Life is about choices. You can be negative or positive, it is up to you. We can always view things in various perspective. My way of seeing things may not be the same as yours. My School Of Tots is my inner feeling straight from my heart with a little help from my brain and my little fingers.
Tuesday, April 30, 2013
Fikir Masa Depan Anak2 Kita
Selamatkah kehidupan anak2 kita? Jangan memperjudikan masa depan anak2 kita. Berusaha sedaya yang mampu agar masa depan mereka sejahtera. Sekiranya mereka hidup dalam negara yang Allah berkati maka selamatlah dan sejahteralah mereka. Maka sangat menjadi tanggingjawab setiap orang untuk berusaha supaya negara ini menjadi sebuah negara yang diberkati Allah. Bagaimana Pak?
Apakah sifat2 negara yang diberkati Allah?
Pertama, Negara yang makmur. Rezki yang melimpah ruah dengan kekayaan negara diagih2kan secara yang haq untuk sama2 dinikmati dan bukan sekadar berlegar dalam kelompok tertentu sahaja. Pemimpim mesti berfikir dan punyai plan bertindak untuk membantu rakyat contohnya dalam bidang pendidikan, perubatan, perumahan dan taraf hidup. Hasil negara yang begitu banyak kenapa tidak boleh dipulangkan kepda rakyat? Rupa2nya kerana pemimpin hidup bermewah-mewah dan berada dalam kelas tersendiri.
Kedua, ciri2 negara yang diberkati Allah ialah negara yang adil. Adil yang membawa maksud berjaya meletakkan sesuatu kena pada tempatnya. Berlaku adillah kerana adil itu hampir kepada taqwa. Pemimpin mestilah bersifat adil pada setiap masa dan keadaan hatta kepada musuh sekalipun. Khalifah pun boleh kalah dalam sesuatu kes mahkamah misalnya jika berada dalam sistem keadilan Islam.
Ketiga, negara yang aman. Bagaimana nak wujudkan negara yang aman? Iaitu pabila pemimpin sesebuah kerajaan itu melaksanakan sistem yang ditetapkan oleh Allah. Sudah tentu Pencipta alam ini lebih mengetahui kekuatan dan kelemahan makhluk ciptaan-Nya. Maka sesuatu negara yang diberkati itu hendaklah melaksanakan sistem hidup Islam termasuklah sosial, ekonomi, undang2 dan pentadbiran mengikut kerangka dan masterplan yang telah ditetapkan oleh Pencipta alam ini.
Dan akhirnya sesebuah negara yang akan diberkati Allah ialah negara yang dipimpin oleh berisan pemimpin yang sentiasa menyuruh yang makruf dan menegah yang mungkar. Pemimpin yang faham agama dan menyokong dan melaksanakan usaha kebaikan iatu perkara2 yang dibenarkan oleh syariat. Pada masa yang sama pemimpin ini menghalang atau menidakkan segala bentuk keburukan dan elemen kemaksiatan yang di tegah oleh syariat Islam. Maka pabila syariat Islam menjadi agenda pokok akan selamatlah insyaAllah masa depan negara.
Tiada istilah assobiyah berjuang atas nama bangsa atau kepentingan sesuatu kaum dalam perjuangan untuk menegakkan sebuah negara yang makmur, adil, aman yang amal makruf nahi mungkar. Kembalikan kegemilangan sebuah negara dengan beruasaha gigih menunaikan amanah bagi memilih pemimpin yang perjuangan induknya untuk membentuk kerajaan yang baik dan amanah mengikut syariaat.
Fikir masa depan yang gemilang dan terbilang buat anak cucu cicit kita yang akan hidup dalam sebuah negara Malaysia tercinta peninggalan kita yang diberkati Allah.
Pangkahlah kertas undi itu di PRU13 kali ini kerana Allah dengan memilih pemimpin yang alim, amanah dan tidak rasuah. Itu hak anda dan amanah Allah yang jangan sesekali dipemain-mainkan atau di ambil enteng dan tidak penting. Anda akan di soal di hadapan Allah nanti.
Ini Kali Lah !!
@@@
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ISU PENDIDIKAN
Saya terbaca sebuah posting yg sangat baik yg berupa luahan rasa seorg guru yg dedikasi perihal sistem pendidikan di sekolah yg sudah acap k...
-
Doa selepas solat ini boleh di hafal dan di amalkan. Terjemahan pun disertakan. Kalau dapat amal dan faham makna apa yg di doakan, maka lebi...
-
MAULIDUR RASUL Maulidur Rasul pada setiap tahun ialah pada 12 Rabi 'ul-Awwal. Apakah Pandangan Syariat berkaitan sambutan Maulidur Rasul...
-
Alhamdulillah setelah berjinak-jinak dengan jamaah tabligh buat beberapa lama, maka saya berpeluang keluar 3 hari mewaqafkan diri ke jala...
2 comments:
Negara kita tanggunngjawab kita dan jangan sesekali mempersiakan undi dengan mengundi calob2 yg tidak berkelayakan.
Ini kalilah..
TQ shameel Iskandar. Yang penting UBAH kepada yg lebih baik insyaAllah. UBAH pemimpin yg rasuah kpd pemimpin yg amanah. UBAH pemimpin yg dok kumpul harta untuk diri dan kroni kpd pemimpin yg agih2kan kekayaan negara kepada rakyat jelata dengan penuh tanggung-jawab bukan penuh muslihat. UBAH demi sebuah negara yg lebih baik untuk generasi seterusnya, demi kesejahteraan anak cucu kita. UBAH kepada sebuah negara yg diberkati dan dirahmati Allah. InsyaAllah, Ini Kali Lah !!
Post a Comment