Alhamdulillah hari ni berlangsung ceramah perdana di ofis saya oleh pensyarah Universiti Antarabangsa Madinah, Ustaz Dr Azhar Yaacob di bawah tajuk "Penghayatan Sirah Rasulullah Dalam Konteks Hari Ini" bersempena Maulidur Rasul.
Ustaz memulakan dengan mood santai. Katanya memberi salam itu sunat. Menjawab salam tu pula hukumnya wajib. Memberi salam harus dengan suara yang lantang. Menjawab salam pula sunat dengan suara yang lebih lantang. Dan yang memberi salam lebih banyak mendapat pahala. Contohnya ustaz memberi salam, maknanya mendoakan kesejahteraan kepada 150 orang yang di depannya di majlis ilmu itu. Dan in return, 150 orang itu menjawab salamnya, maknanya 150 orang itu mendoakan kebahagiaan buat ustaz. Apatah lagi ustaz pun mengulangi memberi salam, maka, bergandalah kebaikan yang diperolehinya ....he he betul jugak tu.
Apakah tujuan Rasulullah SAW di utus ke muka dunia ini?
Jawapannya ada dalam Surah Al-Jumu'ah ayat 2:
- Dialah yang telah mengutuskan dalam kalangan orang-orang (Arab) yang Ummiyin,
- seorang Rasul (Nabi Muhammad SAW) dari bangsa mereka sendiri,
- yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah (yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaan-Nya),
- dan membersihkan mereka (dari iktikad yang sesat),
- serta mengajarkan mereka Kitab Allah (Al-Qur'an)
- dan Hikmah (pengetahuan yang mendalam mengenai hukum-hukum syarak').
- Dan sesungguhnya mereka sebelum (kedatangan Nabi Muhammad) itu adalah dalam kesesatan yang nyata.
- Membaca Al-Qur'an
- Membersihkan Hati
- Mengajar Al-Qur'an dan Hikmahnya
Bilakah tuan2 kali terakhir baca Al-Qur'an? dengan nawaitu untuk mendapat kekuatan dengan membaca Al-Qur'an. Mungkin ada yang menjawab "bulan lepas, di majlis kematian, baca Yaasin".
Rohani akan mati kerana tidak baca Al-Qur'an. Itulah punca kepincangan umat Islam hari ini. Di Kelantan sejak beberapa tahun kebelakangan diamalkan di masjid-masjid mukim Bacaan Qur'an Senafas. Apa tu? Setiap selepas solat subuh berjemaah, setelah selesai zikir dan doa, imam dan jemaah akan membaca Al-Qur'an sekadar 3-4 ayat. Iman baca, makmum ikut. Ada bacaan yang kurang betul imam akan tegur. Setelah itu dibacakan terjemahan ayat-ayat yang dibaca tadi. Hasilnya kini berkat 2-3 ayat bacaan sehari iaitu dengan "bacaan Qur'an senafas" maka mereka telah berjaya khatam, dan kini memulakan 2nd round pula. Ada aura dan keberkatan pada hari itu kerana memulakan dengan membaca dan memahami ayat-ayat Allah, sebelum meneruskan dengan urusan dunia yang lain. Maka method bacaan Qur'an senafas ini sangat boleh kita amalkan sebenarnya. Baca bukan sekadar baca tetapi faham pula terjemahannya.
Maka ada pula yang beri alasan tak ada masa nak ke masjid untuk solat subuh berjemaah, kerana dapat solat subuh kat umah tu pun kira ok kan. Maka ustaz mengsyorkan plan B. Iaitu membawa budaya baca Qur'an senafas ini di tempat kerja. Sediakan Al-Qur'an terjemahan di atas meja kat ofis. Setiap pagi sampai saja di ofis, sebelum on komputer dan start baca email dsb, maka spend sekadar 5 minit untuk baca Qur'an senafas. Baca 2-3 ayat dan kemudian baca terjemahannya. InsyaAllah barokahnya sepanjang hari. "Aku nak hidayah dan petunjuk Allah". Lubuk rahsianya ialah baca Qur'an. Sudah ramai benar ustaz2 datang berceramah. Sudah selalu sangat kita berada di majlis2 ilmu, tapi selalunya keinsafan kita sebentar cuma. Lepas itu hilang entah kemana. Betul tak?
