Monday, March 09, 2009

PPSMI

Pada Khamis lalu di stesen LRT Masjid Jamek ada beberapa orang sibuk mengedarkan phamplet perihal perhimpunan raksaksa 100 ribu hapuskan bahasa inggeris dalam pengajian sains dan matematik, yang bakal diadakan pada sabtu 7 mac 2009 2ptg di depan Istana Negara KL.

Pengajaran Dan Pembelajaran Sains Dan Matematik (PPSMI) ini rupanya sudah jadi isu hangat.

Saya tidak memberi perhatian sehinggalah membaca akhbar semalam yang menceritakan bagaimana sekali lagi pihak polis menggunakan gas pemedih mata untuk menyuraikan demonstarsi besar2an itu. Maka saya mencari2 phamplet yang saya terima tempoh hari untuk saya amat amati.

Di situ tertera - mengapa kami bantah penggunaan bahasa inggeris bagi mengajarkan sains dan matematik antaranya ialah:
  • PPSMI adalah idea (mantan) Presiden UMNO, Tun Dr Mahathir Mohamad.
  • Rakyat jelata tidak pernah meminta PPSMI.
  • PPSMI hanya menguntungkan anak2 yang ibubapanya bertutur bahasa inggeris di rumah.
  • PPSMI menguntungkan anak orang kaya2 di bandar.
  • Ibubapa yang tidak bertutur bahasa inggeris tidak dapat menolong pelajaran anak2 mereka di rumah.
  • Anak2 keluarga miskin dalam bandar dan di luar bandar menjadi mangsa PPSMI.
  • PPSMI akan menyusahkan anak orang miskin dan orang kampung menjadi saintis, doktor, jurutera, dll.
  • PPSMI dibuat oleh kerajaan BN tanpa berunding dengan rakyat.
  • Guru2 tidak pernah bersetuju dengan PPSMI.
  • Cendekiawan dan cerdik pandai melayu tidak pernah dirundingi oleh kerajaan BN sebelum melaksanakan PPMSI.
  • Kerajaan BN membakul-sampahkan puluhan memorandum yang menentang PPSMI.
  • PPSMI terus dilaksanakan walaupun hasil kajian oleh bijak pandai di universiti mendapati dasar itu gagal.
  • Setiap tahun markah lulus peperiksaan diturunkan demi mengaburi mata rakyat.
  • PPSMI menguntungkan kontraktor kroni yang membekalkan bahan2 bahasa inggeris.
  • Kaum cina pun menentang PPSMI.
  • Yang menyokong PPSMI adalah segelintir golongan yang mendewa-dewakan bahasa inggeris.
  • PPSMI tidak sah di sisi perlembagaan negara.
  • PPSMI menghina bahasa melayu.
  • PPSMI membunuh masa depan bahasa melayu.
  • PPSMI membunuh masa depan bahasa melayu.
  • PPSMI gagal mengkayakan negara2 di benua India dan Afrika yang meminjam bahasa inggeris.
  • Semua negara maju di dunia menggunakan bahasa masing2.
  • Semua negara yang meminjam bahasa penjajah semuanya gagal menjadi negara maju dan kaya raya.
  • Di mana2 negara pun bahasa penjajah gagal memandaikan rakyatnya yang miskin.

DS Hishamuddin Menteri Pelajaran mempertikaikan kenapa selepas 6 tahun PPSMI di laksanakan baru kini di adakan demonstrasi penentangan dan laporan polis dibuat. Hmmm...betul jugak tu.

PPSMI telah termaktub sebagai keputusan dasar kerajaan Malaysia hasil daripada Mesyuarat Khas Jemaah Menteri pada 19 Julai 2002. Sila klik di sini.

Pelaksanaan PPSMI adalah secara berperingkat, bermula pada sesi persekolahan tahun 2003 dengan perintisnya ialah semua murid Tahun 1 untuk peringkat Sekolah Rendah dan Tingkatan 1 serta Tingkatan 6 Rendah untuk peringkat Sekolah Menengah.

Pelaksanaan penuh PPSMI ialah pada tahun 2007 untuk peringkat Sekolah Menengah sementara peringkat Sekolah Rendah ialah pada tahun 2008.

Rasional kepada peralihan bahasa pengantar dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik daripada bahasa Melayu kepada bahasa Inggeris adalah atas dasar keprihatinan kerajaan terhadap pembangunan sumber tenaga manusia untuk mencapai taraf negara maju dan persiapan dari peringkat awal persekolahan untuk bersaing dalam era globalisasi.

