Wednesday, December 12, 2012

Tujuan Politik

Rupanya salah satu tujuan manusia di utus ke dunia ialah untuk tujuan politik, memimpin dan mengurus tadbir dunia. Yes sir, menjadi Khalifah di muka bumi. Khalifah ialah pemimpin. Nak jadi pemimpin dunia atau negara kena la ada kuasa politik ye tak? Sebagai wakil Allah memimpin dunia. Sebagai wakil nabi untuk kerja2 kenabian termasuklah berdakwah, menjana ekonomi, mengurus rumahtangga, mengurus soal masyarakat, soal sosial, memimpin negara, mentadbir bumi. Besar tanggungjawab kita.

Maka jika Islam itu tidak terpisah dengan politik maka siapa sebenarnya yang menaja slogan agama tidak boleh bercampur dengan politik? Jika benar slogan itu, mengapa Nabi2 semuanya terlibat dengan politik? Menunjukkan politik itu sebahagian daripada agama.

Satu daripada justifikasi bahawa politik dengan agama perlu diasingkan ialah kerana politik itu kotor. Yang sebenarnya politik menjadi kotor kerana tidak mengikut politik Islam. Hakikatnya semua akan kotor kalau tidak mengikut Islam termasuklah sistem ekonomi, sosial dan politik. Kenapa tidak dikata tak boleh berniaga sebab kotor?

Kenapa tidak boleh terlibat dengan politik? kerana politik akan dikuasai oleh mereka. Kita lihat di seluruh dunia pabila tiada kuasa politik umat Islam ditindas. Imam Ghazali pernah menegaskan bahawa agama menjadi asas dalam hidup manusia. Kerajaan memerintah menjadi pelindung kepada agama. Sesuatu yang tiada penjaga akan hilang. Maka lahirlah generasi yang rendah akhlak dan rosak akidah seolah-olah tiada pegangan agama.

Tugas manusia sebagai Khalifah ialah untuk menjaga agama dan mengurus tadbir dunia dengan agama. Generasi manusia kini disogokkan dengan idealisma bahawa harta adalah matlamat hidup manusia. Sistem kapitalis memperjuangkan hak siapa cerdik dia dapat, siapa cepat dia menguasai dan siapa bengap dan slow dia akan ditindas. Sistem komunis pula melihat punca masalah ialah harta, justru itu harta menjadi milik negara dan diagih secara adil. Pokoknya setiap pembangunan umat berkisar kepada harta. 

Maka berebut-rebutlah orang Islam mencari harta kerana dirasakan harta sangat mustahak. Dalam mengejar harta, ilmu Islam dan ilmu dunia ditinggalkan. Sedangkan orang kafir bukan saja menguasai ilmu dunia tetapi juga menguasai harta dan ekonomi dunia.

Tika penciptaan Nabi Adam, Allah mengajar Nabi Adam dengan ilmu, mengajar nama2 semua benda. Adam adalah makhluk baru sedangkan malaikat itu makhluk lama. Malaikat adalah makhluk yang bagus dan mulia namun kelemahannya ialah tidak menguasai ilmu. Manusia punyai kelebihan pabila menguasai ilmu untuk mentadbir alam ini. Manusia yang berilmu akan naik darjatnya. Manusia yang beriman akan naik darjatnya. Manusia yang berilmu dan beriman adalah yang terbaik dan tertinggi darjatnya. 

Tidak ada satu malaikat pun yang pernah derhaka kepada Allah atas sifat mereka yang tiada perasaan melawan melainkan hanya patuh. Malaikat bertanya kepada Allah perihal mengapa memilih manusia yang bakal merusakkan untuk mentadbir urus muka bumi? Maka Allah menguji meraka bertanyakan nama2 benda dan makhluk, dan malaikat tidak dapat menjawabnya. Malaikat cepat2 menyatakan bahawa dia tidak pandai melainkan apa yang diajar oleh Allah sahaja.

Ini menunjukkan Allah sangat bersifat terbuka dengan memberi ruang kepada malaikat untuk bertanya perkara yang dia musykilkan dan memberi penerangan yang sewajarnya pada persoalan yang ditimbulkan. Inilah contoh yang perlu diikuti oleh para pemimpin dalam soal kepimpinan.  Dan malaikat pula menunjukkan sifat hambanya dengan mengaku apa yang dia tidak tahu dan bukan berlagak sombong seolah-olah semua benda dia tahu.

Kemudian Allah menguji Nabi Adam dengan bertanya soalan yang sama dan Nabi Adam berjaya menjawabnya satu persatu kerana ketinggian ilmu yang ada. Maka malaikat akur pada kelebihan manusia dan menerima bahawa sememangnya manusia lebih layak daripada mereka untuk menjadi Khalifah di dunia. 

Pengajaran di sini ialah Allah tidak hanya melihat kepada “Tok Lebai” yang duduk di masjid tanpa peduli hal masyarakat. Buktinya Allah tidak memilih malaikat tetapi mahukan manusia yang berilmu dan peka kepada suasana kehidupan dan permasalahan umat. Allah menegaskan: sesungguhnya Aku lebih tahu apa2 yang engkau tidak tahu.

