CLICK n GO

Sunday, May 30, 2010

From PJ to Nilai


Our second kid "Kakak" off to Nilai yesterday after seven days of Taaruf week at PJ campus. She will be enrolled at IIUM School of Foundation Studies for the next one and half year in the field of Economics and Management Science.

We we
nt to visit her yesterday. It was a 100km ride one way with RM13.50 for toll. Kakak resides at level two with another twelve dorm-mates at Marhalah Ummu Salamah right in front of the majestic Nilai Mosque.

We have a nice picnic at the mosque with dishes prepared by the mother complete with 'gulai ayam', cool mangga juice for drink, and tasty 'pulut sekaya' as desert. Homemade dinner for our daughter.

After the foundation her plan is to take up undergraduate in Accountancy at IIUM's main campus at Gombak.


All the best Kakak. Remember to make 1000 friends even though it is too few but let not make even one enemy as it is already too many. @@@

Saturday, May 29, 2010

Bayan Firdaus

Saya dan isteri berpeluang berjemaah di Masjid BS semalam, sekaligus dapat mengikuti slot kuliah maghrib. Rupanya setiap Jumaat slot ini dikhaskan kepada jemaah Tabligh BS untuk sessi bayan (tazkirah). Alhamdulillah malam tadi penyampainya ialah seorang anak muda bernama Firdaus. Sebelum ini saya selalu melihatnya membaca Kitab Fadhilat Amal atau Kitab Munthakab Ahadith, iaitu dua kitab popular jemaah tabligh, pada setiap selepas solat Jumaat di masjid ini.

Tapi malam tadi pertama kali saya mengikuti bayan secara langsung yang disampaikan oleh Firdaus ini tanpa bantuan teks. Beliau memulakan majlis dengan membaca sepotong hadith. Seterusnya mengajak jemaah sekelian untuk sama2 fikir dan risau permasalahan Agama. Untuk mengukuhkan ilmu di dada dan mengamalkannya dalam kehidupan. Beliau mengingati perihal pentingnya usaha dakwah yang menjadi tanggungjawab semua, bukan setengah golongan sahaja. Mengajak manusia kepada suruhan Allah dan memberi peringatan akan tegahan Allah.

Firdaus berkongsi beberapa kisah sahabat untuk kita contohi. Betapa pengorbanan para sahabat untuk merantau meninggalkan bumi Mekah dan Madinah demi menyeru manusia kepada Islam dan mengajak kepada kebenaran telah melihat Islam itu berkembang jauh hingga ke negeri Sepanyol, China, Afrika, dan Malaysia. Umat Islam sudah mencecah 1.8 billion di seluruh pelusuk dunia. Perhimpunan 'Ijtimak' gerakan Tabligh ini bukan sekadar diadakan di negara2 Islam sahaja seperti Pakistan, India, Indonesia saban tahun tetapi sudah diadakan di negara2 Eropah, China, Brazil dan negara2 bukan Islam yang lain. Usaha dakwah ini mestilah diteruskan sebagai penyambung kepada usaha Rasulullah SAW dan para sahabat demi melihat Islam itu berkembang dan tertegak di bumi ini. "Marilah kita mensahabatkan diri kita", seru Firdaus kepada yang hadir, mengajak untuk mencontohi pengorbanan dan keyakinan para Sahabat.

Setiap perjuangan itu memerlukan pengorbanan termasuklah harta-benda, masa, tenaga, ilmu, dan kekuatan fisikal dan mental. Sudah menjadi amalan dalam gerakan Tabligh program ziarah 3 hari setiap bulan, 40 hari setiap tahun untuk usaha dakwah disamping perjumpaan mingguan di Masjid Sri Petaling dan program jemaah Tabligh kawasan masing2. Para muslimin dijemput untuk menyertai program2 ini. Rasulullah SAW pada hayatnya majoriti method penyampaiannya ialah secara langsung 'eye-to-eye' dan inilah yang diteruskan oleh jemaah Tabligh demi meneruskan sunnah Rasulullah yang mulia itu. Pengukuhan ilmu dan amal akan dicapai dalam program ini terutamanya kepada ahli jemaah Tabligh itu sendiri.

