Sunday, April 19, 2009

PBAKL at PWTC

Yes, Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009 dengan tagline Buku: Lakaran Masa Depan (Books: Building The World of Tommorrow) kembali lagi 17-26 April 2009 di PWTC.

Walaupun Malaysia adalah antara negara teratas dalam kadar literasi di Asia Tenggara, namun majoriti rakyat kita masih menumpukan kepada bahan bacaan ringan sepert akhbar harian dan majalah. Mengikut statistik, dari 85% pembaca biasa di Malaysia 77% darinya suka membaca akhbar, 3% majalah, 3% buku, dan 1.6% komik. Kalau di USA 53% warga mereka membaca buku fiksyen dan 43% sukakan buku bukan fiksyen. Semoga statistik purata rakyat kita membaca hanya 2 buku satahun akan berjaya diubah menjadi 2 buku sebulan. Rakyat kita tidak kedekut berbelanja untuk makanan tapi sangat kedekut untuk membeli buku yang merupakan "makanan intelek".

Penganjur PBAKL 2009 menganggarkan 2.5 juta pengunjung tahun ini berbanding dengan 2.2 juta pengunjung pada tahun 2007 dan 700,000 pada tahun 2006. Saya sekeluarga memang pengunjung setia acara tahunan ini. Amir membelanjakan RM30 untuk komik kegemarannya. Farihin menumpukan kepada buku2 latihan persediaan SPMnya sebanyak RM47 dan Iman pulak membeli pelbagai novel dan komik sebanyak RM50. Isteri pula membeli pelbagai majalah resepi, menghadiahkan saya sebuah buku bertajuk Haji Muda dan hadiah istimewa buat anak saya Amir sempena kejayaannya dalam SPM baru2 ini iaitu sebuah Al Qur'an Mushaf Tajwid beserta terjemahan.

Pada tahun ini saya tak banyak membeli buku cuma 3 buku nukilan Ustaz Hasrizal Abdul Jamil atau lebih dikenali sebagai Ustaz Saiful Islam (saifulislam.com) bertajuk Aku Terima Nikahnya, Bercinta Sampai Ke Syurga, dan terbitan terbaru beliau Rindu Bau Pohon Tin. Gaya bahasa santai di sulami hikmah dan pengajaran menjadikan nukilan beliau begitu melekat di hati.

4 comments:

yushida03 said...

salam.

saya pun beli 2 buku tu. Aku terima Nikahnya & Bercinta Sampai Syurga.

1st trip to Pesta Buku since 2005!.

sot said...

yushida03 - why tak beli all 3 books by Ust Hasrizal, ada offer RM50 je (discount rm15) kat Booth Galeri Ilmu.

Anyway, PBAKL tahun ni format nya sama gak ngan tahun lepas, nothing special. Yang tak tahannya sesak ngan budak sekolah...ish ish.

yushida03 said...

sot,

xtau kenapa tp i'm not that interested with his 3rd book. lgpun beli 2 pun dah dapat diskaun nya. ok la tu..

sot said...

Hmmm betul gak tu. My wife bagi komen the 3rd book tu not that good. Saya belum baca lagi. Hari tu kebetulan ada pekej, tu yg terus beli tanpa cek isinya.

Saya ingat hari ahad ni nak pi sekali lagi PWTC, last kopek. Selalunya last day macam tu dapat better deal, semuanya nak clearance tutup kedai.

Last year, first dapat buku clearance Azizi Ali RM10 sebijik. Tapi bila pergi on final day, booth TrueWealth ni kasi clear buku2 Azizi Ali ni RM5 je sebijik...ish ish.

ISU PENDIDIKAN

Saya terbaca sebuah posting yg sangat baik yg berupa luahan rasa seorg guru yg dedikasi perihal sistem pendidikan di sekolah yg sudah acap k...