Pihak AJK masjid As-Salam melaksanakan penyesuaian program di mana selepas 4 rakaat solat teraweh akan di selitkan slot tazkirah yang mengambil masa 10-15 minit bagi penceramah dari kalangan imam2 dan AJK masjid As-Salam. Kemudian di sambung solat teraweh hingga cukup 20 rakaat dan solat witir 3 rakaat. Namun jika slot itu di isi dari penceramah jemputan maka masa yang diperuntukkan untuk tazkirah ialah 30 minit dan diteruskan teraweh sebanyak 4 rakaat lagi menjadikan 8 rakaat sahaja sebelum disambung dengan witir 3 rakaat. Diakhiri dengan majlis tahlil ringkas dan tadarus Al-Qur'an.
Malam ini slot tazkirah ini di isi oleh Ustaz Wan Samsuddin iaitu seorang ustaz yang memang tidak asing lagi dan dikenali ramai kerana dia juga seorang penduduk taman perumahan ini dan bekas imam surau Al-Bayan sebelum adanya masjid As-Salam ini. Penyampaian Ustaz Wan memang padat dan mantap dengan tajuk tazkirah yang dinyatakan oleh pengerusi majlis iaitu perihal solat witir. Ustaz memulakan tazkirah dengan beberapa penerangan ringkas tentang kelebihan Ramadhan, ibadah2 yang dituntut seperti membaca Al-Qur'an, kelebihan sedekah dan menyediakan makan minum orang berbuka.
Saya sudah lama mengenali Ustaz Wan ini dan pernah menjemputnya ke rumah saya untuk majlis kesyukuran untuk anak sulong saya yang akan melanjutkan pelajaran sekolah menengahnya di SAMT-KKB pada tahun 2003 dulu. Dia juga merupakan penyelia petang sekolah agama KAFA di BS ini dan sempat mengajar anak saya Farihin dan Iman.
Sudah lama saya tidak mendengar Ustaz berceramah dan malam ini saya lihat penyampaiannya memang lancar, dikukuhkan dengan banyak ayat2 Al-Qur'an dan hadis2 Rasulullah.
Penekanan beliau menjurus kepada solat witir. Jelas ustaz solat witir ini adalah penutup segala solat. Ibarat kita memasak masakan yang enak untuk kita persembahkan kepada raja, tiba2 kita bawa ke istana dengan bekas yang tidak bertutup maka janggal dan tidak sempurna sangatlah persembahan kita itu. Besar kemungkinan masakan lazat kita tadi tidak akan di terima raja malah mungkin di reject oleh pengawal istana awal2 lagi. Itulah ibaratnya penting solat witir sebagai 'penutup' tadi. Malah mengikut mazhab Hanafi hukum solat witir ini adalah wajib.
Hadis nabi lebih kurang bunyinya:-Solat witir itu hak keatas muslim, siapa nak boleh buat 5, 3 atau 1 rakaat.
Imam Abu Daud dan an-Nasa’i telah meriwayatkan sebuah hadis dari Abu Ayyub yang maksudnya: “Rasulullah SAW pernah bersabda” Solat witir itu adalah benar (hak). Siapa yang suka mengerjakannya lima rakaat, kerjakanlah. Siapa yang suka mengerjakannya tiga rakaat kerjakanlah, dan siapa yang suka mengerjakannya satu rakaat sahaja pun, kerjakanlah
Rasulullah juga pernah buat 7 rakaat direct dan 11 rakaat putus-putus (2,2,2,2,2,1)
3 mazhab menghukumkannya sunat, 1 lagi wajib iaitu mazhab Hanafi. Hanafi mewajibkan solat witir kerana:-
- perkataan HAK dlm hadis diatas
- satu hadis hasan yang lain:- Allah tambah satu solat lagi ke atas kamu, siapa tak solat hendaklah qadha, Buatlah antara Isya’ dan Subuh. Wahai ahli Quran, siapa tak solat witir bukan dari golonganku.
