Monday, October 05, 2009

Biodata Rasulullah

Pepatah Melayu ada mengatakan "Tak Kenal, Maka Tak Cinta". Justeru itu saya rasa bertanggungjawab untuk memaparkan biodata dan kronologi hidup Baginda SAW bagi ingatan agar kita lebih mencintai kehidupan dan perjuangan Rasulullah SAW. Biodata ini saya petik dari sebuah e-mail dari suadamai.net untuk tatapan bersama secara urutan kronologi.


BIODATA RASULULLAH SAW
  • Nama: Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim
  • Tarikh lahir: Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571 Masehi (dikenali sebagai Tahun Gajah sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Kaabah)
  • Tempat lahir: Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah
  • Nama bapa: Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim
  • Nama ibu: Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf
  • Pengasuh pertama: Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)
  • Ibu susu pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)
  • Ibu susu kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali Halimah As-Saadiah. Suaminya bernama Abu Kabsyah).


USIA 5 TAHUN


Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalam hatinya.



USIA 6 TAHUN


Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa (sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madinah). Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muttalib.


USIA 8 TAHUN


Datuknya, Abdul Muttalib pula meninggal dunia.· Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.


USIA 9 TAHUN
(Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).


Bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan. Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.


USIA 20 TAHUN


Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ' Sirah ' jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.· Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul ' ; perjanjian damai untuk member pertolongan kepada orang yang dizalimi di Makkah.


USIA 25 TAHUN


Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah. Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.· Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu. Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.


USIA 35 TAHUN


Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Kaabah. Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Makkah. Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan 'Hajarul-Aswad' ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.


USIA 40 TAHUN


Menerima wahyu di gua Hira' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.


USIA 53 TAHUN


Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq. Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622 M.


USIA 63 TAHUN


Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11Hijrah/ 8 Jun 632 Masihi.


ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW


  1. Khadijah Binti Khuwailid.

  2. Saudah Binti Zam'ah

  3. Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar)

  4. Hafsah binti ' Umar (anak Saidina ' Umar bin Al-Khattab)

  5. Ummi Habibah Binti Abu Sufyan

  6. Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah)

  7. Zainab Binti Jahsy

  8. Maimunah Binti Harith

  9. Safiyah Binti Huyai bin Akhtab

  10. Zainab Binti Khuzaimah (digelar ' Ummu Al-Masakin ' ; Ibu Orang Miskin)


ANAK-ANAK RASULULLAH SAW


  1. Qasim

  2. Abdullah

  3. Ibrahim

  4. Zainab

  5. Ruqaiyah

  6. Ummi Kalthum

  7. Fatimah Al-Zahra '


ANAK TIRI RASULULLAH SAW


Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina2. Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda)


IBU SUSUAN/SAUDARA SUSUAN


  1. Ibu Susuan: Thuwaibah

  2. Hamzah

  3. Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad


IBU SUSUAN/SAUDARA SUSUAN


  1. Ibu Susuan: Halimah Al-Saidiyyah

  2. Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib

  3. Abdullah bin Harith bin Abdul ' Uzza

  4. Syaima ' binti Harith bin Abdul ' Uzza

  5. ' Aisyah binti Harith bin abdul ' Uzza


BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW

(ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB)


  1. Al-Harith

  2. Muqawwam

  3. Zubair

  4. Hamzah ***

  5. Al-Abbas ***

  6. Abu Talib

  7. Abu Lahab (nama asalnya Abdul Uzza)

  8. Abdul Ka ' bah

  9. Hijl

  10. Dhirar

  11. Umaimah

  12. Al-Bidha (Ummu Hakim)

  13. Atiqah ##

  14. Arwa ##

  15. Umaimah

  16. Barrah

  17. Safiyah (ibu kepada Zubair Al-Awwam)


****** Sempat masuk Islam.

## Ulama berselisih pendapat tentang Islamnya.


Sabda Rasulullah SAW:"Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga." (Riwayat Al-Sajary daripada Anas )



KENALI NABI MUHAMMAD S.A.W. SECARA LAHIRIAH


Begitu indahnya sifat fizikal Baginda, sehinggakan seorang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bersua muka dengan Baginda lantas melafazkan keIslaman dan mengaku akan kebenaran apa yang disampaikan oleh Baginda.Di antara kata-kata apresiasi para sahabat ialah "Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah SAW."


  • Aku melihat cahaya dari lidahnya.

  • Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari terbit.

  • Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.

  • Rasulullah umpama matahari yang bersinar.

  • Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.

  • Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya spt bulan purnama.

  • Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona.

  • Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.

  • Wajahnya seperti bulan purnama.

  • Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya.

  • Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa marah.

  • Mata baginda hitam dengan bulu mata yang panjang.

  • Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli di bahagian sudut.

  • Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali pertama kali melihatnya.

  • Mulut baginda sederhana luas dan cantik.

  • Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.

  • Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya.

  • Janggutnya penuh dan tebal menawan.

  • Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca.

  • Warna lehernya putih seperti perak, sangat indah.

  • Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.

  • Rambutnya sedikit ikal.

  • Rambutnya tebal kdg-kdg menyentuh pangkal telinga dan kdg-kdg mencecah bahu tapi disisir rapi.

  • Rambutnya terbelah di tengah.

  • Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur dari dada ke pusat.

  • Dadanya bidang dan selaras dgn perut. Luas bidang antara kedua bahunya lebih drpd biasa.

  • Seimbang antara kedua bahunya.

  • Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar dan tersusun dgn cantik.

  • Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut.

  • Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik.

  • Kakinya berisi, tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air.

  • Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.

  • Warna kulitnya tidak putih spt kapur atau coklat tapi campuran coklat dan putih.

  • Warna putihnya lebih banyak.

  • Warna kulit baginda putih kemerah-merahan.

  • Warna kulitnya putih tapi sihat.

  • Kulitnya putih lagi bercahaya.

  • Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh.

  • Badannya tidak gemuk.

  • Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuran sederhana lagi kacak.

  • Perutnya tidak buncit.

  • Badannya cenderung kepada tinggi, semasa berada di kalangan org ramai baginda kelihatan lebih tinggi drpd mereka.

KESIMPULAN


Nabi Muhammad SAW adalah manusia agung yang ideal dan sebaik-baik contoh sepanjang zaman. Baginda adalah semulia-mulia insan di dunia. Semoga dengan biodata ringkas ini dapatlah kita mengenali Rasulullah SAW 'by heart' dan apabila orang bertanya maka kita dapatlah menjawabnya dengan yakin. InsyaAllah.


@@@

Sunday, October 04, 2009

Open House Round Two

Seramai 105 orang tetamu mengunjungi open house round kedua semalam. Kami sekeluarga begitu teruja dan bersyukur dengan segala juadah yang disediakan mencukupi dan 'just nice'. Tetamu yang pertama sampai di muka pintu ialah kawan2 anak ketiga kami Iman Asilah seramai 15 orang, diikuti oleh keluarga Hj Sharudin seramai 3 orang dan Hj Pak Nor dan Kak Mah. Hj Munir menyusuli dengan anak bongsunya tidak lama kemudian.


Juadah istimewa hari ini yang disediakan isteri saya ialah nasi dagang berlauk gulai ikan aya, gulai udang, telur dan sambal nasi dagang. Rata2 memuji kesedapannya. Nasi dagang Kelantan ni agak lain sikit dari nasi dagang Terengganu yang menggunakan beras pulut puteh. Nasi dagang Kelantan yang isteri saya sediakan sebayak 5 kg ini menggunakan beras nasi dagang yang asli dan ada sambalnya. Saya sendiri pun pekena tiga round semalam he he..


Hidangan lain termasuklah nasi impit dengan kuah nasi impit dan sambal, agar2 merah, kek coklat, muffin, dan kueh lopes. Dan yang paling special dan menjadi rebutan kawan2 anak-anak kami ialah 'cocktail delight'. Kawan2 anak kami Nur Farihin yang datang berjumlah 27 orang manakala kawan2 anak sulong kami Amir Asyraf seramai 17 orang kesemuanya. Sungguh terasa kemeriahannya.


