Thursday, March 29, 2012

Aku Seorang Karkun




Alhamdulillah setelah berjinak-jinak dengan jamaah tabligh buat beberapa lama, maka saya berpeluang keluar 3 hari mewaqafkan diri ke jalan Allah pada hujung minggu lalu. Ini merupakan pengalaman pertama saya keluar 3 hari walaupun pernah beberapa kali berkunjung mengikuti bayan di Masjid Sri Petaling, bayan di Masjid as Salam dan mengikuti ijtimak sedunia di Nilai pada tahun 2009. Di samping mengikuti taklim Kitab Fadha'il Amal, Hayatus Sahabah dan Muntakhab Ahadith di Surau al Faaizeen usai solat maghrib dan subuh. Sepanjang 3 hari ini saya didedahkan dengan pelbagai program dan diperkenalkan kepada beberapa istilah.

Istilah2 yang terdapat di dalam usaha dakwah dan tabligh ini ialah untuk memudahkan rangka kerja kerana penyertaan rakan usha daripada pelbagai latar belakang. Seseorang tidak pernah diwajibkan untuk mengingati istilah-istilah ini, sebaliknya akan mudah difahami dan diingati sesuai dengan masa dan pengalaman bersama jemaah. Alim ulama juga menasihatkan supaya tidak menggunakan istilah-istilah ini di khalayak umum sebaliknya menggunakan bahasa yang mudah difahami seperti ‘bayan’ disebut sebagai ‘perbincangan/ muzakarah iman dan amal’, ‘karkun’ kepada ‘rakan seusaha’, ‘rahaba’ kepada ‘penunjuk jalan’.

Rujukan: Blog
GOTABLIGH.COM

Bayan merupakan majlis penerangan untuk menerangkan maksud dan tujuan usaha tabligh. Bayan biasanya berkisar untuk membicarakan enam sifat utama yang perlu diusahakan.

  1. Keyakinan kepada kekuasaan Allah Swt dan keyakinan yang teguh kepada sunnah Rasulullah Saw. sebagai sumber kejayaan yang hakiki. Inilah anjuran dari kalimah Tayyibah: Laailaaha illallah Muhammadur rasulullah.

  2. Memperbaiki shalat supaya menjadi shalat yang ampuh untuk mendapatkan pertolongan Allah. Shalat diusahakan supaya mirip dengan shalatnya Rasulullah Saw.

  3. Ilmu dan dzikir, keduanya saling berkaitan. Sebagai alat untuk mengingat Allah dan mendekati Allah.

  4. Ikramul Muslimin, iaitu menghormati dan menjaga hak-hak orang Islam.

  5. Memperbaiki niat (tasyhih niat), yaitu menjaga niatnya semata-mata karena Allah,bukan untuk tujuan lain.

  6. Dakwah dan tabligh iaitu: Suatu usaha yang perlu dilakukan untuk menerapkan pentingnya usaha dakwah dan tabligh di kalangan umat yang menjadi teras umat yang terbaik. Di akhir bayan dilakukan tasykil untuk mengajak orang banyak agar dapat meluangkan waktunya untuk keluar di jalan Allah.
*****
  1. Bayan Hidayah: Bayan untuk menerangkan ushul-ushul tabligh di jalan Allah. Kerangka kerja luar di jalan Allah. (*nasihat-nasihat terhadap jemaah yang telah dibentuk sebelum berangkat khuruj, perkara terpenting ialah mengikuti tertib-tertib yang telah diberikan dalam usaha dakwah dan tabligh).

  2. Bayan Wafsi: Bayan untuk mereka yang baru pulang dari keluar di jalan Allah. Kerangka kerja tempatan juga diterangkan kepada mereka. (*nasihat-nasihat yang diberikan setelah jemaah kembali dari khuruj, perkara yang terpenting ialah menjalankan kerja-kerja dakwah di tempat sendiri. Disebut juga sebagai bayan tangguh. Ada juga menyatakan istilah yang sepatutnya adalah bayan hidayah amal maqami.)

  3. Bayan Ta’ruf: Majlis penerangan untuk memperkenalkan jemaah setelah tiba di tempat tujuan. Lazimnya dilakukan setelah melakukan solat fardhu zuhur.

