Kemudian tiba pula 5 April, iaitu hari ulangtahun kelahiran saya. Alhamdulillah Allah SWT masih memberi nikmat hidup dan disambungkan nyawa saya hingga ke saat ini. Nikmat yang tidak ternilai yang wajib disyukuri sepenuh jiwa raga. Dalam ribuan malah jutaan hamba-Nya yang sebaya dengan saya yang sudah diluputkan nyawa mereka, maka saya di beri lagi ruang untuk menerus kehidupan yang sementara ini. Untuk apa? Untuk menjalani segala urusan dengan mengikut landasan yang lurus selaras dengan suruhan Allah dan mencegah diri dari kelakuan sumbang yang menagih murka Allah SWT. Ya Allah hidupkanlah saya dalam iman dan matikan saya nanti pun dalam iman. Penuhilah sisa-sisa hidup saya dengan segala sesuatu yang mendatangkan manafaat pada umat.
18 April pula merupakan hari ulangtahun kelahiran anak sulong saya Amir yang kini sedang melalui pengajian di semesta ketiga di peringkat asasi UIA untuk persiapan memasuki bidang kejuruteraan. Berilah kecintaan ilmu untuknya, fahamkan dia akan muslihat dan realiti dunia ini, dan kukuhkan akidahnya untuk memahami siapa dirinya dan kemana penghujungnya nanti. Perbaikilah akhlaknya, tutur bicaranya, dan pertimbangannya untuk memilih kebaikan mengatasi kemudharatan.
Seterusnya 29 April adalah hari ulangtahun perkahwinan saya dan isteri tercinta. Tarikh keramat permulaan sebuah perjalanan alam rumahtangga. Tidak lengkap cabaran dan ujian hidup seorang jejaka itu selagi belum melalui tanggung-jawab sebagai seorang suami dan amanah sabagai seorang ayah. Perjalanan itu mengajar saya menjadi lebih matang, sabar dan memahami erti hidup dan pancarobanya termasuklah soal sosial, muamalat dan kewangan. Alhamdulillah kami dikurniakan tiga orang cahaya mata yang kini sudah remaja sebagai penyambung zuriat.
Sejarah boleh dijadikan pengajaran untuk lebih waspada mengatur langkah. Masakini adalah nikmat yang Allah kurniakan untuk disyukuri banyak-banyak kerana segalanya ini amanah belaka. Maka untuk masa depan hendaklah merancang dengan bijak. Fahami dan kenali diri dan kemana penghujungnya nanti. Semoga Allah SWT dengan sifat Maha Pengasih dan Penyayang-Nya akan terus melimpahkan rahmat-Nya dan tidak mengenakan sesuatu ujian yang tidak termampu ditanggung oleh saya. Maju ke depan insyaAllah, mencari tidak yang lain selain dari Redha Allah SWT semata dalam setiap urusan dan aktiviti hidup. Bergantung harap tidak pada yang lain, hanya pada Allah SWT. Amiin.
@@@
6 comments:
Salam suamiku...
-12 tahun dah papa keje, alhamdulillah... mama doakan semua urusan papa mudah tiap hari..aminn
-hepi befday pa, moga sentiasa dalam rahmat dan keampunan Allah...amin
-hepi befday bang, moga Allah mudahkan perjalanan abang...aminn
-selamat rai'kan ulangtahun perkahwinan kita, InsyaAllah tambah bahagia...aminn
yes btol, april sgt istemewa..hee..
hepi befday papa..semoge papa sihat sentiase n dimurah kan rezeki oleh Allah SWT..
April yg istimewa untuk kita semua. Thx mama & abang. Ingat Siapa Aku? Kemana Penghujung Ku? Tajuk buku papa tu insyaAllah.
salam bro.SOT...lamo tok singgoh...ambo pong nok ucap happy belated bday...semoga diberkati hidup & dimurohkae rezeki...utk anok sulong pong gitu lah jugok..semoga jadi anok soleh hok membahagiokae ibu bapa dunio akhirat..& happy anniversary...semoga hidup hok akae dilalui terus dirahmati, dilimpahi rezeki & diberkati Allah...insyaallah
TQ Achu Tra atas doa demo, semoga dimakbulkan Allah jua. Harapnya koho tua ni koho kenal diri. Semoga anak2 bejaya dunia & akhirat. Dan rumahtangga bahagia hingga ke akhir hayat. Saya juga doakan kebahagian buat sdra. Amiin.
tahniah dan amin..jugak!
Post a Comment