Wednesday, April 08, 2009

BN dapat Batang

BN menang di Batang Ai dgn majoriti yg bertambah dari 806 majoriti kepada 1,854 majoriti, tahniah BN dapat Batang !! Membuktikan bahawa Sarawak kekal sebagai lubuk BN dan angin perubahan terus tersekat dicelah2 bukit dan hutan tebal bumi Sarawak.

Lain ceritanya suasana di bukit2 dan kawasan sekitarnya kat Perak yang udara fresh dan segarnya telah memberi kemenangan bergaya buat Ir Nizar yang kualitinya terserlah setelah ditonjolkan sebagai MB Perak pada tahun lepas. Momentum krisis 'kerajaan Perak' yang bertukar kerajaan secara di luar tabii, nampaknya gagal dibendung. Di sebalik segala usaha bersungguh2 pihak BN untuk memenangi hati pengundi Bukit Gantang. Ir Nizar menang besar dari majoriti 1,566 bertambah kepada majoriti 2,789. Peningkatan 78% majoriti tu...hebat hebat !!

PM baru 'good factor' juga gagal memberi kesan positif, malah bertukar mimpi ngeri. Rakyat tidak termakan pujuk rayu dan janji manis 'short term' lagi nampaknya. Mereka tidak mudah lupa. Rakyat Bukit Gantang agaknya impikan wawasan jangka panjang buat kemajuan ummah bukan dari segi material semata tapi 'good governence' yang terserlah bukan teori sahaja.

Di Bukit Selambau S.Manikumar dari PKR meraih 12,632 undi dengan peningkatan majoriti dari 2,362 kepada 2,403. Dan bagi 13 calon bebas, hanya perabih beras dan gagal mengubah keputusan dengan hanya mendapat undi sekadar 25 yg paling kokak dan 528 yang paling tinggi dengan purata jumlah undi untuk 13 calon itu hanya 102 undi sahaja seorang. Tapi kalau depa masuk bertanding itu atas dasar tajaan maka tak kisah lah, tapi kalau duit sendiri sayang jugak tu, hilang RM8,000 tak termasuk belanja lain....ish ish ish.

Jadi kesimpulannya?

  • Performance BN di Perak makin teruk nampaknya.
  • Performance BN di Sarawak makin baik.
  • Performance BR nampaknya still maintain sebagaimana Mac 11 dulu kalau tidak lebih baik pun.

Apapun manusia hanya merancang dan Allah Pencipta Manusia juga merancang, dan tentulah perancangan Allah lebih padat dan jitu. Tak usah heran, tak usah pening kepala. Life must go on. Marilah kita berusaha menegak kebaikan di Bumi Allah ini dan mencegah kemungkaran dan kejahatan yang memudaratkan. Semoga semua kita rakyat Malaysia ini akan mendapat petunjuk ke jalan yang lurus dan mendapat hidayah-Nya. Amiiin.

@@@

No comments:

ISU PENDIDIKAN

Saya terbaca sebuah posting yg sangat baik yg berupa luahan rasa seorg guru yg dedikasi perihal sistem pendidikan di sekolah yg sudah acap k...