10,080 calon SPM 2008 memperoleh lebih 10A
PUTRAJAYA: Seramai 10,080 calon yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) berjaya memperoleh 10A atau lebih, 5,863 memperoleh 9A dan dan 5,909 calon mendapat 8A. Mengumumkan keputusan SPM 2008 di sini pagi ini, Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimudin Mohd Dom, berkata daripada 442,936 calon yang menduduki peperiksaan itu, 347,443 lulus dan mendapat sijil, berbanding berbanding 347,032 pada 2007. Beliau berkata, aripada jumlah itu, 181,416 calon lulus semua mata pelajaran berbanding hanya 175,452 calon pada tahun sebelumnya.
What's Next After SPM - Itulah tajuk briefing yang diberi kepada para pelajar dan ibubapa bermula pukul 2:30ptg di dewan besar MRSP-KP oleh guru kaunseling iaitu En Shamsuddin Bin Mahmud. Permohonan hendaklah dibuat dalam masa 10 hari ini. Secara umumnya ada 7 pilihan yang ada.
- Program ke Luar Negara tajaan JPA atau MARA - ini adalah bagi para pelajar yang mendapat straight A untuk subjek teras dan subjek sains, the best of the best. Pelbagai jurusan di pelbagai universiti luar negara ditawarkan. Permohonan secara online boleh di buat di www.mara.gov.my.
- Program ke Luar Negara tajaan swasta - termasuklah tawaran dari Petronas, TNB, TMB, BNM, Khazanah Negara, dsb. Keterangan lanjut boleh di dpati di laman web syarikat2 berkenaan dengan permohonan online. Ini juga untuk pelajar yang mendapat staright A.
- Universitu swasta tajaan syarikat swasta di MMU, UTP, Uniten - maklumat boleh di dapati di laman web Telekom Malaysia, Petronas, dan Tenaga Nasional.
- Matrikulasi Kementerian Pendidikan - panggilan pertama ialah bulan Mei 2009. Permohonan secara online telah dibuat sebelum SPM hari tu. Kementerian Pendidikan akan menawarkan tempat kepada mereka yang layak. Kepada para pelajar yang tidak mendapat offer matrikulasi, nama2 mereka akan dihantar balik ke pihak sekolah untuk tawaran melanjutkan pelajaran ke tingkatan 6 di Kementerian Pendidikan negeri masing2. Depending on the result, kursus matrikulasi ini adalah untuk jangka waktu 1 atau 2 tahun. Kursus dan universiti yang akan ditawrkan juga belum tentu dan banyak bergantung kepada keputusan di matrikulasi nanti, contohnya keputusan cgpa 4.0 sahaja yang layak untuk kursus perubatan.
- Program melalui UPU - permohonan online hendaklah melalui password yang di beli di BSN. Antara yg ditawarkan ialah Asasi pengajian islam UM, Matrikulasi UAI, Diploma UPM, Diploma UTM, Asasi & pra UiTM, Tamhidi USIM, Diploma UPSI, dsb.
- Politeknik, ADTEC, JMTIL, & Francais IPTA.
- IPT Mara - Termasuk lah German Malaysia Institute (GMI), 12 campus UniKL temasuklah BMI, MFI, MSI, MICET, MIAT, & RCMP. Bagi pelajar MRSM, ni salah satu borang yang wajib di isi.
Ada satu cerita ibubapa yang sangat ingin anaknya menjadi doktor, tetapi anak sebenarnya nak jadi cikgu. Namun terpaksalah mengharungi medic school sehingga berjaya mendapat ijazah. Maka pada hari itu anak ini pun menyerahkan scroll ijazahnya kepada ibubapanya dan berkata nah saya sudah tunaikan hajat ibu & ayah. Dan kemudian beliau meneruskan pengajian diploma pendidikan untuk menjadi guru, untuk menunaikan hajatnya pula.
Perjalanan masih panjang. Tahniah kepada yang mendapat keputusan cemerlang dan tidak cemerlang. A bukan segala2nya. Yang penting perbetulkan sikap. Ada hikmah disebalik keputusan SPM yang dicapai itu. Teruskan perjuangan. Belajarlah dari pengalaman. Beside academic excellence be a 'street smart' as well. Kalau dulu banyak enjoy atau belajar sambil lewa, maka result yang dicapai juga sederhana. Maka kalau di usaha lebih sedikit atau go all out maka result straight mungkin dalam tangan. Tidak guna mengenang yang sudah berlalu. Plan for the future. Dapatkan tempat di peringkat seterusnya. Usaha yang terbaik. Di peringkat Martrikulasi atau Program Asasi misalnya, keputusan cemerlang nanti membuka semula peluang pengajian ke luar negara dsb. Motivasi diri.
