Wednesday, March 18, 2020

PANDEMIK TERULUNG


PANDEMIK TERULUNG

Kita takde experience tangani disaster at this level. Bila instruction pun blur, sop  pun tak lengkap, tafsiran jadi byk, social media lagi, politiking lagi, maka agak kelam kabut la semua.

So berlakulah panic buy, bila istihar cuti, dlm kpala terpahat balik kampung, kena isi borang manual (skrg dh cancel), sesak, ipt pulak tutup, sesak lagi. Sepatut nya semua dok diam2 kat umah.

Kalau nak cari aspek -ve mmg byk. Tak membantu. Moving fwd sama2 kita sumbang utk memperbaiki keadaan bukan memburukkan lagi. Stay home & be nice. Its disaster time for God sake. Byk org mati serata dunia. No small matter. Jazakallah.

#MovingForward
#BePositive

******

PENTINGKAN DIRI SENDIRI :
Malaysia ohh Malaysiaku...

Tolong lah jangan pentingkan diri sendiri.

Hari Isnin 16/3/2020 ramai ramai pakat pi serbu Grocery/mart sebab nak beli stock makanan untuk 1 tahun. Tak kisah beratur panjang sampai ke luar. Kat situ dah bawa virus pulak kerana ada yang batuk, yang demam pun ikut sekali dan beratur dalam jarak yang dekat.

Petang Selasa dan malam Selasa pula pakat ramai ramai pi serbu balai balai polis diseluruh negara sebab nak balik kampung...horeey cuti 2 minggu apa lagi balik kampung la.

Masa berkumpul kat balai balai polis diseluruh negara yang mencecah ratusan orang ramai ada yang batuk, yang demam, yang ada virus bawa pula dari orang awam kepada anggota polis yang bertugas. Dibalai polis mana ada alat check suhu badan orang awam tambahan pula hand sanitizer yang ada pula habis. Kat balai polis dalam masa berjam jam sebelum arahan isi borang rentas negeri ditarik balik oleh IGP virus virus dah pun pantas merebak.

Tengah malam hari  selasa dan pagi Rabu virus virus covid19 sudah dibawa pulang ke kampung halaman untuk dijangkiti kepada orang orang tua kita yang berada sihat dikampung halaman. Kebanyakan orang tua kita ni dah ler kurang imun badan dan kebarangkalian terkena  jangkitan virus Covid19 amat berisiko.

Semasa dalam perjalanan pulang ke kampung semestinya ada yang singgah pula distesen minyak, R&R, surau dan tandas untuk pelbagai perkara dan hajat.

Student student IPTA atau sekolah berasrama penuh pula dah diberikan cuti atau IPTA ditutup terpaksalah mereka berpusu pusu untuk balik ke rumah keluarga dibandar atau dikampung.

Ada juga yang berpusu pusu nak masuk singapura disebabkan wabak kat sana dah kurang dan negara depa dah buat 14hari lockdown.

Ada juga yang berpusu pusu ke utara dan pantai timur,  dah macam cuti hari raya pula.

Adoii matlamat kerajaan untuk elak berkumpul ditempat awam serta mengurangkan pergerakan rentas negeri adalah bagi menurunkan pola jangkitan Covid19. Tapi kalau macam  ni yang terjadi rasanya matlamat kerajaan tidak akan berjaya.

Malang bagi Malaysia kerana budaya pentingkan diri sendiri dan budaya bercuti sama seperti warga Italy juga.

"Selamat Bercuti "semua.

******

Tolong JANGAN balik kampung!

Italy hancur sebab 10,000 orang balik kampung dari kawasan merah sebelum kuarantin dilaksanakan.

China dan kemudiannya seluruh dunia jadi teruk sebab 5 juta orang lari keluar dari Wuhan sebelum perintah berkurung berkuatkuasa.

JANGAN balik kampung!!
JANGAN tinggalkan kawasan anda!!

ANDA MUNGKIN ADALAH PENYEBAR VIRUS COVID-19!!

Kemungkinan akan berjangkit kepada mak, ayah, adik beradik, saudara mara, & jiran-jiran yang lain. tak kesian ke kepada mereka??

Orang tua lagi sukar sembuh dan tahap kematian tinggi akibat jangkitan covid-19 adalah daripada golongan berusia kerana mereka lebih lemah.

Nabi dah ingatkan, jangan masuk ke kawasan wabak dan jangan keluar dari kawasan wabak.

******

Menjelang 24 jam pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan oleh PM, langsung tidak ada kenyataan balas oleh mana-mana menteri untuk bantu memudahkan urusan rakyat selama 14 hari ini.

Menteri Pengangkutan tak beritahu bagaimana pergerakan rakyat dapat dibantu tanpa menambah risiko penularan wabak.

Menteri Sumber Manusia langsung tak sebut secara terperinci sektor mana yang akan terjejas dan apa jaminan bagi pekerja-pekerja swasta bergaji hari.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan tak beri jaminan dan mekanisme bagaimana rakyat boleh dapat cukup bekalan makanan harian dalam tempoh larangan.

Menteri KPDNHEP tak cakna tentang panic buying dikalangan rakyat, begitu juga dengan jualan topeng muka dan sanitizer yang menjadi kegusaran rakyat.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Menteri Perusahaan, Komoditi dan Perladangan tiada langkah proaktif untuk pastikan pendapatan usahawan-usahawan kecil yang terpaksa tutup bisnes dalam tempoh larangan.

Menteri Kerajaan Tempatan sibuk makan malam dengan taikun, tak nak ke bantu majlis perbandaran disinfeksi tempat-tempat awam seperti masjid.

Menteri Pengajian Tinggi lambat buat pelan pergerakan pelajar yang terpaksa pulang ke kampung kerana IPT ditutup.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga, dan Masyarakat gagal sediakan solusi bagi membantu ibu-ibu bekerja yang terpaksa jaga anak kerana penutupan taska.

Menteri Dalam Negeri yang sepatutnya menjadi tonggak dalam isu ini, langsung tak dengar cerita.

Menteri Tugas-tugas Khas yang kita pun tak tahu apa tugasnya. Sepatutnya dalam situasi begini, dia diberi tugas penting. Barangkali masih sibuk dengan kereta terbang.

Perdana Menteri, buat mesyuarat nasional tentang COVID-19, tak jemput Menteri Besar parti lawan!

Nampaknya rakyat perlu berhenti bergantung kepada menteri-menteri.

We fight this battle, and we fight hard!
~shahidan saaid

******

9 mac jadi menteri
Baru 9 hari kot 🤔

22 bulan pun entah hapa2...jadi pakatan haprak (PH)

Ini kan pulak baru 9 hari 😀

...komen pak maun otw ke rumah sabariah. 🚶

*****

Ustazah zaleha:
SURAT DARI ITALY

Salam semua
Kami di Itali - Milan
Kami akan berkongsi perjlnn khidupan di Milano dlm meniti hari-hari yg sukar, dan kami yakin menjadi kewajipan kamu semua belajar drpd kesilapan dan hasilnya yg telah kami lalui.

Kini melalui suasana kuarantin, tidak keluar ke jln, pihak polis sentiasa mengawasi pergerakan, dan mengenakan (gari) bagi sesiapa yg berada di luar rumah.
Semuanya ditutup(kunci) pekerjaan, Mall, perniagaan, semua jalan tanpa pergerakan.

Perasaan sudah melewati seperti penghujung alam(akhir kehidupan)
Sekelip mata Itali berubah wajah, seperti berada dlm peperangan dan kegelapan. Sesungguhnya ia seperti satu hakikat hidup yang tidak pernah sehari pun saya akan melaluinya.

Manusia di Milan dlm kesulitan, sedih, lemah, bahkan mereka sedikit pun tidak memahami bagaimna realiti ini dipertangungjawabkan utk mereka lalui, dan bilakah akan berakhir "kabuus" ini.

Namun, kesilapan yg besar adalah di peringkat awal kemunculan musibah ini-manusia(Itali) meneruskan sosial kehidupan seperti biasa, keluar bekerja, dan punyai perasaan seperti itu kelaziman biasa bercuti, kami juga byk berkumpul bersama rakan rakan dan menyerrtai majlis(kenduri).

Semuanya adalah kesilapan termasuk diri saya!

Saya mengutusi anda semua. Hendaklah kamu semua berhati hati, kisah ini bukan bukan cerita lucu atau gurauan.

Jagalah orang yg anda sayangi, kedua ibubapamu, atok dan nenek, penyakit (virus ini sangat bahaya)
Kematian di sini adalah sekitar 200 orang sehari, bukan kerana tiada  doktor yg bagus, tetapi tiada lagi tempat yg sesuai utk semua.

Para doktor akan memilih siapa yang akan mati. Untuk mengelakkn  ketakutan orang lain.

Maka pelajari dari kesilapan kami, ambil langkah berjaga:

-tidak keluar ke tmpt yg sesak.
-berusaha untuk tidak makan di tmpt umum/terbuka
-terus berada di dlm rumah
-peka dan dengar kepada arahan kesihatan
-berinteraksi dlm jarak meter, jgn terlalu hampir
-segera dptkn rawatan
-mengambil vit c

❤Ambil berat dgn diri anda dan yang anda sayangi

Sila sebarkan perkongsian ini.

Luahan drp rakyat MALAYSIA DI ITALY...


******

Di Italy dan banyak negara negara lain, pada asalnya, pihak kerajaan juga mengenakan KAWALAN PERGERAKAN seperti yang diumum PM kita pada malam tadi. Malangnya, pada peringkat awal ini, ramai dikalangan mereka ambil mudah hal ini.

Kerajaan umum cuti dan sekolah semua ditutup. Tetapi, ibu bapa disana menggunakan peluang ini untuk bawa anak anak mereka berjalan, balik kampung, bercuti, bawa ke supermarket, dan mereka tidak betul betul 'duduk' di rumah seperti yang disyorkan oleh kerajaan.

Mereka masih ke gym, masih ke restaurant, masih ke club.

Dan kesannya, hari ini seramai 27,980 rakyat Itali sudah dijangkiti penyakit ini dan menyebabkan 2158 kematian. Dalam tempoh 24 jam semalam sahaja, mereka mencatatkan 3233 kes baru dalam sehari.

Sekarang, di sana dah hampir total lock down. Semua orang tidak lagi dibenarkan keluar dari rumah melainkan kes kes tertentu sahaja.
Kita rakyat Malaysia, jangan ulangi kesilapan yang sama seperti yang mereka lakukan.

******

Status Di Malaysia

Bermula 18 March 2020 baru dikenakan kawalan pergerakan di Malaysia. Belum LOCK DOWN lagi. Ini bermaksud, rakyat Malaysia masih boleh keluar dari rumah untuk urusan urusan penting.

