Friday, September 21, 2012

"Innocence of Muslims" --> Jangan Buat DONNO




Kenyataan Media Mursyidul Am

PROTES AMAN MEMBANTAH

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Saya menggesa agar semua umat Islam agar dapat turun beramai-ramai menyertai protes aman membantah penerbitan filem “Innocence of Muslims” yang menghina Rasulullah SAW. Protes tersebut akan diadakan di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat selepas solat Jumaat esok, 21 September 2012.

Dengan komitmen semua pihak tanpa mengira parti politik ini, saya mengira ia sebagai isyarat yang cukup jelas bahawa umat Islam tidak pernah meredhai sebarang aktiviti yang menghina Rasulullah SAW dalam apa jua bentuk sekalipun. Di dalam masa yang sama, ia sewajarnya juga menjadi pengajaran berguna kepada sesetengah pihak di kalangan umat Islam sendiri yang tergamak menolak syariat Islam yang dibawa oleh Rasulullah SAW.

Harapan saya agar protes berkenaan dapat berlangsung dalam suasana aman tanpa sebarang insiden yang tidak diingini.

Salam hormat,

YAB TUAN GURU DATUK BENTARA SETIA HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT,

Al-Mursyidul Am,
Parti Islam Semalaysia (PAS).

Bertarikh : 4 Zulkaedah 1433H bersamaan 20 September 2012M 

@@@

3 comments:

School Of Tots said...

Orang hina Nabi kita. Orang hina Agama kita. Takkan wat Donno kot?

Dah la depa buat protes aman Hari Jumaat lepas hang tak turun.

Ustaz pesan mlm ni bangunlah jap...dirikan solat hajat 'khusus' mohon Allah hancurkan musuh2 Islam yg hina Nabi kita, yg hina Agama kita. Sekurang-kurangnya malulah pada burung pipit yg angkut air dgn paruhnya utk padamkan api yg membakar Nabi Ibrahim.

Sekurang-kurangnya di hadapan Allah nanti ada jawaban yg boleh di beri pabila ditanya "Apa kau buat bila orang hina Nabi dgn filem Innocence of Muslims tu?".

Dan yang penting lagi ialah patuh dan taat lah kpd segala ajaran dan sunnah Nabi. We can do it insyaAllah !!

School Of Tots said...
This comment has been removed by the author.
School Of Tots said...
This comment has been removed by the author.

ISU PENDIDIKAN

Saya terbaca sebuah posting yg sangat baik yg berupa luahan rasa seorg guru yg dedikasi perihal sistem pendidikan di sekolah yg sudah acap k...