Kami sekeluarga ini bila berkunjung ke Kuala Kubu Bharu untuk melawat anak di SAMT KKB, kalau ada masa terluang akan singgah di Perpustakaan Awam KKB. Kawasan parking yang luas di depan perpustakaan awam ini biasanya lengang bak padang jarak padang tekukur. Kalau ada pun 2 buah kereta dan beberapa buah basikal atau motosikal. Sayang sungguh kemudahan yang ada itu tidak dipergunakan. Di sini ada khazanah buku dan banyak darinya keluaran terkini yang kalau hendak di beli harganya mencapai puluhan RM sebiji. Dari novel2 remaja, buku2 motivasi hinggalah ke buku2 berkulit keras. Di samping itu ada akhbar2 harian utama dan kemudahan internet. Tapi semuanya 'under utilized', sayang sungguh. Maka betullah statistik bahawa purata penduduk Malaysia hanya membaca 2 buku setahun. Dalam buku ada terkandung banyak ilmu. Maka kalau tidak baca buku rasanya ilmu yang dapat pun banyak kurangnya. Walupun tidak dinafi banyak buku2 ini bersifat santai dan hiburan, namun yang bersifat ilmiah dan penuh fakta juga tidak kurangnya.
Buku2 yang kami pinjam ni kebanyakan masih panas dan belum terusik. Kami 5 beranak menggunakan 5 kad ahli dan meminjam 3 biji setiap kad, jadi jumlah nya 15 buku dapat kami pinjam pada sesuatu masa. Rasanya sudah lebih 30 kali kami meminjam. Maknanya sudah lebih 450 biji buku telah kami pinjam dan baca tanpa mengeluarkan walaupun sesen. Kenapa kemudahan begini tidak di guna pakai oleh ramai orang? Apakah tiada kesedaran, tidak tahu, atau tidak berminat? Dalam zaman kegawatan ini, rasanya alternatif berkunjung ke perpustakaan awam yang memang ada di setiap daerah ini patut sangat diamalkan sebagai aktiviti keluarga. Baca buku dapat ilmu. Berkunjung lah ke perpustakaan di hujung minggu ini.
Life is about choices. You can be negative or positive, it is up to you. We can always view things in various perspective. My way of seeing things may not be the same as yours. My School Of Tots is my inner feeling straight from my heart with a little help from my brain and my little fingers.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ISU PENDIDIKAN
Saya terbaca sebuah posting yg sangat baik yg berupa luahan rasa seorg guru yg dedikasi perihal sistem pendidikan di sekolah yg sudah acap k...
-
Doa selepas solat ini boleh di hafal dan di amalkan. Terjemahan pun disertakan. Kalau dapat amal dan faham makna apa yg di doakan, maka lebi...
-
MAULIDUR RASUL Maulidur Rasul pada setiap tahun ialah pada 12 Rabi 'ul-Awwal. Apakah Pandangan Syariat berkaitan sambutan Maulidur Rasul...
-
Alhamdulillah setelah berjinak-jinak dengan jamaah tabligh buat beberapa lama, maka saya berpeluang keluar 3 hari mewaqafkan diri ke jala...
2 comments:
Jom gunakan sepenuhnya kemudahan awam yang tersedia. Bila ke sana satu family, di samping dapat memanafaatkan masa dengan membaca,InsyaAllah hubungan kasih-sayang antara kita dengan anak2 akan jadi tambah erat...
wah best tajuk buku2 tu... boleh try cari jugak ni.. :)
Post a Comment