Tapi, tahukah anda. Kes terkini di Malaysia adalah sebanyak 566 kes dengan 120 kes baru dicatatkan semalam. Saya menjangkakan, dalam tempoh seminggu lagi jumlah ini mungkin akan meningkat kepada 1,000 kes. Ini disebabkan masih banyak lagi 'ujian Covid-19' yang ke atas suspek yang masih belum keluar keputusan mereka.

Jika kes ini meningkat dan terus meningkat, pihak hospital akan mengalami kesukaran untuk memberi rawatan seterusnya kepada pesakit.

Di Italy, disebabkan terlalu ramai orang sakit dan kritikal, mereka terpaksa memilih untuk siapa yang perlu hidup dan siapa yang mati. Mereka yang 'kronik' akan 'dibiarkan' mati. Rawatan akan diutamakan kepada mereka yang mengalami 'mild symptom'.  Bayangkan, jika negara Italy di Eropah yang maju pun menghadapi masalah sebegini, macam mana dengan kita di Malaysia? Kita tak mampu untuk handle kes kes sebegini dalam kuantiti yang besar.

Sekarang ini pun, pihak kesihatan sudah 'letih' dan 'lembik' dengan kerja lebih masa yang terpaksa mereka lakukan. Mereka terpaksa memakai pakaian khas untuk melindungi mereka dari terkena jangkitan penyakit.

Kasihanilah mereka. Usah ditambah lagi derita mereka.

*****

From a Malaysian stuck in China

Covid-19 Pandemic 

For those who didn't know, I've been in China Chongqing all these while when this circus started in end Jan. The whole world was watching China then, and now that China have it under control, we are watching this whole panic thing happening around the world. Maybe I can share my experience how I kept myself safe.  

Well first of all, it was not just Hubei and Wuhan that was in lockdown. Basically the whole of China was in lockdown. So the people of Hubei and Wuhan cannot leave their city. While in CQ we can't leave our residential compound. Yup, you read me right. We are given a permit to allow 1 pax from 1 household to exit and enter the residential compound every 2 or 3 days to get essential stuff, depending on how serious the situation is in your area. Everyone needs to get their body temperature checked upon entering any building at any time. And when I say essential stuff it really is essential stuff, back then during the curfew only markets, supermarkets, pharmacies, designated clinics and such are allowed to operate.  So no hanging around,  wandering around the streets aimlessly coz nothing else is open. And if you are wandering around, you'll be strongly advised by the patrolling police to get back home. 

This curfew has been for 40days. So yes, we (basically the whole of China) have all been in a curfew/lockdown for that long. And that's billions of people we are talking about. It may be enforced by law, but everyone is willingly and voluntarily isolating themselves. No school, no work! This really is THE WAY TO STOP THE SPREADING! 

Isolation and quarantined is violating human rights? Please, what's human right if you end up 6ft under. 

And so, if I needed to go out to get essentials this is what I did, and still am doing. I usually just get my groceries that can last 1-2weeks, just so I don't need to go out too often and lower my risk of contraction.  I don't stock up on anything, esp toilet paper ahem... 

1. Face mask on (this is strongly enforced here, one can get arrested if they refused to) 
2. Have my hand sanitizer and a small bottle of 75% alcohol spray with me.  
3. Once I leave my house, If I touch the lift buttons or anything else, I'll make sure to sanitize my hands before I get in my car and start touching everything else. (I refuse to use a tissue or glove cause I don't want to create unnecessary rubbish, I can live with dry hand skin) 
* So if you need to take the public transport and need to hold the handles/poles, just make sure you sanitise your hands as soon as you leave the bus/ train. 
4. Go about getting my stuff. I don't touch my face especially my eyes nose and mouth when I'm out. If I really need to rub my eyes I will sanitise my hands [see the pattern here?] and use the inner part of my shirt to rub my eyes. 
5. Done with shopping. Place stuff in car and sanitise hands. 
6. Get home. Wash hands with soap and water, take off mask, bin it or hang it somewhere to air for reuse. Wash hands again! 
7. Change my clothes and toss it directly into the washing machine, wash with 60℃ water. Hang my winter jackets in the balcony to air. Shower immediately.  
8. Disinfect my groceries, those with packaging and my reusable shopping bags.  
9. Disinfect car keys, door handle & lock and my handphones! HANDPHONES PEOPLE! 

So, this is my SOP. It really is fairly simple. 

1. MASK MASK MASK!!! Seriously! You are protecting yourself and everyone around you. It is contagious even before symptoms surfaces. If you can't get disposable, get those woven sewn with changeable non woven layers. It's available out there. Search for it.  
2. WASH your hands and don't touch your MEN (mouth, eyes, nose)
3. Stay away from crowds pleaseeeee.  Limit your activities to need base. One month without social activities really won't kill anyone! 
4. Oh right, I no longer use cash in China, it's all e-payment. So if you've handled cash, you know the drill ya. Sanitise! (your hands, not the cash) 

It takes everyone to stop this from spreading. If you still think this is just a normal FLU and not taking any precautions, then you really are a danger to the community at this moment in time.  

Peace out.  Stay calm.  
Malaysian in CQ. 
12/3/2020


P/s There really isn't any need to stock up on TOILET PAPER laa !

*****

The following is a good article that explains well why Malaysia has done the lockdown.

Corona Virus Cases to date -

New York
wk 1 - 2
wk 2 - 105
wk 3 - 613

France
wk 1 - 12
wk 2 - 191
wk 3 - 653
wk 4 - 4,499

Iran
wk 1 - 2
wk 2 - 43
wk 3 - 245
wk 4 - 4,747
wk 5 - 12,729

Italy
wk 1 - 3
wk 2 - 152
wk 3 - 1,036
wk 4 - 6,362
wk 5 - 21,157

Spain
wk 1 - 8
wk 3 - 674
wk 4 - 6,043


Malaysia

Week 1 - 4
Week 5 -  50
Week 11 - 428

Next two weeks are crucial for Malaysia.

If we take adequate precaution and break the chain then we can tide the Corona virus Outbreak else we have a big problem in hand especially for the elderly population.

So far so good. Malaysia has  done well so far in its fight to contain Corona Virus. Now we are in stage 3 in which Virus spreads through social contacts & in social gatherings. This is most critical stage & number of confirmed cases spread exponentially everyday like what happened in Italy between last week of February & second week of March. From 300 to 10,000. If Malaysia is not able to manage this stage for next 3 to 4 weeks then we could have confirmed cases not in hundred but in thousands. This next one month is crucial. That is why most events & public gatherings have been closed till 15th April in Selangor.

Just because schools are closed avoid getting that compulsive travel; Holiday bug. Holidays will come next year too why try your luck with Corona specially with children. Marriage functions, Birthday parties etc can wait. Don’t try your luck; that bravado that nothing will happen to me. Next 30 days will be most crucial in medical History of Malaysia. Take all precautions while at home; while outside for any important work. Precaution is not panic.
Be a responsible citizen by following ; educating others to remain careful for next one month.🙏😷

*****

Apa Yang Rakyat Malaysia Perlu Lakukan Sekarang

1. Elak dari pergi ke kedai dan restoran untuk makan di sana. Jika ada keperluan mendesak, tapau saja. Order Grab Food atau Panda Food untuk lebih mudah.

2. Elakkan dari membawa anak kecil keluar ketika pergi shopping barang keperluan di supermarket. Jika perlu, pergi seorang sahaja dan itu pun diambil langkah pencegahan sebaik mungkin.

3. Sebaik mungkin, elak dari menyertai program / berjumpa dengan orang ramai jika tidak berkeperluan. Jika jumpa pun, pastikan berada pada jarak 1 Meter. Elakkan dari melakukan sebarang sentuhan seperti bersalam.

4. Jika ada orang yang telah rancang kenduri / majlis perkahwinan dalam waktu ini. Dicadangkan sekadar adakan majlis akad nikah dan ditangguhkan majlis kenduri tersebut. Tindakan ini mungkin 'agak kejam' buat tuan yang buat kenduri. Tapi, adalah lebih kejam jika 2 minggu lagi, majlis kenduri kita didapati sebagai 'punca' kepada sebaran penyakit ini pada skala yang besar. 'Hari Bahagia' kita mungkin hari permulaan bagi 'Penderitaan' orang lain.

5. Educate sahabat, kenalan, jiran, rakan, saudara keluarga kita untuk sama sama menjaga batas batas ini. Tak guna, kita betul betul jaga tapi kemudian satu hari kita terdedah dengan kawan kita yang datang ke rumah kita dan membawa virus itu bersama. Ingat ayat ini, Untuk Kita Sihat, Kita Perlu Pastikan Orang Disekeliling Kita Sihat. Jika Orang Disekeliling Kita Terkena Virus, Peluang Untuk Kita Kena Virus Juga Sangat Tinggi.

Kita tiada pilihan, kesihatan jiran jiran, kawan kawan, kenalan adalah Tanggung Jawab Kita, Jika Mereka Sakit. Kita Juga Susah

6. Hari ESOK bermula KAWALAN PERGERAKAN bagi semua rakyat Malaysia, saya mohon kita sama sama BERSATU dalam menghadapi ujian daripada Allah ini.

7. Perbanyakkan doa dan solat hajat, mohon bantuan dari Allah agar masalah ini dapat dijauhi segera dari Malaysia dan seluruh dunia amnya.

8. Banyakkan bersedekah pada waktu ini, kerana bersedekah dapat menjauhkan kita dari bala Allah.

9. Elakkan membuat pembelian panic melampau. Jika membeli barang keperluan, beli lah sekadar mencukupi keperluan untuk 2 minggu, jangan beli berlebihan sangat. Kesian orang lain pun nak beli juga.

10. Buat rakan yang masih berdegil untuk bercuti dengan keluarga, berjalan ke sana ke sini pada waktu ini tanpa keperluan yang kukuh dengan alasan nak rebut harga murah, jangan lupa. Kalau berjalan dengan isteri, sila bawa 'kondom' bersama. Kita nak kurangkan generasi 'bodoh' seperti anda pada masa akan datang.

11. Kepada para peniaga yang menjual barang barang bukan keperluan, saya cadang agar buat masa ini ditutup dahulu kedai anda. Saya sedar,  mungkin akan ada yang mengalami kerugian. Mungkin akan ada pekerja anda yang bergantung gaji dengan anda. Bantulah mereka sekadar yang termampu. Jika mampu bagi advance separuh, berilah dahulu. Beri sedikit kelegaan buat mereka.

12. Buat sahabat sahabat yang kaya, gunalah kekayaan yang Allah beri ini untuk membantu saudara mara anda yang bermasalah sekarang ini. Ada saudara mara anda, jiran anda yang mungkin hidup mereka kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Jika mereka tak boleh nak 'kais' dalam seminggu dua ini, bermaksud mereka tiada gaji. Jika anda mampu bantu mereka, bantulah mereka. Walaupun sekadar menyumbang RM50-RM100, percayalah. Ini memberi sedikit kelegaan buat mereka. Cukup sekadar buat online transfer kepada mereka. Tak perlu berjumpa bagi mengurangkan contact.