Umum mengetahui bahawa sains dan matematik adalah bidang yang menjadi asas dan berperanan penting dalam kemajuan dan pembangunan sesebuah negara. Pelbagai inovasi dan penemuan baru dalam bidang ini berlaku dengan pantas dan capaian maklumat mengenai perkembangan dalam bidang ini banyak terdapat dalam bahasa Inggeris.

Selain itu, bahasa Inggeris adalah bahasa hubungan antarabangsa dan penguasaan dalam bahasa ini memudahkan perolehan ilmu dalam bidang ini.

Kesimpulannya, keputusan dasar untuk melaksanakan PPSMI bertujuan memastikan penguasaan yang lebih baik dalam sains dan matematik di kalangan murid memandangkan sebahagian besar sumbernya adalah dalam bahasa Inggeris. Secara tidak langsung, pelaksanaan PPSMI diharapkan akan turut meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan murid.

Dalam apa jua isu sudah tentu ada pro dan kontra. Kalau di korek dari sudut positif maka positif lah jadinya dan apabila kita lihat dari perspektif yang negetif maka apa yang nampak sudah tentulah segala kejoblokan, kehudohan dan kebusukannya.

Apa kata kita tengok secara rasional apa yang dibangkitkan dan ketidakpuasan hati yang timbul itu...
  • PPSMI adalah idea (mantan) Presiden UMNO, Tun Dr Mahathir Mohamad. Idea TM ni memang agak 'advance' dan kontrovesi sikit. Kita ada pendapat masing2 perihal PPMSI ini, ada yang sokong, ada pulak yang tak sokong. Itu biasa la kan.
  • Rakyat jelata tidak pernah meminta PPSMI. Yang ni saya setuju...rasanya idea TM la kot.
  • PPSMI hanya menguntungkan anak2 yang ibubapanya bertutur bahasa inggeris di rumah. Hmmm...quite subjective. Tapi betul la kan kalau saya tak gheti berbahasa inggeris maka payahlah sikit nak menjawab apa yang di tanya anak. Masalahnya ramai gak ibubapa tak ambik peduli pun nak supervise anak2 time mentelaah kat rumah tu.
  • PPSMI menguntungkan anak orang kaya2 di bandar. Again, I think it is subjective. Pendedahan yang lebih banyak dalam BI, bisa jugak memberi kelebihan kepada para pelajar untuk menguasai dan memahami BI. Ini termasuklah anak orang miskin. Yang penting peranan ibubapa dan guru menyedarkan anak2 tentang masa depan dan visi yang ingin dicapai, dan di sertai dengan motivasi dan sokongan padu.
  • Ibubapa yang tidak bertutur bahasa inggeris tidak dapat menolong pelajaran anak2 mereka di rumah. Saya setuju, namun boleh menolong dari segi lain contohnya pastikan anak2 belajar mengikut jadual dan disiplin.
  • Anak2 keluarga miskin dalam bandar dan di luar bandar menjadi mangsa PPSMI. Mungkin betul. Tapi saya rasa sikap paling penting. Masih ramai anak2 keluarga miskin dalam bandar dan di luar bandar yang mendapat keputusan yang cemerlang setiap tahun.
  • PPSMI akan menyusahkan anak orang miskin dan orang kampung menjadi saintis, doktor, jurutera, dll. Hmmm...masalah nya bila di ipta atau ipts di dalam dan di luar negara, kebanyakan lecturer menggunakan BI sebagai bahasa pengajaran. Buku2 dan bahan rujukan pun dalam BI. Nak2 lagi jurusan kejuruteraan dan perubatan. Jadi kalau pelajar sudah menguasai BI maka ia memberi kelebihan. Jadi anak orang kampung dan orang miskin mempunyai lebih peluang untuk grad sebagai jurutera, saintis dan doktor. Masalah yang dibangkitkan mungkin peringkat kemasukan ke ipta, bila ramai yang tidak lepas syarat kemasukan kesan dari penguasaan BI yang lemah hinggakan subjek sains dan matematik tidak mencapai gred yang disyaratkan.
  • PPSMI dibuat oleh kerajaan BN tanpa berunding dengan rakyat. Eloknya di buat pungutan suara, forum2 rundingan, dan 'brain storming sessions' dan sebarkan hasil keputusan nya. Tapi yakinlah dalam setiap perkara kita tidak akan dapat memenuhi kehendak semua pihak.
