Friday, March 20, 2009

Ketika Cinta Bertasbih

Last weekend saya sekeluarga bertandan ke Perpustakaan Awam Kuala Kubu Bharu. Kami meminjam 15 biji buku. My wife biasalah buku2 pasal okid. Anak2 pulak novel2 cinta. Bahagian saya ialah dua novel karya Habiburrahman Al Shirazy & sebuah buku kewangan karangan Gobala Krishnan.

Anyway hari ni saya telah khatam salah sebuah buku itu iaitu Ketika Cinta Bertasbih (Episod 1) buah tangan dari penulis muda Indonesia yang kreatif iaitu Habiburrahman El Shirazy, seorang novelis, sarjana Al Azhar University Cairo, dan penulis bestseller fenomena Ayat Ayat Cinta. Beliau lahir di Semarang pada tahun 1976. Pendidikan menengahnya di MTs Futuhiyyah Mranggen sambil belajar kitab kuning di Pondok Pesantren Al-Anwar. Kemudian lanjut ke Fakulti Ushuluddin, Jurusan Hadith, University Al Azhar Cairo (1999) & Postgraduate Diploma MA di The Institute for Islamic Studies in Cairo (2001).

Sebagaimana novel Ayat Ayat Cinta yang menceritakan watak hebat Fahri, kini dalam Ketika Cinta Bertasbih banyak mengisahkan Azzam seorang mahasiswa Indonesia yang menuntut di Al Azhar Mesir, pelajar salaf metropolis dan musafir berjiwa entrepreneur.


Saya petik di mukasurat 404 & 405 (dari 451) apabila Azzam menasihati rakan serumahnya Fadhil yang menghadapi sebuah masalah cinta tak kesampaian dgn seorang mahasiswi bernama Tiara, "Cuba resapi baik2 kata2 Imam Ibnu Arthaillah, tidak ada yang dapat mengusir syahwat atau kecintaan pada kesenagan duniawi selain rasa takut kepada Allah yang menggetarkan hati, atau rasa rindu kepada Allah yang membuat hati merana". Cinta sejati itu menyembuhkan tidak menyakitkan.

Kecintaanmu pada Tiara itu syahwat. Hampir semua orang yang jatuh cinta itu merasakan apa yang kau rasakan. Dan perasaan seperti itu tidak akan boleh kau keluarkan, kau usir dari hatimu kecuali jika kau memiliki dua hal.

Pertama, rasa cinta kepada Allah yang sangat luar biasa yang menggetarkan hatimu. Sehingga ketika yang ada di hatimu adalah Allah, yang lain dengan sendirinya manjadi kecil dan terusir.

Kedua, rasa rindu kepada Allah yang amat dahsyat sampai hatimu merasa merana. Jika kau merasa merana kerana rindu kepada Allah, kau tidak mungkin merana kerana rindu pada yang lain. Jika kau sudah sibuk memikirkan Allah, kau tidak kan sibuk memikirkan yang lain.

Kerana hatimu miskin cinta dan rindu kepada Allah, jadinya kau dijajah oleh cinta dan rindu pada yang lain. Saat ini yang menjajah hatimu adalah rasa cinta dan rindumu pada Tiara. Itulah yang membuatmu tersiksa. Padahal kau sudah tahu bahawa dia sudah dilamar dan dikhitbah Zulkifli temanmu sendiri. Kau harus tahu perasaan seseorang tidak dapat merubah hukum syari'at. Seberapa besar rasa cintamu pada Tiara dan seberapa besar perasaan cintanya kepadamu, tidak akan merubah hukum dan status Tiara, bahawa ia telah dilamar. Apalagi Tiara telah menerima lamaran itu.

Kedua mata Fadhil basah mendengar kata2 Azzam. Dia mengakui "Cinta memang bukan segala-galanya, tapi kehilangan cinta seperti kehilangan segala-galanya."

Benar. Mencintai makhluk itu sangat berpeluang menemui kehilangan. Kebersamaan dengan makhluk juga berpeluang mengalami perpisahan. Hanya cinta kepada Allah yang tidak. Jika kau mencintai seseorang, ada dua kemungkinan diterima dan ditolak. Jika ditolak pasti sakit rasanya. Namun jika kau mencintai Allah pasti diterima. Jika kau mencintai Allah, engkau tidak kan pernah merasa kehilangan. Tidak akan ada yang merebut Allah yang kau cintai itu dari hatimu. Tidak kan ada yang akan merampas Allah. Jika kau bermesraan dengan Allah, hidup bersama Allah, kau tidak akan pernah berpisah dengan-Nya. Allah akan setia menyertaimu. Allah tidak akan berpisah darimu. Kecuali kamu sendiri yang berpisah dengan-Nya. Cinta yang paling membahagiakan dan menyembuhkan adalah cinta kepada Allah 'Azza wa Jalla.

Mendengar hal itu ada kesejukan yang mengalir di dalam jiwa Fadhil. Kesejukan yang membuat hatinya sedikit terhibur dan lega. jiwanya perlahan mulai menemui ketenangan.

***
Sebuah novel yang sarat pengajaran dan hikmah. Yang memberi saya sebuah kepuasan. Bersambung ke "KETIKA CINTA BERTASBIH 2".


2 comments:

Tepi Sungai Batu said...

Assalamualaikum SOT,
Salam ziarah dari Pak Man, terima kasih kerana menjenguk blog Pak Man.

School Of Tots said...

Terima kasih Pak Man, semoga ada manafaat.

ISU PENDIDIKAN

Saya terbaca sebuah posting yg sangat baik yg berupa luahan rasa seorg guru yg dedikasi perihal sistem pendidikan di sekolah yg sudah acap k...