Maka terjawablah kekaguman saya kepada Firdaus seorang anak muda yang kerja hariannya ialah berniaga santan kelapa di Pasar BS, yang dapat menguasai isi dan cara penyampaiannya yang jelas dan lancar pada majlis bayan selama sejam itu. Ibarat menendang bola ke dinding di mana bola itu akan setia melantun balik kepada penendangnya. Kita menyampaikan ilmu dan peringatan menyeru kepada kebaikan kepada saudara se Islam yang lain, dan secara naturalnya segala isi penyampaian dan peringatan itu menusuk masuk ke jiwa penyampai itu sendiri. Maka lahirlah jiwa2 besar semuda saudara Firdaus ini.

Dalam kereta ketika menghantar anak saya Amir ke tempat kerjanya di Pasaraya Sakan (kerja part time masa cuti semesta UIA) pagi ini, saya utarakan kisah Firdaus ini kepadanya untuk memberi semangat kepadanya untuk menyintai ilmu dan menyertai program2 bermanafaat bagi peningkatan jatidiri, ilmu dan amal untuk menjadi muslim yang bermutu. Yang nampak je kosong tapi sebenarnya penuh. Sebaliknya jangan nampak penuh tapi sebenarnya kosong. Jazakallah Firdaus, anakmuda yang hebat.

@@@

Tuesday, May 25, 2010

Penyelesai Kegawatan

Saya baru saja selesai menghadiri majlis Ceramah Perdana bulanan syarikat yang disampaikan oleh Ust Shauki Othman bertajuk "Islam Penyelesai Kegawatan Sosial". Muqaddimah Ust, "Ada orang tidur mata celik." Maksud Ust walaupun berada dalam majlis ilmu tapi tak dapat apa2 ilmu, kerana tidur sepanjang majlis ilmu, walaupun kelihatan matanya celik. Dalam maknanya. Dan rugilah jika kita tergolong dalam kategori ini. Menyumbang kepada kegawatan juga agaknya.

Kalau kita perhati di dada2 akhbar dan di kaca2 TV atau melihat sendiri keadaan sosial semasa maka kita pasti akui bahawa kegawatan sosial sangat berleleluasa, malah meliputi banyak kegawatan yang lain juga termasuklah kegawatan akidah dan ibadah.

Umat Islam di dunia kini bukan sedikit malah sudah menjangkau 1.8 billion. Namun kualitinya hampas. Ramai yang rela Islam pada nama sahaja. Yakin pun tidak. Macamana nak mengharapkan Islam sebagai penyelesai masalah?

Orang yang baik di sisi Allah ialah orang yang memahami apa itu Islam. Tak dapat tidak kita kena kembali kepada Islam. Pengakuan kalimah syahadah itu sendiri merangkumi:
  1. Penafian (25%) - iaitu tiada tuhan (selain Allah)

  2. Penolakan (25%) - yakni menolak ideologi, sistem, ajaran yang selain dari Allah.

  3. Pengakuan (25%) - melainkan Allah yakni hanya Allah yang Maha Besar Maha Berkuasa dan segalanya.

  4. Penerimaan (25%) - segala sistem dan ajaran yang terkandung dalam Al-Qur'an yakni manual kehidupan dan ajaran Rasulullah SAW.
Apa yang berlaku ialah penerimaan dan penghayatan kita yang bukan 100% pada kalimah Toyyibah itu sendiri, perkara asas dan dasar pengakuan kita sebagai seorang muslim yang mengaku menjadi hamba Allah.

Maka tidak hairan kalau kehidupan kita ini penuh kegawatan dan kecelaruan. Apabila manusia cuba menunjuk bijak dengan berpandukan kepada akal hingga menafikan arahan dan tunjuk ajar dari Sang Pencipta manusia sendiri iatu Allah SWT. Pertimbangan yang diambil kira pada sesuatu keputusan atau tindakan ialah bersandarkan pertimbangan ekonomi, akal, dan nafsu semata. Maka sudah tentu ia tidak menjadi penyelesai masalah. Atau mungkin dilihat sebagai penyelesai masalah pada mata kasar tetapi mengajak seribu keburukan pada mata halus.