Perangai yang lebih alim daripada malaikat kadang tidak kena kerana Nabi sendiri keluar dari masjid untuk peduli kepada rehnah manusia, mencegah kemungkaran dan mengajak kepada kebaikan. Ramai yang berlagak seolah-olah dia lebih tahu dengan bertanya pelbagai sebab walhal hakikatnya dia cuba mengelak dari melaksanakan sesuatu perintah Allah. Hukum hudud yang telah ditetapkan Allah itu mahu dipertikaikan. Apakah manusia itu cuba berlagak lebih bijak daripada Allah?

Manusia berilmu cuma mengetahui permukaan ilmu sahaja sedangkan Allah itu pengetahuannya maha luas dan detail. Contohnya bila tanya tok siak yang memang kaki masjid berapa helai daunkah pokok di depan tangga masjid itu? Ternganga tok siak. Sedangkah Allah bukan setakat mengetahui jumlah daun malah setiap urat daun yang ada.

Tiada kelemahan, semua kesempurnaan belaka. Allah sebagai pemimpin bersifat terbuka dan melayan pertanyaan pada makhluknya yang tidak puas hati. Allah menghargai ilmu pengetahuan lalu uji manusia dengan ilmu pengetahuan. Itulah pengertian sebenar modal insan yang perlu dibentuk. Bukan berkiblatkan ajaran yang meletakkan harta benda sebagai matlamat untuk manusia membangun. Islam tidak berhajat kepada harta banyak tetapi lebih menekankan kepada ilmu, akhlak dan iman.

Ulamak2 terdahulu menjadi hebat dan menguasai dunia kerana cinta kepada ilmu. Mereka mengkaji segala cabang ilmu kerana nak kenal Allah. Lagi berilmu mereka lagi taat kepada Allah. Hasilnya mereka berjaya mengausai dunia dan isinya. Itulah objektif kecemerlangan ialah dengan ilmu dan iman. Objektifnya bukan mengejar harta sebagaimana yang telah dipesongkan oleh barat dan timur.

Allah mengetahui segala benda ghaib bahkan benda yang engkau sembunyikan termasuklah apa yang duduk dalam hati, segala syak, keraguan, keyakinan dan niat. Semua dalam pengetahuan Allah belaka. Manusia suka menyembunyikan kejahatan dengan menyangka tiada siapa akan mengetahuinya. Begitulah juga Iblis yang menyembunyikan keingkaran dan kesombongannya terhadap Nabi Adam.

Allah memerintahkan segala jin dan malaikat untuk tunduk sujud kepada nabi Adam, namun Iblis engkar kerana dia rasa lebih hebat daripada Adam. Iblis bangga dengan bangsanya yang dijadikan daripada api, sedangkan baginya Adam adalah daripada yang lebih rendah kerana dijadikan daripada tanah. Allah perintah sujud tapi Iblis sombong untuk mematuhi perintah itu bila merasakan dirinya lebih hebat.

Pengajaran di sini ialah Islam tidak pernah mengajarkan untuk berbangga dengan bangsa atau puak kerana di sisi Allah apa yang penting ialah takwa yakni mematuhi perintah Allah. Dan Iblis pula tidak mahu meminta ampun atas keingkarannya itu maka ia kekal dalam dosa dan laknat Allah hingga ke hari kiamat.

Kemudian Allah memerintahkan Nabi Adam untuk hidup di Syurga dengan segala kenikmatan, cuma hanya ada satu larangan iaitu supaya tidak memakan sejenis buah. Tapi atas tipu helah Iblis maka Nabi Adam telah melanggar perintah Allah itu. Maka di sini dia telah melanggar perintah Allah dan layak menerima hukuman iaitu dikeluarkan dari syurga untuk dipindahkan ke bumi. Namun berbeza dengan Iblis tadi ialah Nabi Adam menyesali perbuatannya dan memohon ampun daripada Allah. Allah dengan sifat pengampun-Nya telah memaafkan Nabi Adam.

Ketiga-tiga makhluk Allah iaitu Manusia, Jin dan Malaikat telah menzahirkan sikap mereka.  Hakikatnya Allah Maha Suci dan aku ini maha tak gheti. Maka tugasku ialah mematuhi segala perintah Allah yang Maha Mengetahui. Usah pertikai segala peraturan dan hukum Allah, malah bersedia mematuhinya tanpa alasan lagi. Usah berlagak pandai atau bodoh sombong lagi. Yang paling baik antara kamu ialah yang paling takwa.

@@@

2 comments:

Cikli said...

Ya tuan,

Tugas hamba hanya untuk patuh segala arahan Allah tak kira apa. Kebaikan yang terkandung dalam arahan tu bonus Allah kepada kita. Pokoknya patuh dan cuba patuh, bukan pilih-pilih untuk patuh.

School Of Tots said...

TQ Cikli for being my no 1 commenter all this while. You are right --> Total submission to Allah is the basis of being Muslim.

ISU PENDIDIKAN

Saya terbaca sebuah posting yg sangat baik yg berupa luahan rasa seorg guru yg dedikasi perihal sistem pendidikan di sekolah yg sudah acap k...