  4. Bayan Subuh: Penerangan berkenaan 6 perkara atau sifat utama yang ada pada sahabat Rasulullah Saw.

  5. Bayan Asar: Penerangan mengenai kepentingan dakwah. Bertujuan targhib dan menyediakan jemaah masjid/ surau untuk melakukan ghast (jaulah).

  6. Bayan Maghrib: Penerangan berkisar dalam 6 perkara dan bertujuan mengajak jemaah masjid/ surau meluangkan waktu untuk khuruj di jalan Allah.

  7. Ghast: Ziarah dari rumah ke rumah atas maksud iman. (Jaulah) usaha yang mirip dengan yang dilakukan Rasulullah Saw. ketika pergi berjumpai setiap orang di Makkah. (*disebut juga sebagai dakwah umumi. Ghast ini dilakukan sebelum maghrib atau selepas solat maghrib dengan dimulai muzakarah adab ziarah. Program harian semasa keluar di jalan Allah dan program mingguan semasa berada di tempat tinggal atau maqami. Sekurang-kurangnya 45 minit masa yang dikehendaki.)

  8. Ijtima’i: Usaha secara bersama-sama. (*aktiviti/ amalan yang dilakukan secara berjemaah seperti ghast, taklim, bayan, muzakarah; amalan ijtima’i ini diutamakan daripada amalan yang dilakukan secara bersendirian.)

  9. Infiradi: Usaha secara perseorangan. (*aktiviti/ amalan individu seperti berzikir, solat sunat, rehat dan lain-lain. Apabila waktu bersamaan dengan amalan ijtima’i, dinasihatkan bersegera meninggalkan apa jua aktiviti/ amalan infiradi)

  10. Josh: Perasaan berkobar-kobar yang luar biasa yang kadang-kadang melewati batas kewajaran karena terlalu suka atau terlalu marah.

  11. Karkun: Rakan-rakan satu usaha dalam dakwah dan tabligh. (* di Indo-Pak disebut sebagai ‘saathi’ manakala di Yaman, ‘shahibuddakwah’. Ulama dakwah & tabligh tidak pernah menganjurkan istilah ini kerana kekhuatiran sifat ekslusif, kerja dakwah bukan untuk selain karkun atau menimbulkan semangat assobiyyah.)

  12. Mudzakarah: Saling mengingatkan.

  13. Mujahadah: Bekerja keras melawan kehendak hawa nafsu yang rendah serta tabah menghadapi berbagai ujian baik lahiriah maupun batiniah atau perasaan.

  14. Mutakallim: Juru bicara, yakni orang yang ditugaskan untuk berbicara ketika berjumpa dengan orang-orang yang ditemui pada waktu membuat ghast (jaulah).

  15. Rahaba: Petunjuk jalan yang akan mempertemukan orang yang akan dijumpai dengan mutakallim.

  16. Ta’lim: Mengajar atau mempelajari.

  17. Tasykil: Usaha membujuk atau mengajak orang banyak dengan memberikan ajakan-ajakan dan keterangan-keterangan agar dapat meluangkan waktu di jalan Allah.

  18. DTI: Singkatan kepada dakwah, taklim dan istiqbal. Usaha ziarah dilakukan seperti ghast (jaulah), tiada majlis penerangan/ bayan.

  19. IPB: Singkatan kepada India, Bangladesh dan Pakistan. Aktivis diisyaratkan untuk khuruj ke negara ini terlebih dahulu sebelum ke negara-negara lain bertujuan mendengar nasihat-nasihat alim ulama dan mempelajari cara kerja usaha dakwah dan tabligh mengikut tertib yang betul.

