Life is about choices. You can be negative or positive, it is up to you. We can always view things in various perspective. My way of seeing things may not be the same as yours. My School Of Tots is my inner feeling straight from my heart with a little help from my brain and my little fingers.
Sunday, April 25, 2010
Grand Finale
Stadium KKB malam tadi menyaksikan sokongan padu rakyat kepada Pakatan Rakyat dalam majlis penutup siri berkempen untuk PRK Hulu Selangor ini. Tidak kurang dari 30 ribu orang melimpahi majlis himpunan Grand Finale ini. Tiga Menteri Besar sah dari negeri Penang, Selangor dan Kelantan menjadi keutuhan lambang perjuangan PR hadir memberi semangat dan ucapan memohon rakyat amnya dan para pengundi HS khasnya untuk berfikir, menilai dan menentukan hala tuju bukan sekadar di Hulu Selangor ini semata-mata, tetapi masa depan negara.
Lim Guang Eng menutup ucapan beliau dengan sebuah pantun kalau tak silap katanya, "Undi PR Dapat Pahala, Undi Zaid Selamatkan Malaysia". TS Khalid Ibrahim mengucapkan terima kasih kepada seluruh hadirin dan rakyat semua atas sokongan padu ini dan berjanji untuk menjalankan amanah mengekonomikan rakyat supaya nasib rakyat terbela.
Kehadiran TGNA pula memang dinanti. Aura TGNA payah disanggah lawan dan kawan. Pesan Tuan Guru, "Manusia ada sempadan-sempadannya, ada batas-batas tertentu. Setiap perkara ada halal haramnya, wang ada halal haramnya, perempuan ada halal haramnya, lelaki ada halal haramnya, makanan ada halal haramnya. Begitulah juga politik, ada halal haramnya. Kita semua akan ke Padang Mahsyar, kita tidak membawa sebutir nasi atau seteguk air pun. Yang ada hanya syafaat Rasullah SAW dan belas ehsan Allah SWT semata-mata. Sedangkan Rasulullah tidak mengenali kita , maka setiap sesuatu yang kita lakukan di dunia ini mestilah bersesuaian dengan suruhan Allah SWT yang diajar oleh Rasulullah SAW." Kita tolak pemerintah yang rasuah, tidak amanah dan gagal membela rakyat. Pilihlah pemimpin yang adil dan beringeriti, InsyaAllah.
DSAI terpaksa membonceng motosikal selama 40 minit untuk sampai ke stadium kerana kesesakan lalulintas yang melampau. Ucapan penutup DSAI seperti biasa menaikkan bulu roma dengan semangat dan harapan bukan sekadar janji politik. Perjuangan DSAI yang penuh liku dan ujian mengajar nya menjadi pemimpin yang hebat dan penuh karisma. Mesejnya jelas, BN yang memerintah selama lebih 50 tahun sudah cukup diberi peluang dan mereka gagal untuk mengagihkan kekayaan negara kepada rakyat kerana banyak kebocoran ekonomi akibat rasuah dan pecah amanah yang hanya mengkayakan kelompok tertentu sahaja. Maka berilah peluang untuk PR pula menjadi kerajaan supaya rakyat betul-betul didahulukan dan kekayaan negara akan dapat dinikmati bersama.
Pagi ini sekitar pukul 10:30 tadi saya bersama isteri telah menunaikan tanggung jawab membuang undi di saluran 2, pusat mengundi skbb. Semoga Allah memakbulkan doa kita semua untuk mendapat pemimpin yang faham tugas pemimpin untuk menjalankan amanah Allah.
*** Keputusan PRK Hulu Selangor: BN 24,997 undi, PKR 23,272 undi. BN MENANG dengan majoriti 1,725 undi ***
@@@
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ISU PENDIDIKAN
Saya terbaca sebuah posting yg sangat baik yg berupa luahan rasa seorg guru yg dedikasi perihal sistem pendidikan di sekolah yg sudah acap k...
-
Doa selepas solat ini boleh di hafal dan di amalkan. Terjemahan pun disertakan. Kalau dapat amal dan faham makna apa yg di doakan, maka lebi...
-
MAULIDUR RASUL Maulidur Rasul pada setiap tahun ialah pada 12 Rabi 'ul-Awwal. Apakah Pandangan Syariat berkaitan sambutan Maulidur Rasul...
-
Alhamdulillah setelah berjinak-jinak dengan jamaah tabligh buat beberapa lama, maka saya berpeluang keluar 3 hari mewaqafkan diri ke jala...
5 comments:
oh, entri politik..
takpo la.. kalah menang.. 1725 bukan banyak sangat.. 863 undi jer beza sebenar nya.. lgpun secara tradisi mmg kerusi BN. PR kena ingat 23ribu+ pengundi masih pilih diorg.. alhamdulillah.
secara peribadi, ambo kurang bersetuju DZI bertanding di P.94. Ambo lebih suka DZI balik ttanding di mana2 P dlm Kelantan pada next PRU.
salam sot,
kalah bukan berarti salah, menang bukan berarti benar...
TQ yushida03, setiap sesuatu itu ada hikmahnya insyaAllah.
TQ abah aman, apalah perjuangan tanpa halangan dan rintangan? Sesuatu yg mahal itu payah untuk di raih, apatah lagi sebuah keadilan untuk semua. InsyaAllah ada pengajaran dan pelajaran yg boleh di hayati supaya lebih bersedia di masa hadapan.
Post a Comment