Contoh apabila kita mengaku Malaysia sebagai sebuah negara Islam. Mana mungkin kita cuba menghalalkan judi yang memang jelas diharamkan oleh Allah SWT. Atas alasan membendung perjudian tanpa lesen yang membawa kerugian berjuta ringgit pada negara melalui pulangan cukai. Satu lagi pertimbangan ekonomi, duit, dan fulus. Pada mata kasar membawa keuntungan pada negara dan rakyat jelata. Namun apabila larangan Allah tidak dipertimbangkan dalam membuat sesuatu keputusan atau polisi maka nantilah kehancurannya. Kos untuk membaiki kegawatan manusia akibat judi ini jauh lebih tinggi dari pendapatan yang diraih melalui cukai judi itu sendiri, percayalah.

Apakah kita juga nanti akan mengeluarkan lesen untuk menjana pendapatan negara hasil dari kegiatan pelacuran dan pengedaran dadah pula yang nyata lebih lumayan berbanding dengan kegiatan judi?
Manusia tiada nilai (worthless) tanpa Agama. Yang membezakan haram dan halal adalah Agama.

Apabila kita ke pasar, antara ayam 'katok' yang dijual RM6 seekor dengan ayam sembelih yang berharga RM10 seekor, apakah yang kita pilih? Tanpa syariat agama mungkin kita akan memilih ayam 'katok' yang bersih , segar dan murah itu. Namun syariat Islam mengajar kita bahawa ayam sembelih itu halal dan ayam 'katok' itu haram.

Berkat itu tidak boleh dibeli. Seorang guru yang bergaji RM3k pernah bercerita katanya kawannya yang bergaji RM18k sebulan sentiasa tidak kecukupan dan meminjam pula duit darinya. Kenapa seorang yang bergaji RM18k sebulan tidak cukup tapi yang bergaji RM3k pula cukup? Jawabannya ialah keberkatan rezki itu. Berkat membawa ketenangan dan kesenangan. Ia anugerah Allah SWT kepada manusia terpilih yang menjadikan Islam sebagai penyelesai masalah. Bukan mengharap pada yang lain.

Tips untuk mendapat rezki yang berkat:
  1. Buat pekerjaan yang halal, elakkan kerja2 yang haram atau shubahat.

  2. Pasang niat yang baik, nawaitu kerana Allah.

  3. Jangan lalai dengan kewajiban terhadap Allah seperti solat fardhu.

  4. Tidak melakukan perkara2 haram seperti rasuah, mencuri, dan menipu.

  5. Dan akhirnya pekerjaan itu mestilah dibuat dengan penuh kesungguhan dan terbaik.

Seorang yang hebat dalam pekerjaannya. Namun jika dia tidak solat, maka tiada nilaiannya di sisi Allah. Kerana solat itu tiang Agama. Tidak solat itu maknanya meruntuhkah Agama. Rezkinya tidak berkat biarpun hidup gah dan kaya raya. Walau ada wang berjuta tapi sebenarnya tiada maknanya. Hidup di dunia hanya seketika. Semuanya akan ditinggalkan. Manusia tanpa agama adalah sehina-hina manusia. Bakaran api neraka bakal menantinya pada kehidupan yang kekal abadi.

Masalah ragut tidak berkesudahan, pening pihak berkuasa memikirkannya. Banyak kes ragut yang membawa maut kepada simangsa. Islam dalam syariatnya telah menetapakan bahawa hukum curi (termasuklah ragut ini) ialah potong tangan. Namun manusia menganggapnya zalim dan menolak perlaksanaannya.

Akibatnya kes ragut, curi, samun, rompak akan berterusan hingga ke akhir zaman, percayalah. Sedangkan Allah SWT sudah memberi penyelesaiannya pada permasalahan ini. Kita gagal mempertimbangkannya mengikut neraca Allah SWT. Kita mahu menimbangkan mengikut neraca akal kita yang dirasakan lebih bijaksana. Segala peraturan Allah SWT ada hikmah belaka dan banyak menjurus kepada pencegahan. Itulah penyelasaian mutlak.

Bila kita tinggalkan Islam dalam penghidupan, ia mendekatkan kita pada kegawatan. Kenapa diadakan kempen prihatin 'buang bayi'? Supaya masyarakat membendung gejala buang bayi yang semakin berleluasa itu? Punca masalah sebenarnya ialah zina. Hukuman yang ada ialah "356". Tidak lebih RM3k denda. Tidak lebih 5 tahun penjara dan tidak lebih 6 sebatan. Berjayakah hukuman yang dicipta manusia ini membendung jenayah buang bayi? Tidak.