  20. Karguzari: Laporan atau natijah/ hasil usaha dakwah tabligh yang telah dilakukan. Akan dibentangkan dalam mesyuarat yang akan diadakan sama ada di peringkat markas, halaqah atau mohalla.
  21. Khususi: Usaha ziarah yang dilakukan terhadap golongan-golongan tertentu. Contohnya; ziarah kepada penanggungjawab masjid/ surau, ustaz atau alim ulama, karkun/ rakan seusaha yang ‘berehat’ dan sebagainya.
  22. Masturoh/ Masturat: Wanita. Wanita juga khuruj di jalan Allah bersama-sama dengan mahramnya yang dipanggil jemaah Masturat. Ada program khusus seperti bayan dan taklim masturat mingguan. Maklumat program, usaha atau tertib masturat boleh mencarinya melalui laman-laman bermanfaat di internet.
  23. Mesyuwarah/ Mesyuarat: Perbincangan untuk mencapai kata putus dalam rangka kerja penyelarasan dan agihan tugasan usaha dakwah. Lazimnya dimulai dengan dzihin/ targhib dan penerangan adab-adab mesyuarat. Karguzari dan takazah merupakan perkara penting dalam mesyuarat. Mesyuarat dilakukan di pelbagai peringkat; mesyuarat harian di setiap mohalla, mesyuarat mingguan untuk setiap halaqoh dan markas serta mesyuarat bulanan di setiap markas.
  24. Ta’am / To’am: Makanan. Khidmat ta’am merujuk kepada khidmat menyediakan makanan kepada jemaah.
  25. Beberapa panggilan jemaah: Jemaah Pelajar, Jemaah Ulama, Jemaah Santri, Jemaah Khawas (orang-orang kaya atau berpangkat), Jemaah Hafiz, Jemaah Jalan Kaki, Jemaah Masturat (wanita/ pasangan mahram), Jemaah Cikgu (atau profesion kerja), Jemaah Awam (orang awam), Jemaah Foreign/ Afrika (atau nama-nama tempat/ negara), Jemaah 4 bulan (atau tempoh-tempoh khuruj), Jemaah Runcit (ahli-ahli jemaah berlatar belakang negara/ tempat/ bahasa yang berbeza-beza).
*****

Kumpulan kami ini bergerak dari Surau al Muttaqim menuju Bernam Baru di Perak. Kami berpengkalan di Surau al Ikhwan. Ahli jamaah ini seramai 12 orang. Amir Sab yang di lantik Hj Shaidil, seorang jurukur mengikut profesyen berusia dalam lingkungan 60 tahun. Hanya dua orang muka baru iaitu saya dan Basarudin. Ahli lain ialah Ust Said, Ust Aufa, Ust Azhar, Hj Rasli, Hj Munir, Rosaini, Najmi, Husaini, dan Rafaei(OKU).


Sepanjang usha ini adalah digalakkan untuk memperbanyakkan dakwah, taklim wa taklum, ibadat dan khidmat. Di kurangkan masa makan dan minum, masa rehat dan tidur, masa berada di luar surau dan percakapan yang sia-sia. Di samping meninggalkan terus hati daripada bergantung harap pada sesama makhluk, mulut daripada meminta-minta pada sesama makhluk, dan menggunakan barangan orang tanpa kebenaran.

Banyak sekali sessi ibadah, tarbiyah diri dan majlis2 ilmu yang dilalui seperti solat fardhu berjamaah, solat2 sunat baadiyah, dhuha, hajat, taubah, tahjjud dan witir, majlis2 taklim, bayan, tilawah dan zikrullah. Dan tidak ketinggalan program ziarah dan ta'am. Saya dapat mengikuti penerangan dari segi adab2 dakwah, ziarah, makan, tidur dsb.

Bak kata Bro Husaini pada salah satu gash, "Kami ini baru belajar-belajar nak ikut sunnah Rasulullah ziarah saudara se agama kami, ingat mengingati tentang hidup dunia yang sementara dan hidup akhirat yang kekal abadi. Kita kena usha tingkatkan iman dan amal agar kehidupan dunia ini boleh membawa keuntungan kepada kita untuk di bawa ke alam barzakh dan alam akhirat nanti."

Sesungguhnya kita bersaudara dengan kalimah toyyibah. Kita bersaudara, ibarat cubit paha kiri paha kanan pun terasa sakitnya. Marilah saudaraku kita sama-sama meningkatkan iman dan amal kita. Sesungguhnya semuanya Allah punya. Kita buang pergantungan kepada makhluk dan masukkan pergantungan hanya pada Allah. Kita beriman kepada Allah dan beramal mengikut cara Rasulullah. Rasulullah solat fardhu berjamaah maka marilah kita solat fardhu berjamaah di tempat azan di azankan, insyaAllah.

