Thursday, August 14, 2008

2010

Alhamdulillah bila saya masuk blog saya hari ni terpapar angka 2010 jumlah pengunjung yg sudah melayari web blog saya yg tak seberapa ini. Angka yg tidak la besar mana kalau nak banding dgn blog popular yg lain seperti Kickdefella yg sudah mencapai 2,492,379 pengunjung. Tapi saya bangga kerana ada juga yg sudi menjengok. Dan saya puas melihat hasil tangan saya terpapar di internet untuk tatapan semua. Semoga ia menjadi saksi dalam sejarah akan kewujudan saya di alam maya ini atau alam siber ini walaupun secara fisikal satu hari nanti saya sudah tiada lagi. 2010 org ini sebagai saksinya.

Hmmmm....menyentuh soal meninggalkan dunia ini, mati le, tadi saya ada mendengar kuliah zohor di surau syarikat yg merupakan kuliah zohor mingguan pada setiap Khamis bergilir2 dgn 4 ustaz tetap. Kali ini ceramah feqah oleh Ustaz Nazri. Kebetulan pula saya berpuasa sunat hari Khamis bulan Syaaban hari ni, kata Ustaz kita kena tanya soalan cepumas pada diri sendiri 'Dah Bersediakah Aku Untuk MATI?'. Ya atau Tidak.

Seorang muslim yg sejati akan menjawab YA. Malah dia tersangatlah looking forward untuk menghadap yg Esa. Penuh yakin akan berat timbangan amalnya. Penuh semangat untuk meninggal segala-galanya di dunia sementara ini dan melangkah ke Alam Akhirat untuk hidup kekal abadi dan aman bahagia ever and ever di Syurga Allah. Kena ready sekarang, kerana mati itu boleh berlaku bila2 masa saja. Jangan tunggu last2 minute baru nak bersedia. Kerana tiada istilah last minute dalam sebuah kematian itu. Tiada extension kalau expiry date itu tiba, bukan macam lesen motor atau lesen perniagaan. Tiada pilihan melainkan kena READY now !! Muhasabah, kena muhasabah sebelum terlambat, kena buat koreksi.

Ustaz tadi juga menyentuh soal solat, apabila seorang sahabat bertanya Rasulullah apakah akan terjadi kepada seseorang yg tidak solat. Maka Rasulullah menjawab bahawa terserah kepada rahmat Allah untuk di masukkan dia ke Syurga atau Neraka Nya. Namun bagi seorang muslim yg solat maka baginda mengatakan InsyaAllah Syurgalah tempatnya. Ada beza di situ. Iaitu Rasulullah berani memberi jaminan bahawa bagi pensolat destinasi akhirnya Syurga. Namun bagi penidaksolat itu Rasulullah tidak berani memberi jaminan, maka ia masih dipersimpangan, tanpa ketentuan. Maka ingin kah kita berada di persimpangan sedangkan kita punya peluang demi peluang untuk berada di landasan yg lurus menuju Syurga Allah. Matikanlah aku di jalan yg lurus.

Teringat pula kisah Mat Rempit di posting saya yg lalu yg juga berharap untuk mati di jalan yg lurus dengan aksi stunt mereka yg menyayat hati namun kebanyakannya mati accident di jalan yg bengkang bengkok. Sungguh menyayat hati. Alangkah rugi dan sia-sianya.

Baiklah setelah selesai solat zohor berjemaah, saya pun duduk kat pangkin di luar surau di sebelah seorang sahabat memakai stokin dan kasut, maka saya pun bertanya kepadanya apakah point2 yg disampaikan oleh Ustaz Nazri tadi, tak payah banyak sebutkan dua point saja, kata saya. Dia dgn error berkata maaf aku sebenarnya tertidur tadi. Dia tak dapat menyatakan kepada saya walau satu point pun.

Saya sambil berseloroh dan nak bagi seronok2 berkata, kita ni kalau mendengar majlis ilmu sangatlah afdalnya kalau kita pula dapat sampai2kan ilmu yg kita dapat itu kepada orang lain, tak banyak pun satu ilmu saja. Kalau org lain itu pula menyampaikannya kpd kawan dia dan kawan dia sampaikan ilmu yg satu itu kpd bini atau anak2 dia pula, maka berkembanglah ilmu itu. Dan yg syoknya kita ada sahamnya di situ. Ibarat sebiji benih membesar menjadi sebatang pokok, berpecah menjadi dahan dan ranting, lebat pula dgn daun2, berbuah pulak tu. Sambil saya menuding kpd sebatang pokok ara (lebat dgn daun tapi tak ada buah) di tepi tempat parking dekat kantin syarikat. Just imagine. Itulah ilmu yg bermanafaat yg akan berkembang dan membiak subur jika di hebah2kan. Ilmu yg di simpan di dada hanya akan berkarat dan musnah, tapi jika di guna pakai maka ia akan membawa manafaat nya, insyaAllah.