Dadah adalah musuh nombor satu negara. Berpuluh pusat serenti dengan belanja puluhan juta ringgit terpaksa di wujudkan demi menyelesaikan masalah ini. Apa punca nya? Antara punca utamanya ialah pusat2 hiburan yang tumbuh melata menyuburkan budaya penyalahgunaan dadah untuk menjana keenakan dan keseronokan dunia. Maka selagi mana pusat2 hiburan ini digalakkan pertumbuhannya maka selagi itulah masalah dadah ini akan maju jaya.

Masalah dadah tidak akan pupus jika masih gagal mengikut ajaran Islam yang mengharamkan pergaulan bebas, minuman keras, dan menghampiri zina. Begitulah juga segala kegawatan sosial yang lainnya. Usaha yang lain akan sia2 kerana ia bukan penyelesaian sebenar, hanya sekadar melepas batuk di tangga atau syok sendiri sahaja. Akibat kita tidak yakin kepada Islam maka kita gagal mengambil Islam sebagai penyelesaian kepada kegawatan yang berlaku.

Masalah rumahtangga selalunya berlaku apabila tidak mengambil Islam sebagai panduan. Isteri mestilah mematuhi dan menghormati suami selagi mana arahannya tidak bercanggah dengan syariat Islam. Suami kena faham akan tanggung-jawab dan amanahnya. Apabila masing2 cuba berlagak hero atau menegak ego dan membelakangkan Agama, maka kemusnahan setia menanti.

Kegawatan ekonomi sangat berkait rapat dengan amalan riba. Rupanya Riba ini dalam Islam dosanya 36x ganda lebih besar dari dosa zina. Yahudi menguasai ekonomi dunia dengan amalan riba. Atas dasar kita tidak mengikut peraturan Allah, maka Allah tidak menurunkan keberkatan. Tanpa keberkatan ini jauhlah kita dari mendapat redha Allah. Maka rugilah kita serugi-ruginya, bukan setakat mencapai kegawatan ekonomi namun yang utama akhirnya menjadi bahan bakaran api neraka Allah. Nau'zubillah.

Ada orang mengatakan sama saja perbankan Islam dengan konvensyional. Bezanya cuma akad kata mereka. Itulah antara kegawatan yang wujud. Soal 'aqad' dalam Islam itu sangat penting. Ibarat seorang anak dara yang cantek. Dengan akad nikah mengikut syariat Islam menjadikannya halal untuk digauli oleh suaminya. Namun tanpa akad nikah itu ianya HARAM digauli hatta di 'sentuh' si jejaka (bakal suaminya) tadi. Itulah penting 'aqad' itu. Tanpa syariat Agama kita umpama haiwan, yang halal dan haram sama saja (gadis yang sama, jejaka yang sama).

Manusia tidak akan sesat selama-lamanya selagi mana mereka berpegang kepada ajaran Al-Qur'an dan Sunnah Rasulullah SAW. Bagaimana nak berpegang dan beramal kepada kedua-dua sumber muktabar ini? Kenalah mengaji, belajar, berguru lagi dan lagi. Jangan jemu ke majlis ilmu. Kena faham dan jelas. Jangan kedekut berkongsi ilmu dan amalkan dalam kehidupan.

Moving forward, marilah kita sama2 meningkatkan kualiti Islam kita dengan pulun habis segala amalan yang wajib. Make sure tak ada yang ketinggalan lagi. Sisa hidup kita tidak lama lagi. Umat Rasulullah SAW di beri peluang untuk hidup sekitar 60-70 tahun sahaja. Penghidupan yang kekal ialah di Akhirat. Maka berjuanglah dan berusahalah untuk hidup yang kekal abadi itu, bukannya untuk hidup yang hanya tinggal beberapa detik sahaja ini.