Kawan2 Amir bersantai hingga ke malam. Mereka ini merupakan kelompok pelajar dan bekas pelajar Sekolah Agama Menengah Tinggi KKB yang mana Amir juga merupakan bekas pelajar. Tiga orang kini sedang menuntut di KUIS, seorang di Politeknik, dan dua orang di UIA termasuk Amir. Ada 13 orang yang datang itu akan menduduki peperikasaan STAM dalam masa dua minggu lagi dengan 20 subjek dan 10 paper yang akan di ambil. Keputusan Mumtaz dan Jayyid Jidan dalam peperiksaan itu akan membuka ruang luas untuk mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti di Mesir atau Jordan. Merekalah harapan kita dengan wadah kukuh ilmu agama bukan sekadar buih umat akhir zaman.


Kami mendirikan solat Maghrib berjemaah di ruang tamu. Azan di laungkan oleh Fahmi (pelajar KUIS) dengan penuh syahdu. Makmum seramai 23 orang berimamkan Arsyad, pelajar STAM dari Tg Malim. Bacaan surah Luqman begitu cantek. Zikrullah dan doa panjang selepas solat melengkapkan keberkatan open house kami insyaAllah. Masing2 akan membawa haluan sendiri selepas ini namun diharapkan ukhwah persaudaraan yang ada dapat di kekalkan. "Bila ada kelapangan jemputlah ke rumah", pesan saya.

@@@

Friday, October 02, 2009

Salahudin Penakluk Jerusalem


Malam tadi saya berjaya menghabiskan bacaan buku Salahudin Penakluk Jerusalem karya Abdul Latip Talib, sebuah lagi novel sejarah Islam terbitan PTS Fortuna edisi 2007 (kulit biru).

Sultan Salahudin bin Ayubi menunaikan solat subuh di tempat pembaringannya sesudah berwudhuk. Orang ramai datang menziarahinya lagi selepas solat subuh. Keadaaannya bertambah tenat dan Imam Abu Jaafar menyambung lagi bacaan ayat-ayat Al-Qur'an. Ketika sampai kepada ayat yang bermaksud, 'Tiada Tuhan Melainkan Allah,' kedengaran suara Sultan Salahudin bin Ayubi mengucapkannya lalu menghembuskan nafasnya yang terakhir. Berita kemangkatannya menggemparkan umat Islam di seluruh dunia. Sebagaimana pemburu syahid Khalid Bin Walid, pemimpin agung Islam ini mati di katil bukan di medan perang.

Walaupun Salahudin bin Ayubi adalah sultan yang memerintah dari Mesir hingga ke Yaman namun dia tidak hidup mewah. Ketika meninggal dunia dia tidak memiliki walau sebuah rumah dan wang simpanannya empat dinar sahaja.

"Kami setuju berdamai apabila syarat-syarat ini dipenuhi," kata Sultan Salahudin bin Ayubi. "Setiap lelaki perlu membayar tebusan sepuluh dinar seorang. setiap perempuan pula dikenakan bayaran lima dinar manakala kanak-kanak lelaki ataupun perempuan dua dinar. Bayaran ini perlu diselesaikan dalam masa empat puluh hari. selepas tarikh itu, mereka yang tidak membayarnya menjadi tawanan."

Raja Balian (Raja Kristian di Jerusalem) menyatakan persetujuannya lalu menandatangani perjanjian pada pagi hari Jumaat, 27 Rejab, 583H, iaitu tarikh peristiwa Israk' dan Mikraj. Salahudin bun Ayubi dan pasukan tenteranya bersiap sedia mahu memasuki Jerusalem.

"Pada hari ini kita memasuki kota Jerusalem dengan tenang. Saudara-saudara perlu menahan diri daripada melakukan maksiat kepada kaum wanita mereka. Lindungi kanak-kanak dan mereka yang kurang upaya. Sesiapa yang melakukan penganiayaan akan dihukum," pesan Sultan Salahudin bin Ayubi kepada tenteranya.

Kejayaan Sultan Salahudin bin Ayubi menawan Jerusalem tanpa pertumpahan darah mendapat pujian dan sanjungan daripada masyarakat Islam. Semua lambang salib diturunkan dan diganti dengan bendera-bendera Islam selepas semua orang Kristian keluar dari Jerusalem. Azan berkumandang semula di Masjid Aqsa buat pertama kalinya selepas lapan puluh tahun. Mereka mengerjakan sembahyang berjemaah di dalam masjid itu selepas lapan puluh tahun tidak dibenarkan berbuat demikian.

Sifat penyayang dan belas kasihan tentera Islam semasa menawan Jerusalem jauh berbeza dengan tentera salib. Salahudin menunjukkan ketinggian akhlaknya ketika orang-orang Kristian menyerah kalah. Tenteranya amat bertanggungjawab, menjaga peraturan di setiap jalan, mencegah segala bentuk kekerasan sehinggakan tiada kedengaran orang-orang Kristian diperlakukan tidak baik.

Jalan-jalan dipenuhi mayat ketika Kristian menawan Baitul Maqdis buat kali pertama pada tahun 1099. Orang-orang Islam yang tidak bersenjata dibunuh sesudah diseksa, dibakar dan dipanah dari jarak dekat oleh tentera Kristian. Darah orang Islam tersimbah ke bumi ketika tentera Kristian memasuki Jerusalem, namun tiada setitik darah orang Kristian tumpah semasa tentera Islam menawannya.

"Itulah yang membezakan kita dengan mereka. Kita berperang bagi mencari keredhaan Allah dan mereka berperang bagi mencari kemegahan dunia", kata Sultan Saluhudin bin Ayubi, tokoh tersohor penakluk Jerusalem.

@@@

Thursday, October 01, 2009

Manhaj Tarbiyah


Pagi tadi saya dok bersembang dengan seorang teman iaitu Sdra Yusuf yang aktif dalam jemaah JIM terutamanya dalam aktiviti usrah mingguan yang merupakan salah satu aktiviti tetap kumpulannya di kawasan Keramat. Katanya manhaj tarbiyah atau sistem tarbiyah dan pendidikan untuk ahli adalah ‘in thing’ ataupun agenda penting yang perlu ada pada sesuatu jemaah.

Ciri-ciri gerakan yang baik tambahnya lagi ialah bersandarkan gerakan yang mengikut sunnah Rasulullah yang semestinya merangkumi aspek-aspek:
  • Syumul - iaitu merangkumi semua bidang
  • Alami - iaitu bersifat global atau universe
  • Ikhwan - yakni aspek persaudaraan Islam.
Sdra Yusof seterusnya menjelaskan perihal usrah itu sendiri yang meliputi 3 T iaitu:
  • Takruf – kenal mengenali secara dalaman bukan setakat luaran semata, setiap perjumpaan akan meningkatkan lagi level pengenalan diri masing-masing.
  • Takaful – iaitu tolong menolong dan saling bantu membantu samada dari aspek pemahaman ilmu, sosio ekonomi dan sebagainya.
  • Tafahum – yakni kefahaman on subject matter dalam topik perbincangan, silibus, dan pengajian ilmu.
Maka katanya seharusnya kita sebagai seorang muslim berada dalam jemaah supaya tidak menjadi seekor kambing di sebuah padang luas yang sangat mudah menjadi buruan harimau kumbang atau anjing serigala berbanding dengan kambing yang yang berkumpulan yang mampu membentuk sebuah benteng pertahanan dari ancaman luar. Atas dasar itu dia memilih JIM sebagai wadah. Banyak lagi jemaah di luar sana yang punyai kekuatan tersendiri seperti jemaah PAS, ABIM, Tabligh, Hizbi, Isma, Al-Arqam dan Halwan contohnya. Kita harus melihat dari sudut manhaj tarbiyah untuk membina kekuatan ahli dan silibus yang di guna pakai bagi mencapai hasrat itu jelas Sdra Yusof lagi.

