Life is about choices. You can be negative or positive, it is up to you. We can always view things in various perspective. My way of seeing things may not be the same as yours. My School Of Tots is my inner feeling straight from my heart with a little help from my brain and my little fingers.
Sunday, March 29, 2009
Hari Kraf
Semalam saya berkunjung ke Hari Kraf Kebangsaan 2009 di Perbadanan Kraftangan Malaysia, Jalan Conlay KL. Last year pun kalau tak silap pergi juga. Menarik kerana banyak hasil seni kraf yang di pamerkan. Terdapat hasil seramik yang disertai oleh 32 syarikat dari Terengganu, Kedah, Melaka, Selangor, Perak, Sarawak, Negeri Sembilan, P.Pinang, Johor, Pahang dan Sarawak.
Barangan logam oleh 13 pengusaha dari seluruh negara. Perabot kayu oleh 5 pengusaha termasuklah D'Ilham Galeri dari Tanah Merah Kelantan yang mempamerkan perabut 'rough cut' yang di polish dari keratan balak dari jenis kayu merbau, tembusu dan cengal. Terkejut beruk bila tengok price tag sebuah kerusi santai kayu merbau berharga RM9,500.
Hasil Rimba (Forest Based) menarik penyertaan 106 peserta terutamanya dari Pahang, Sabah dan Sarawak. Ada 39 penyertaan untuk kategori Aneka Kraf dan sebahagian besarnya dari Sabah dan Sarawak. Memang saya dan isteri begitu teruja dengan daya kretiviti yang terserlah pada setiap barangan dan hasil produk yang di pamerkan.
Bahagian Aksesori menarik penyertaan 24 syarikat. Dan kategori Tekstil yang mendominasi koleksi batik, songket dan fesyen adalah kategori kraf yang terbesar iaitu dengan 150 penyertaan yang sebahagian besarnya dari Kelantan dan Terengganu.
Isteri dan anak2 sempat membeli beberapa barangan dengan harga patut seperti baju kaften batek Kelantan, tudung saji rotan Melaka , key chains kayu merbau dan kayu cengal Negeri Sembilan, dulang rotan Negeri Sembilan, beg mengkuang Terengganu, bola takraw Sarawak, cincin manek Sabah, dan pencil box batek dari Terengganu.
Di samping itu saya seronok juga menikmati persembahan 'live' dari kumpulan Belle Belle di pentas utama yang banyak mendendangkan lagu-lagu evergreen dan klasik. Ahli kumpulan ini terdiri dari warga emas yang berbakat seni di bidang muzik dan nyanyian. Para penonton siap berjogek lambak bersama di depan pentas.
Pelbagai pameran lain juga disediakan seperti pameran congkak, produk kraf kaca dan kristal, teknologi kraf, dan kaunter khidmat ushawan. Tidak ketinggalan acara2 khas dan demonstrasi seperti demonstrasi kraf, batik lukis, batik blok, tembikar, ukiran kayu, dan kraf logam. Aktiviti bersama pelukis termasuklah calitan kenangan atas canvas, pertandingan mewarna payung, dan melukis atas skrol.
Hari Kraf Kebangsaan ini akan berakhir pada 30 Mac ini. Jadi kalau ada kelapangan, silalah berkunjung sebagai sebuah aktiviti keluarga yang santai. Ia memang berbaloi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ISU PENDIDIKAN
Saya terbaca sebuah posting yg sangat baik yg berupa luahan rasa seorg guru yg dedikasi perihal sistem pendidikan di sekolah yg sudah acap k...
-
Doa selepas solat ini boleh di hafal dan di amalkan. Terjemahan pun disertakan. Kalau dapat amal dan faham makna apa yg di doakan, maka lebi...
-
MAULIDUR RASUL Maulidur Rasul pada setiap tahun ialah pada 12 Rabi 'ul-Awwal. Apakah Pandangan Syariat berkaitan sambutan Maulidur Rasul...
-
Alhamdulillah setelah berjinak-jinak dengan jamaah tabligh buat beberapa lama, maka saya berpeluang keluar 3 hari mewaqafkan diri ke jala...
No comments:
Post a Comment