Amalan sunat adalah perhiasan. Amalan wajib itulah perkara asas. Ibarat pen, talileher, dan jam itu perhiasan. Manakala baju dan seluar itu pakaian wajib. Amat janggal bila kita pakai talileher, pen dan jam tanpa memakai baju dan seluar, betul tak? Jika lengkap asas dan perhiasan, lagi baik. Ada orang melebihkan perkara sunat tetapi melalaikan perkara wajib. Celaru.

Mulai hari ini, sesuatu keputusan atau tindakan yang kita buat hendaklah berlandaskan pertimbangan Allah SWT, bukan pertimbangan yang lain. InsyaAllah.

@@@

Saturday, May 22, 2010

Iradat dan Kudrat Allah SWT

Dalam kuliah maghrib pengajian kitab 'Penawar Bagi Hati' yang disampaikan oleh Ust Zahidi di Masjid BS tempoh hari, ustaz ada menceritakan satu kisah. Bersesuaian pula dengan sebuah petikan dari blog Al-Hikam yang menceritakan perihal segala sesuatu pengharapan kita itu hanyalah ditumpukan kepada Allah bukan dari sesuatu sumber yang lain.


"Jangan diajukan hajatmu selain Allah SWT, Allah SWT yang mendatangkan hajat itu kepada kamu. Siapakah yang selain Allah SWT dapat mengangkat sesuatu yang diletakkan oleh Allah SWT? Barangsiapa yang tidak mampu melaksanakan hajat dirinya sendiri, bagaimana pula dia sanggup melaksanakan hajat orang lain."


Dalam membentuk keperibadian tauhid, kita perlu melihat sesuatu dari asal mulanya hinggalah kepada penghabisan sampainya. Orang yang masih dalam proses membentuk keperibadian tauhid, diibaratkan jambatan tempat lalu-lintas yang datang dan yang pergi.


Apa yang datang menceritakan asalnya dan yang pergi menceritakan tujuannya. Jambatan itu ialah hati dan yang datang itu bermacam-macam, antaranya adalah niat, harapan, angan-angan, cita-cita, hajat dan keinginan. Semuanya datang dari arah yang sama, semuanya bukan jenis benda yang berupa, tetapi adalah jenis tenaga atau kuasa ghaib.


Walaupun ghaib, masing-masing itu mempunyai keupayaan dan kekuatan untuk memberi kesan kepada hati. Kesan yang berbeza-beza menyebabkan satu keupayaan dan kekuatan dapat dibezakan dengan keupayaan dan kekuatan yang lain. Boleh dikenal keupayaan dan kekuatan marah, benci, suka, niat, harapan, hajat dan lain-lain. Sumber datangnya segala-galanya ialah makam Lahut (zat Ilahiat), turun kepada makam Jabarut (sifat).


Pada makam Jabarut muncullah Iradat dan Kudrat. Iradat dan Kudrat Allah SWT menjadi sumber kepada semua keupayaan dan kekuatan. Pancaran Iradat dan Kudrat diterima oleh Alam Malakut sebagai perintah Allah s.w.t. Iradat dan Kudrat yang diterima oleh para malaikat dinamakan Haula dan Kuwwata Allah SWT, lalu malaikat-malaikat yang menyambutnya mengucapkan:


'Tidak ada keupayaan dan kekuatan melainkan (Iradat dan Kudrat) Allah SWT'

Ust Zahidi menceritakan suatu pagi dia dikunjungi oleh seorang usahawan tokoh korporat yang terkenal. "Ustaz, saya nak mintak tolong ubatkan mak saya yang mati sebelah tubuh ini. Sudah pelbagai cara saya cuba. Namun masih gagal." Ust Zahidi menjawab, "Saya ni bukan pandai pun. Tapi kita usahalah semoga dengan iradat dan kudrat Allah dan berkat doa kita semua semoga Allah memberikan kesembuhan kepada penyakit makcik ini."

Ustaz kata dia pun ambik sebotol air mineral dan di bacakan segala zikrullah dan ayat-ayat Al-Qur'an yang dia tahu dan memohon doa kepada Allah dengan penuh ikhlas dan pengharapan semoga dengan rahmat dan kekuasaan-Nya dan sifat Pengasih dan Penyayang-Nya, diberikan kesembuhan kepada mak saudara kita seorang jutawan terkenal itu. Maka pulanglah tokoh korporat tadi pada pagi itu dengan bekalan sebotol air mineral. Sebelum pulang dia sempat berjanji kepada Ustaz sekiranya maknya berjaya pulih maka dia akan menaja Ustaz untuk mengerjakan ibadah Umrah di Tanah Suci.