Saya teringat dalam sebuah perbincangan yang lain tidak lama dulu, Hj Munir yang aktif dalam jemaah Tabigh pula pernah menjelaskan kepada saya program keluar berdakwah 3 hari, 40 hari atau 4 bulan yang mereka amalkan pula sebenarnya untuk memberi kekuatan dalaman dalam membina sahsiah diri bersandarkan akidah dan syariat. Setiap kali kita menyeru saudara kita kearah kebaikan seolah-olah kita menyepak bola ke dinding. Bola itu akan melantun balik setiap kali di sepak maka di situlah kekuatannya, setiap yang kita tarbiyahkan akan kembali menguatkan diri kita sendiri, Maka di situlah manhaj tarbiyah jemaah tabligh dan silibus bersandarkan kitab Fadhilat Amal salah satunya.


Sdra Yusof bersetuju bahawa setiap jemaah itu punyai kekuatan tersendiri dan perlu di beri sokongan untuk compliment each other. Yang penting kita kena menyertai jemaah, bukan duduk bersendiri menghitung hari. Perjuangan melalui jemaah lebih memberi kekuatan. Jemaah yang menghayati konsep syumul, alami dan ikhwan kerana titik pertemuan akan bertembung jua atas sandaran sebuah perjuangan ikhlas untuk menegakkan agama Allah, insyaAllah.


Saya teringat pula kisah yang diceritakan oleh isteri saya semalam yang disampaikan oleh Ustaz Amran tentang seorang retua (bukan remaja) anggaran umur dah 50an. Ustaz Amran pada masa itu sedang membaca khutbah Aidil Fitri di atas mimbar. Dari kejauhan di lihatnya pakcik ni baru sampai ke surau dan duduk di hujung sana. Selesai khutbah itu, maka Ustaz bersama jemaah yang lain pun bersalam-salaman dan beredar untuk menjamu selera di anjung surau. Dengan slow and steady Pakcik tadi menghampiri Ustaz Amran dan bertanya secara one-to-one, "Ustaz, kita tak solat raya ke?". Adus, Ustaz pun naik error kejap. "Pakcik ni tak pernah solat raya ke?", tanya Ustaz Amran kepada Pakcik tadi. "Tak Ustaz, ni first time.", jawabnya selamba badak. "OO gitu, begini Pakcik, untuk solat raya, kita solat sebelum khutbah", jelas Ustaz Amran. Moral of the story kat sini, ialah tahap ilmu itu tidak boleh kita ukur mengikut tahap umur. Kadang tu budak2 pun boleh miliki tahap ilmu yang lebih tinggi dari warga tua. Allah mengangkat orang yang berilmu beberapa darjat dalam masyarakat. Pencarian ilmu itu adalah wajib bagi setiap muslim.

Untuk menjelaskan lagi persoalan manhaj tarbiyah dan pencarian atau kepentingan ilmu itu, elok kita selidik daripada dua sudut iaitu dari pandangan agama dan pandangan masyarakat. Dari perpektif kepentingan ilmu, saya ambil petikan dari laman web http://imaduiam.wordpress.com/2008/05/03/87/ seperti di bawah:

Dalam Islam,terdapat beberapa hadis dan ayat al-Quran yang menjelaskan tentang kepentingan kita menuntut ilmu. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
  • Setiap muslim diwajibkan menuntut ilmu
  • Mempelajari satu bab daripada ilmu adalah lebih baik daripada sembahyang (sunat) 100 rakaat
  • Sesungguhnya malaikat merendahkan sayapnya kepada penuntut ilmu kerana meredhai apa yang dilakukan olehnya
  • Sesiapa yang menginginkan dunia(kebahagian dunia),maka hendaklah ia berilmu dan siapa yang menginginkan akhirat (kebahagian akhirat) maka hendaklah ia belajar dan berilmu,Dan siapa yang mengkehendaki kedua-duanya,maka ia pun harus berilmu
  • Belajarlah,kerana dengan belajar itu,kamu akan menjadi elok bila kamu tidak mempunyai rupa yang elok dan kamu akan punya kekayaan.Ilmu itu adalah hiasan bagi orang yang tidak mempunyai perhiasan dan harta bagi yang tidak mempunyai harta
  • Dua perkara yang tidak memuaskan iaitu menuntut ilmu dan menuntut dunia
  • Sebaik-baik sedekah ialah mempelajari seseorang Islam itu Ilmu ,kemudian mengajarkan ilmunya itu kepada saudara Islamnya.
Seorang ulama yang bernama Ibni Abdul Bari membincangkan tentang ilmu dan kepentingannya terhadap seseorang manusia.Beliau menggambarkan tentang peri pentingnya seseorang insan itu menuntut ilmu dengan meluahkan pandangannya melalui kata-kata hikmat berikut: Pelajarilah ilmu,kerana:
  • mempelajarinya kita akan takut kepada Allah
  • menuntutnya adalah ibadat
  • membincangkannya adalah bertasbih
  • mencarinya adalah berjihad
  • mengajarkannya kepada orang yang tidak mengetahui adalah sedekah
  • memberikannya kepada ahlinya adalah mendekatkan dirinya kepada Allah.
Kerana ilmulah:
  • petunjuk kepada Allah antara yang halal dan haram
  • menara kepada penghuni syurga
  • teman di saat kesunyian
  • rakan dimasa keseorangan
  • teman berbicara di waktu khulwa
  • petunjuk kepada yang membawa bahagia dan membawa kecelakaan
  • senjata dalam menghadapi musuh
  • perhiasan di saat bersama teman-teman.
Dengan menguasai ilmu:
  • Allah mengangkat tinggi kedudukan banyak kaum
  • Allah jadikan mereka pemimpin yang tegak
  • Jejak langkah mereka diikuti
  • Perbuatan mereka dicontohi dan
  • Pendapat mereka dijadikan pemutus.
Para Malaikat:
  • Terlalu kepingin bertemankan mereka
  • Sentiasa mengusapkan mereka dengan sayapnya
  • Setiap benda lembap dan kering,ikan,binatang buas di darat dan binatang jinak kesemuanya memohon agar mereka diampunkan.
Kerana ilmu:
  • Menghidupkan hati dari kejahilan
  • Lampu bagi penglihatan di saat kelam.
Dengan ilmu, hamba dapat mencapai kedudukan orang-orang terpilih yang mempunyai darjat yang tinggi di dunia dan akhirat. Bagi seseorang muslim ,soal menuntut ilmu pengetahuan mesti menjadi agenda utama dalam kehidupannya kerana agama Islam begitu menitikberatkan ilmu.

Imam Al-Ghazali membuat suatu penganalisaan yang amat bijak tentang kehebatan manusia menyatakan:


“Jika manusia itu merasa hebat(besar) sebenarnya besar lagi seekor gajah.Jika manusia merasa kuat makan,sebenarnya besar lagi perut lembu.Jika manusia merasa bangga dengan keberaniannya sebenarnya berani lagi binatang buas (seperti singa atau harimau).Jika manusia merasa bangga dengan tahan lasaknya ,sebenarnya tahan lasak lagi unta.Jika manusia merasa bangga dengan kecantikanya ,sebenarnya cantik lagi burung merak. Tetapi hebatnya manusia adalah kerana ilmunya”


Apa yang digambarkan oleh Imam al-Ghazali itu jelas menunjukkan kepada kita bahawa kegagahan atau kehebatan manusia kerana ilmu pengetahuannya bukan semata-mata saiz tubuh badan seseorang itu ,kecantikan paras rupa manusia itu dan pelbagai lagi.


Saya juga berpeluang berbual ala-ala tazkirah pagi dengan Sdra Muis seorang pengurus akaun di syarikat tempat saya bekerja. “Apa fitrah kita?” tanya saya. “Fitrah?” tanya Muis kembali. “Ya Fitrah ,asal semulajadi kita.” Terang saya. “Hmmm aku asal kampong kat Taiping”, katanya. Masih terkenang kampong halaman yang baru diziarahi di hari raya.


“Kita asal dari mana?” tanya saya lagi.


“Asal kita dari Nabi Adam dan isterinya Hawa”, menjawab sendiri pertanyaan yang tidak berjawab tadi.