  • Guru2 tidak pernah bersetuju dengan PPSMI. Mungkin betul. Nak2 lagi kelompok guru yang memang yang tak berapa mahir ber BI, satu bebanan pulak. Kalau dah guru tunggang terbalik mengajar, hah para pelajar rasanya lagi la pening, betul tak?
  • Cendekiawan dan cerdik pandai melayu tidak pernah dirundingi oleh kerajaan BN sebelum melaksanakan PPMSI. Ish, ish, ni memang tak patut. Bawak la berunding. Jangan pandai2 sendiri je. Kesan nya jangka panjang. Ini halatuju negara.
  • Kerajaan BN membakul-sampahkan puluhan memorandum yang menentang PPSMI. Maknanya dah ada penentangan sejak azali lagi le ni, tapi depa buat dak je, main redah, mentang2 lah depa ada power ye dak?
  • PPSMI terus dilaksanakan walaupun hasil kajian oleh bijak pandai di universiti mendapati dasar itu gagal. Adus, yang ni naya. Macam tipu diri sendiri ni. Main politik ke apa?
  • Setiap tahun markah lulus peperiksaan diturunkan demi mengaburi mata rakyat. Adus...padan le keputusan rasmi periksa nampak meningkat setiap tahun. Main politik ke apa?
  • PPSMI menguntungkan kontraktor kroni yang membekalkan bahan2 bahasa inggeris. Biasa la tu, setiap agenda besar macam ni, ada saja lah yang dapat menangguk di air keruh.
  • Kaum cina pun menentang PPSMI. Depa nak protect bahasa ibunda, identiti bangsa.
  • Yang menyokong PPSMI adalah segelintir golongan yang mendewa-dewakan bahasa inggeris. Kelompok yang diasuh oleh penjajah.
  • PPSMI tidak sah di sisi perlembagaan negara. No komen.
  • PPSMI menghina bahasa melayu. No komen.
  • PPSMI membunuh masa depan bahasa melayu. No komen.
  • PPSMI membunuh masa depan bahasa melayu. No komen.
  • PPSMI gagal mengkayakan negara2 di benua India dan Afrika yang meminjam bahasa inggeris. Setuju.
  • Semua negara maju di dunia menggunakan bahasa masing2. Come to think about it, betul jugak ni. Kita ambik contoh negara2 seperti Thailand, Jepun, Taiwan, China, France, Germany, Korea, dan Rusia - semuanya guna bahasa ibunda masing2.
  • Semua negara yang meminjam bahasa penjajah semuanya gagal menjadi negara maju dan kaya raya. Kena belajar sejarah. Learn from the past.
  • Di mana2 negara pun bahasa penjajah gagal memandaikan rakyatnya yang miskin. Sekali lagi kena tengok sejarah.
Apa yang jelas persoalan agama dan bahasa adalah dua elemen yang sentiasa sensitif di Malaysia. Dan mesti ditangani dengan penuh hemah. Kembali kepada tujuan dasar perlaksanaan PPSMI iaitu untuk memastikan penguasaan yang lebih baik dalam sains dan matematik di kalangan murid memandangkan sebahagian besar sumbernya adalah dalam bahasa Inggeris. Secara tidak langsung, pelaksanaan PPSMI diharapkan akan turut meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan murid. Sekiranya perlaksanaan PPSMI ini lebih membawa kebaikan dari keburukan setelah diambil kira pelbagai aspek yang dibangkitkan, mungkin kewajaran untuk ia diteruskan itu ada. Namun jika ia hanya satu agenda yang sangat merugikan kita semua terutamanya orang melayu maka masih belum terlambat untuk kita kembali ke pangkal jalan dan membetulkan keadaan.

@@@

3 comments:

yushida03 said...

salam.

saya secara peribadi tidak menyokong PPSMI kerana pengalaman sendiri dan rakan2 yg mana penguasaan bahasa Inggeris bukan lah menolong sgt pun penguasaan dlm ilmu S&M.

yushida03 said...

salam.
secara peribadi saya tidak menyokong PPSMI kerana pengalaman sendiri yg mana penguasaan BI tiada lah menyokong sgt pun penguasaan S&M..

School Of Tots said...

kalau ramai anak melayu di kampung2 yg tercicir dan hilang peluang ke menara gading akibat PPSMI, maka rasanya mudarat itu lebih dari baiknya di situ..

ISU PENDIDIKAN

Saya terbaca sebuah posting yg sangat baik yg berupa luahan rasa seorg guru yg dedikasi perihal sistem pendidikan di sekolah yg sudah acap k...