13. Sekarang musim cuti sekolah, saya perhatikan ramai anak anak berkumpul beramai ramai dengan kawan kawan mereka. Ini juga salah satu cara mudah penyebaran virus ini berlaku. Mereka ini terlalu banyak dengan aktivti mereka tersendiri. Anak anak ini tak fikir sangat bab keselamatan, mereka hanya fikir keseronokan. Jadi tanggung jawab ibu bapa nak kawal anak anak di rumah.

14. Sekarang, ramai ibu bapa yang bercuti atau bekerja dari rumah. Guna masa ini untuk 'create' bonding dengan anak anak. Anda boleh bermain dengan anak anak. Rapatkan hubungan dengan mereka. Jadikan peluang ini sebagai satu rahmat kepada kita untuk bersama mereka.

Percayalah, jika kita GAGAL mematuhi peraturan yang pihak kerajaan cadangkan, kes ini akan terus meningkat. Dan pada waktu itu, seluruh Malaysia mungkin akan kena TOTAL LOCKDOWN. Waktu itu, kita akan mengalami kesukaran yang lebih.

Bersusah susahlah sedikit hari ini, demi kesenangan di kemudian hari. Jika kita bersikap sambil lewa, isu ini tidak akan berkesudahan.

Yakinlah dengan janji Allah dalam Surah Al Insyirah yang maksudnya, "Setiap kesulitan akan diselangi dengan kesenangan....."

******

Benarlah dan sudah terbukti hari ini kebenarannya, di mana baginda Rasulullah SAW bersabda bahawa nanti di akhir zaman hampir kiamat banyak terbina bangunan masjid cantik-cantik tetapi tidak ada orang solat di dalamnya.

Apa yang kita dah buat pada Allah SWT nie sehingga Dia murka sebegini?

Di mana Ar-RahimNya...??

Yang nak disampaikanNya adalah masjid haqiqi kita itu yang sebenarnya. RumahNya kosong tidak bertuan. Pandanglah dengan mata hati, bukannya dengan mata zahir.

Kesilapan terbesar dari segi istilah dan hakikat. Apabila ramai yang menganggap masjid itu adalah sebagai rumah Allah.

Begitulah juga dengan Perintah Kawalan Pergerakan tu cuma asbab.

Sungguhlah benar Firman Allah SWT,

(Tetapi kebanyakkan kamu tidak melakukan yang demikian), bahkan kamu utamakan kehidupan dunia;
(Al-A'laa 87:16)

Padahal kehidupan akhirat lebih baik dan lebih kekal.
(Al-A'laa 87:17)

Sebenarnya, Allah nak suruh kita berehat, berhenti mengejar dunia. Duduk rumah, tengok muka anak-anak, tengok muka isteri/suami, tenangkan hati, solat elok-elok, mengaji, buka Quran yang dah lama tersimpan sepi. Lupakan muka bos, klien; kawan-kawan sekejap.

Allah nak kita berhenti berfikir hal duniawi sekejap. Kalau dulu solat pun terkejar², sekarang boleh solat dgn tenang. Kalau dulu banyak benda nak fikir, sekarang boleh skip 2-3 perkara.

Allah nak kita sedar, dah lama kita lupakan Dia. Dia nak kita kembali pada-Nya. Allah nak kita lihat, walau Dia dah murka dengan sikap hamba-Nya, tapi dia masih bagi ruang ; peluang untuk kita berfikir. Allah bagi kita masa.

Dengan Allah pun kita layan Dia sebagai pekerja dan bukannya hamba. Bila sebagai pekerja nie perlukan upah setimpal. Tak der upah takderlah. Kalau sebagai hamba itulah kerana Lillahi Taala semata-mata. Jangan sampai ada kerna dengan satu kerna.

Allah nak kita tahu bahawa dia tak suka percampuran lelaki perempuan yang bukan mahram, biasanya dalam perhimpunan beramai. Paling ketara masa majlis kenduri, lelaki perempuan bercampur tak ingat halal haram, bertepuk tampar, berpeluk jumpa kawan, gossip sebab dah lama tak jumpa. Jadi kenduri yg niat asalnya baik pun kena batal dah sekarang ni.

Allah larang bersentuhan lelaki perempuan bukan mahram, kita buat juga. Sekarang yang mahram pun tak boleh salam.

Allah suruh tutup aurat, kita buka juga. Sekarang semua kena tutup sampai kena pakai niqab (mask).

Allah dah kata, tiada kasta untuk datang ke rumah-Nya, tapi nampaknya yang kaya selalu dapat pergi, yang miskin hanya mimpi. Sekarang semua tak dapat pergi, kaya atau miskin.

Allah dah turunkan banyak makanan kat dunia ni untuk kita, tapi tak semua halal dimakan. Kita makan juga yang tak halal atas alasan mencari kelainan. Binatang juga yang tak pernah langgar aturan Allah, kalau herbivor, herbivorlah, begitu juga karnivor; omnivor, tak kira berapa usia dunia ni.

Kepada yang marah masjid ditutup tu, fikir balik, masa masjid dibuka, berapa kali kalian pergi masjid? Rasanya orang yang rajin pergi masjid pun tak marah sangat.

Kepada yang kena cuti tak berbayar tu, Allah nak kita tahu bahawa Allah boleh tarik rezeki kita bila² Dia nak, tak kira kita pekerja kesayangan bos, kita paling hebat, kita pandai buat sale, kita ada kabel kuat, kita pandai itu ini. Tak kira dah semua tu. Dia nak kita ingat, rezeki itu dari Allah.

Kepada yang panik tu, Allah nak kita sedar, itulah perasaannya bila kita tak sempat sediakan bekalan diri sebelum nyawa diambil Sang Pencipta. Panik ini sekadar menguji sejauh mana kita mengagungkan kebesaran Allah. Allahu Akbar. Sekarang yang besar mana satu Allah ka atau Covid-19? Yang kita duk angkat tangan takbiratul ihram tu buat per kalau tak jelas bab ini.

Kepada yang masih degil, tak tahu la nak cakap apa. Betul, segalanya di tangan Allah. Kalau nak mati, tak perlu tunggu Covid-19. Pemikiran ni sama la mcm org anti vaksin tu. Tak tahu apa anti vaksin? Pergi cari pakcik Google, dia tahu. Janganlah kita jadi asbab tersebarnya virus ini.

Masih ada yg tak sedar. Panik beli stok duniawi sampai tak ingat orang belakang. Takut tak cukup bekalan makanan. Fikir diri sendiri, tak ingat orang lain. Dalam keadaan ni, masih tiada kesedaran buat diri & orang lain. Lupa kot, kat mall tu ramai orang, mana tahu lebih banyak virus tersebar. Risau yang dibawa balik bukan hanya stok makanan, tapi ada virus ikut bersama. Ingatlah kat keluarga kat rumah.

Ketahuilah, ini peringatan Allah buat kita. Renung-renung kita bersama.

Selawat dan Salam ke atas Rasulullah saw.

Semoga bermanfaat untuk semua.

#shareuntukbaikihati

******

Perintah Kawalan Pergerakan tu cuma asbab.

Sebenarnya, Allah nak suruh kita berehat, berhenti mengejar dunia. Duduk rumah, tgk muka anak2, tgk muka isteri/suami, tenangkan hati, solat elok2, mengaji, buka Quran yg dah lama tersimpan sepi. Lupakan muka bos, klien ;kawan2 sekejap.

Allah nak kita berhenti berfikir hal duniawi sekejap. Kalau dulu solat pun terkejar², skrg boleh solat dgn tenang. Kalau dulu byk benda nak fikir, skrg boleh skip 2-3 perkara.

Allah nak kita sedar, dah lama kita lupakan Dia. Dia nak kita kembali pada-Nya.

Allah nak kita lihat, walau Dia dah murka dgn sikap hamba-Nya, tapi dia masih bagi ruang & peluang utk kita berfikir. Allah bagi kita masa.

Allah nak kita tahu bahawa dia tak suka percampuran lelaki perempuan yg bukan mahram, biasanya dlm perhimpunan beramai. Paling ketara masa majlis kenduri, lelaki perempuan bercampur tak ingat halal haram, bertepuk tampar, berpeluk jumpa kawan, gosip sbb dah lama tak jumpa. Jadi kenduri yg niat asalnya baik pun kena batal dah skrg ni.

Allah larang bersentuhan lelaki perempuan bukan mahram, kita buat juga. Skrg yg mahram pun tak boleh salam.

Allah suruh tutup aurat, kita buka juga. Skrg semua kena tutup sampai kena pakai niqab (mask).

Allah dah kata, tiada kasta utk dtg ke rumah-Nya, tapi nampaknya yg kaya selalu dpt pergi, yg miskin hanya mimpi. Skrg semua tak dpt pergi, kaya atau miskin.

Allah dah turunkan byk makanan kat dunia ni utk kita, tapi tak semua halal dimakan. Kita makan juga yg tak halal atas alasan mencari kelainan. Binatang juga yg tak pernah langgar aturan Allah, kalau herbivor, herbivorlah, begitu juga karnivor & omnivor, tak kira berapa usia dunia ni.

Kpd yg marah masjid ditutup tu, fikir balik, masa masjid dibuka, berapa kali kalian pergi masjid? Rasanya org yg rajin pergi masjid pun tak marah sgt.

Kpd yg kena cuti tak berbayar tu, Allah nak kita tahu bahawa Allah boleh tarik rezeki kita bila² Dia nak, tak kira kita pekerja kesayangan bos, kita paling hebat, kita pandai buat sale, kita ada kabel kuat, kita pandai itu ini. Tak kira dah semua tu. Dia nak kita ingat, rezeki itu dari Allah.

Kpd yg panik tu, Allah nak kita sedar, itulah perasaannya bila kita tak sempat sediakan bekalan diri sblm nyawa diambil Sang Pencipta.

Kpd yg masih degil, tak tahu la nak cakap apa. Betul, segalanya di tangan Allah. Kalau nak mati, tak perlu tunggu covid-19. Pemikiran ni sama la mcm org anti vaksin tu. Tak tahu apa anti vaksin? Pergi cari pakcik Google, dia tahu. Jgnlah kita jadi asbab tersebarnya virus ini.

Masih ada yg tak sedar. Panik beli stok duniawi sampai tak ingat org belakang. Takut tak cukup bekalan makanan. Fikir diri sendiri, tak ingat org lain. Dlm keadaan ni, masih tiada kesedaran buat diri & org lain. Lupa kot, kat mall tu ramai org, mana tahu lebih byk virus tersebar. Risau yg dibawa balik bukan hanya stok makanan, tapi ada virus ikut bersama. Ingatlah kat keluarga kat rumah.
Ketahuilah, ini peringatan Allah swt buat kita.

*****

Sebagai konklusi, pandemik COVID-19 merupakan mala petaka yg besar. Rajinlah kita renung dan fikir. Sejenis virus yg halus dan invinsible ini bisa menggugat dunia dan seisinya.

