh di kedai, kurang pendedahan dan lain-lain lagi yang tak senasib dengan kita. Dan sekurang-kurangnya masing-masing dah boleh berlapang dada.

Pembentangan Kertas Kerja 2
Tajuk : Hukum Kebersihan Pakaian Bernajis Menggunakan Mesin Basuh
Oleh : YBhg. Dr. Mohd Hapiz Bin Mahaiyadin
Pensyarah, UiTM Shah Alam, Selangor/AJK Fatwa Negeri Pulau Pinang
https://fb.watch/d0WDoJOn3Y/
Link video:
https://www.facebook.com/971387613008936/posts/1803590453121977

Wallahu'alam.

Kredit: Bijen Mohd

#CnPEnterprise
#KaedahTaharah

Selamat Hari Guru



.

KONGSI KEK

Dalam konteks hari ini, saya ingin elaborate dan bawak berbincang isu2 yg dekat dgn rakyat dan suasana di negara kita sekarang ini.  Antara ...