Nabi Adam dan Hawa di jadikan Allah untuk hidup kekal abadi di Syurga Allah. Maknanya fitrah manusia itu ialah Syurga Allah. Bukan dunia ini. Maka kita kena kembali ke fitrah kita iaitu Syurga Allah. Bagaimana? Dengan mendapat redha Allah. Bagaimana? Kita kena tanya Pencipta kita. Dia lebih tahu. Pencipta kita sudah memberi sebuah manual lengkap untuk kita jadikan panduan iaitu Al-Qur’an. Maka di situlah segala rujukan perlu dibuat, segala panduan yang perlu dicari.

Al-Qur’an diturunkan bukan sekadar untuk di simpan dalam almari antik tetapi untuk di baca, di fahami terjemahannya, di mengertikan tafsirnya, di hayati segala maknanya, diamalkan dalam kehidupan, dan di tabligh kan kepada saudara-saudara yang lain. Di Akhirat besok tiada lagi amal ibadat. Yang ada cuma perhitungan dan pengiraan. Segala prilaku kita di dunia akan dibedah siasat. Jika berat amal baik kita dengan redha Allah dapatlah kita kembali ke fitrah kita iaitu Syurga Allah.

Mati tidak mengenal tua atau muda jelas saya pada Sdra Muis. Bila expired kita akan mati dan berpindahlah dari alam dunia ke alam kubur. Sedar atau tidak hidup di alam kubur itu sebenarnya adalah lagi lama dari hidup kita di alam dunia ini. Contohnya orang tertua di dunia masakini katalah 120 tahun umurnya, tapi hidup di alam kubur itu bermula semenjak tarikh kematian kita hinggalah malaikat israfil meniup sangkakala menandakan hari kiamat nanti. Mungkin 200 tahun, mungkin 300 tahun lagi.

Justru untuk keselesaan hidup di alam kubur itu, kita jugak kenalah punyai bekalan yang cukup. Bekalannya bukan harta benda dan kemewahan dunia, tapi amal ibadat kita. Baik amal kita maka alam kubur itu bertukar menjadi taman-taman syurga dengan segala keharuman dan keselesaan namun jika sebaliknya akan terpalit lah siksa neraka dengan azab siksa dan kepayahan semasa kita di alam kubur lagi, nau’zubillah.

Kita hanya membawa sehelai kain puteh yang akan reput dalam masa seminggu. Segala harta fisikal kita yang lain yang selama ini kita duduk menyibukkan diri itu akan semuanya kita tinggalkan. Cuma doa anak yang soleh, ilmu yang bermanafaat & amal jariah yang dapat membantu. Maka cerdiklah sesiapa yang memahami dan bertindak mengikut hakikat ini. Kita perlu kembali ke fitrah kita dengan mencari redha Allah pada setiap perlakuan kita. Kita mestilah menggali dan melengkapkan diri dengan kekuatan ilmu, amal dan iman. @@@

Tuesday, September 29, 2009

Khalid Memburu Syahid


Alhamdulillah buku Khalid Memburu Syahid karya Abdul Latip Talib yang mula saya membeleknya semalam sempena cuti sakit ghout 2 hari telah dapat saya khatamkan hari ini. Buku ini sebenarnya isteri saya pinjam dari perpustakaan awam KKB semenjak tiga minggu lepas.

Buku ini di olah dalam genre novel sejarah islam sangat menarik dan mengundang penumpuan untuk segera menghabiskan bacaan hingga ke bab terakhir. Banyak tarikannya di situ.

Khalid bin Walid memimpin pasukan tentera berkuda Quraisy dlm perang Uhud pada tahun 3H. Dia kekal menentang Islam hingga tahun 6H. Setelah mendapat hidayah dan memeluk Islam beliau berhijrah ke Madinah untuk bersama Rasulullah SAW dan di lantik menjadi panglima perang dan di gelar Saifullah atau pahlawan Pedang Allah.

Abu Lahab berusaha mengagalkan rancangan Khalid ke Madinah dengan memujuk rayu beliau dengan pelbagai tawaran tetapi semuanya di tolak oleh Khalid. Akhirnya beliau menawarkan hadiah 20 ribu dinar kepada pemuda Quraisy yang sanggup menghalang pemergian Khalid. Yazid seorang pengembara dari Yaman telah menerima tawaran itu tetapi sebenarnya menipu Abu Lahab kerana beliau sebenarnya berhajat melindungi dan menemani Khalid dalam perjalanan ke Madinah dan seterusnya menjadi penolong kanan Khalid dan panglima perang yang hebat.

Khalid Al Walid tidak menemui syahid walaupun memburunya sepanjang hayat di lebih dari 100 peperangan yang disertainya termasuklah peperangan besar seperti perang Muktah, berperang dengan Parsi, melawan tentera Rom di Yarmuk, merebut Damsyik dari Rom, menakluki Mesir, dan menawan Baitul Makdis.

"Saya bercita-cita mahu mati syahid. Disebabkan itulah saya menyertai semua peperangan yang melibatkan tentera Islam. Di tubuh saya ini penuh dengan parut-parut luka akibat senjata musuh, tetapi saya masih hidup. Impian saya mahu gugur syahid tidak tercapai . Akhirnya saya mati di atas katil. Hanya orang pengecut sahaja yang mati begini." Khalid bin Walid merintih ketika di ziarahi sahabat-sahabatnya semasa dia jatuh sakit.

Abu Zanad yang turut melihat parut-parut luka di tubuh Khalid berkata, " Saudara tidak boleh mati di medan perang dan saudara juga tidak boleh tewas apabila bertarung dengan musuh."

"Mengapa?" tanya Khalid dengan nada hampa. Matanya mempamerkan seribu harapan yang tidak kesampaian.

"Nabi Muhammad mengurniakan kepada saudara gelaran pahlawan Pedang Allah. Baginda mendoakan saudara menang dalam setiap peperangan. Disebabkan itulah saudara tidak boleh mati dibunuh oleh orang kafir. Saudara juga tidak boleh tewas dalam peperangan kerana doa Nabi Muhammad dimakbulkan Tuhan." Abu Zanad menjawab dengan lembut.

Khalid bin Walid terdiam mendengar kata-kata itu, namun wajahnya masih kelihatan sedih dan hiba. Pemergian Khalid di usia 58 tahun diratapi oleh umat Islam. Jasa besar dan pengorbanannya tersemat dalam hati dan sanubari mereka.