Akuilah betapa lemahnya manusia. Usah dabik dada lagi aku ini hebat, negara aku kuat, sistem pertahanan aku canggih. No firewall can stop COVID-19 now. Segala kederhakaan manusia kpd Penciptanya, pasti dibalas.

Allah Maha Kuasa. Kembali kpd aqidah yg benar, pulang ke pangkal jalan, hentikan sgala kemusnahan & kemudaratan alam dan makhluk sejagat.

Setiap kita punya peranan utk memikul bebanan amanah sebagai seorang Hamba Allah, bukan sekadar hamba makhluk.

Jazakallah. Wallahu'alam.

#PandemikTerulung

Thursday, December 19, 2019

ASB - Mitos Atau Realiti

Pengumuman Dividen ASB oleh PNB

Sehari dua ni orang ramai masih dok hangat bincang di kedai kopi dan di media sosial perihal ASB. Ada yang kutuk tahap gaban. Ada yang try untuk justifikasi. Ada yang rasa harapan tinggi hancur berkecai. Ada yang kesal ambik loan ASB. Macam2 ada. 

Dalam situasi ekonomi negara yg lembab dan merundum, dan situasi orang ramai atau rakyat marhain masih stress dan tertekan dgn kos hidup tinggi yang tak nampak harapan untuk menurun, maka pengumuman pulangan ASB yang terendah dalam sejarah ini tentulah mengundang pelbagai persepsi, pandangan, dan komen. It's understandable. 

Mari kita kaji beberapa komentar yang diterbitkan di media untuk memberi gambaran apa yang sedang berlaku sebenarnya.

*****

Nama saya termasuk didalam list yang diberi oleh PNB kpd reporter untuk memberi komen tentang pulangan ASB tahun 2019

Ini adalah diantara komen saya ;

1. Dividen sebanyak 5.5% adalah memang didalam jangkaan.

2. Antara fakta yang perlu diambil kira;

- Perbandingan simpanan pelabur berbanding instrument harga tetap lain spt kadar pulangan dibank.

- Perbandingan pulangan pelabur diASB berbanding dengan prestasi indeks FBM KLCI.

> maka kadar pulangan ASB adalah lebih baik.

3. Sentimen ekonomi dunia yang mencabar dan tidak menentu telah banyak mempengaruhi iklim pasaran saham tempatan.

4. Tadbir urus korporat dan pengurusan tertinggi PNB yang sangat profesional memainkan peranan penting didalam menentukan prestasi dana.

5. PNB perlu melihat kepada peluang melabur yang lebih luas dipasaran luar negara yang boleh membantu didalam memberi pulangan yang lebih tinggi dimasa hadapan.

6. Unjuran pasaran saham dan iklim ekonomi global dijangkakan akan lebih baik pada tahun 2020.

Nazarry Rosli,
Penasihat, Persatuan Penganalisa Teknikal Malaysia (MATA)

*****

ASB 5.5%

Nak komen sikit la sebagai ex-economist

1) perbincangan berkaitan perlunya turunkan dividend ASB dah lama berlaku

2) sebab realitinya 7% setahun bukanlah pulangan yang 'sustainable' untuk PNB

3) Kalau tengok secara long term, memang pulangan ASB semakin menurun dari tahun ke tahun

4) ini disebabkan oleh pulangan rate dalam MGS, serta dividend yield yang diberikan oleh syarikat memang umumnya mengalami penurunan

5) kadar yang 'sustainable' untuk ASB memang tidak boleh lari jauh daripada kadar unit trust fixed income yang berada di dalam market sekarang. Iaitu dalam lingkungan 4-6%

6) Jadi sebenarnya, ASB dan TH sedang kembali menuju balik kepada 'market return'

7) sekaligus bermaksud Bumiputra sudah tidak boleh lagi menjadi 'jahil financial' sehinggakan bila fikir berkaitan investment je, maka ASB dan TH je yang mereka tahu

8) di China, pelajar mereka diajar bagaimana cara melabur di dalam saham sejak tingkatan dua lagi (mengikut staff yang belajar di China)

9) kepada yang membuat ASB Financing, semoga dipermudahkan urusan

Sekian

Izzuddin Yussof

*****
Salah satu sebab agihan ASB rendah.

Macam kek 1 kg diagihkan kepada 10 orang. Setiap orang dapat 100 gram. Kalau kek berkurang jadi 900 gram diagihkan kepada 12 org, maka setiap orang akan mendapat 75 gram. Itulah analogi yg mudah.

Pengagihan pendapatan 2018: 9,837,446,035
Pengagihan pendapatan 2019: 9,000,000,000
Turun 8.5%

Pemegang unit ASB 2018: 9,664,241
Pemegang unit ASB 2019: 10,000,000
Naik 11%

Jumlah unit 2018: 155,791,878,113
Jumlah unit 2019: 167,200,000,000
Naik 7%
* unit juga bertambah reinvestment 

Kalau jumlah unit tidak bertambah (155 billion)dengan pendapatan 9 billion, rasanya masih mampu mengekalkan pada kadar 6 sen seunit - 6.3 sen seunit (including bonus); berbanding 2018 (7 sen - 6.5 sen + 0.5 sen bonus)

Apabila base bertambah, income tak bertambah; maka agihan akan menjadi rendah. macam kek 1 kg diagihkan kepada 10 orang. setiap orang dapat 100 gram. kalau kek berkurang jadi 900 gram diagihkan kepada 12 org, maka setiap orang akan mendapat 75 gram. itulah analogi yg mudah.

pendapatan rendah sebab pasaran ekuiti malaysia lembab berbanding pasaran global. 

Tahun 2020, antara cadangan yang boleh dibuat:
1. Tutup kuota ASB1 (mcm tutup kuota ASB2), stop taking new unit; ASB atau PNB berada dalam situasi big fish in a small pond. ASB terlalu besar untuk pasaran bursa yg terlalu kecil;

atau

2. Tambahkan portfolio global (sekarang concentration banyak kepada bursa). tapi adakah ini akan align dengan tujuan amanah saham bumiputra meningkatkan ekuiti bumiputra dalam pasaran. something to ponder

3. Improvement sentiment pasaran; nak kata sebab global, pasaran lain dah improve banyak. menteri jgn sibuk cari salah orang. sekarang it is time to show your capability that you are better than the previous. 

4. Perbanyakan lagi IPO, attract global player to list in bursa. jgn attract rubbish companies mcm china listed entity yang lepas, kalau boleh attract china listed company setaraf dgn alibaba tu kira ok lah. perbesarkan market capitalization sekarang dlm 1.6 trillion; jadikan 3 trillion. 

5. PNB kena divest saham2 yg tak berkualiti. increase equity dlm saham yg lebih berkualiti.

6. Pendapatan ASB bergantung kepada 3:
a. Realized Gain
b. Dividend income
c. FD instrument
Pendapatan dividend adalah yang terbesar. Tht would mean, earning corporate season for bursa secara purata tak memberansangkan. ekonomi lembab, maka pendapatan korporat pun lembab. 

7. Adakah ekuiti bumiputra perlu ditingkatkan melalui leverage? backdoor leverage utk PNB. ataupun dengan pengumuman rendah ini, maka ASBF akan menjadi kurang menarik, orng terminate, low new subscriber. base unit and unit holder akan menurun. income distribution will normalize? long term wise ASBF will affect ASB.

Zayed Zulfikli

*****

Sama-sama kita baca dan hadamkan. Buatlah konklusi sendiri. Adakah ini satu mitos atau realiti? Adakah ini satu fakta atau auta? Apakah ini satu program realiti atau sekadar fantasi?

Yang pasti, ekonomi tempatan di tahap yang rendah. Bersesuaian juga keadaan ekonomi global yang juga kurang memberangsangkan. Begitu juga kadar matawang kita yang juga pada tahap yang rendah, berbanding negara2 jiran seperti Thailand & Singapura misalnya.

ASB pada sejarahnya selalu menggembirakan pelaburnya dgn pulangan tahunan yang agak tinggi saban tahun 7-10%. Menjadi kejutan juga bila mendapat berita pulangan tahun ini sekadar 5.5%. 

Apa pun bersyukurlah. Ia masih bagus berbanding dgn banyak instrumen pelaburan yang lain termasuklah fixed deposit. 

#DiversifyYourInvestment

Thursday, December 05, 2019

AKU PUN MELAYU



Tanah Melayu ini dulunya dimiliki oleh orang melayu. Maka tidak pelik bila ia dikenali sebagai Tanah Melayu.

Melayu ini satu kelompok bangsa yang hebat. Pada kemuncaknya bangsa melayu menguasai jaluran kerajaan di nusantara ini. Kerajaan melayu melaka misalnya. Kerajaan melayu champa contohnya.

Melayu juga jaguh dalam meneroka dan mengembara ke serata dunia.

Sehinggalah kerajaan melayu ini dipecah2kan melalui sempadan2 pelbagai negara di jaluran melayu nusantara ini. Tanah Melayu tercinta ini juga kini dipanggil Malaysia.

Penduduknya sudah menjadi masyarakat majmuk. Melayu kini sekadar 60% drp keseluruhan penduduk Malaysia ini.

Aku pun orang melayu. Banyak yang diperkatakan. Ada yang kata melayu sudah menjadi penumpang di tanah ini, bila banyak sektor telah dikuasai kelompok daripada bangsa lain.

Apakah yg terjadi sebenarnya? Adakah ia tragedi bangsa yang dimusnah atau ideologi pemikiran yg punah? Atau sekadar propaganda murahan yg dipahat pada minda orang melayu?

Saya kongsikan sebuah artikel sejarah dan luahan pandangan perihal tragedi pemikiran melayu  oleh seorang tokoh melayu yg unggul iaitu prof ungku aziz.

*****

Tragedi pemikiran Melayu


Oleh PROFESOR DIRAJA UNGKU AZIZ


KALAU ditanya tentang minda orang Melayu kepada saya, saya rasa Melayu tidak sanggup berubah. Perspektif mereka terhad, tidak suka menyiasat dan mereka tidak mahu berfikir dengan mendalam.

Kalau kita tengok orang Melayu dalam cerita hikayat, Hikayat Raja-Raja Pasai misalnya, ia cukup menarik. Kita dapat menggambarkan bagaimana ekonominya dan strategi orang Melayu memerintah untuk berdepan dengan Majapahit.

Berdasarkan hikayat itu dan tradisi pantun Melayu, kita dapati orang Melayu ini mempunyai minda yang canggih. Tetapi yang jadi tragedi ialah orang Melayu tidak nampak ini semua kerana tiga pengaruh besar.

Pertama, dalam tahun 1920-an dan 1930-an, pihak penjajah British menolak apa yang datang daripada Melayu, termasuk pantun, sebagai folk art, menjadikan apa yang dihasilkan oleh Melayu sebagai second class.

Ketika itu, Melayu yang berharap untuk naik pangkat dan dapat kerja dengan kerajaan penjajah terpaksa ikut teori penjajah Inggeris. Ini semua membawa orang Melayu kepada perspektif jati diri yang salah.

