Wednesday, April 01, 2009

Kisah Aku

Pada 1/4/1998 (April Fool day) 11 tahun yg lalu, aku telah join company ini, yang aku kerja sekarang ni. Waaa....sudah 11 tahun rupanya aku di sini. Aku tadi dok borak2 dengan rakan sekerja yg memang selalu gemar memberi perhatian setiap kali aku membuka cerita. Moodnya pagi ni pun nampak ceria. Sengihnya agak menjadi-jadi pulak. Katanya kita boleh pilih untuk bersedih atau negetif dalam hidup atau cuba appreciate apa yang kita ada ini dan be positive. Hmmm....macam pernah dengar pulak ye. Mungkin dia pernah berkunjung ke blog aku ini dan membaca tag line yang terpapar sebagai header kat atas tu. Yes, be positive. It's our choice.

Aku kerja di bidang ICT ni bermula selepas aku grad di Kalamazoo sana dan pulang ke tanahair. Ya sudah mencecah 22 tahun yang lampau. Bermula dari seorang programmer hinggalah sekarang menjawat Ketua Unit Teknologi di sini. Alhamdulillah.

Sebenarnya ini tempat kerja aku yang ke lima. Persinggahan yg ke 5 dan yg terpanjang. Sudah 11 tahun aku di sini, maknanya 11 tahun lagi berkongsi antara 4 tempat kerjaku yg terdahulu. Lama bekerja banyaklah pengalaman. Aku belajar menjadi manusia yg bersyukur. Aku belajar menjadi orang yang sabar menghadapi kerenah dan rempah ratus kehidupan. Ada orang belajar nya cepat dalam sesuatu bidang. Ada pula yang mengutip ilmunya mengikut keinginan hati dan kegemaran masing2 dalam banyak bidang. Maka adalah yang jadi specialist dalam bidang ilmu mereka itu. Dan ada pula yang jadi 'Jack of all trade' iaitu ilmu atau kemahiran yang sederhana dalam banyak area. Aku lebih kepada kelompok yang kedua itu, yang punyai kemahiran sederhana dalam bidang2 tertentu, bukan yang jenis specialist.

Berbalik kepada anniversary 11 tahun aku bekerja di sini, yang jatuhnya hari ini, maka aku pun mengimbaulah sedikit sebanyak dalam perbualan singkatku dengan kawan sekerjaku tadi. Kataku aku bersyukur. Walaupun malam tadi aku hanya dapat tidur lebih kurang 2 jam sahaja kerana berkengkang mata bersama 6 orang rakan sekerja yang lain untuk menyiapkan tender bidding untuk BSN Internet Banking yang submissionnya sebelum pukul 12 tgh ini. Kawanku tadi menyelit ada orang yang tak dapat tidur langsung...hmm betul jugak tu. Contohnya si Othman yg sama2 membuat tender ni, tak tidur langsung dia. Kawanku pulak tadi menambah "ada jugak orang yang tak ada kerja". Hmmm...betul lagi tu. Aku patut bersyukur sebab aku ada kerja lagi. Time ekonomi gawat jangan main2. Banyak company yang gulung tikar. Dan dia menambah lagi "yang paling teruk, ada orang yang tak dapat tidur, dan tak ada kerja". Ehh...lebih2 pulak analisa si mamat ni.

Tapi betul jugak tu. Aku patut sangat bersyukur kerana dapat tidur 2 jam malam tadi dan pagi ni masih bekerja di sini, iaitu sudah menghabiskan 11 tahun usiaku di sini dan mula melangkah masuk ke tahun ke 12 di sini. Aku pun berbisik kepadanya semoga aku dapat meneruskan kerjaku di sini hinggalah 10 tahun lagi, iaitu hingga umur pencen 55 tahun. InsyaAllah sekiranya Allah sudi meminjamkan usia kepadaku untuk hidup lagi sepanjang masa itu. Bukankah ajal maut dan rezki aku di tentukan Allah jua?

Aku jugak bersyukur malam tadi aku telah dibelanja makan nasi beryani kambing dan air fresh orange oleh Mr Lim Sales Director for this tender (actually dinner untuk 6 orang tender bidding members). Aku boleh sangat mengandaikan itu sebagai dinner sambutan 11 tahun aku di sini. Dan pagi ni setelah siap tender preparation aku akan balik awal, iaitu dapat half day off. Bukankah patut sangat aku bersyukur? Bukan senang nak dapat. Setengah orang terpaksa membanting tulang bekerja di tengah panas sepanjang hari.