Buku ini banyak juga menyelitkan kisah tokoh-tokoh lain yang hidup dan berjuang di jalan Allah pada zaman Khalid Al Walid antaranya:
  • Harith bin Umair - sahabat karib Khalid yang ditugaskan oleh Rasulullah menghantar surat perutusan kepada Maharaja Rom. Dia di bunuh oleh Syurahbil bin Amru penguasa Basrah (yang dilantik oleh Penguasa Rom) selepas merampas dan membakar surat perutusan dari Rasulullah itu. Rasulullah kemudian menghantar 3,000 bala tentera di bawah pimpinan Zaid bin Harithah menuju ke Muktah untuk menuntut bela.
  • Pahlawan Tiga Serangkai - Tentera berjumlah 200,000 orang akan ditentang oleh 3,000 tentera Islam di Muktah. Rasulullah SAW seolah-olah mengetahui tiga panglima itu akan syahid ketika memerangi tentera Rom . Baginda memberi wasiat sebelum mereka berangkat, "Apabila Zaid bin Harithah gugur, Jaafar bin Abu Talib menjadi penggantinya dan apabila Jaafar gugur, Abdullah bin Rawahah pula menggantikannya." Di medan peperangan Abdullah bin Rawahah yang juga penyair, mengucapkan bait-bait puisinya, "Saya datang bagi mencapai syahid dan tidak pulang membawa kekalahan. Saya tercium bau yang wangi dan yakin pintu syurga sudah terbuka untuk saya." Setelah Pahlawan Tiga Serangkai syahid, Thabit bin Arqad yang berada berhampiran dengan Abdullah bin Rawahah segera menyelamatkan panji-panji Nabi Muhammad SAW dan menjulangnya sebagai tanda tentera Islam masih mampu menentang musuh walaupun ketuanya sudah tewas, dan beliau menyerahkan panji-panji itu kepada Khalid bin Walid . "Saudara lebih layak memegang panji Nabi Muhammad ini daripada saya," katanya.
  • Ikramah Abu Jahal - kawan karib Khalid sebelum Islam, dan mengetuai tentera Quraisy menentang tentera Islam pimpinan Khalid semasa penaklukan Mekah. Setelah memeluk Islam mengetuai tentera Islam memerangi pengikut nabi palsu Musailamah al-Kazab. Menjadi seorang panglima tentera Islam dalam peperangan dengan tentera Rom dengan mengetuai 400 tentera berani mati yang berjaya mengucar kacirkan tentera Rom. "Panglima Khalid! saya pernah memerangi Nabi Muhammad dan saya juga pernah memerangi tentera Islam. Sekarang saya mahu menebus kesilapan saya dengan memerangi tentera Rom pula," teriak Ikramah semasa Khalid cuba menenangkan Ikramah.
  • Zubair bin Awam - mengetuai salah satu dari empat kumpulan tentera Islam untuk penaklukan Kota Mekah.
  • Abu Ubaidah bin Jarah - mengetuai salah satu dari empat kumpulan tentera Islam untuk penaklukan Kota Mekah.
  • Adi bin Hatim - utusan Khalid bin Walid untuk memujuk pengikut nabi palsu Tulaihah al-Asadi supaya bertaubat. Juga menjadi perunding dengan ketua penduduk bandar Qaryat.
  • Tiga Pahlawan - Dalam peperangan dengan tentera Rom antara mereka yang cedera parah ialah Ikramah bin Abu Jahal, Harith bin Hisham, dan Ayas bin Abu Rabiah. Mereka adalah pahlawan berani mati yang berjaya mengucar-ngacirkan tentera Rom. Harith yang terbaring di sebalah Ikramah berasa haus lalu meminta air. Seorang petugas datang membawa bekas berisi air dgn menyerahkan kepada Khalid bin Walid bagi diberikan kepada Harith. Belum sempat dia meneguk air itu, Ayas yang terbaring di sebelahnya pula meminta air. Harith memberi isyarat supaya air diberikan kepada Ayas terlebih dahulu. Ketika Kahilid bin Walid mahu menuangkan air itu ke mulut Ayas, tiba-tiba Ikramah pula meminta air. Mendengar suara Ikramah, Ayas berkata, "Berikan air itu kepada Ikramah. Dia lebih memerlukan daripada saya." Khalid beralih kepada Ikramah. Belum sempat dia meminum air, Harith pula berkata, "Saya berasa dahaga. Masih adakah air untuk saya?" Ikramah tidak jadi meminumnya. "Berikan air itu kepada Harith," ujarnya. Apabila Khalid berpaling kepada Harith, dia sudah meninggal dunia. Kemudian diikuti oleh Ayas dan selang beberapa saat kemudian, Ikramah pula menghembuskan nafasnya yang terakhir. Kisah tiga panglima Islam yang lebih mengutamakan sahabatnya daripada diri sendiri itu menaikkan semangat jihad tentera Islam untuk bertempur dengan tentera Rom pada keesokan harinya.
  • Amru bin As - memimpin 6,000 tentera Islam bagi menakluk bandar Ailah di teluk Aqabah dan Palestin yang berada di bawah jajahan kerajaan Rom.
  • Syahrabil bin Hasanah - memimpin 6,000 tentera Islam bagi menakluk kota Tbuk dan Jordan.
  • Yazid bin Abu Sufyan - memimpin 6,000 tentera Islam bagi menakluk Damsyik.
  • Abu Ubaidah bin Jarah - memimpin 6,000 tentera Islam bagi menakluk kota Homs, kota Antiookia dan utara Syria.
Ungkapan Khalid ketika berdepan pihak musuh ialah memberikan tiga pilihan demi untuk mengelakkan pertumpahan darah, "Kami memberi saudara tiga pilihan. Pertama, saudara memeluk Islam dan seterusnya dibebaskan. Kedua, membayar jizyah sekiranya enggan memeluk Islam dan ketiga, kita berperang sekiranya kedua-dua syarat enggan dipatuhi."

Khalifah Abu Bakar as-Siddiq pernah memberi wasiat perang, "Jangan berlaku khianat, jangan menipu, jangan bunuh lawan secara kejam, jangan bunuh anak-anak, lelaki yang lanjut usia, dan wanita. Jangan tebang pohon kurma ataupun pohon yang sedang berbuah, jangan lakukan pembakaran, jangan sembelih sapi, unta atau ternakan kecuali sekadar keperluan untuk dimakan dagingnya. Sekiranya bertemu dengan orang-orang yang sedang beribadat dalam biara atau gereja, biarkan mereka dan jangan ganggu mereka."

Islam bukannya tersebar melalui mata pedang. Hanya orang yang buta hatinya menilai Islam itu ganas dan bernadi dengan darah musuhnya. Khalifah Abu Bakar menceritakan, "Selepas kami berpindah ke Madinah, orang-orang Quraisy Mekah terus mengancam kami. Nabi Muhammad masih belum membenarkan kami berperang sehingga turun ayat al-Qur'an yang membenarkan kami memerangi mereka yang memusuhi kami. Ini menjelaskan kepada kita agama Islam bukan disebarkan secara kekerasan ataupun dengan mata pedang."

Buku ini berjaya mengupas siapa Khalid bin Walid dan perjuangannya menegakkan panji-panji Islam bersama panglima-panglima Islam yang lain dengan slogan kemenangan atau syahid di medan juang. Nabi Muhammad SAW bersabda, "Darjat orang yang berjuang di jalan Allah lebih utama daripada sembahyang di rumah selama 70 tahun." (riwayat Tarmizi)

@@@

Saturday, September 26, 2009

Open House Round One


Seperti di janjikan hari ni selamat berlangsung 'open house' untuk kawan2 anak kami Amir dan beberapa keluarga jiran dan kawan. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan tetamu kami mendapat layanan sewajarnya. Trademark 'open house' kami setiap tahun ialah segala hidangan adalah di masak oleh isteri saya. Tak pernah guna khidmat caterer. Segala resepi hidangan boleh di rujuk ke laman isteri saya iaitu FZ Menu.

Sekitar pukul 2 ptg tetamu pertama kami tiba iaitu jiran kami sebelah rumah Izam sekeluarga (6 orang). Saya pun mengambil kesempatan untuk join makan sekali. Maklumlah belum lunch lagi. Kemudian kawan anak kami tiba iaitu Nuuh bersama 4 orang rakannya. Seterusnya kawan saya Bakar dari Rawang bersama isteri dan tiga anaknya. En Din dari Jalan Semarak tiba bersama isterinya Kak Za dan empat anak lelaki mereka ( tiga anak perempuan tidak dapat ikut kerana tak muat kereta). Kemudian Hj Azman pengerusi persatuan penduduk di taman kami ini tiba dengan enam ahli keluarga mereka. Tidak lama kemudian Pn Midah dari Jalan Mawar bersama empat ahli keluarga tiba. Hj Mokhtar bersama isteri, anak dan menantunya, berserta tiga cucu mereka. Jadi rumah kami dah nampak agak 'crowded' tapi Alhamdulillah manageable. kami melayan mereka di ruang tamu sebelum mengajak mereka ke ruang makan.

Hidangan yang terletak di meja makan di ruang tengah dengan konsep 'self service' dan 'free seating' di nikmati para tetamu batch by batch. Saya menyediakan air sirap 'special' dan ais kosong di 'island' minuman. Anak2 sibuk menyediakan susunan pinggan, piring, gelas dan cawan secara 're-cycle', maksudnya kena basuh dan letak balik he he. Saya dan isteri pula bergilir-gilir melayan mereka samada di ruang 'living' atau di ruang belakang iaitu area dining. Untuk pengetahuan rumah kami ni 'open concept' di mana ruang belakang agak terbuka menghadap panorama bukit bukau. Para tetamu suka menikmati juadah di ruang belakang ini di belai angin sepoi2 bahasa.