Ambil pengajaran dari Nik Nur Madihah anak nelayan di Kg Parang Puting, Pengkalan Chepa yang hidup serba kekurangan tapi berjaya mencapai keputusan 20A. Kerana kesukaran dan kemiskinan itu dijadikan pendorong kepada usaha untuk mengubah nasib dan membela keluarganya. Bila ditanya wartawan apakah resipi kejayaannya, katanya paling penting banyak berusaha dan belajar secara strategik, sekiranya timbul masalah cepat2 bertanya kepada guru dan selebihnya bertwakal. "Strategi yang saya maksudkan ialah memberi tumpuan sepenuhnya ketika belajar kerana saya tidak mempunyai jadual belajar yang khusus seperti orang lain. Saya belajar ketika terasa mahu belajar sahaja tetapi ia berterusan", tambahnya lagi.
Dalam akhbar semalam dinyatakan 41,000 berpeluang melanjutkan pelajaran di pelbagai jurusan di 20 IPTA seluruh negara. Ini tidak termasuk tempat yang ditawarkan di IPTS yang merangkumi 41 Universiti Kolej & 433 Kolej dalam negara.
Semalam Amir dan kawan2nya telah berkunjung ke PWTC untuk Karnival Pengajian Tinggi MARA. Nampaknya UniKL yang punyai 12 IPT itu menjadi pilihan, dengan program asasi di kampus matrikulasi di Kulim Kedah. Dengan kelayakan keputusan SPM nya itu, pegawai dari UniKL telah menerima borang permohonannya dan pengajian akan bermula pada bulan Mei ini.
Satu lagi program yang di daftar ialah program diploma di Malaysian Institute of Aviation Technology (MIAT) dan akan menghadiri temuduga pada 17 April ini. Kedua2 program di atas adalah dibawah tajaan MARA. MIAT telah menjadi pilihan utama beliau. InsyaAllah cita2nya yang kini menjurus kepada Bachelor of Aviation akan tercapai jua, bagi mengisi keperluan professional yang masih kekurangan di bidang berkenaan. All the Best !!
@@@
5 comments:
salam uncle,,lama tak dengar berita,,nape uncle tak nk letak ruangan chat,,seng ckit,,,saye kt cni sihat je,,,uncle plak camne,,sye doakn uncle sekeluarga sihat selalu,,,terima kasih bg nasihat kt saye ni,,saye ni selalu lupa,,,perlukn nasihat dr uncle,,thanks,,
salam,
skrg dah ramai sgt yg pandai2.. dulu zaman sy sekolah kalau dpt 10A1 pun dah glamer.. dah jadi pelajar terbaik..
rasanya sistem pendidikan perlu ditukar.. mungkin tinggikan lagi markah nak dpt A.. soalan2 jugak kena lebih subjektif.. bukan objektif lagi.. kalau soalan tanya siapakah yg membuka singapura, mungkin perlu ditanya, kenapa stamford raffles membuka singapura, barulah pelajar kreatif.. jawapan mungkin kerana tamak menjarah hasil negara org, mahu mengembangkan ajaran kristian, mengembangkan pegaruh inggeris.. dll..
Semalam anak saya mendapat tajuk debat dari gurunya "Getting good grades in exam is not an indicator of a person intelligence". Sudah tentu pihak pencadang akan menyokong tajuk ini manakala pihak pembangkang akan menentangnya. masing2 ada point tersendiri...betul tak?
A classic example is Bill Gates, a high school drop out, but proof to have an intelligence beyond the good grades.
salam,
mungkin sukatan pelajaran dan soalan lebih mudah (relatif), mungkin kemudahan belajar lebih bagus (juga relatif) atau ya, mmg budak2 sekarang makin pandai? wallahua'lam.. semoga bukan shj pandai mengaji, bahkan pandai juga dlm skil hidup dan kehidupan beragamanya..
Tks.
Ya saya setuju, setakat good grades dlm exam saja tidak cukup. Kita kena street smart. Kita kena financially smart, dsb.
Ramai yg terjerat dengan hutang kredit kad umpamanya. Kerana skil manage soal2 duit tidak diajar sangat.
Post a Comment