Friday, May 15, 2009

Pemantapan Ilmu


Rasa terjawab bila mendengar syarahan Ust Ayob di Surau Al Faiizeen malam tadi. Pengajian tafsir itu diselitkan dengan statement "betapa manusia beriman sudah semakin jauh dari Allah". Pelik tapi benar. Tidak heran jika orang kafir yang jelas sesat itu memusuhi Allah. Tapi bila orang beriman yakni orang yang mengaku dirinya muslim mengamalkan sesuatu yg dia suka dan meninggalkan apa yang tidak kena dengan seleranya, tanpa menghiraukan bahawa itu seruan Illahi. Kita patut heran. Selective dengan ambil separuh buang separuh. Telah menjauhkan orang beriman dari Allah.

Ust Ayob membaca tafsir Surah Al Baqarah ayat 98 yang mafhumnya "Sesiapa memusuhi Allah (dengan mengingkari segala pertunjuk dan perintah-Nya) dan memusuhi Malaikat-malaikat-Nya dan Rasul-rasul-Nya, khasnya Malikat Jibril dan Mikhail, (maka ia akan diseksa oleh Allah) kerana sesungguhnya Allah adalah musuh bagi orang-orang kafir".

Ayat 99 pula menjelaskan "Dan sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) ayat-ayat keterangan yang jelas nyata (Al-Qur'an), dan tidak ada yang akan menginkarinya melainkan orang-orang yang fasik".

Maka disitulah di lihat bagaimana dunia akhir zaman ini, betapa orang yang mengaku beriman itu semakin jauh dari Allah. Hendakkah kita menjadi orang yang fasik?

Dalam masyarakat kekadang timbul kekeliruan. Beramal tanpa ilmu. Hanya ikut-ikutan. Apabila datang Ustaz datang berceramah, para jemaah mendapat ilmu yang disampaikan, Alhamudulillah. Kalau kita kembang-kembangkan ilmu dengan bercerita pada anak isteri dan kawan2 maka ilmu itu pun berkembang. Itulah dakwah sebenarnya.

Kekeliruan timbul bila Ustaz A kata "ini haram itu tak betul itu bidaah". Datang pulak Ustaz B mengajar "ini dibolehkan nasnya begini-begini, itu haram alasan nya begitu-begitu". Dalam ceramah perdana Penceramah A menegaskan perkara yang paling utama dalam agama ialah Jihad di Jalan Allah. Datang pulak Penceramah B berkata perkara yang paling utama ialah Solat. Orang awam keliru. Ust Hasrizal pernah jelaskan kita kena dapatkan persoalan Islam secara 'big picture'. Masalah sekarang ialah a bit here a bit there, cut & paste. Konpius.

Ustaz Ayob menegaskan bahawa Ustaz-ustaz janganlah berlagak menjadi Mufti. Sehingga tahap mengeluarkan fatwa itu dan ini. Kerana cabang ilmu itu maha luas. Tahap ilmu juga berbeza-beza. Kena berguru. Kitab Radhius Salihin karangan Iman Nawawi dalam Bahasa Arab itu umpamanya begitu tinggi huraian dan tafsirannya. Acap kali apa yang difahami tidak sama dengan apa yang hendak di sampaikan oleh Imam Nawawi. Elemen-elemen keruhaniannya tidak dapat di capai. Sebab itu Ustaz yang berhati-hati dalam penyampaian ilmunya mesti menadah kitab berguru dan bertaklid lagi dan lagi sehingga jelas.

Sesuatu yang tidak jelas dan jitu, tapi disampaikan juga seolah-olah itulah fakta sebenar bisa mengundang kekeliruan itu. Justru itulah Ustaz Ayob mengingatkan jangan kita menafsirkan sesuatu mengikut fikir sendiri. Kita sekadar boleh sampaikan ilmu itu contohnya Ust Ayob sendiri bila diminta oleh Hj Jo untuk mengajar Tafsir di surau kami, menyanggupi untuk baca tafsir bukan mengajar atau menafsirkan Tafsir Al Qur'an. Beliau membacakan tafsiran dari Kitab2 Tafsir muktabar. Beliau tidak berani lebih dari itu kerana sifat berhati-hati dan tahap ilmu.

Tahap ilmu ustaz2 ni juga berbeza2. Yang jadi masalah ialah apabila Ustaz yang layak mengajar tahap 1 tiba2 mengajar tahap 6. Mangsanya orang awam. Konpius. Lebih teruk lagi bila berani mengeluarkan fatwa. Janganlah kita terima bulat2. Kita bertanya dan berguru lagi. Sebuah amalan yang bersandarkan ilmu yang benar dan muktabar berdasarkan nas yang jelas akan memberi kemantapan.

Ibarat seorang doktor, ada bidang pengamal umum dan ada specialist. Maka ustaz2 ini pun gitulah gamaknya. Ada jack of all trade, pengamal umum le tu. Ada pakar bidang feqah. Ada master bidang tasauf, tauhid, sejarah, dsb.

Pada kuliah zohor di ofis saya oleh Ustaz Shahrom minggu lepas membawa tajuk "ajaran2 sesat di Malaysia" ada di jelaskan kalau tak silap saya 52 ajaran sesat yang telah di fatwakan sesat oleh Majlis Fatwa Kebangsaan. Antaranya ajaran Syiah, Al-Arqam, Al-Maunah, Ayah Pin, pelbagai silat batin, dan nabi palsu. Sebuah ilmu yang tidak betul dan di sampaikan hingga di terima pakai sebagai betul oleh masyarakat, juga sebenarnya adalah ajaran sesat. Berhati-hatilah. Tapis2 lah. Jangan taksub.

@@@

1 comment:

fzi said...

Betul tu pa... dalam berguru dengan ramai ustaz ni, kena tapis2 juga dengan segala input yang dapat. Yang mana baik dan yang disertakan dalil InsyaAllah kita terima sepenuhnya, tapi yang mana buat kita konfius tu elok ditanya 2nd or 3rd opinion dari lain-lain guru/ustaz... wallahu'alam.

ISU PENDIDIKAN

Saya terbaca sebuah posting yg sangat baik yg berupa luahan rasa seorg guru yg dedikasi perihal sistem pendidikan di sekolah yg sudah acap k...