Itu pengaruh penjajah.

Pada zaman ini, saya melihat sungguhpun banyak pemimpin Melayu bercakap tentang sains dan teknologi, orang Melayu pada umumnya tidak dapat menangkap pandangan itu.

Di Eropah, sejak zaman renaissance, mereka telah mempelajari kemajuan sains dengan pendekatan yang berbeza dengan Islam. Mereka sentiasa bertanya.

Malangnya, di Malaysia, dari bangku sekolah kita tidak galakkan budak-budak bertanya. Sampailah mereka di universiti, kita tidak galakkan mereka bertanya: Kenapa?

Di negara kita, pelajar tidak berani bertanya dan guru-guru pula tidak tahu menjawab. Budaya ini menunjukkan tidak wujudnya inquiry mind dalam masyarakat Melayu. Kita tidak ada sikap saintifik.

Sikap negatif inilah yang menyebabkan berleluasanya cerita orang kena tipu dengan bomoh. Yang saya hairan, graduan-graduan universiti pun kena tipu dengan bomoh.

Kalau pada kurun ke-18, terutama di England, orang selalu bertanya: Kalau betul ada hantu, mana hantu? Kita hendak pergi ke tempat hantu, kita nak pergi tengok hantu untuk lihat apa manifestasi hantu.

Pendekatan berani bertanya ini adalah sikap masyarakat dan tamadun yang berasaskan sains. Malangnya, kita tidak sedia dan berani bertanya, yang akhirnya menyebabkan kita tidak berani menghadapi cabaran.

Pemikiran Melayu ini sebahagiannya adalah sisa-sisa pengaruh penjajahan British. Ini bukan rahsia lagi.

Kita boleh membaca dokumen-dokumen itu di London. Menurut para pegawai Inggeris, orang Melayu ini kalau diberi terlalu banyak pendidikan dan kalau diajar ilmu sains, kelak mereka akan jadi seperti orang India di India. Mereka akan berdemonstrasi dan hendakkan kebebasan.

Jadi ajarlah dia cerita Pak Pandir sahaja, itu sikit, ini sikit. Orang Melayu tidak suka sains, dia suka agama, jadi ajarlah tentang agama. Dia suka dengan raja dia, ajar Melayu buat bakul.

Akibat dasar itu, tidak ada trouble makers. Trouble makers Melayu hanya timbul selepas Perang Dunia Kedua setelah kemasukan Jepun.

Telah ada banyak buku yang membincangkan tentang subjek bagaimana British berjaya mengamalkan dasar yang mengongkong minda Melayu.

Itu semasa penjajahan. Selepas kita merdeka, minda orang Melayu masih terkongkong kerana semua orang Melayu kemudiannya gila hendak kuasa dan hendak jadi kaya.

Ini adalah teori saya mengapa minda Melayu tidak berubah. Saya bertanggungjawab tentang pandangan ini.

Selepas merdeka, sesetengah orang Melayu yang ada kuasa, dia rasa dia boleh memerintah Malaysia sama bagus macam penjajah British.

Minda Melayu ini sentiasa ada sesuatu yang membendung dan mempengaruhi – daripada kesan-kesan kolonialisasi pada tahun-tahun 1930-an, pengaruh Indonesia yang tidak sesuai di sini pada tahun 1940-an dan 1950-an, kesan media massa, dan kemudiannya budaya wang dalam masyarakat Melayu pada dekad-dekad terakhir ini.

Sekarang ini semua orang Melayu hendak kaya.

Sebagai seorang pendidik universiti, saya percaya (tetapi saya tidak ada buktinya) kalau orang mendapat pendidikan, mereka akan lebih bebas dan berubah.

Contohnya pada akhir tahun 1970-an. Ketika Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad menjadi Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Malaysia ketika itu dapat menarik banyak modal asing untuk membuka kilang mikrocip.

Kita dapat mewujudkan peluang pekerjaan kepada beratus-ratus ribu orang terutamanya untuk wanita.

Wanita Melayu yang bekerja kilang ketika itu akhbar-akhbar gelar mereka ini sebagai minah karan. Orang Melayu hina wanita Melayu yang bekerja kilang.

Kenapa budak-budak perempuan Melayu ini mahu tinggalkan rumah di Kelantan, tinggalkan kampung di Johor untuk pergi bekerja kilang di Pulau Pinang, Selangor dan Melaka?

Mereka sanggup kerana mereka telah belajar sampai ke peringkat sekolah menengah. Jadi program kerajaan membuka sekolah-sekolah menengah pada tahun 1960-an dan 1970-an, walaupun tidak ada rancangan khusus, ia telah membebaskan pemikiran budak-budak perempuan Melayu.

Waktu itu terdapat beribu-ribu remaja wanita Melayu pergi bekerja di kilang-kilang. Dalam penyelidikan saya pada tahun 1970-an, dalam soal selidik saya bertanya mereka, bila hendak kahwin?

Di kampung, dulunya mereka ini berumah tangga pada usia muda. Umur 18 dan 19 tahun sudah kahwin atau dikahwinkan, tetapi akhirnya bercerai juga.

Oleh kerana pendidikan dan faktor pendedahan kepada karier baru, wanita Melayu itu sudah ada idea tidak mahu kahwin cepat-cepat. Mereka hendak bekerja terlebih dahulu dan menyimpan duit.

Kita tanya lagi, kalau sudah kahwin hendak anak cepat atau lambat? Mereka kata lambat. Mereka hendak tangguh dapat anak sebab mereka hendak enjoy hidup berkahwin dan mewujudkan rumah tangga yang lengkap terlebih dahulu. Kata mereka, kalau dapat anak susahlah.

Dalam sekelip mata, wanita Melayu berubah sikap. Ini semua tidak diprogramkan oleh kerajaan. Ia jadi begitu sahaja.

Tetapi masyarakat Melayu tidak faham keuntungan perubahan minda wanita ini terutama di kalangan kumpulan berfikiran konservatif.

Hari ini di Malaysia, trend semasa ialah wanita menguasai 65 peratus tempat belajar di universiti-universiti. Dalam sektor kerajaan, banyak wanita yang memegang jawatan tinggi.

Trend ini pasti mengubah masyarakat Melayu secara pesat, sebagaimana ia mengubah pemikiran wanita Melayu pada tahun 1970-an.

Ini semua adalah hasil daripada perubahan sikap yang tidak dirancang tapi terjadi.

Perubahan minda itu berlaku secara tidak sengaja. Kadang-kadang kalau nasib kita baik, hasil perubahan yang tidak dirancang itu juga progresif seperti dalam kes perubahan minda wanita Melayu.

Bagaimanapun, kadang-kadang perubahan yang dirancang tidak terjadi kerana orang yang hendak melaksanakannya pun tidak jujur selain terdapat pengaruh lain yang menghalang seperti pengaruh politik tempatan, politik antarabangsa, Indonesia, peranan orang agama yang menimbulkan nilai-nilai sama ada seseorang dapat pergi syurga atau tidak.

Minda Melayu tidak dapat memikul ini semua. Kerana ada sesuatu dalam budaya mereka yang masih tidak diubah, mereka sanggup duduk di kedai kopi main dam. Contohnya orang lelaki di Kelantan dan Terengganu. Kalau mereka tidak main dam, mereka akan bincang untuk gasak kerajaan. Semua salah, dia sahaja yang betul.

Titik perubahan kepada minda Melayu ialah tragedi 13 Mei 1969, tetapi peristiwa tersebut dan dasar-dasar ekonomi, pendidikan dan politik selepas itu tidak sepenuhnya menukar sikap orang Melayu.

Ada beberapa faktor lain yang menghalang iaitu pengaruh Barat, peranan media massa, politik serta agama.

Kita memang berubah sedikit dari segi lahiriah tetapi saya tidak fikir orang Melayu kini berada pada kedudukan yang lebih baik.

Kita sudah terjangkit apa yang bekas Perdana Menteri British, Margaret Thatcher hendak dulu, dan fahaman ini cukup besar sama ada di kalangan pemimpin Melayu dalam UMNO mahupun Pas, dan juga di kalangan para pegawai kerajaan.

Kita hendak menjadi apa yang Thatcher kata a nation of shopkeepers. Kita tidak mahu kata shopkeepers, kita gunakan istilah usahawan.

Orang berfikir kalau sebahagian besar orang Melayu jadi usahawan, maka ekonomi orang Melayu akan naik. Ini saya rasa salah. Pendekatan untuk membangunkan orang Melayu dengan wang ringgit dan kebendaan ini tidak betul. Tesisnya silap.

Tetapi itulah minda Melayu sekarang.

Akhirnya saya lihat orang Melayu kini sudah kurang komitmen terhadap bangsanya sendiri. Sudah tidak ada kesedaran bahawa aku orang Melayu, aku mesti berkhidmat kepada orang Melayu, untuk membangunkan orang Melayu.


Nota: PROFESOR Diraja Ungku Aziz adalah bekas Naib Canselor Universiti Malaya.

******

Malaysia Baru hari ini pula di lihat meminggirkan bangsa melayu. Mengapa? Mungkin banyak isu2, kenyataan2 atau kes2 yg mengundang controversi atau persepsi sebegitu di mata umum. Wallahu'alam.

Namun harapan masih ada. Minda yg dijajah mungkin payah untuk dipulih. Namun harapan masih ada. Mungkin bukan dlm bentuk pakatan harapan. Mungkin berbentuk semangat tanjung harapan, yg memberi sinar ke seluruh benua yg gelap.

Aku pun melayu. Aku ingin lihat melayu yg hebat. Aku mahu tonjol di media utama biodata susuk tubuh karektor melayu yg unggul. Banyak org melayu di serata dunia, terkenal sebagai profesyenal, personaliti, atau usahawan berjaya. Wajar kita tonjolkan agar menjadi inspirasi dan motivasi anak bangsa. Melayu bisa gah semula. Kerana aku pun melayu.

Jalur pemikiran yg tersesat mestilah diperbetulkan. Destinasi yg salah mesti diubah. Sikap untuk maju di dunia, lebih2 lagi di akhirat mesti di bentuk, dipahat dan dipasak. Biar kukuh.