Malam itu handset Ustaz berdering. Panggilan dari usahawan tadi. "Ustaz, berkemaslah ustaz, kita pergi Umrah". Di takdirkan Allah, rupanya petang itu setelah pulang, saudara kita tadi telah menyapu 'air mineral' tadi ke tubuh maknya dan memberinya minum dan berdoa penuh harapan kepada Allah agar diberikan kesmbuhan kepada maknya itu. Alhamdulillah, Allah Maha Berkuasa penyembuh segala penyakit, pada malam itu maknya tadi telah dapat mengangkat tangan dan berdiri. Alhamdulillah.

Ustaz memberitahu jemaah sekelian tiada apa-apa keistimewaan dalam method pengubatan yang beliau amalkan. Apa yang penting ialah pengosongan hati untuk sebuah pengharapan penuh ikhlas pada Allah, tiada pada yang lain untuk sesuatu hajat kita itu. Jemaah terkedu dalam menghayati pengajaran penting hakikat kewujudan kita sebagai hamba kepada Sang Pencipta yang Maha segalanya itu. Hakikat tauhid itu sendiri meletakkan pergantungan kepada Allah yang satu, tiada yang lain. Amiin.

@@@

Tuesday, May 18, 2010

Vacation Mood




Vacation is always good. It give us a much needed break from the routines. Full of unexpected in fun atmosphere. Beautiful beaches and mysterious views. It's been a while since we embark into the wilderness of holiday resort next to the nature splendid beauty. Yes, we are on vacation.

It's Ilham Resort with 'RM640 per night' three rooms apartment, again. One big reason is because of the special rate given to me as a staff in PNB's group of companies. Another good reason is because of it's 5 star facilities and scenic location next to forest reserve with walking distance to beautiful beaches such as quiet Pantai Cermin. This is probably our fifth stay but it never once a dull moments.

This time around we have venture into 'jungle tracking' deep into Tanjung Tuan Santuary. What a feeling. Exploring the jungle is quite adventurous as we discovered a beautiful isolated spot on a clean stretch of beaches with green surrounding. It's look like a Jurassic Park island, far from human. We are on vacation for sure. Play with the sand, sea and sun.

Back to our resort, a few hours in the swimming pool seem so fast going by. Walk on the beaches to witness sunset is unforgettable moments. It is truly a vacation mood for the five of us, keep us coming back for more.
@@@



Sunday, May 02, 2010

Anugerah Kecemerlangan



Pagi tadi berlangsung Anugerah Kecemerlangan Pelajar 2009 di sekolah anak saya 'Kakak' di SAMT KKB yang mana Kakak merupakan salah seorang penerima bagi pencapaian keputusan 8A pada SPM tahun lepas. Tahniah.

Semalam keputusan UPU telah diumumkan secara 'online' dan Kakak telah mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke peringkat Asasi Pra-Universiti di UIA di bidang Ekonomi dan Sains Pengurusan. Ia merupakan pilihan Kakak yang pertama dalam senarai 8 pilihan permohonan UPU tempoh hari. Alhamdulillah. Mengikut jejak abangnya yang juga menuntut di UIA pada peringkat Asasi Sains (di bidang kejuruteraan).


Peluang ini selari dengan cita-cita Kakak untuk membuat pengkhususan di bidang Akaun nanti di peringat Ijazah. Mengikut surat tawaran UPU, Kakak akan melapurkan diri di kampus UIA PJ pada 23hb Mei ini. Setelah menjalani minggu orientasi Kakak akan ditempatkan di Kampus UIA di Nilai selama tempoh pengajian di peringkat Asasi Pra-Universiti ini. Semoga di permudahkan Allah segala urusan dan di tunjukkan jalan yang terbaik buat Kakak. Amiin.


@@@

Saturday, May 01, 2010

Tazkirah Subuh

"Bagaimana kita habiskan sisa-sisa hidup yang ada ini?" pertanyaan dari Hj Munir pada sesi tazkirah subuh di Surau Al-Faaizeen pagi ini.

