CLICK n GO

Tuesday, December 18, 2012

Datang Kosong

Sifat mukmin ialah bangga dengan ibadah manakala sifat ahli neraka ialah bangga dengan dosa. Sifat mukmin kena sentiasa bersyukur. Tak semua orang dapat beribadah. Ramai yang masih terperangkap dalam jem dan gagal menunaikan solat maghrib. Terima kasih ya Allah kerana telah memilih saya untuk ke masjid menunaikan solat maghrib ini.

Kita datang kosong pulang pun kosong. Semua yang kita ada ini barang pinjam. Adat barang pinjam ialah wajib pulangkan. Yang bagi alim itu Allah. Orang yang nampak segalanya ini daripada Allah akan tidak sekali merasa sombong. Orang ini akan merasa dirinya hamba.

Syukur itu menjadi pengikat sesuatu nikmat. Tanpa syukur manusia akan tidak pernah merasa cukup. Harta yang dikejar siang dan malam kadang tu tak di guna pun kerana dah mati, maka dapat kat anak2 dan waris. Maka jadilah sekadar tukang kumpul. Barang kemas tu dia banyak sungguh dalam almari, kena pecah rumah habis di kebas perompak. Maka jadilah sekadar tukang simpan saja. Tiada nikmat itu melainkan daripada Allah belaka.

Bila sakit kita pun makan ubat tapi makan ubat pun nampak Allah, bergantung harap kepada Allah. Itulah sifat hamba. Ubat sekadar asbab. Namun sembuh dan sihat itu Allah yang bagi. Bila sudah kenal Allah maka kena hina diri pada yang dikenal itu. Segala yang dipinjam Allah itu hendaklah diguna pada yang disuruh Allah.

Ada orang sombong kata, "Aku dah pandai, buat apa aku nak pi mengaji? Ustaz dok mengajar hal kulit, sedang aku dah faham isi." Rasanya semua benda ada kulitnya. Yang tak ada kulit satu je, taik. Maka orang begini sebenarnya sombong pada Allah. Hakikatnya seorang itu wajib menghinakan diri dan membesarkan Allah pemilik khazanah ilmu. Jika tidak maka dia lebih hina dari taik tadi.

Perlakuan juga mestilah mencerminkan sukacita akan Allah yang memberi segala nikmat. Allah yang hebatkan aku, bukan makhluk. Jangan mentang2 dia pandai, dia pun memandai-mandai. Bila agama ikut nafsu maka hancur. Mengaji dan menuntut ilmu adalah penawar hati yang sakit.

Seorang mukmin kenalah menahan nafsu sebelum taat, semasa taat dan selepas taat kepada Allah. Itulah cabaran yang sihat. Antaranya dengan menyembunyikan ibadah dan mengurangkan makan. Muhasabah dan menangis di hadapan Allah. Soal menangis ini bukan boleh di buat2. Ianya datang dengan tarbiyah. Sekurang-kurangnya menangislah seminggu sekali. 

Bangunlah malam untuk berzikir dan bermunajat kepada Allah. Tanya diri kenapa dia mampu menangis tapi aku tidak mampu? Nabi sentiasa menangis. Siapa aku hingga tak mahu menangis? Hebat sangatkah hingga tidak mahu menangis? Maka belajar dan paksa menangis walaupun seminggu sekali. Kena taubat dan bersih hati.

Kesimpulannya rajin2lah ke majlis ilmu. Kenal-kenal diri supaya dapat kenal Allah. Ada lagu Michael Jackson yang bertajuk "Man in A Mirror" yang mengajak mencermin diri. Sebagai seorang mukmin  mengajak diri melihat diri, muhasabah diri supaya faham siapa hamba di sisi Pencipta. Mengenal diri supaya dapat berusha untuk dapat lebih dekat dengan Allah. Yang penting elemen syukur dan berterimakasih sokmo. Thank you Allah.

@@@

4 comments:

Temuk said...

Assalamu'alaikum
Terima kasih di atas peringatan. Kita perlu selalu mengingati dan mengingatkan segala perkara kebaikan. Semoga kita semua dapat pulang kepada-Nya dengan membawa bekalan yang diterima oleh-Nya.

School Of Tots said...

TQ Tn Temuk. Sama2lah Odit diri sendiri sebelum di odit oleh Allah.

mamadou said...

Assalamualaikum wbh
Suatu peringatan yang nyata bagi saya yang sering lupa!!

Terima kasih

School Of Tots said...

TQ mamadou. Sama2 lah kita ingat mengingati. Slamat menempuh masa dpn yg gemilang !!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...