Berdoalah kerana Allah maha mendengar. Allah maha berkuasa untuk maqbulkan sgala doa hamba2 Nya. Jangan lupa untuk berdoa setiap kali selepas solat. Jadikan itu habit, perkara yg rutin yg wajib dilakukan. Seolahnya jika tidak berdoa menadah tangan memohon kpd Illahi dgn pengharapan, maka disitu ada kekurangan, ada perkara yg tidak lengkap, ada kekosongan yg dirasakan. Ada benda yg tak beres. Itulah doa selepas solat. Masya-Allah.
***
Doa tidak pernah sia-sia. Apabila seseorang berdoa dengan penuh pasrah dan merendahkan jiwa kepada Allah, itu pasti mustajab. Itulah janji Allah. Cumanya, bilakah ia dimustajabkan dan dalam rupa atau keadaan yang bagaimana ia dimustajabkan itu merupakan pilihan Allah untuk hamba-hamba Nya atas hikmat yang Dia Maha Tahu.
Betapa banyak doa insan yang telah dimustajabkan, namun insan itu terlupa atau tidak menyedarinya. Itu kerana, insan sering terbayang doanya muncul sama seperti dalam khayalannya sahaja. Padahal, maksud doa itu boleh muncul dalam pelbagai rupa dan cara. Kadang kala insan terlupa, kehidupan yang sedang dia lalui dengan pelbagai nikmat itu, sebahagian besar adalah hasil kemustajaban doanya yang menjelma dalam rupa dan warna yang dia sangka ataupun tidak sangka. Namun insan itu lalai, lalu sering tertanya: "Mengapa Allah belum menyahut doa saya?"
***
Tugas kita sebagai hamba ialah berdoa. Tumpukan pengharapan kpd Allah, tidak kpd makhluk. Yakini doa itu pasti akan Allah maqbulkan satu hari nanti. Mungkin segera, mungkin akan datang, dan mungkin di akhirat nanti. Yang utama ialah doa itu pasti di tunaikan.
Bagi memudahkan kita menghafal doa selepas solat ini, maka berikut di paparkan @kongsikan turutan doa yg boleh kita sama2 amalkan. Insya-Allah. Selamat beramal ikhlas krana Allah.
No comments:
Post a Comment