“Berhenti rokok kerana Allah. Boleh jadi asbab untuk badan
sihat dan bau sedap. Hisab diri apa yang kita buat atas nikmat yang Allah bagi.” pesan ayah kepada anaknya. “InsyaAllah
Pa,” jawab anaknya.
“Adakah kita ke majlis2 ilmu atau majlis2 hiburan?” Pada satu tazkirah Ustaz berpesan semua kita ini akan di pertanggungjawabkan di hadapan
Allah bagaimana kita menggendali dan menggunapakai segala nikmat yang Allah kurniakan.
Guna mata untuk lihat apa? Guna telinga untuk dengar benda lara atau benda
berfaedah? Guna tangan bagaimana? Guna kaki untuk melangkah kemana? Sama2
suloh. Sama2 hisab diri. Berapa banyak amal soleh yang kita buat hari ini?
Semua akan dikira bicara akan kerja buat dan fahaman kita selama
di dunia ini. Tidak satu pun akan terlepas melainkan tercatat belaka segala rekod
dan biodata diri. Raqib dan Atib setia menjalankan tugas mencatit data dan
fakta siang dan malam 24x7 hingga ke akhir hayat kita. Kalau kita dapat tengok
mereka berdua, tak lalu makan kita dibuatnya. Dan di hari hisab besok mulut
sudah dikunci untuk berkata malah anggota2 tubuhbadan kita yang lainlah yang
akan menjadi saksi dan menjawab segala soalan yang ditanya. Tiada ruang untuk
menipu atau cakap bohong lagi.
Penghakiman yang paling adil bakal berlangsung. Itulah
faktanya bukan auta atau kelentong penyedap kata atau lawak bodoh untuk digelak
para penonton sekelian.
Maka sebelum terlambat selagi usia masih bersambung, marilah
sama2 kita rajin2 untuk hisab apa yang kita guna atas nikmat yang Allah beri.
Kita ini bukan sekadar jadi pemimpin untuk diri sendiri mengawal selia segala
pancaindera dan kelakuan diri tetapi kita juga bertanggung-jawab memimpin
kepada isteri dan anak-anak, ahli keluarga dan masyarakat, malah menjadi
pemimpin daerah, negeri dan Negara.
Kena ambil tahu anak2 melangkah kemana hari ini? Dunia penuh
cabaran hari ini, maka kena ambil tanggungjawab dengan serius. Didik anak2
dengan ilmu. Ubahlah program. Kalau dulu kita bawa seisi keluarga menonton
rancangan Raja Lawak, Idola Kecil, atau pertandingan menari, maka ubahlah untuk
melangkah ke majlis2 ilmu dan program2 bermanfaat. Setiap anak kecil dilahirkan
dengan fitrah maka kita sebagai ibubapa bakal mencorak halatuju dan minat
anak2. Kena belajar bagaimana menjadi pemimpin yang baik.
Bila azan berkumandang adakah kaki kita melangkah ke masjid? Solat dulu. Tinggalkan segala pekerjaan. Diwajibkan pada setiap lelaki
mukalaf dirikan solat di tempat azan dilaungkan. Marilah mendirikan solat.
Marilah menuju kejayaan. Ia bukan sekadar slogan tapi itulah syariaat. Itulah
hakikat. Solat itu pencetus segala nilai kebaikan dalam kehidupan. Bukankah
solat itu tiang agama?
Setiap kita bila tidak menghadiri sesuatu jemputan kenduri
merasa bersalah. Tapi apa sikap kita bila tidak menghadiri jemputan bagi
mendirikan solat? Jemputan untuk mengadap Allah pemilik langit dan bumi. Bila sudah tiada rasa bersalah, maka
kata ulamak itu tanda hati yang mati.
Apa perasaan kita pabila seseorang melalui depan rumah kita
dan kita sapa dia tapi dia buat tak tahu saja. Kita panggil dia harapkan
menyahut panggilan kita rupanya menoleh pun tidak. Buat dak je macam kerang
busuk.
Kita cek balik dengan isteri kita, dengan anak kita. Berapa antara kita
semak betul tidak bacaan Fatihah? Masing2 jawab. Pergilah belajar agama. Hidup
tidak lama. Biarlah bermakna. Fikir masa depan bukan sekadar di dunia tetapi
menjangkau kehidupan akhirat yang pasti itu.
Hati seorang mukmin akan sentiasa
bimbang takut2 Allah hilangkan nikmat atau palingkan hati. Pandanglah nikmat
dengan matahati bahawa segala anugerah ini milik Allah semuanya, mencetus rasa
syukur dan terima kasih kepada Allah. Hatta air kencing itu pun suatu nikmat
yang hebat. Bayangkan kalau nikmat kencing Allah tarik balik?
@@@
No comments:
Post a Comment