Ustaz pun menjawab, "Minta maaf saya nak kata, kadang tu cara kita salah, bukan nak menyentuh mana2 pihak, tapi dakwah ni kena menyeluruh bukan ikut pada satu cara kita saja iaitu mengajak kepada kebaikan, tapi tidak mencegah kemungkaran, kerana beranggapan bila orang buat baik maka mereka akan tinggalkan kejahatan. Kalau itu caranya maka ia bertentangan dengan seruan dalam Al-Qur'an iaitu amal makruf nahi mungkar."
Ustaz menambah lagi, "Ada kelompok ini yang duduk rapat2 dalam sesi bayan kumpulan mereka, tetapi bila saya bagi ceramah, maka mereka duduk jauh2 malah lepak di luar masjid. Ini tidak betul."
Saya dapat membaca bahawa Ustaz ini cuba mensasarkan kepada kelompok jemaah tabligh yang menjadikan masjid sebagai tapak untuk bergerak pada model usaha dakwah keluar 3 hari/ 40 hari/ 90 hari yang sekufu dalam jemaah tapi agak asing dalam berintegrasi dengan rutin aktiviti masjid setempat terutamanya pada majlis ilmu.
Samada cara Ustaz menjawab itu menyinggung perasaan jemaah tadi atau jemaah tabligh tidak dapat saya pastikan. Namun bagi saya ada kebenarannya di situ.
Tetapi dalam pada itu janganlah pula kita memperkecilkan method dakwah jemaah tabligh ini yang sanggup keluar dari kepompongan kesenangan untuk mengharung cabaran usaha dakwah secara bertentangan secara langsung dengan ahli masyarakat. Kita kena tabik pada usaha ini. Samada ia berkesan atau tidak, bukan kerja kita untuk menilainya, kerana hidayah itu milik Allah jua, dan kita hanya mampu berusaha seupaya mungkin.
Pada satu soalan dari jemaah yang lain, "Apakah dakwah yang kita lakukan hari ini tidak berkesan memandangkan semakin banyak gejala sosial yang berlaku?"
Maka Ustaz menjawab, "Diakui usaha dakwah ini mestilah berterusan, namun sebahagian besarnya tidak mencapai sasaran, kerana golongan yang bermasalah ini tidak ke masjid untuk mendengar majlis ilmu. Jadi menjadi tugas kita semua para jemaah yang hadir ke majlis ilmu ini untuk menyebarluaskan ilmu yang didapati saban hari itu, bukan sekadar masuk telinga kiri keluar telinga kanan atau tidak pernah berkongsi ilmu dengan anak atau isteri. Maka ilmu itu terbantut saja di situ.
Tapi jika 100 orang ahli jemaah yang hadir ini masing2 menyampaikan pula walau satu ilmu kepada 5 orang ahli keluarga atau kawan2 masing2, maka 100 x 5 = 500 orang telah mendapat ilmu itu. Bayangkan kalau kita sampaikan lebih dari satu ilmu yang kita dapat dari sesuatu kuliah maghrib ini? Maka semua kita ini mempunyai peranan masing2 dalam usaha dakwah untuk memperbaiki ummah ini." Sampaikan walau satu ayat.
Ustaz berperanan memberi ceramahnya. Kita berperanan mendengarnya dan menyampaikan kepada saudara kita yang lain. Tidak perlu kita tunggu ilmu penuh di dada untuk berperanan menyampaikan mesej dakwah ini. Sampaikan walau satu ayat.
Sampaikan walau satu ayat ini dapat dilakukan dengan pelbagai cara. Ada orang dengan cara facebook. Ada orang dengan ber twitter. Blogger dengan posting dalam blog masing2. Mesej yang baik juga boleh dikongsikan dalam rangkaian e-mail.
Video2 dakwah mestilah kita promosikan menggunakan media popular YouTube misalnya. Kemudahan handset dan smart fon juga boleh di gunapakai untuk berdakwah. Malah kita sebenarnya sudah tidak boleh memberi alasan lagi apabila di tanya di hadapan Allah SWT di hari perhitungan nanti.
Kalaulah kelompok sasaran dakwah tidak sampai, maka cara dakwah juga kenalah diubahsuai. Jika kelompok muda mudi hanyut dalam lagu dan hiburan, maka dakwah juga mestilah kreatif untuk diserap ke dalam medium baru ini.
Ciptalah lirik2 lagu yang mengajak kepada kebaikan yang mendekatkan jiwa2 kepada Penciptanya. Contohnya lagu InsyaAllah nyanyian Maher Zain itu berjaya menyentuh hati2 yang rusak dan jiwa2 yang kacau untuk kembali sedar kedudukan sebenar. Muat naik dan muat turunkan segala video yang hebat pada media YouTube itu dan hebahkan kepada golongan muda mudi ini supaya ilmu yang ada itu sampai.
Sabda Rasulullah SAW : "Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat."
@@@
9 comments:
dan kita orang Islam bertingkah laku molek-molek. apalagi yang kaki masjid.
pesanan yang baik tuan.
...hok ghoyat tu pong ustaz..hok menulih blog ni pong kalu tidok ustaz...meh-meh ustaz doh...ambo setuju!!...
TQ Umar. Just Do It - the good thing that is.
TQ Cikli. Rasulullah berjaya dalam banyak usaha dakwahnya dengan menunjukkan akhlak terpuji. Menampakkan betapa utamanya menjaga tingkah laku kita.
Jange wak ggura gitu Achu Tra, ambo ni sekadar menyampai walau satu ayat. Semoga ada nilaiannya di sisi Allah. Untuk wak modal dlm sesi soal jawab di Padang Mahsyar di depan Allah SWT.
bagus...
minta share article2 yg menarik dalam blog nie...utk kegunaan ramai..harap boleh ye..nk tanya,kebanyakkan cerita dalam nie sumber rujukannya diambil dari mana?
TQ badrul. Sekiranya ada yg berhajat 'cut & paste' bahan dari blog ini, silakan. SOT halalkan cumanya mohon catat dari blog schooloftots. Jazakallah.
Rujukan dari pandang, dengar & fikir.
Post a Comment