Anak kami Amir tiba dari UIA bersama 15 orang kawannya dengan tiga biji kereta. Sebenarnya mereka ni berkawan semenjak zaman MRSM Kubang Pasu lagi dan ukhwah persahabatan itu masih kekal. Ada yang datang dari Putrajaya, Bangi, Keramat, Kelang, Sg Besar dan Puchong. Mereka sempat lepak2 main carrom dan sessi bergambar di sekitar taman perumahan hingga jam 6:30 petang. Anak saya Amir terpaksa kembali ke UIA menumpang mereka ini kerana terpaksa study untuk final exam yang masih ada dua paper iaitu isnin dan selasa ini.

Tetamu akhir kami pada hari ini ialah Azmi sekeluarga (5 orang). Alhamdulillah hidangan kami mencukupi. Saya dok risau jugak tadi bila melihat bilangan tetamu yang agak ramai takut terputus bekalan, rupanya isteri saya sudah estimate baik punye. Banyak lagi yang berlebihan dan boleh di simpan dalam peti ais. Menu hari ni ialah nasi minyak dengan lauk kerutuk ayam, daging hitam, gulai kunyit ikan aya, teresek, acar dan sambal lada. Ada nasi impit bersama kuah kacang siap dengan sambal. Isteri dan anak2 juga menyediakan kueh lopeh special dan agar2 merah. Dan tidak lupa juga FZ Homemade Cookies iaitu biskut raya Nestum Crispy, Oat Rings, Chip Sporties dan Kek Coklat. Iman pula menyediakan semangkuk besar gula2 kat ruang tamu.

Ok lah semua happy walaupun kepenatan. Cuma saya rasa nak demam pulak ni, mungkin sebab dok buat housekeeping clearkan semak2 kat belakang rumah dan buang almari buruk di kaki bukit di tengah panas terik. Ok lah need to go to bed now to recover back. Jumpa lagi di open house round two minggu depan. Layan kawan2 anak perempuan kami lak.

Friday, September 25, 2009

Program Raya


Malam raya kami sekeluarga pi shopping kat Jln TAR. Tu dia ramainya manusia. Macam2 ada. Selalunya beli baju melayu kat Wisma Yakin. Last year dapat harga RM90 rasa murah habis. Rupanya kat jalan TAR ni lagi murah. Depa kata lagi ke pagi lagi runtuh harganya.

Dipendekkan cerita saya dan anak sulong beli baju melayu yang sangat elok kualitinya dengan harga RM50 sepasang. Saya tengok jam dah dekat 1 pagi tapi pengunjung makin sesak. Rasa seronok pun ada. Saya ada tanya seorang peniaga tu, nak balik pukul berapa ni? Dia jawab saya selalunya pukul 5 pagi. On the way home saya perhatikan kereta2 banyak di parking di tepi jalan2 sehingga ke Wisma Sime Darby kat Jln Raja Laut. Polis pun bagi can, no saman.
Setelah ke masjid As Salam untuk solat raya, balik ke rumah menjamah juadah dan sessi bersalaman dan bergambar. Seterusnya ziarah ahli khariah di pagi raya bermula dengan rumah Hj Mokhtar, Hj Jo, dan Hj Pak Nor. Pada tengaharinya kami menerima kunjungan teman dari Jln Tanjung iaiatu Sdra Reduan bersama anak bongsunya. Pada petangnya kami berkunjung ke rumah Hj Kamaruddin dan malamnya ke rumah Hj Sharudin. Pada hari raya kedua kedua kami berkunjung ke rumah Hj Munir, rumah Che Din di Jln Semarak, dan kunjung balas ke rumah Reduan. Berakhir dengan kunjungan ke rumah Hj Hamzah dan Hj Azman. Malamnya kami menerima tetamu iaitu Hj Md Nor & isterinya Kak Mah.

Pada raya ketiga, Iman anak ketiga saya mengajak untuk berjalan ke KL. Isteri pulak mengajak singgah ke nursery Sg Buloh untuk membeli okid, baja nuggetnya dan rumput karpet jepun untuk di tanam di bawah rumah okid baru kami. Destinasi seterusnya ialah One Utama dan bersantai sambil membeli belah hingga ke malam. Anak2 siap main boling lagi.

Hari raya keempat di penuhi dengan aktiviti mengemaskini rumah luar dan dalam. Saya sibuk dengan aktiviti menanam rumput karpet. Petangnya anak sulong kami Amir Asyraf terpaksa berangkat ke UIA PJ di mana esoknya akan berlangsung peperiksaan akhir semesta untuk subjek Math. All the best my son !!

Pada raya kelima kami menerima kunjungan kawan sepejabat Sdra Yusof dan isteri bersama tujuh orang anaknya. Hidangan mee goreng, biskut raya, dan air sirap sejuk yang sempat kami sediakan. Mereka sebenarnya dari kampung di Permatang Pauh on the way balik ke rumah di Taman Melewar, langsung singgah untuk ziarah kali pertama. Terima kasih sudi ziarah dan membawa buahtangan guava tanpa biji dari Perak, my peberet.

Pada raya ke enam ini, saya menyambung dengan finishing touch untuk perojek rumput karpet jepun di rumah okid. Alhamdulillah settle akhirnya.

Isteri pada awal pagi menyiapkan pesanan biskut raya seorang kawan. Seterusnya isteri bersama anak2 membuat persediaan untuk 'open house' kami besok. Di jangkakan kami bakal menerima 70 orang tetamu termasuklah 15 kawan Amir dari UIA. Semoga semuanya berjalan lancar. Jazakallah.

Tuesday, September 22, 2009

Baca & Faham


Anak Pak Abu membawa pulang borang pinjaman buku teks untuk di isi bapa tercinta.

"Pak, cikgu pesan kena isi betul2 dan lengkap, kalau tidak tak dapat pinjaman buku teks, tak pasal2 kena beli lak." Ok le sampuk Pak Abu "mai sini bapak tengok". Aik lain macam pulak "aku mana faham basa orang puteh ni...". Relax pak, saya faham sikit2 nanti saya bantu. Ok la kalau macam tu. Ok engkau baca nanti bapak isi.

NAME = o tu nama la pak. Ok la engkau tulis je lah, takkan tak nau nama bapak.

ADDRESS = alamat. Ok, No 10 jalan melukut tepi gantang, rawang.

SALARY = gaji. Taruk RM 2850 sebulan.

NO TEL = 019- 3834 321

SEX = ??


"sex" biar betul cikgu kau ni?"


"betul la Pak."


"itu pun nak tau ke?"
"betul la pak, cikgu pesan kalau borang tak lengkap kena rejek nanti."

"ish, ish...aku heran betul la cikgu2 zaman sekarang ni. Zaman aku dulu mana ada soalan2 macam ni...gile ke apa !!"


"macamana Pak? nak isi apa ni?"

"betul ke cikgu kau nak tau ni?" "betul la Pak, apa la Pak ni, benda simpel pun berkira..."

"ok ok lah, engkau taruk le 3 kali seminggu."

Moral of the story: Baca & Faham
.

Zaman para sahabat dulu, Rasulullah SAW mengimami solat teraweh dan membaca surah Al-Qur'an dengan memahami maksudnya. Di kala membacakan ayat2 azab Allah maka nada suara turut sebak dan airmata mengalir tanpa paksa. Di kala menceritakan balasan kebaikan dan nikmat akhirat maka terukir kemanisan dalam senyuman. Kerana apa? Baca & Faham.


Makmum di belakang pula yang terdiri dari para sahabat yang memang berbangsa arab sudah tentu dapat mendengar bacaan dari Rasulullah SAW sekaligus memahami serta menghayati setiap bait kalamullah yang keluar memenuhi ruang masjid.


Kita bagaimana?


Imam hafiz yang membaca lancar dengan bertajwid elok dan bertarannum pula memukau para jemaah untuk setia mendirikan solat teraweh di dewan masjid saban malam sepanjang Ramadhan. Bila di tanya ustaz faham bacaan tadi? Setengah menjawab dengan yakin "faham". Setengah pula memberi respon 'InsyAllah" dan ramai imam yang menjawab "tak faham".

