Sunday, April 05, 2009

You Must Believe




















You
must believe that menutup aurat itu wajib.

Menja
di harapan besar saya agar barisan kepimpinan negara menunjukkan akhlak terbaik dengan menutup aurat sebagai memenuhi tuntutan agama dan bukan dengan tujuan lain. Sekali gus menjadi contoh tauladan dan inspirasi untuk rakyat marhain yang lain. Saya doakan tokoh2 negara yang masih belum menutup aurat itu agar mendapat hidayah Allah dan tergerak hati untuk berubah ke arah kebaikan.

Dan bagi kita yang punyai anak2, untuk memastikan anak2 kita mendapat didikan dan kesedaran ilmu dalam menuju ke jalan yang lurus dan bukannya jalan yang sesat golongan nasrani atau jalan tidak di redhai golongan yahudi laknatullah.

Bagi para wanita yang sudah menutup aurat dengan bertudung itu, Alhamdulillah. Cumanya saya mohon untuk terus tingkatkan ilmu dan iman dengan terus membuat peningkatan dari segi iman dan teknikal kerana mengikut pemerhatian masih ramai yang gagal memenuhi syarat2 utama contohnya masih menampakkan sebahagian rambut atau masih menonjolkan 'spot light' di depan tanpa rasa bersalah. Ingatlah di depan Allah tuntutan menutup aurat itu masih belum sempurna. Siapa yang rugi?

Persoalan aurat sudah lama di bicarakan, dikupas dan dibentangkan. Namun masih ramai yang sengaja butakan mata dan tutupkan hati untuk menutup aurat yang menjadi tuntutan dan agenda penting dalam agama kita.

Pendeknya pakaian bukan hanya setakat ada hubungan dengan muru’ah, budi pekerti dan adat, tetapi juga menjadi tuntutan agama samada di luar mahupun di dalam sembahyang. Khusus mengenai pakaian perempuan, ia tidak boleh dipandang ringan, dilanggar hukumnya dengan senghaja kerana akibatnya ialah laknat sebagaimana sabda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam daripada hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah Radiallahu ‘anhu:

Maksudnya: “Ada dua golongan ahli neraka yang belum pernah aku melihatnya, iaitu kaum lelaki memegang cemeti seperti ekor sapi yang mereka gunakan untuk memukul orang lain, dan wanita–wanita yang berpakaian tetapi mereka bertelanjang (pakaian tiada menutup ‘aurat kepala dan badan sebagaimana yang diperintahkan oleh agama), yang berjalan melagak menggoyangkan bahu, kepala mereka seperti bonggol unta yang condong. Mereka tidak boleh masuk syurga bahkan tidak boleh menghidu baunya, padahal bau syurga itu sebenarnya dapat dihidu dari jarak sekian, sekian (yang cukup jauh).”

(Hadis riwayat Muslim)

Dalil Menutup Aurat

Aurat ialah sesuatu bahagian dari anggota badan, samada lelaki ataupun perempuan, yang haram dibuka atau dipamerkan. Dalam erti kata lain sesuatu anggota yang wajib ditutup dan disembunyikan dan haram orang bukan mahram melihatnya.

Menutup aurat adalah wajib ke atas setiap Muslim, tidak kira lelaki atau perempuan. Kewajipan ini berdasarkan kepada dalil-dalil daripada al-Qur’an dan hadis. Antaranya firman Allah Subhanahu wa Ta'ala:

Tafsirnya: “Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup ‘aurat kamu, dan pakaian perhiasan. Dan pakaian yang berupa taqwa itulah yang sebaik-baiknya.”

(Surah al-A‘raaf : ayat 26)

Firman Allah Ta‘ala lagi:

Tafsirnya: “Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mertua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang ‘aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.”

(Surah an-Nur: ayat 31)

Sementara itu dalil daripada hadis yang menyentuh tentang kewajipan menutup aurat itu ialah yang diriwayatkan oleh Bahz bin Hakim daripada bapanya daripada datuknya:

Maksudnya: “Dia berkata: “Saya bertanya: “Wahai Rasulullah! (Kepada siapakah) dari ‘aurat kami boleh kami perlihatkan dan (kepada siapa) kami hindarkan?”