#AkuPunMelayu

Friday, November 29, 2019

PANDUAN SOLAT JENAZAH


Cara Ringkas Solat Jenazah :



1. Angkat Takbir "Allahu Akbar"  & Niat dalam hati :


  • Sahaja aku solat jenazah terhadap mayat ini, 4 takbir, fardhu kifayah kerana Allah Ta’ala.
  • Jadi makmum? tambah "sebagai makmum kerana Allah Taala"
  • Baca Alfatihah hingga akhir



2. Angkat Takbir Kedua "Allahu Akbar"


  • Baca : Allahumma solli a'la Muhammad wa a'la ali Muhammad
  • Pendek pun takpa, paling elok selawat ibrahimiah macam dalam tahiyyat akhir



3. Angkat Takbir Ketiga "Allahu Akbar"


  • Baca doa (pendek pun takpa, panjang lagi bagus) contoh dibawah ni :
  • Allahummargh firlahu warhamhu (untuk mayat lelaki)
  • Allahummargh firlaha warhamha (untuk mayat perempuan)
  • Untuk mayat kanak-kanak yang belum baligh, tidak dibacakan doa ini kerana mereka masih tidak dikira dosa pahala oleh malaikat. ada doa lain di link bawa (al azkar)



4. Angkat Takbir Ke Empat "Allahu Akbar"


  • "Assalamualaikum warahmatullah " Beri Salam kanan n kiri
  • Selesai



Jika jadi makmum, ikutlah di belakang imam, berdiri rapat rapat. dan ikutlah jugalah rukun di atas. Cukup rukun makalah sah lah solat tersebut. Semoga ia jadi penghormatan terbaik buat jenazah..




Kredit : zamri



#CnPEnterprise

#ShareIlmuBermanfaat






@@@

Sunday, November 24, 2019

UJIAN HARTA & PANGKAT



UJIAN

Orang yg di beri Allah sedikit kemewahan harta, kekadang tu bisa merobah karektor asal. Kalau dulu humble, mudah senyum dan bertegur sapa. 

Kini agak sombong, agak liat senyumnya, agak payah memberi salam atau bertegur sapa memula bicara. Itu lah ujian sebenarnya. Ramai yg kecundang.

Bila berjaya beli kereta baru yg agak mewah contohnya, terus batang hidung menegak ke langit. MPV second hand je kot. Terasa diri sungguh tinggi dlm kasta masyarakat. 

Perasaan terlajak laris, bangga dan teruja. Aku sudah hijrah ke kelompok elit. Yahooo. No more g40. No more ppr. Kesian dia sebenarnya. Hanyut dia dlm banjir kilat.

Begitu juga bila Allah kurnia sedikit pangkat atau jawatan. Tak kira lah sebagai nazir atau ajk masjid. Sebagai ketua cawangan atau exco pemuda. Sebagai wakil rakyat atau baluci parti.

Lagaknya mula berubah. Nada suara bila bercakap pun jadi tinggi. Bergaul pun dgn geng2 dia sahaja. Bertegur sapa dan bergelak ketawa sesama dia sahaja. 

Orang lain kira pandang sebelah spek, atau pandang enteng. Itu ujian, sebenarnya. Dan ramai yg gagal, fail, langgar tembok, masuk gaung.

Kalau dulu berkawan agak baik, time takde harta takde pangkat. Kira teman rapat la jugak, boleh bertepuk bertampar, biasa berbalas2 WA hingga senja.

Kini renggang, retak menunggu belah, telur di hujung tanduk, malah jadi seolah org asing, pendatang tanpa izin. Begitulah tipu daya dunia. Ramai yg terperangkap oleh pribahasa dan perumpamaan. Ada sotong di sebalik pesembor. Whatever. Mintak pujian. Carik habuan.

Hanya segelintir yg kukuh aqidah, waja jiwa, tinggi akhlaq dan ada ilmu bermanfaat dlm dada yg berjaya mengharungi segala ujian dunia ini. 

Kepada kelompok ini aku salute. Anda hebat. Aku respect. Aku tabik spring. 

Takyah mintak org respek kau bro. Kerana respect must be earned. My ten cent for tonite.

#RespectToBeEarned

Wednesday, October 30, 2019

RUKUN SOLAT


ULANGKAJI ~ SEMPURNAKAH SOLAT KITA?

Dalam 13 rukun solat itu terdapat 3 rukun khusus..

😎Ramai yang SOLAT tetapi ramai juga yang solat ikut-ikutan dan tidak berapa faham cara solat yang sebenar yang boleh menjejaskan sah solat kita

😎Rukun solat ada 13

1.   Niat
2.   Berdiri dengan betul
3.   Takbiratul ihram
4.   Membaca Al Fatihah
5.   Rukuk
6.   I’tidal
7.   Sujud
8.   Duduk antara 2 sujud
9.   Bacaan tahiyat akhir
10. Duduk tahiyat akhir
11. Selawat dalam tahiyat akhir
12. Salam
13. Tertib

😎Dalam 13 rukun itu dipecahkan kepada 3 bahagian

I. Rukun Qalbi ~iaitu rukun ke atas pekerjaan hati
2. Rukun Fi’il ~iaitu rukun ke atas perbuatan atau gerak kerja
3. Rukun Qauli ~iaitu rukun ke atas ucapan atau kata-kata di mulut.

😎Majoritinya ramai dari kita faham dan lulus 2 rukun pertama iaitu Rukun Qalbi dan Rukun Fi’il dan ramai yang melanggar Rukun Qauli terutamanya ke atas mereka yang menjadi makmum dalam solat.

Kesalahan Rukun Qauli Yang Selalu Di Langgar Dalam Solat?

😎Ramai dari kita tidak kira samada ketika bersolat sendirian mahupun ketika berjemaah kita selalu membaca bacaan-bacaan solat di dalam hati. 
Kita ingat dengan bersolat begitu kita rasa kita sah tapi kita khuatir ianya tidak sah.

😎Ada juga yang seperti membaca di bibir tetapi rupa-rupanya hanya bunyi angin yang keluar dari mulut yang tidak mengeluarkan bunyi bacaan (Hanya bunyi angin sahaja).

5 Rukun Qauli yang selalu kita langgar di dalam solat..

1. Tidak takbir ‘Allahu Akbar’ dengan menyebut atau melafaz jelas di bibir

2. Tidak membaca Al Fatihah secara lafaz

3. Tidak membaca Tahiyat Akhir secara lafaz

4. Tidak membaca selawat secara lafaz di rakaat terakhir

5. Tidak memberikan salam ‘Assalamualaikum Warahmatullah’ dengan secara lafaz

Apa Maksud “Menyebut Dan Melafaz” ?

😎Dalam Rukun Qauli kita perlu menyebut atau melafaz bacaan yang perlu kita sebut dan lafazkan sehingga terdengar pada telinga kita sendiri. 
Cukup sekadar untuk telinga kita sendiri dan tidak wajib ke atas semua bacaan solat tetapi pada 5 tempat

1. Semasa Takbiratul Ihram

2. Semasa membaca Al Fatihah

3. Semasa Tahiyat Akhir

4. Semasa membaca selawat pada rakaat terakhir

5. Semasa lafaz salam

😎Oleh itu, perbaiki segera 5 Rukun Qauli ini untuk menjadikan solat kita sah dan sempurna 

😎Jika solat yang selama ini kita lakukan tidak sempurna atau tidak sah,  perlulah kita segera:

1) Taubat mohon keampunan dari Allah dan jangan di ulagi lagi kesalahan yang sama

2) Tuntut ilmu, belajar, ulangkaji, jangan melenting apabila di tegur, perbaiki diri dan kesilapan lalu..

Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Pengampun

Carilah ilmu yang sebenar dan beramal dengannya agar tidak rugi di dunia apatah lagi di  akhirat nanti.

😎Sebarkan kebaikan
Kongsikan kebahagiaan bersama dari Dunia hingga Akhirat.

#CnPEnterprise
#SebarIlmuBermanfaat

Monday, October 14, 2019

TALBIYAH DAN MAKSUDNYA



Pabila Di Hayati Kalimah Tarbiyah Yang Mulia
Maka Terdetik Faham Yang Mengundang Cinta
Pada Tuhan Yang Maha Mencipta Segala
Terserlah Pilu Di Jiwa Yang Mengalirkan Airmata
Kembali Hamba Yang Kaya Manjadi Hamba
Kembali Hamba yang Miskin Menjadi Hamba
Menghambakan Diri Serta Jiwa Raga Pada Yang Esa.

--

Saturday, February 09, 2019

Kerja Dakwah


Buku Apa Khabar Iman merungkai kerja dakwah amnya
 dan jemaah tabligh khasnya, dapatkan naskah anda hari ini.


Sesungguhnya kerja dakwah ini adalah kerja kita semua setiap individu yang mengaku beriman. Masyarakat dahagakan ilmu dan dakwah bagi merobek kepunahan dan kekosongan jiwa di pancaroba akhir zaman. Hidup yang sebentar ini wajar di isi dengan bekalan yang kekal menuju akhirat, bukan disibukkan dengan mengejar dunia yang pasti ditinggalkan.


@@@@@


“Kejayaan itu adalah melalui iman yang sahih dan amal yang soleh,” begitulah antara isi penting bayan Firdaus di Masjid malam tadi. “Tanpa iman, ilmu tidak yakin untuk diamal. Kenapa ilmu tidak dapat diamal kerana yakin kita kurang. Orang yang tidak ada iman dan yakin akan buat benda yang Allah larang.”

Rasulullah SAW dan para Sahabat bersusah hal agama. Kena ada pengorbanan dalam perkara agama. Sebab itu yang Allah mahukan. Kalau Allah berhajat memberi kemudahan kepada Rasulullah SAW dalam perjuangannya sudah tentu Allah boleh memberikannya, tetapi Allah mahukan Rasulullah SAW dan para Sahabat bersusah hal agama. Jadi, begitulah kita sebagai umat Rasulullah SAW kenalah sanggup bersusah perihal agama ini. Usaha dakwah ini menjadi tanggungjawab setiap Muslim hinggalah ke hari kiamat. 

@@@@@

Ibarat menendang bola ke dinding di mana bola itu akan setia melantun balik kepada penendangnya. Kita menyampaikan ilmu dan peringatan menyeru kepada kebaikan kepada saudara se-Islam yang lain, dan secara naturalnya segala isi penyampaian dan peringatan itu menusuk masuk ke jiwa penyampai itu sendiri. Maka lahirlah jiwa-jiwa besar semuda saudara Firdaus ini.

@@@@@

Bak kata Brother Husaini pada salah satu gasht, “Kami ini baru belajar-belajar nak ikut sunnah Rasulullah SAW, ziarah saudara seagama kami, ingat mengingatkan tentang hidup dunia yang sementara dan hidup akhirat yang kekal abadi. Kita kena usaha tingkatkan iman dan amal agar kehidupan dunia ini boleh membawa keuntungan kepada kita untuk dibawa ke alam barzakh dan alam akhirat nanti.

“Sesungguhnya kita bersaudara dengan kalimah toyyibah. Kita bersaudara, ibarat cubit paha kiri paha kanan pun terasa sakitnya. Marilah saudaraku kita sama-sama meningkatkan iman dan amal kita. Sesungguhnya semuanya Allah punya. Kita buang pergantungan kepada makhluk dan masukkan pergantungan hanya pada Allah. Kita beriman kepada Allah dan beramal mengikut cara Rasulullah SAW. Rasulullah SAW solat fardu berjemaah maka marilah kita solat fardu berjemaah di tempat azan diazankan, insya-Allah.”