Makmum bagaimana?
Maklumlah kita ni bahasa arab pun tak faham. Jadi secara logiknya majoriti dari jemaah kalau tak semua pun akan mengalami nasib yang sama. Kita tak faham apa yang di baca dan di dengar dari mulut imam yang keluar di corong2 speaker masjid itu. Maka di situ lah "missing link" antara kita jemaah zaman ini kalau dibandingkan dengan para jemaah di zaman rasulullah SAW. Baca & dengar tapi tak faham.

Sebab itu lah ustaz menerangkan mempelajari bahasa Al-Qur'an iaitu bahasa arab itu adalah wajib. Kerana tak faham apa yang di dengar atau apa yang dibaca boleh mengundang salah faham. Sepatutnya A jadi B. Orang kata C dia ingat D. Sebab tak faham.


Moral of the story: Baca, Dengar & Faham.


Jadi untuk memenuhi kekosongan ini, iaitu perbezaan umat islam di zaman mutakhir ini berbanding dengan di zaman keagongan Islam dulu maka kita perlukan sessi tazkirah iaitu peringatan demi peringatan, penerangan demi penerangan supaya isi Al-Qur'an yang dibaca atau didengar tadi dapat kita fahami melalui sessi tazkirah oleh SME (subject matter expert) dan para ustaz tadi.


Maka saya melihat siri tazkirah ramadhan yang diadakan setiap malam di bulan ramadhan yang baru berlalu ini sangatlah berkesan dan bermanafaat besar. Lebih2 lagi jumlah jemaah yang begitu ramai yang 90% nya terdiri dari muka2 baru. Mereka tepu penuh minat di karpet masjid dan lantai masjid sambil peka mendengar dan menghayati kata2 yang keluar dari para murabbi professional yang petah2 perkataan 'crystal clear' menusuk gegendang telinga dan sesekali mengetuk pintu hati dan dedinding minda.

Bagi saya itulah objektif utama sebuah majlis ilmu. Kita doakan ada antara hati2 ini yang bakal menerima hidayah Allah untuk berhijrah menjadi muslim sejati yang dapat mencapai darjat Taqwa.


Moral of the story: Cintailah majlis Tazkirah.


Hari Raya ini kita raikan kemenangan melawan hawa nafsu dan segala kekufuran. Ramadhan lalu mengajar dan melatih kita menjana manusia berjiwa besar yang tahu mana yang haq mana yang bathil. Seorang muslim yang faham tuntutan agama, menjauhi segala larangan Allah dan mematuhi suruhan-Nya. Teruskan membaca Al-Qur'an, manual lengkap kehidupan dari Sang Pencipta buat hamba-Nya. Fahamkan dan amalkan dalam kehidupan. Qur'an itu adalah Way Of Life menuju destinasi hakiki ke Syurga abadi.


Biasalah kan Hari Raya sentiasa disambut meriah di negara kita. Budaya balik kampung sudah jadi sebuah ritual. Cuma kekadang tu akibat dari budaya balik kampung ini kita abaikan pula tumpuan ibadah untuk hari2 terakhir ramadhan. Maka rugilah kita. Tidak cukup dengan meninggalkan rutin ibadah tetap sepanjang ramadhan, kita cemari pula dengan kemaksiatan dan hiburan sebagai hadiah selamat tinggal ramadhan dan selamat datang syawal. Program2 TV direkacipta dengan padat untuk mencuri tumpuan masa berharga. Malah lebih teruk syawal yang sepatutnya menjadi bulan kesyukuran dan kasih sayang itu bertukar menjadi bulan kemaksiatan pula. Hingga boleh mengundang laknat Allah.

Wan Aminudin dan ahli keluarganya kelihatan begitu sibuk di Taman Perumahan Rahman Putra sedang packing beg dan barangan ke dalam sebuah MPV. Anak2 mereka yang tiga serangkai sangat gumbira untuk pulang beraya 'balik kampung' di Bukit Selambau. Sejak awal pagi lagi mereka bersiap sedia. Siap menyanyi lagu 'balik kampung' nyanyian arwah Sudirman. "Kenapa mama lambat sangat ni, bersiap mengalah ratu kebaya", jerit Wan Rohayu anak sulong mereka dari dalam kereta.


Mereka berlepas sekitar 8 pagi menuju lebuhraya PLUS ke utara. Laju Toyota Innova maroon itu di pandu membelah udara pagi yang agak redup itu. Mungkin kejap lagi hujan akan turun. Anak2 mereka sangat teruja dan galak bergurau-senda. Siti Komariah isteri Wan Aminuddin tersenyum penuh bahagia. Wan Aminuddin pula menjeling cermin depan melihat gelagat anak2 mereka dan mengukir senyuman ke arah isterinya. Perjalanan balik kampung sejauh 367km ini baru saja di permulaan. Jika di pacu sekitar 120km sejam maka insyaAllah memakan masa sekitar 4 jam bisik Wan Aminuddin melayan imaginasinya. Tapi jika berlaku kesesakan jalanraya maka segalanya hanya jadi impian. Sebaliknya mungkin mengambil masa yang berganda. Sebab itulah mereka bertolak agak awal pagi ini kerana mengagakkan jumlah kenderaan di lebuhraya belum banyak.


"Bang slow sikit bang, takyah laju2", bisik Wan Komariah kepada suami tercinta. Wan Aminuddin senyap je. Zuuuus, Innova 2 litre ini memotong sebuah van liteace puteh. Anak2 yang tadi bergelak ketawa, kini agak senyap mungkin sudah terlelap. Isterinya pun mula berdengkur. Wan Aminuddin pun dah agak mengantuk. Maklumlah semalam selepas balik teraweh, sibuk berkemas pulak. Pukul 1 pagi baru masuk tidur dan pukul 4 pagi sudah bangkit untuk bersiap dan bersahur. Kereta di jalanan juga mula sesak.

Wan Aminuddin memotong sebuah treler balak dengan kelajuan tika memotong tadi meningkat kepada 130km sejam. Track record Wan dalam pemanduan sangat baik kerana pengalaman memandu sejak menuntut di USA dulu dan dia merupakan pemandu yang berekeyakinan dengan skil pemanduan yang tinggi.
"Bang relax bang, takyah motong lori balak tu", tiba-tiba terdengar co-pilot nya memberi arahan. Terkejut Wan. Ingatkan isterinya masih diulit mimpi. "Alah relak le yang, abang ok je". Zuuupp....selamat di potongnya lori berkepala merah darah ikan tu, siap hon lagi.

"Tak payah laju2 bang. Biar lambat asal sampai", sambung isterinya resah.
Jeng jeng...kini dua buah kereta dipotongnya sekali gus. Timingnya untuk sampai ke kampung sekitar jangkamasa 5 jam akan tercapai jua, bisik hatinya. Pagi tadi dia ada menelefon maknya di kampung memberitahu mereka akan sempat berbuka di kampung hari ini.

"Bang bang, sabar bang. Tak payah memotong saya kata, kenapa abang ni?"
Namun Wan Aminuddin masih percaya skil yang ada padanya memberi keyakinan diri untuk bertindak. Dua buah lori dan sebuah kereta waja biru di depannya itu akan di potongnya sekaligus di jalan lurus itu. Jerit isterinya di sebelah seolah-olah masuk telinga kiri dan keluar kot lubang hidung je. Zappppp....dia menekan padel minyak RON97 nya. Berdesit Innova nya yang 'pick-up' nya memang berprestasi tinggi, kualiti Toyota la katakan. Elok di potongnya lori yang sarat muatan itu...selamat. Kini ada lori askar yang akan dipotongnya. Jalan lurus jadi tak ada masalah...line clear.

Tiba giliran waja biru itu pulak. Wan menekan pedal minyak rapat ke lantai kereta. Mungkin kelajuan mencecah 140km sejam. Saat inilah bala menimpa bila tiba2 muncul sebuah treler minyak petronas dari arah bertentangan. Wan cuba mencelah masuk ke kiri tapi tak mungkin kerana dipenuhi deretan tiga kenderaan yang di potong tadi tanpa ada ruang kosong. Treler minyak itu makin dekat. Pertembungan bakal berlaku. Wan terpaksa bertindak mengelak ke kiri jalan. Malangnya ada gaung sedalam 5 meter. Innova nya terbabas ke dalam gaung dan menghentam sebatang pokok. Habis remuk MPV baru itu. Bagi Wan Aminuddin segalanya gelap.