Pagi tadi semasa solat subuh di depan Nya. Direct between me and my Creator, I can feel kekusyukannya. Bacaan dalam solatku slow dan teratur penuh penghayatan. Hanya aku seorang di surau itu bersama Nya. Oh ya, Tarmizi kawan sekerja yang sama2 membuat tender sedang cuba mencari kelenaan dalam tidur di bucu sana. Namun my point is aku rebah patuh sujud mendambakan keredhaan-Nya. Ya Allah aku mohon keampunan-Mu di atas segala dosa2 ku, aku mohoinkan keampunan-Mu buat ibubapaku, isteriku, dan anak2ku.

Doaku agar Engkau kurniakan aku rezki dari sisi Mu yang tidak aku ketahui puncanya. Aku teringat semalam aku telah dikurniakan rezki yang tersepak. Dalam aku teraba2 poket bajuku untuk mengambil slip bank atau resit, sedar2 aku cuba mengambil slip yang terjatuh di kaki lima itu ada pulak sekeping nota RM50. Apakah duit itu jatuh dari poket bajuku? Namun sebelumnya aku agak yakin telah mengahabiskan sisa2 wang gajiku untuk membayar segala macam beban hutangan bank dan aku yakin sisa yang tinggal dalam walletku hanya sekeping nota RM50 terakhirku dan beberapa keping wang RM1. Apakah apa yg terpapar di depanku itu sebagai jawaban kepada rezki dari sisi Mu yang tidak aku ketahui puncanya? Apakah itu sebagai hadiahku sempena menyambut kedatangan hari istimewa anniversary 11 tahun aku bekerja di sini? Mungkin. Hinggakan kini aku memiliki 2 keping nota RM50 instead of one. Allah lebih mengetahui.

By the way aku istiqamah, bermula Jumaat lalu - membaca Qur'an senafas, sebagaimana posting aku terdahulu. Setakat ini Alhamdulillah. Semoga itu menjadi amalan istiqamahku sepanjang zaman. Baiklah setakat itu dulu coretanku. Semoga berjumpa lagi di lain lembaran. Aku ingin pulang ke rumah bersama half-day off ku untuk cuba memulihkan kembali kepenatan akibat kekurangan tidur yang melampau di usia ku yg sudah semakin menampakkan ketuaan dan kesakit uratan. Ya Allah permudahkan segala urusan ku dan jadikan segala kegiatan dan aktivitiku sebagai ibadah kepada Mu. Selamatkanlah aku dalam perjalananku pulang ke rumah ini. Amiiin.

Update: Rezki Allah itu maha luas. Jadi nak jadi cerita semalam, bila saya dapat half day off tu, semasa singgah nak solat zohor di Masjid Jamek KL, dapat pula panggilan telefon dari nombor yang tak saya kenali. "Bang, saya dari kurier ni, nak hantar barang kat umah abang, boleh bagi alamat tak?". Saya was2 gak nak bagi tu, maklumlah zaman sekarang ni, kena hati2, macam2 muslihat. Anyway dipendekkan kan cerita saya pun bagilah alamat umah. Budak tu kata "saya sebenarnya dah berada di kawasan taman perumahan abang ni, cuma tak jumpa cari umah". Dalam 5 minit lagi sampailah katanya. So saya pun telefon isteri, mintak anak saya standby kat depan umah. Lepas solat zohor tu, isteri saya telefon "Pa, dapat baucar apa ni? baucer Jaya Jusco. RM100 pulak tu". Saya pun terkedu. Rezki tak disangka tu. Jadi kesimpulannya janganlah putus harap dalam berdoa memohon dikurniakan rezki dari sisi-Nya, yang tidak kita ketahui puncanya. Alhamdulillah.

2 comments:

amir acap said...

rezeki minallah..alhamdulillah...

yushida03 said...

alhamdulillah. semoga panjang umur, murah rezeki.:)

ISU PENDIDIKAN

Saya terbaca sebuah posting yg sangat baik yg berupa luahan rasa seorg guru yg dedikasi perihal sistem pendidikan di sekolah yg sudah acap k...