Bersyukur kerana mendapat nikmat Iman dan Islam. Nikmat Iman
dan Islam adalah dua nikmat yang paling besar yg pernah dianugerah oleh Allah kpd
Rasulullah SAW. Antara sifat Rasulullah ialah banyak berdiam diri. Maksudnya
bukan tidak bercakap dengan manuisa tetapi bercakap perkara yg dibenar Allah.
Empat
sifat Rasulullah iaitu Siddiq, Amanah, Tabligh dan Fatonah. Siddiq berkata benar dengan
perkara yg benar. Amanah jujur kepada yang benar dan hak. Tabligh menyampaikan
ilmu walaupun pahit. Fatonah bijaksana iaitu kecerdikan luarbiasa dalam
setiap hal untuk mudah berbicara dengan manusia agar senang difahami dan
diterima.
Bercakap perkara yg baik atau berdiam diri sahaja iaitu bercakap
samada memberi nasihat, melarang perlakuan dosa, perkara kebajikan, pesanan dan
teguran. Teguran hendaklah disampaikan dlm bentuk yang baik. Cara yang kasar
tidak membawa manusia kepada kebaikan.
Orang yg diam itu selamat. Pertama, selamat drp kemarahan
manusia lain kalau2 menyentuh peribadi orang, kalau2 menjaga tepi kain orang, kalau2 bicara perkara mengarut atau tak relevan dan tidak diterima oleh pandangan manusia
pada ketika itu. Maka hendaklah mengelak dari bercakap perkara2 itu dan hanya
bercakap perkara yg baik2. Kedua, sekiranya dia seorang pekerja terselamat dari dimarahi oleh majikan, jika
seorang majikan akan terselamat daripada dimarahi oleh orang bawahannya atau jika
dia seorang hamba dia selamat daripada dimurkai oleh Allah, bahkan di akhirat
dia akan terselamat dari bakaran api neraka.
Rasulullah sangat menjaga tutur katanya. Namun jika dia
melihat sesuatu kemungkaran atau sesuatu yang tidak benar di depannya maka dia
akan menegurnya. Pabila orang bertanya kepada kita sesuatu yang kita tidak tahu
dan kita menjawab, “Saya tidak tahu” maka itu adalah pembuka ilmu dan separuh
daripada ilmu kerana ia membuka jalan kepada orang itu untuk bertanya kepada
orang yg kedua kerana pabila kita menjawab walaupun tidak tepat menyebabkan si
penanya memakai jawaban itu sedangkan
dia tidak tahu samada jawaban itu benar atau salah dan dia tidak bertanya lagi
kepada orang lain dan ini menyesatkan orang lain kerana ilmu yang salah
tersebar.
Orang yang bercakap tetapi tidak mengamalkan apa yang dia
cakap maka akan dimurkai Allah. Orang yg banyak bercakap akan mendedahkannya
kepada dosa. Kadang2 dia sudah tidak relevan kepada masyarakat tetapi masih
banyak bercakap menyebabkan dia tidak lagi dihormati.
Kita doa kepada Allah sekiranya ada kebaikan maka datangkanlah
dari hati dan tumpahkan juga ke hati para pendengar pabila berbicara untuk seterusnya
diterjemahkan menjadi amalan kebaikan. Rasulullah banyak memerhati daripada
bercakap. Sifat berdiam diri itu
merupakan salah satu pakaian Rasulullah.
@@@
2 comments:
Assalam
Paparan sdra sungguh dihargai. Mengajar dan mengingatkan. Terutama, dalam menua begini, yang pernah diketahui pun cepat dan mudah dilupai. Peringatan yang berterusan amatlah dirasakan manfaatnya.
Kurang pasti, blog sdra jugakah yang menumpu kepada tanam-tanaman? Kalau benar dan pernah menulis mengenai pokok lemon (dengan maaf jika tak benar dan juga kerana bertanya di sini), ingin saya bertanya baja apakah yang digunakan bagi menjadikan buahnya bersaiz besar?
TQ Pak Temuk. Ingat mengingati agar kita jadi manusia bertaqwa yg berada di jalan yg lurus menuju redha Allah.
Perihal pokok lemon tu, saya guna baja organik taik ayam gred baik, seguni harga RM45 di Nurseri Sg Buloh. Beli yg gred baik baru tak bau busuk. Baja ni saya guna semua pokok di laman kecuali orkid. Saya ingat ini dah guni yg ke 4. Selamat menncuba Pak Temuk.
Post a Comment