Apabila sedar dia membuka matanya dan memerhati sekeliling. Dia nampak emaknya ada di sisi. Kepalanya terasa berat dan matanya agak pedih. "Mak, saya kat mana?", dia cuba bertanya. "Mana isteri dan anak2 saya?", sambungnya lagi. "Mak, tolonglah jangan buat saya macam ni", rayu Wan Aminuddin. "Mana isteri dan anak2 saya mak?", suaranya mula hiba.


"Anak2 konon. Isteri pun tak dak, jangan nak mengada. Hang tu kawin pun belum", jerit maknya bagai nak rak.
"Itulah asyik tido je keja", marah maknya. "Orang beramal ibadat di bulan puasa ni, engkau tak, tido tido tido, tak ada yang tido melainkan tido je...hey rimas aku". Emaknya terus belah. Wan Aminuddin terpinga-pinga macam anak lembu tengah jalan.

Moral of the story:

1. Pandu berhemah di jalanraya (walaupun dalam mimpi)

2. Gantikan amalan tidur siang hari dengan amalan2 lain yang lebih bermanafaat.


Baiklah semoga perkongsian ini dapat memberi manafaat. Saya sampai-sampaikan dari sessi tazkirah malam terakhir (29 ramadhan) yang lalu di Masjid As Salam oleh Ustaz Salahuddin Abd Aziz. Yang penting ialah Al-Qur'an istiqamah kita baca. Kemudian kita fahami terjemahannya. Seterusnya kita belajar tafsir dan berguru untuk menghayati apa yang sebenarnya maksud ayat2 Al-Qur'an yang kita baca itu. Dan akhirnya kita kena amalkan dalam kehidupan ini.

Apa yang kita belajar dan fahami tadi, kita sampai2kan pula kepada yang lain insyaAllah. Semoga ilmu akan terus berkembang. Teruskan mengunjungi masjid2 dan surau2 dan ikuti majlis2 tazkirah dan kuliah2 ilmu bagi pemantapan input dan proses. Kita doakan semoga dengan input yang berkualiti dan proses yang mantap, maka ia akan menghasilkan output yang first class yang bisa menjana ketaqwaan dalam diri, insyaAllah.


input --> proses --> output


@@@

Thursday, September 17, 2009

Salam Raya

Ramadhan sudah di penghujung. Para sahabat Rasulullah SAW dulu menangis sedih apabila tiba saat ini, ibarat sebuah kapal yang sarat dengan ganjaran dan kemewahan sudah mula meninggalkan pelabuhan atau satu "jumbo mega sale" sudah nak tamat. Kita bagaimana?

Namun kedatangan Syawal dan Hari Raya itu sebenarnya adalah simbol meraikan sebuah kemenangan bagi manusia beriman dalam mencapai objektif kursus intensif Ramadhan itu. Semoga lahirlah kita sebagai manusia beriman yang mendapat rahmat Allah yang melimpah ruah, dapat meraih simpati dan keampunan atas segala dosa dan noda apabila segala taubat kita diterima Allah, dan sudah tentulah kemuncaknya ialah pengishtiharan bahawa engkau wahai Polan bin si Polan di bebaskan dari Api Neraka oleh Allah Yang Maha Esa. Hari Raya untuk bergembira kerana berjaya menghadapai segala ujian Allah dalam ibadah puasa itu sehingga berjaya menjana ketakwaan dalam diri. Level takwa itulah yang akan di bela Allah atas hamba-Nya, untuk nantinya di hadiahkan Syurga dengan redha-Nya.

Semoga madrasah Ramadhan yang akan kita tinggalkan ini berjaya meningkatkan iman dan ketakwaan untuk diteruskan pada bulan syawal dan bulan2 seterusnya. Rutin menjaga segala pancaindera kita menjauhi maksiat, meneruskan amalan bersedekah, mendirikan solat malam dan solat sunat yang lain, membaca Al-Qur'an dan bersederhana dalam segala hal. Alhamdulillah syukur kita kalau ini semua menjadi realiti bukan fantasi.

Yang sadisnya ialah apabila baki akhir Ramadhan ini mula menyaksikan jumlah jemaah masjid dan surau kembali mengecut. Yang malangnya apabila amalan balik kampung menyibukkan kita di jalanan dan terlepas rutin ibadah kita di masjid sepanjang Ramadhan. Anak2 sibuk bermain mercun dan bungapi yang ayah belikan. Ibu2 disibukkan dengan menyiapkan biskut dan kueh raya. Atau ke Jalan TAR bershopping raya. Telinga dibuai lagu2 raya hingga terleka untuk mengaji Qur'an seperti biasa. Seolah-olahnya Hari Raya yang sepatutnya menjadi hari kita merayakan kemanisan iman bertukar menjadi kejayaan syaitan dan nafsu menukarkan kita kembali ke azali iaitu leka dan lara dengan keduniaan.

Ustaz Amran dalam kuliah zohornya di surau syarikat kami semalam ada menyentuh beberapa amalan yang patut sangat kita elakkan pada Hari Raya ini iaitu:

  1. Makan minum yang berlebih-lebihan hingga memudaratkan atau membazir. Amalan ibubapa membeli bungapi dan mercun untuk anak2 juga suatu pembaziran.

  2. Bersalam-salaman dengan bukan muhrim. Ustaz mencadangkan untuk elakkan ini berlaku dengan mengatakan "saya ada wudhuk" jika wanita ini dihulur tangan oleh abang ipar (bukan muhrim) untuk bersalaman misalnya atau suami di hulur tangan oleh adik ipar yang sudah baligh. Lama2 orang akan faham akan batasan agama melarang kita untuk bersentuhan antara bukan muhrim.

  3. Amalan "open house" tapi "close masjid" di Hari Raya dan sepanjang syawal itu. Maksudnya masjid dan surau sudah dikunci rapat kerana tiada lagi jemaah untuk solat2 fardhu zohor dan asar misalnya. Meriah di rumah kita tapi sepi di Rumah Allah.

  4. Muslimat bergaya sakan dengan pelbagai fesyen kebaya atau kebarong yang menunjuk jelas bentuk badan dan ini tidak lagi menutup aurat kerana bentuk badan 32-24-36 itu juga adalah sebahagian dari aurat. Uztaz cadangkan pakailah jubah2 moden yang tidak kurang canteknya malah menyerlahkan lagi keayuan dan kesopanan pemakainya.

  5. Parking depan TV menonton pelbagai rancangan hiburan hingga tidak lagi berminat untuk amalan ziarah-menziarahi.

  6. Segala amal soleh yang rutin di sepanjang Ramdhan di tekan "emergency brake" stop terus seperti amalan bersedekah, membaca Al-Qur'an dan solat malam.

Demi apa yang kita perjuangkan sepanjang Ramadhan untuk menjadi hamba Allah yang bertakwa maka marilah kita semua takut dan berhati-hati untuk tidak melanggar segala larangan Allah. Takut-takut dosa kita yang sudah di ampun kembali berkumpul dan bertambah dari sehari kesehari bermula dari Hari Raya itu sendiri. Alangkan malangnya kita. Jom kita berazam untuk mengikut segala perintah Allah dan menjauhkan segala larangan-Nya. Jadilah kita orang yang bertakwa yang akan mendapat pembelaan di hadapan Allah di akhirat kelak. Kerana itulah saja yang menjemput redha Allah. Balasannya Syurga tempat asal datuk nenek kita Adam & Hawa.


Selamat Hari Raya & Maaf Zahir Batin.


@@@

KONGSI KEK

Dalam konteks hari ini, saya ingin elaborate dan bawak berbincang isu2 yg dekat dgn rakyat dan suasana di negara kita sekarang ini.  Antara ...