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Peliharalah ‘aurat kamu melainkan dari isteri kamu atau hamba sahaya perempuan kamu.”

Dia berkata: “Saya bertanya: “Wahai Rasulullah! Bagaimana pula jika ada orang-orang berhimpun sebahagiannya dengan sebahagian yang lain?”

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Jika kamu berupaya (membuat) seseorang tidak akan melihat ‘aurat kamu, maka janganlah orang itu melihatnya.”

Dia berkata: “Saya bertanya: “Bagaimana pula jika seseorang itu bersendirian?”

Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: “Allah itu lebih berhak dimalui daripada manusia.”

(Hadis riwayat Abu Daud)

Berdasarkan dalil-dalil yang disebutkan di atas, jelas menunjukkan tentang kewajipan menutup aurat dan bahkan juga dalam keadaan bersendirian walaupun di tempat yang tertutup.

Batas Aurat Lelaki Dan Perempuan

Menurut Khatib As-Syarbini aurat bagi lelaki samada hamba, orang kafir dan kanak-kanak sekalipun yang belum mumayyiz ialah di antara pusat dan lutut. Perkara ini telah dinyatakan di dalam hadis Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam, Baginda bersabda:

Maksudnya: “Jika salah seorang kamu mengahwinkan hamba lelakinya kepada hamba perempuannya atau kepada pekerjanya, maka janganlah hamba perempuan itu memandang kepada sesuatu dari ‘auratnya (‘aurat tuannya). Maka sesungguhnya apa yang di bawah pusat sehingga lututnya adalah ‘aurat.”

(Hadis riwayat al-Baihaqi)

Manakala aurat perempuan pula ialah keseluruhan badannya kecuali muka dan tapak tangan sebagaimana perintah Allah Ta‘ala dalam al-Qur’an:

Tafsirnya: “Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya.”

(Surah an-Nur : ayat 31)

Menurut Ibnu ‘Abbas dan ‘Aisyah Radiallahu ‘anhum yang dimaksudkan dengan “zahir” ialah muka dan dua tapak tangan.


Saya menyeru seluruh umat Islam khususnya kaum suami dan bapa untuk mengambil langkah drastik ke arah memberi didikan ilmu dan kesedaran perihal tuntutan menutup aurat ini, terutama kepada isteri dan anak2 tercinta. Janganlah mereka menjadi penyebab untuk kita diseret ke dalam neraka Allah.


Saya dengan ini bersaksi di depan Allah, bahawa saya menunaikan tanggungjawab saya di hadapan Allah untuk menyampaikan mesej dakwah ini dalam menyeru tuan2 dan puan2 muslimin dan muslimat seluruh dunia untuk menutup aurat dan memenuhi tuntutan syariat ini.


Usahlah kita menjadi manusia yang bodoh di depan Allah kerana bertindak mengikut akal semata dan cuba menidakkan tuntutan dalam agama. Bak kata Ust Amran terhadap seorang celebrity negara yang menjadi idola anak muda dan anak tua, katanya "walaupun beliau ini nampak sopan dan baik akhlaknya namun si sisi Allah dia tetap seorang yang tidak baik dan berdosa kerana tidak menutup aurat". Wallahua'lam.




2 comments:

stROZze said...

teringat masa belajar dulu ustaz berseloroh, meja dan tv pun ada tudung, ni kan pula org...

re: sy kerja kat multinational company, selalu ada meeting kat luar..

School Of Tots said...

Betul tu...kita doakan semoga satu hari nanti terbukalah hati untuk menutup aurat.

Alhamdulillah, tu nikmat jugak tu, dapat kenal tempat org..good 4 u strozze.

ISU PENDIDIKAN

Saya terbaca sebuah posting yg sangat baik yg berupa luahan rasa seorg guru yg dedikasi perihal sistem pendidikan di sekolah yg sudah acap k...