Tapi jangan risau brother Yusof (kawan saya tu) dengan tuan berada saja dalam sebuah majlis ilmu itu walaupun tertidur maka itu adalah terlebih baiknya dari tuan berada di kantin dok berborak kosong sambil makan nasi lauk ikan kembong. Beliau pun mengangguk tanda setuju dan beliau terus berkata, jika berada di majlis ilmu maka berduyun2 malaikat rahmat di langit mendoakan keampunan dan kesejahteraan kepada para jemaah yg sedang berada di majlis ilmu itu. Saya pun mengangguk2 tanda setuju. Cuma saya tambah sikit, malah jika kita dok solat sunat kat belakang tu sedangkan ada majlis ilmu yg sedang berlangsung maka seeloknya dan terlebih baiknya kalau kita duduk mendengar di majlis ilmu itu, kerana menuntut ilmu itu wajib hukumnya sedangkan solat sunat itu sunat darjatnya.

@@

2 comments:

Mat Cendana said...

Assalamualaikum

Terima kasih kerana saudara sudi datang dan tinggalkan Comment di blog saya. Saya telah tengok sikit-sikit beberapa post. Saya tertarik dengan ayat-ayat ni:

Angka yg tidak la besar mana kalau nak banding dgn blog popular yg lain seperti Kickdefella yg sudah mencapai 2,492,379 pengunjung. Tapi saya bangga kerana ada juga yg sudi menjengok. Dan saya puas melihat hasil tangan saya terpapar di internet untuk tatapan semua.

Sebenarnya, itu juga sama dengan tujuan, hasrat dan pegangan saya dalam membuat blog Recovery from Drug Addiction tu.

Cuma, saya dapat `break' sikit bila Rocky's Bru telah buat satu Post tentangnya pada Sept 1; dan telah berjaya beri publicity meluas untuk introduce kepada ramai orang.

Sekarang, "Hits" dia telah jatuh balik ke paras yang saya kira (dan harap) akan jadi "normal-nya" dan "sustainable".

Yang pentingnya, saya telah mula kenal dengan beberapa orang yang boleh saling bantu-membantu dalam beberapa perkara. Matlamat & fokus saya yang tu lah - tentang apa-apa yang berkaitan dengan "Kepulihan dari Penagihan Dadah" untuk diri saya DAN orang-orang lain.

Saudara tentu tahu bahawa setiap kita ada "Tugas dan Amanah" masing-masing dari Allah berdasarkan "apa yang Dia telah kurniakan kepada kita sebagai modal".

Bagi saya, "penderitaan" pun boleh dikira sebagai "Pemberian Tuhan"; kerana ia turut memberi pengalaman dan pengajaran *unique* yang seterusnya boleh digunakan untuk kebaikan diri sendiri dan orang lain.

Konsep Blog saudara ni pula sebenarnya tidak memerlukan kepada jumlah orang yang datang. Tapi ia "membantu dan membina" jugak, dan mungkin dengan cara yang kita sendiri tidak rancang.

Saya bagi satu contoh - ada beberapa perkara di sini yang telah menyentuh diri saya ... Saya membaca post kepada anak saudara yang belajar di tempat lain - saya berfikir, betapa seronok dan bahagia bila anggota-anggota keluarga turut terlibat dengan yang ni ... mengguna Internet, blog, e-mail etc pada jalan dan ke arah yang di Restu Allah

Saya turut rasa sayu, saudara; bila terkenang bahawa "satu ketika dulu, sebelum aku membuat keputusan & pilihan yang salah, aku dan keluarga aku dalam aman tenteram. Tapi selepas itu, TIDAK...

Bila baca Post saudara tu, turut datang keinginan "kalau aku dan keluarga/anak-anak aku boleh buat camni ... alangkah gembiranya!"

Ya, sekarang ni BANYAK HALANGAN - termasuk perlu bina semula perhubungan, kepercayaan dan kasih-sayang "macam dulu" yang saya telah persiakan. Sekarang, baru saya sedar betapa tinggi nilainya benda-benda begini yang dulunya saya "take for granted".

Ya, saya tahu masalah-masalah dan tugas-tugas saya berat, dan perjalanan saya jauh, berliku, banyak duri dan rintangan. Tapi saya juga tahu bahawa jika Allah Membantu, segala apa boleh dimakbulkan.

Wassalam
- Ahmad "Cendana", Pasir Mas

School Of Tots said...

TQ sir. Saya doakan kebahagiaan saudara. Jangan putus asa. Niat dan usaha yg baik akan membuahkan hasil yg terbaik, InsyaAllah.

ISU PENDIDIKAN

Saya terbaca sebuah posting yg sangat baik yg berupa luahan rasa seorg guru yg dedikasi perihal sistem pendidikan di sekolah yg sudah acap k...