“Sesungguhnya Allah SWT telah menambahkan kepada kamu satu solat, iaitu solat witir. Maka sembahyanglah antara solat Isyak dan solat subuh. (Ahmad)
Sabda Nabi s.a.w.: “Bila sudah menjelang pagi, dan salah seorang daripada kamu masih belum melakukan (solat) witir, maka berwitirlah (qadha). (Baihaqi & al-Hakim)
“ Wahai ahli Al-Quran, kerjakanlah solat witir, sebab Allah itu witir ( Maha Esa) dan suka sekali kepada yang witir. ( HR. Ahmad)
Sesungguhnya Allah itu witir (ganjil), dan Dia menyukai witir, maka lazimkanlah solat witir, wahai ahli Al-Quran.” HR Abud Dawud dan Tirmizi.
Witir adalah kewajiban, barangsiapa tidak melaksanakan Witir, maka ia tidak termasuk golongan kami” (H.R. Ahmad dan Abu Dawud.)
YANG PENTINGNYA BUAT, BUKAN HUKUM. Setiap ilmu harus diikat dengan perbuatan, barulah melekat di hati.
Mengikut mazhab Syafie boleh buat 2 kali witir dalam satu malam. Mazhab lain tidak boleh berdasarkan satu hadis yang mengatakan fardhu tidak boleh lebih dari 2 kali. Pada permulaan Islam dibenarkan solat fardhu berulang kali sekiranya solat yang kedua lebih baik dari solat yang pertama (contoh jemaah lebih ramai). Akhirnya Rasulullah larang solat fardhu 2 kali.
“Tidak ada dua witir dalam satu malam” (H.R. Abu Dawud, Nasa’i, Tirmizi).
Witir itu di akhir solat malam.
Ibnu Umar r.a. berkata: Bersabda Nabi saw, “Jadikan penghabisan (akhir) shalatmu pada waktu malam dengan shalat witir.” (Bukhari – Muslim)
Solat malam disini maksudnya Isya’. Ada 2 jenis solat witir nabi iaitu sejurus selepas Isya’ dan tengah malam lepas tahajjud.
Sabda Nabi s.a.w.: “Sesiapa yang bimbang tidak bangun pada akhir malam, maka berwitirlah pada awal malam, dan sesiapa yang ingin bangun pada akhir malam, maka berwitirlah pada akhir malam. (Muslim).
Sayyidina Umar solat witir diawal malam, selepas solat Isya’.
Rasulullah kata jangan solat witir seperti maghrib. Jgnlah kamu serupakan solat itu dgn solat Maghrib..” (diriwayatkan oleh Daruqutni). Beza witir dan maghrib ialah:-
- Witir 3 rakaat baca surah, maghrib 2 sahaja
- Witir 3 rakaat baca nyaring, maghrib 2 sahaja
- Witir boleh jemaah bulan Ramadhan sahaja
Dalam 3 rakaat solat witir Nabi baca:-
- Sabbihis (surah A’la)
- Qulya (Al-Kafirun)
- Qulhuwallah (Al-Ikhlas)
Marilah kita berdoa semoga kita menerima limpah rahmat keberkatan bulan Ramadhan ini dengan Allah memberi nilaian atas segala amal soleh kita yang penuh ikhlas kepada-Nya. Kita memohon agar diampun segala dosa dan kesalahan kita selama ini. Kita taubat sungguh2 dan menyatakan penyesalan di atas segala ketelanjuran melanggar perintah Allah. Semoga Allah menerima taubat kita dan mengampunkan segala dosa kita yang banyak tidak terhitung itu. Dan diakhir Ramadhan nanti kita bergantung harap pada Allah pencipta kita yang Pengasih dan Penyayang, yang suka memberi keampunan pada hamba2-Nya agar dibebaskan kita dari azab api neraka-Nya. Amiin.
@@@