Saturday, April 02, 2011

Petrol 500ml

Mengambil iktibar dari kisah beras 5kg yang kita dapat baca dari posting di blog Mata Hati perihal seorang insan bernama Ahmad yang baik hati sentiasa sedia untuk berbakti dan punyai habit bersedekah umpama rutin harian. Walau bukan tergolong dalam kelompok manusia yang punya harta banyak dan hidup pun ibarat kais pagi makan petang, namun tidak membantutkan sifat baik budinya itu. Itulah contoh 'personaliti tersembunyi' yang membawa manafaat pada masyarakat yang boleh kita jadikan sumber inspirasi dan motivasi. Bukan personaliti tersohor yang sentiasa mendapat liputan media massa atau menjadi ikutan ribuan peminat.

Walau hidup Ahmad sekeluarga serba kekurangan namun dia masih mampu membantu dan berjariah pada setiap kesempatan. Itulah rezki yang berkat, walaupun sedikit tapi berlebih. Alhamdulillah. Bukannya rezki yang banyak tapi sering kesempitan yang sering menimpa ramai orang. Hutang keliling pinggang.

Kisah seterusnya ialah perihal Sameon yang bekerja di kilang buat glove kat Batu Caves. Gajinya kini sebagai supervisor sudah menjangkau RM2,500 sebulan. Tidaklah mewah mana tapi cukuplah untuk menampung tanggungan seramai 4 orang. Dia tinggal disebuah rumah teres setingkat di Bukit Sentosa yang dibeli 10 tahun dulu dengan harga RM45,000.

Dia berulang alik ke tempat kerjanya sejauh 50km itu dengan motor kapchai EX5 selama hampir 8 tahun. Ukhwah penunggang kapchai boleh tahan juga. Mereka saling bantu membantu kalau ditimpa musibah seperti kemalangan, tayar bocor, kerusakan, atau kehabisan minyak. Kita selalu melihat penunggang motor akan berhenti menolong penunggang motor yang lain yang di timpa kesusahan walaupun mereka bukan saling kenal mengenali antara satu sama lain. Tidak kurang juga yang sanggup bergaduh atau membela penunggang motor yang terlibat dalam kemalangan terutamanya kemalangan dengan kereta.

Jadi Sameon ini memang mempunyai pelbagai pengalaman pahit manis sepanjang menjadi penunggang tegar motor kapchainya berulang alik ke tempat kerja untuk mencari rezki yang halal.


Maka terpahatlah sifat kebiasaan untuk tolong-menolong dalam jiwanya. Kini setelah memiliki kereta proton saga, dia tetap tidak melupakan ketika dia masih tidak memiliki kereta dulu dengan membelah kesibukan lebuhraya NKVE atau jalan lama Rawang bersama kapchai miliknya, yang kini diguna pakai buat ke surau saban malam.

Apa yang ingin dikongsikan di sini ialah pada salah satu usaha baiknya. Sameon memenuhkan dua tiga botol bekas air mineral dengan petrol ron95 dan di susun elok dalam sebuah kotak kecil di bonet keretanya. Niatnya ialah sekiranya berselisih dengan penunggang motor yang kehabisan minyak di tepi jalan maka dia akan bertanya khabar dan bersedia memberi bantuan.

Maklumlah meter motor ni kadang tu tidak menunjukkan bacaan yang betul. Sukar untuk mengagak samada minyak mencukupi atau tidak untuk sesuatu perjalanan. Jadi penunggang motor akan selalu terdedah dengan risiko kehabisan minyak. Sameon faham situasi ini kerana dia pernah mengalaminya berpuluh-puluh kali dulu. Pernah satu hari dia terpaksa menyonsong motornya di tengah panas terik sepnajang hampir 2km sebelum bertemu dengan stesen minyak terdekat.


Sameon walaupun di kurniakan Allah dengan rezki yang lebih kini, masih menyimpan hasrat murni untuk bersedekah dan berbakti pada insan yang memerlukan. Itulah yang patut kita semua contohi. Setiap kita punyai peranan. Setiap perlakuan baik kita ikhlas kerana Allah, insyaAllah akan mendapt nilaianya di sisi Allah.

@@@

6 comments:

Achu Tra said...

bro SOT....ambo beso tolok motor di federal highway dlm bule poso....ado lah dlm 2 batu nok buleh sapa ke keda moto...tayar pancit....dugaan bule poso...

School Of Tots said...

TQ Achu Tra, pengalaman bawak moto ni bermacam-macam. Saya bawak skuter ego saya pi surau je. Lesen moto pun takde.

zul permatang badak said...

jarang kita jumpa orang yg bersedia menolong.........walaupun berpendapatan sederhana beliau tidak berkira.....mungkin hatinya tidak selesa atau resah...melihat insan dlm kepayahan. Apa yang dialaminya sudah cukup.....kalau boleh biarlah kapayahan itu....hanya dia yg merasa.......

School Of Tots said...

TQ Zul. But kata iklan Nike 'just do it'. Bila ada lintasan hati untuk buat kebaikan - just do it. Usah ada alasan untuk berbuat baik. RM1 untuk si A mungkin kecil nilainya tapi untuk si B ibarat RM10. Just do it. Usah tunggu ada RM10 dlm poket?

Temuk said...

Assalamu'alaikum School Of Tots

Terima kasih singgah ke blog saya. Kisah Ahmad dan Sameon itu memang menginsafkan. Mereka insan yang hebat. Orang yang pernah merasa susah ataupun masih hidup susah pastinya lebih faham erti kesusahan. Syukurlah mereka yang begitu sanggup pula berkorban untuk membantu orang lain.

School Of Tots said...

TQ Tuan Temuk sudi singgah ke sini. Ya betul, Ahmad & Sameon menyentuh hati. Semoga ramai lagi Ahmad dan Sameon di luar sana.

ISU PENDIDIKAN

Saya terbaca sebuah posting yg sangat baik yg berupa luahan rasa seorg guru yg dedikasi perihal sistem pendidikan di sekolah yg sudah acap k...