@@@@@

“Seorang fakir yang tiada naungan dari terik mentari, tiada makanan untuk dijamah, atau pakaian untuk dipakai jika berada di landasan hidayah Allah, adalah lebih berjaya di sisi Allah berbanding dengan seorang yang mewah segala tapi terkeluar daripada landasan hidayah Allah,” itulah antara penerangan yang disampaikan oleh penceramah yang berbahasa Urdu dan di terjemah secara langsung oleh Ustaz Ab Halim (Imam Masjid Sri Petaling) ke bahasa Melayu. Orang yang punyai segala tapi tiada hidayah Allah maka dia tetap gagal.

@@@@@

Syaitan pula berfungsi sebagai penghias. Dia tiada upaya untuk menyesatkan manusia. Hanya Allah yang menyesatkan siapa yang Dia kehendaki. Sehina-hina amalan dan sejijik-jijik perbuatan menjadi kerja syaitan sebagai penghias bagi nampak cantik dan elok. Maka kita minta perlindungan yang sebenar-benarnya daripada Allah daripada tipu daya syaitan itu. Manusia yang ingin buat taat Allah akan sentiasa tanpa putus asa ditarik ke belakang oleh syaitan. Menghalangnya daripada terus maju ke depan pada jalan Allah. Syaitan adalah juruhias yang hebat.

@@@@@

Saudara Kahar ahli jemaah halaqah Bukit Sentosa, pada hari terakhir Ijtimak itu nampak sangat risau kerana anaknya Muzamil yang berusia 12 tahun itu masih tidak muncul setelah berjalan-jalan di kawasan gerai yang berderetan di luar sana selepas bayan Subuh tadi. Sudah beberapa jam anaknya itu tidak dapat dikesan. Saya cuba menenangkannya dengan berkata mungkin dia keluar dengan pak cik di sebelah, namun Kahar berkata bahawa pak cik itu sudah pulang pagi tadi. Setelah beberapa lama mata kami semua melilau kalau-kalau ternampak si Muzamil yang berbaju biru itu sekitar khitta 1, 2 dan 3 itu, namun masih tiada bayangannya. Kerisauan mula meningkat. 

Haji Munir menasihati Kahar untuk kembali kepada Pencipta dalam menyelesaikan musibah atau kesulitan. Solat dua rakaat dan menadah tangan memohon pada Ilahi dengan penuh pengharapan. Semasa Kahar mengangkat takbirratul ihram untuk solatnya itu, sekonyong-konyong saya dan Haji Munir melihat dari kejauhan Muzamil yang berbaju biru itu. Tanpa disedari ayahnya, yang penuh khusyuk dalam solat dan kemudian menadah tangan berdoa agar dikembalikan anaknya. Allah terus menunaikan permintaan hamba-Nya itu secara tunai. Allahhu Akbar.

@@@@@

Saya pula mengalami dua kali kejadian apabila bangkit dari "nap" seolah-olah mendengar deraian hujan, seperti mana suasana pada pagi hari kedua Ijtimak yang diturunkan rahmat hujan yang agak lebat. Haji Munir menafsirkan bahawa bunyi deruan hujan yang saya dengar itulah adalah bunyi malaikat-malaikat yang turun dari langit ke Ijtimak yang penuh barakah itu.

Teringat saya kata-kata saudara Sabri pelajar pondok dari Yala dalam bualan singkat dengannya tempoh hari, “Mungkin tidak banyak ilmu saya dapat di sini tapi saya ke mari kerana hendakkan keberkatan majlis bersama para ulama, kerana nur keberkatan itu tegak ke langit dari tapak ijtimak bersama malaikat-malaikat berbaris dari langit yang berzikir dan mendoakan rahmat untuk kita semua.”

@@@@@

Dakwah adalah satu kerja. Kerja siapa? Kerja kita semua umat Islam akhir zaman. Kita buat usaha ini kerana Allah SWT memerintahkan pada baginda Rasulullah SAW supaya beritahu dan sampaikan agama kepada semua orang. Usaha yang kita buat ini bukan untuk islahkan orang lain tapi untuk islahkan diri sendiri untuk membetulkan iman dan yakin kita. Orang yang dapat hidayah melalui kita, itu natijah daripada usaha yang kita buat tetapi itu bukan maksud kita. Maksud kita yang sebenarnya ialah diri kita dapat diperbaiki.

@@@@@

Bermula ibadah itu dengan niat. Tanpa niat yang ikhlas kerana Allah, sesuatu ibadah bisa jadi sia-sia tanpa ada nilai di sisi Allah. Pabila kita keluar di jalan Allah dengan niat untuk islah diri dan menyampaikan mesej dakwah kepada umat di serata alam, maka ia boleh menjadi sesuatu yang sangat berharga.

@@@@@

Asbab pengobanan generasi para sahabat dan ulama terdahulu membuat kerja dakwah bertebaran diserata alam maka kita beruntung kerana telah mendapat hidayah Allah dan nikmat iman dan Islam di blok nusantara ini. Kita lahir dalam keluarga Islam. Jika tidak, mungkin kita ini masih kekal mewarisi agama nenek moyang kita yang menyembah pokok-pokok atau batu-batu besar atau masih menjadi pengamal agama hindu yang menyembah berhala. Mereka sungguh yakin dengan sebenar yakin akan janji Allah akan balasan syurga menanti untuk setiap usaha dakwah ke serata alam yang ikhlas kerana Allah. 

Maka kini menjadi tanggung jawab setiap kita pula untuk buat kerja dakwah agar generasi akan datang akan terus mendapat syiar Agama Islam yang agung ini. Ikhlas niat Insyaa-Allah.

@@@@@

Itulah antara petikan yang saya ambil dari buku APA KHABAR IMAN karya Hisham AR. Saya syorkan sangat-sangat agar para pengunjung blog ini untuk mendapatkan naskah anda hari ini di kedai-kedai buku tersohor yang berdekatan sebelum kehabisan stok. Semoga manfaat tersebar luas dan menjadi asbab Allah campakkan hidayah di hati anda untuk keluar di jalan Allah untuk islah diri dan membuat kerja-kerja dakwah yang mulia ini.

Atau boleh juga WA penulis di 019-3832132 untuk tempahan secara Pos Laju direct ke muka pintu rumah/ofis anda. Setiap buku akan hadir dengan otograf exlusive penulis. Jazakallah.


#KerjaDakwah
#MaksudHidupKita
#MencariRedhoAllah
#BukuApaKhabarIman


Tuesday, December 18, 2018

MUST READ


UNTUK HIDUP 2 KALI

😎 Hidup di dunia ini untuk beramal. Manakala akhirat itu tempat pembalasan. 

Untuk hidup kali ke-2 di akhirat dgn kebahagiaan yg kekal abadi, maka ambillah peluang di baki usia yg ada utk melakukan sgala kebaikan dan amal soleh. 

Hidupkan aku dlm iman, matikan aku dlm iman, berkati sisa usiaku, dan berikan aku pengakhiran yg husnul khotimah. 

Buku yg santai tapi sampai, gaya bercerita, pengalaman penulis dan kisah2 benar yg disulami manhaj tarbiyyah dan mesej2 dakwah. 


  • Mesej dakwah perlu disampaikan kpd umat walau dgn apa cara sekali pun.
  • Hakikatnya kita ini insan yg lemah. Maka patuhlah kpd Allah SWT yg Maha Kuat.
  • Jangan kasih kpd dunia, tapi kasihlah kpd Empunya Dunia.
  • Allah SWT sentiasa melihat dan merakam diri kita. Pada hari perhitungan, semuanya akan ditayangkan.
  • Kita semua mempunyai amanah dan peranan menegakkan agama Allah SWT. Teruskan perjuangan dan berkorban semampunya.
  • Hanya Allah SWT yg dapat menilai ikhlas. Penilaian Allah SWT sangat adil.
  • Kita menjadi semakin tua setiap hari. Smoga semakin tua, semakin baik iman dan taqwa.
  • Ada Allah SWT dalam dada, insya-Allah selamat di akhirat, selamat di dunia.
  • Hidayah Allah SWT hadir dlm jiwa2 yg ikhlas mendambakan reda-Nya.
  • Kadangkala haiwan lebih mulia drp manusia. Jangan pula kita sendiri yg meletakkan kedudukan manusia sebagai lebih hina drp haiwan.
  • Pabila ada lintasan hati mahu buat kebaikan, lakukan sahaja. Usah beri alasan.
  • Mati ibarat jerat. Kijang selalu lupakan jerat. Tetapi jerat tidak pernah lupakan kijang. Ia setia menanti.
  • Manusia mati meninggalkan anak bini dan harta benda. Apa yg dibawa adalah amalan baik mahu pun buruk. Selagi ada hayat dlm badan, sendiri mahu ingat.
  • Masa yg berlalu tidak akan kembali. Masa yg mendatang terus menghampirkan diri kpd detik kematian. Justru, amal makruf nahi mungkar pada setiap masa.
  • Pelbagai peringatan dan tanda Allah SWT beri kpd kita supaya dapat kembali ke jalan yg lurus dan diredai-Nya.
  • Pada mlm hari, anugerah Ilahi turun banyak. Tetapi kita, saban malam tidur nyenyak.
  • Merenung dan berfikir tentang kekuasaan Allah SWT itu adalah penawar dlm hidup kita.
  • Semua yg ada milik Allah SWT. Kita hanya pemegang amanah. Jangan sesekali pecah amanah.
  • Sehebat mana pun kita makannya tetap sepinggan nasi, pakainya sehelai baju, naiknya sebuah kereta, duduknya sebuah rumah, dan mati nanti sebuah kubur.
  • Islam itu sempurna. Apa yg tidak sempurna adalah penganutnya.
  • Let's doa seeking blessing from Allah SWT. We have live far too long. Death is around the corner. Let's do nothing but good things.
  • Mari kita berdoa supaya Allah SWT dgn limpah rahmat-Nya sudi memasukkan kita ke dalam kelompok manusia yg masuk ke dlm Syurga-Nya.
  • Ya Allah, kekalkan kami dlm melakukan kebajikan dan jauhkan kami drp melakukan maksiat.
  • Usah jemu berdoa supaya Allah SWT melimpahkan rahmat-Nya, memberi keampunan-Nya, dan membebaskan kita drp azab Neraka-Nya.
  • Guru ibarat lampu kalimantang, kilowatt rendah tetapi menerangi ruang yg luas.
  • Paling penting adalah hadiri majlis2 ilmu. Ubati penyakit 'rasa sudah tahu belaka'. Lagi banyak belajar, lagi banyak kita tidak tahu. Ilmu Allah SWT luas sungguh.
  • Orang yg paling untung dlm perniagaan adalah orang yg dapat masuk Syurga Allah SWT.
  • Orang kaya yg sebenar adalah orang yg mempunyai cukup bekalan untuk akhirat. Maka, elok benarlah kalau kita berebut-rebut mengumpul kekayaan untuk akhirat.
  • Islam mahu kita kaya. Ibadah zakat itu sendiri menghendaki seseorang itu kaya harta. Namun, janganlah menjadi kaya yg menjauhkan diri drp Allah SWT. Semakin kaya hendaklah kita semakin rapat dgn Allah SWT. Bukan semakin kaya, semakin syirik kpd Allah SWT.
  • Sudah jelas bahawa kita ini tidak mempunyai apa-apa sebenarnya. Semuanya Allah SWT punya.
  • Sewaktu lahir kita tidak bawa apa-apa, mati nanti pun tidak bawa apa-apa, kecuali amal ibadah.
  • Bak kat manusia bijak, "Theory if not put into practice, worth nothing." "Knowledge if not applied equals library." Pabila tiba perintah Allah pula, "No questioning, no asking. Just do it."
  • Amalan zikrullah antara antibodi berkesan bagi mempertahankan diri drp bisikan2 syaitan. Smoga kita tidak terperangkap dgn muslihat syaitan termasuklah yg bertopengkan manusia."
  • Agama yg diwarisi drp nenek moyang kadangkala membuat kita selesa sehinggakan beramal sekadar ikut-ikutan tanpa bersandar ilmu yg mantap. Ubahlah mentaliti ini.
  • Manusia mencipta drp sesuatu yg dicipta oleh Allah SWT. Tiada yg boleh mencipta sesuatu yg tak dicipta oleh Allah SWT.
  • Tidak ada sesuatu pun yg lebih baik drp lidah dan hati pabila ia digunakan dgn baik. Dan tidak ada yg lebih buruk drp lidah dan hati pabila digunakan dgn cara yg tidak baik.
  • Hidup di dunia, lepas itu mati. Dan hidup kembali, untuk diadili. 