Maka hari ini tuan2. Kita kena ada plan bertindak. Mulai esok baca Qur'an senafas nak start kerja. Itu plan bertindak kita. Reformasi. Wujudkan budaya ini demi membalas jasabaik Allah. Rasulullah pasti gembira untuk mengaku di hadapan Allah "inilah umat ku, berhak ke Syurga-Mu". Fenomena baca Qur'an senafas di tempat kerja, barulah engage dengan urusan dunia yang lain. What do you think? I think it is only fair. Bolehlah bagi mereka yang boleh. Tak bolehlah bagi mereka yang tak boleh. Itulah hakikatnya. Tepuk dada tanya iman.
Sebagai value added, tolong ubah budaya baca Al-Qur'an yang kita dok amalkan selama ini iaitu ambik Qur'an, buka dan baca....bla bla....sodakallahulazim. Kalau inilah metodologi kita maka tuan2 dan puan2 tak akan dapat hidayah dan petunjuk dari Al-Qur'an. Baca, hafaz, tegur, tapi tak tau makna sesen pun. Adakah kita terkesan?
Agenda bertindak: Baca dan tahu makna bacaan kita. Bagaimana? Esok beli Al-Qur'an yang ada terjemahan. Baca 2-3 ayat, tengok maknanya. Barulah ada rasa luarbiasa. Kita faham penyataan dalam Al-Qur'an. Pertamanya tentang perintah, mana yang wajib mana yang sunat. Keduanya tentang larangan, mana yang makruh mana yang haram. Ketiganya tentang garis panduan, mana yang haram, wajib, harus dan makruh. Dan keempat kisah2 sejarah sebagai garis panduan.
Hikmah kedua adalah untuk manage hati kita. Manage Qalbu. Baik dan buruk individu ditentukan oleh hati. Bila hati kotor dengan sifat2 mazmumah maka ia akan membentuk kitaran ganas yang merosak hidup. Dosa pertama yang direkodkan manusia ialah Qabil membunuh Habil. Ini diiktiraf oleh dunia, Islam, Kristian dan Yahudi. Namun di sana sebenarnya ada dosa yang lebih awal iaitu Qabil yang punyai hasad dengki, dendam, bongkak, khianat, buruk sangka terhadap Habil. Segala sifat mazmumah itu bersarang di hati. Hingga membawa kepada dosa membunuh itu.
Suami isteri bergaduh, fedup, menyampah adalah kerana ada clash pada hati. Sirna yang baik seperti harmoni, syukur, redha, telus dan menerima seadanya membawa kepada intim, baik, ngam dan bahagia. Adik beradik tak bertegur sapa berebut harta pusaka adalah kerana hati yang kotor dan perasaan tamak. Jika ada rasa mengalah, berlapang dada, syukur, dan bening hati maka tiada akan ada masalah berebut harta itu. Zionis serang Gaza kerana tamak haloba. Bush serang Iraq kerana dendam kesumat.
Sebagai kesimpulan marilah kita bergerak kepada dimensi baru untuk manage hati, bersihkan hati. Hasad dengki itu apa? Hasa dengki itu SMOS. Senang Melihat Orang Susah. Susah Melihat Orang Senang. Kontra SMOS adalah redha, bandingkan dengan orang yang lebih rendah, dan terima seadanya. InsyaAllah hati akan bersih dan jiwa akan tenang.
Dan akhir sekali kenapa Rasulullah diutus adalah untuk mengajarkan manusia segala isi dan hikmah dari kitab Al-Qur'an itu. Maka berpeganglah kita dengan Al-Qur'an dan fahami terjemahan dan maknanya untuk mendapat petunjuk ke jalan yang lurus, menuju redha Illahi. Jazakallah.
2 comments:
salam.
dulu masa student kat faris, ada la amal jugak. bila masuk u, makin kurang, sampai skrg.
mungkin jugak sbb tu otak makin blur? hmm mungkin. pengajaran Allah byk caranya..
Tq for sharing. semoga kita semua istiqamah.
Terima kasih kembali - Bro yushida03.
Ustaz Imran pada ceramah di surau kami bulan lepas, berkata dia hanya mampu solat tahajjud 2 rakaat je setiap malam. Itupun waktu dah nak dekat subuh. Namun katanya Allah paling suka kalau kita membuat sesuatu amalan itu dengan istiqamah, maknanya walaupun sikit tapi berterusan, kini dan selamanya. Berbeza dgn buat berbondong2 bagai nak rak, tapi lepas tu tak buat. Tahun depan pulak baru buat balik.
Alhamdulillah, pagi tadi di ofis saya telah mulakan 'baca Qur'an senafas' ini. Bermula dgn Surah Al-Fatihah. Semoga Allah berikan kekuatan untuk istiqamah.
Post a Comment