Friday, September 07, 2012

Pesanan Takwa Di Pagi Jumaat

Kita tidak tahu bila kita akan mati? Mati itu ibarat jerat tikus yg menunggu tikus. Acap kali tikus terlupa jerat tikus itu. Tapi jerat tikus itu setia nganga menunggu tikus tanpa jemu tanpa lupa.

Minggu lepas seorang kawan saya kematian anaknya yang masih muda iaitu umur sekitar 24 tahun yang sakitnya juga sebentar sahaja. Maka itulah hakikat kematian. Tidak mengenal jantan betina, tua muda, miskin atau kaya. Semua disapunya belaka.

Mati manusia belum habis cerita. Malah ceritanya baru bermula sebenarnya. Ustaz sering berpesan berpeganglah kamu dengan takwa. Sebaik-baik bekalan itu ialah takwa. Khatib pada hari jumaat tidak akan lupa berpesan supaya kita bertakwa, malah ianya adalah rukun khutbah jumaat. Menunjukkan pentingnya takwa ini di sisi Allah. Allah tidak memandang pada kecantekan seseorang, pangkat atau harta. Allah hanya pandang takwa seseorang. Tinggi takwanya kepada Allah maka tinggilah nilaiannya di sisi Allah.

Manjelang Raya tempoh hari Ustaz Nik Radzi ada berpesan katanya, “Allah bagimu ribuan ringgit tapi kenapa kamu bogelkan anak dan isteri kamu?” Iaitu membeli baju raya yang tidak menutup aurat dengan sempurna. Pernah Ustaz membuat survey di salah satau R&R lebuhraya PLUS, dan Ustaz memberitahu daripada pemerhatiannya hanya 20% yang menutup aurat dengan sempurna manakala 80% lagi berbogel di sisi Allah kerana gagal menutup aurat dengan sempurna. Pakaian terbaik ialah takwa. Maka jagalah aurat dengan sempurna.

Jangan kamu mati melainkan dalam iman. Di penghujung hidup ialah takwa. Tidak ada guna seorang hartawan yang punyai harta jutaan ringgit jika matinya masuk neraka. Semua perlakuan kita di dunia ini setiap detik di catit dan di rekod, tidak pernah berhenti. Bertuah kita hidup dalam Islam dan menghayatinya, bukan Islam hanya pada nama tapi gagal mengamalkannya. Iman itu Allah tidak bagi untuk semua orang.

Hanya insan2 terpilih sahaja yang ada iman dan takwa. Marilah kita sama2 muhasabah diri. Berbeza dengan kecantekan, kekayaan atau kesenangan, mungkin boleh dimiliki oleh semua orang. Maka itulah mahalnya iman. Malah iman itu tidak boleh diwarisi. Seorang ayah yang beriman mungkin saja memiliki anak dan isteri yang tidak beriman, contohnya Nabi Nuh. Begitu juga seorang isteri yang beriman punyai suami yang tidak beriman, contohnya Asiah isteri Firaun.

Maka tetapkanlah iman. Jagalah dengan aman. Orang Islam yang mati pada jasadnya, tapi ruhnya tetap hidup dan amalannya tidak mati. Amalannya akan di hisab dan dihitung. Orang yang paling beruntung ialah yang dapat masuk Syurga Allah.

Sebaik-baik bekalan ialah takwa. Maka berusaha kuatlah untuk mencari bekalan takwa. Membuat apa yang Allah suruh kita buat dan meninggalkan apa yang Allah suruh kita tinggalkan. Nak lakukan sesuatu maka kena tanya Allah benarkan atau Allah larang? Jaga iman dalam dada dengan takwa setiap masa. InsyaAllah selamat.

@@@

12 comments:

Masjid PB said...

Sebaik bekalan ialah TAQWA.

Cikli said...

Berpakaian tapi bogel. Bercakap tapi bisu. Mendengar tapi tuli. Melihat tapi buta Auzubillah

tehr said...

amin
insya-allah selamat dunia dan akhirat

Masjid PB said...
This comment has been removed by the author.
Masjid PB said...
This comment has been removed by the author.
School Of Tots said...

TQ Masjid PB. Semoga semakin bertamabah umur maka semakin bertambah TAQWA.

School Of Tots said...

TQ Cikli. Harap pandang kita dgn fikir. Dengar kita dgn zuhud. Dan Cakap kita dgn iman.

School Of Tots said...

TQ tehr. Manusia yg paling kaya dan beruntung ialah manusia berjaya dan layak memasuki Syurga Allah. Selain daripada itu ialah manusia yg rugi dan malang belaka, Nau'zubillah.

shameel Iskandar said...

Taqwa istilah yg mudah dilafaz tapi sering dipinggirkan. Saban jumaat khatib menyampaikan pesan taqwa, tapi ia bagaikan mencurah air di atas daun keladi.

Moga taqwa sentiasa kita pasak di hati sebagai azimat dalam hidup menuju mati.

School Of Tots said...

TQ shameel Iskandar. Lafaz taqwa pada setiap khutbah jumaat tidak melekat antaranya kerana khutbah jumaat jadi medan tidur yg lena, yg pesanan khatib 'baca teks' hilang bersama alunan mimpi dan lelehan air liur basi.

Al-Manar said...

'Mati itu ibarat jerat tikus yg menunggu tikus.'

Tetapi banyak tikus mati bukan kerana jerat dan ada yang pandai mengelak jerat.

School Of Tots said...

TQ Al=Manar. Tikus moden banyak yg cerdik, setakat jerat2 ni dah tak main dah. Kena bagi racun sebagai penawar. Mati itu pasti.

ISU PENDIDIKAN

Saya terbaca sebuah posting yg sangat baik yg berupa luahan rasa seorg guru yg dedikasi perihal sistem pendidikan di sekolah yg sudah acap k...