"Buku ke-5 untuk manfaat umat. Ya Allah, smoga buku ini laris di pasaran dan menjadi asbab hidayat ke serata alam. Sesungguhnya kejayaan itu ialah tika berjaya hidup kali ke-2 nanti kekal di Syurga Allah." ~ Hisham AR

*****

Buku ini tersenarai dalam carta buku popular di Kedai Buku POPULAR bagi bulan December. 

Memang hangat !!

Dapatkan buku ini sblom kehabisan stok.

Harga RM23 sahaja, plus postage RM7 (RM12 S&S). Exclusive otograf penulis.

WA @PM 019-383 2132 untuk membuat tempahan.

#KoleksiBuku
#KaryaHishamAR

Monday, December 10, 2018

SOLAT DHUHA



HUTANG DHUHA

Maaf panjang sikit tapi jangan tak baca... RUGI
Baca sampai habis tau.

Satu ilmu yang saya baru tahu yang saya rasa terpanggil untuk berkongsi dengan anda adalah ilmu tentang solat dhuha.

Seorang Ustaz dari Indonesia yang bernama Ustaz Yusuf Mansur sangat memperjuangkan dan membudayakan kelebihan dan manfaat melakukan solat dhuha dan sedekah di negaranya.

Didalam bukunya bertajuk “ Undang saja Allah; Belajar Syukur, Belajar Yakin” beliau memperkenalkan konsep “ Hutang 2 Rakaat Dhuha”.

Di dalam buku tersebut beliau membahaskan konsep bahawa *kita sudah terlalu banyak berhutang dengan Allah* sebenarnya.

Kerana kita terlupa untuk “membayar” bayaran kerana kita memakai mata, tangan, kaki, jantung serta organ kita yang lain kepada Allah.

Oleh kerana Allah tahu bahawa kita tidak akan mampu membayar semua nikmat tersebut menggunakan wang, oleh itu Dia dengan kasih sayangnya mensyaratkan bahawa solat sunat dhuha 2 rakaat sebagai bayarannya.

Seperti yang tercatat di satu hadis “
*Pada setiap manusia terdapat tiga ratus empat puluh sendi. Setiap satu sendi harus disedekahi olehnya. Para sahabat bertanya, ‘ siapakah yang sanggup melakukannya wahai Rasulullah? Rasulullah bersabda, jika terdapat kotoran dimasjid, tutuplah dengan tanah ( buang dan bersihkan), dan jika ada sesuatu yang merintangi jalanan, jauhkanlah. Jika engkau tidak sanggup melakukannya maka solat dhuha dua rakaat sebagai gantinya bagimu”*(HR. Imam Ahmad)

Dan menurut riwayat yang lain, “ Setiap pagi semua anggota badan masing-masing dari kalian wajib disedekahi. Setiap kali tasbih adalah sedekah.

Setiap kali tahmid adalah sedekah. Setiap kali tahlil adalah sedekah. Setiap kali takbir adalah sedekah. Amar ma’ruf dan nahi mungkar adalah sedekah. Semuanya terpenuhi dengan dua rakaat solat dhuha.” ( HR. Muslim ).

Melalui hadis diatas, semakin jelas kepada kita bahawa kita sudah banyak berhutang kepada Allah selama ini rupanya. Ada diantara kita yang berumur 20, 30 malah mungkin 50 tahun, akan tetapi baru tahu akan hal ini.
Kita baru tahu yang kita sedang berhutang sebenarnya. Bahkan ini baru hutang dhuha, belum lagi dikira hutang solat wajib, hutang zakat, juga hutang yang lain-lainnya. Pasti sangat banyak kiraannya.

Jika setahun kita berhutang dhuha 2 rakaat, jika dikira agak –agak berapa rakaat yang perlu kita bayar? Jika setiap tahun mengandungi 365 hari di darab dengan 2 rakaat dhuha yang ditinggalkan, jumlah hutang dhuha kita pada Allah setahun adalah 730 rakaat. Maka jika 10 tahun adalah 7300. Masha Allah.

Bagaimana pula jika 20 atau 30 tahun? Sungguh banyaklah bukan?.
Persoalannya disini, adakah betul kita harus membayar hutang hutang tersebut? Jika ya, bagaimanakah cara mahu membuatnya?.

Untuk menjawab persoalan tersebut, saya ingin berkongsi apa yang diceritakan ustaz Yusuf Mansur didalam buku tersebut tentang hal ini.

Seorang pekerja kerajaan telah datang bertemunya selepas beliau menyampaikan satu ceramah dan pekerja tersebut menceritakan bahawa dia terkena satu musibah.

Wang tabungan yang sudah dikumpul selama setahun telah hilang kerana dicuri. Agak banyak jumlahnya. Dia sangat tertekan dengan hal tersebut dan pergi menemui Ustaz Yusuf Mansur.Ustaz dengan pantas bertanya, “ Ada mengamalkan solat dhuha tak selama ini?” kemudian pekerja itu menjawab bahawa dia tidak atau kalau lakukan pun agak jarang sekali. Kemudian secara langsung ustaz menjawab, “ Patutlah Allah mengambil (melalui pencuri) duit tersebut, diambil Allah wang tersebut untuk “bayar” hutang rupanya”. Begitu juga kalau berbisnes atau berniaga, setelah sekian lama berniaga, namun kita masih tak dapat membuat simpanan, itu mungkin kerana kita tidak berdhuha selama ini.

Berbalik kepada persoalan bagaimanakah kita ingin membayar hutang-hutang dhuha kita itu, adakah kita perlu bersolat sunat dhuha tanpa henti supaya hutang-hutang kita terbayar?

Adakah kita perlu bersedekah supaya hutang kita itu dilunasi?. Anda rasa bagaimana? Mengikut cadangan Ustaz Yusuf Mansur didalam buku tersebut dia ada berkongsi sedikit tips dan cara bagaimana kita boleh membayar hutang-hutang Dhuha kita.

Seseorang bernama Saifullah telah menghantar satu sms
kepada ustaz :

“ Ustaz, saya baru terbaca tentang hutang dhuha di program Dhuha Coffee ustaz. Saya termasuk orang yang mempunyai hutang dhuha dengan Allah. Saya kini berumur 34 tahun 2 bulan. Ertinya jika saya akil baligh umur 10 tahun, saya sudah berhutang 24 tahun. Dalam sekitar 8,760 hari itu saya berhutang 17,520 rakaat. Mungkin ini sebabnya saya merasakan hidup saya kurang diberkati. Sekarang bagaimanakah saya mahu melunasinya? Wassalam”

Antara tips ustaz yang sangat menarik dan relevan untuk diaplikasikan adalah melalui *menyeru orang lain juga untuk berdhuha*. Ya, ceritakan juga akan konsep hutang dhuha ini kepada sebanyak mungkin orang yang anda kenal. Dengan cara ini sahajalah hutang-hutang anda mampu dilunasi kerana setiap kali orang lain berbuat kebaikan yang mereka dapat inspirasi melalui anda, secara langsung anda akan mendapat pahala. Kebaikan dan amalan yang mereka lakukan secara langsung akan menjadi saham pahala anda juga.

Namun, pasti akan ada yang bertanya, “ Tetapi bukan semua pandai untuk menceritakan perkara- perkara sebegini kepada orang lain”. Pasti akan terdetik difikiran, sesetengah antara kalian.

Jika anda tidak mampu menceritakan akan tentang konsep hutang dhuha, apa kata anda mulai dengan mengajak orang berdhuha mengikut keadaan dan tahap yang anda selesa.

Jika anda ada Blog atau Facebook, WhatsApp, Telegram, Wechat dan sebagainya, cuba menggalakkan orang lain supaya berdhuha.

Jika anda sebagai ketua jabatan, sediakan masa 10 minit sebelum memulakan kerja dan mengajak pekerja bawahan anda melakukan solat sunat Dhuha.

Jika anda seorang pengacara Radio atau Televisyen, selitkan manfaat dan kelebihan Dhuha didalam percakapan anda. Jika anda seorang pemimpin, nasihatilah dan berikan motivasi tentang kelebihan berdhuha kepada rakyat anda. Jika anda guru atau pensyarah, sediakan waktu untuk mengajak pelajar–pelajar anda berdhuha disetiap pagi. Namun, jangan hanya menyuruh, ceritakan juga kepada mereka kelebihan melakukan solat dhuha. Supaya mereka lagi bermotivasi.

Setiap di antara anda mampu membayar hutang tersebut jika anda berterusan menyeru dan memotivasikan akan orang disekeliling anda tentang kelebihan solat sunat dhuha.

Oleh kerana penulis juga merasakan bahawa diri penulis juga mempunyai banyak hutang dhuha, maka penulis rasa penting untuk berkongsi akan konsep ini.

Moga moga jika antara kalian mengamalkan juga menyebarkan kepada orang ramai, harapnya akan terlunasi juga hutang dhuha.

Semoga amalan kita diterima sebagai amalan soleh.

Jom kita sebarkan kerana Allah...👍👍👍
In shaa Allah...

#CnPEnterprise
#IlmuBermanfaat

KONGSI KEK

Dalam konteks hari ini, saya ingin elaborate dan bawak berbincang isu2 yg dekat dgn rakyat dan suasana di negara kita sekarang ini.  Antara ...