Pengisian dan pengalaman dalam program sepanjang tiga hari ini sungguh padat dan penuh bermakna. Antara amalan yang disyorkan lagi ialah zikir 300x selepas subuh dan 300x selepas asar, iaitu 100x "Subhanallah, Wal Hamdulillah, Wa Lailahaillaah, Wal Allah Hu Akbar", 100x selawat, dan 100x istighfar.

Saya tanam azam untuk keluar tiga hari sekurang-kurangnya setiap dua bulan sekali. Insyallah plan saya seterusnya ialah untuk menghadiri ijtimak di Sri Petaling yang akan di adakan pada 19, 20 dan 21 may 2012 ini.

@@@

16 comments:

HAJI said...

Subhanallah Walhamdulillah Walaailaha illallah Wallahuakbar! Syabas dan tahniah, tuan!

Anonymous said...

takbeer! alhamdulillah, semoga Allah bagi kpd tuan keyakinan di atas usaha ini:)

School Of Tots said...

TQ Haji. Start small think big, insyaAllah.

School Of Tots said...

TQ Ibnu Hatari. Teruja dgn seorang lama karkun bila saya tanya, "sudah lama dalam usha ini?". Dia jawab, "baru lagi" dan "tengah belajar-belajar". Sedangkan saya nampak dia mmg power. Allah Hu Akbar.

Cikli said...

alhamdulillah

School Of Tots said...

TQ Cikli. Blaja blaja hidupkan sunnah Rasulullah, insyaAllah.

Mr Norm said...

Nice entry.

School Of Tots said...

TQ Mohamad Noorman Masrek. Perjalanan beribu batu bermula dengan langkah yang satu.

Unknown said...

MasyaALLAH smg istiqomah.
Disini di Arab juga ramai buat dakwah tp tertib makki.
Kita org Indonesia usaha atas bangsa melayu sahaja.

School Of Tots said...

TQ khabbab sutikya. Buka mulut ajak kepada Allah & cahaya Islam. Selalunya kita malu nak bicara dgn bangsa sendiri apatah lagi bangsa asing. Tapi mereka sdra kita, asal dari datuk kita Nabi Adam belaka. Knapa nak biar sdra ini di bakar api neraka? Takut asbab sdra kita ini, kita pula di heret ke neraka Allah. Nau'zubillah.

Unknown said...

semoga Allah pilih kita untuk keluar lagi dan lagi . InsyaAllah :)

School Of Tots said...

TQ shah faris. Fikir dan risau untuk slamatkan diri dan umat ini dari murka Allah. Kita bukan ajak masuk tapi ajak keluar. Keluar ke jalan Allah bermujahadah dari lorong ke lorong pintu ke pintu. Semoga satu hari akan berjumpa hidayah Allah.

Unknown said...

Masya Allah..
Semoga tetap Istiqomah tuan dalam mengajak ummah kembali kepada Allah..Barakallahufik

Unknown said...

Masya Allah..
Semoga tetap Istiqomah tuan dalam mengajak ummah kembali kepada Allah..Barakallahufik

School Of Tots said...

TQ Amirul 4205..
Istiqomah tu yg payah
Sebab itu nilai sesuatu ibadah itu berdasarkan ikhlas dan istiqomahnya walaupun kecil quantity nya..
Semoga Allah memeberi kekuatan menjalankan amal soleh & supaya Allah berkati sisa2 kehidupan kita ini.

Pak Din said...

Kerja dakwah ini kerja siapa?
Kerja kita semua sebagai seorg muslim yg mengaku beragama islam, yg mengaku beriman.
Kerja saya, kerja awak, kerja kita semua.
Bukan kerja ustaz, kerja ulamaq, kerja para asatizah semata.
Kita semua ada peranan. Di hadapan Allah kita akan di tanya. Semua tidak terlepas. Masya-Allah.

ISU PENDIDIKAN

Saya terbaca sebuah posting yg sangat baik yg berupa luahan rasa seorg guru yg dedikasi perihal sistem pendidikan di sekolah yg sudah acap k...