Hari ini kurang sehari lagi sisa hidup kita. Hari ini sehari lagi merapatkan kita ke pintu kubur. Hakikat hidup dunia sangat sementara, 60, 70, 80 tahun. Kita pasti menemui mati samada suka ke tak suka ke. Masa yang berlalu tak akan kembali lagi.


Ada sebuah cerita tentang dua hamba Allah, seorang alim dan seorang kufur pada masa kehidupan mereka. Ketika sedang nazak hendak menemui ajal, si alim ini meminta seteguk air kerana kehausan. Semasa anaknya hendak menyuapkan air itu malaikat telah menempis cawan dan tumpahlah air itu sebelum sempat di teguk oleh si alim yang kehausan itu, dan menemui ajalnya dalam keadaan hajatnya tidak kesampaian.


Si kufur pula dalam keadaan nazak menantikan saat kematiannya, telah mengidam untuk makan sejenis ikan yang memang tidak ada di daerah itu. Namun supaya tidak menghampakan harapan ayahnya yang dikasihi, si anak telah mengambil joran dan mencuba nasib mengail di tasek berdekatan rumahnya walaupun dia tahu itu pekerjaan yang sia-sia. Allah telah mengenakan umpanan si anak tadi dengan ikan yang dihajati bapanya, si kufur itu. Beliau seungguh terkejut dengan kejadian yang ajaib itu dan tercapailah hajat ayahnya untuk memakan ikan ini yang di masak enak. Selang beberapa ketika si kufur itu pun menemui ajalnya.


Dari kisah ini, dua malaikat yang di perintah Allah untuk menjalankan tugasan di atas merasa sangat hairan dan tidak dapat mencari logiknya. Seorang alim yang begitu zuhud dalam amal ibadah semasa hayatnya gagal mencapai hajat terakhirnya untuk meneguk air penghilang dahaga di penghujung umurnya. Sebaliknya si kufur yang yang mengamalkan kemungkaran sepanjang masa telah di beri layanan yang sungguh istimewa dan hajatnya di penghujung usia telah juga di tunaikan Allah.


Maka dari kejauhan datanglah suara menyatakan hakikat kedudukan yang sebenarnya. Katanya si alim tadi bakal menempuh alam akhirat yang penuh kenikmatan. Namun ada sesuatu kejadian semasa hayatnya yang telah mendatangkan kemurkaan Allah, dan justru itu balasan telah dikenakan kepadanya semasa di dunia lagi iaitu ketika dia di penghujung nyawanya tadi. Kerana kasihnya Allah kepadanya. Ini memandangkan azab di dunia ini jauh lebih ringan berkali-kali ganda dengan balasan Allah di akhirat. Maka setitik dosa yang pernah dilakukan oleh si alim tadi semasa hayatnya telah dibalas Allah semasa hidupnya di dunia, agar hidupnya di akhirat bersih 100% tanpa dosa yang bakal menerima ganjaran nikmat syurga yang kekal abadi.

Berbalik kepada si kufur tadi, yang hidupnya bergelumang dosa. Ada sedetik perlakuannya yang mendatangkan kasih Allah kepadanya. Maka atas sedetik kebaikannya itu Allah SWT telah memberikan balasan nikmat kepadanya, yang berupa hidangan istimewa masakan ikan yang diidamkannya pada penghujung usianya di dunia tadi. Allah Maha Adil. Tempat si alim ialah di akhirat. Dan mahligai kenikmatan si kufur ialah dunia yang sementara ini.


Janganlah kita tertipu oleh dunia yang sekadar tempat gurauan dan hiburan ini. Kerana hakikat muslim sejati ialah pencapaian terbaik di akhirat nanti, maka segala perlakuan dan amalan kita di dunia ini biarlah mengikut syariat dan ajaran yang di bawa oleh Rasulullah SAW. Semoga kita beroleh keuntungan di dunia dan kebahagiaan abadi di akhirat. Marilah kita sama-sama zikir dan fikir halatuju sisa-sisa hidup kita ini dan meletakkan KPI sewajarnya untuk mencapainya. Biarlah hari ini lebih baik dari semalam dan di penghujung ada Redha Allah menanti, insyaAllah.


@@@
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...