Monday, September 06, 2021

PENGAJARAN COVID-19


Setakat 6 Sept 2021, Kes positif global Covid-19 sudah lebih 220.5 juta, angka korban pula sudah melebihi 4.56 juta. Masya-Allah. Bala apakah ini?


Sudah masuk setahun setengah gejala pandemik ini melanda negara kita, bermula Mac 2020. Kes baru harian masih ditahap 20k. Usha vaksinasi juga sudah mencapai 36 juta dos yg didaftar. Setakat 4 Sept, 67.4% populasi dewasa sudah mendapat vaksinasi lengkap. Kita berharap pandemik Covid-19 akn kembali terkawal. Setakat ini kes2 di tahap 3, 4, & 5 sudah menunjukkan penurunan. Begitu juga kes2 di ICU juga sudah banyak menurun. Semoga situasi akan terus bertambah baik dalam masa terdekat.

Apakah pengajaran dan pelajaran yg tersurat dan tersurat yg boleh kita gali drp episod pandemik ini?

Norma baru kehidupan pabila rutin memakai face mask, penjarakan fisikal, sanitizer sudah jadi biasa. Tiada lagi ziarah menziarah, rentas daerah, bersalaman, tiada lagi budaya open house atau kenduri kendara. Nak masuk ke mana2 premis, kena scan mySejahtera, kena ambik suhu kat dahi. Ini dah jadi sebahagian drp kehidupan. Nak makan kat restoran pun tak boleh, kena tapaw makan dlm kereta tepi2 jalan, atau di rumah. Khidmat delivery jadi popular dan diperlukan. Untuk dine-in pun perlukan semua staf restoran telah lengkap di vaksin, begitu juga pelanggan mereka. 

Sekolah pun ditutup. Sistem peperiksaan awam seperti UPSR dan SPM terpaksa di postpone. Pengajian secara atas talian sahaja untuk sekian lama. Work from home juga sudah jadi satu daripada amalan. Syarikat2 yg gulung tikar pun banyak, ramai yang kehilangan kerja. Ramai yang terkesan keras, duit saving pun habis, hidup makin koyak. Kemurungan dan jenayah domestik juga meningkat.

Industri hiburan terkesan habis. Pusat2 hiburan ditutup. Justruu maksiat yg berlaku di pusat2 hiburan juga tersekat. Pelakon2 dan artis terkesan, payah cari makan. Konsert dan seumpamanya lenyap terus. Cineplex pun bungkus, dah lama tak dapat bergerak. Tambahan lagi alternatif yg pelbagai seperti Netflix dan youtube. Pusat2 beli belah yg dulu champion bagai, kini sepi tiada pengunjung. Banyak kedai2 terpaksa tutup termasuk restoran2 berjenama. Kegiatan2 sukan seperti liga bolasepak, STL, dan seumpamanya jadi lesu tanpa penonton yg dapat hadir ke stadium.


Aktiviti di masjid dan surau juga tersekat. Allah nak ajar kita. Bila di benar 6 org shj berjemaah, kita rasa teringin sangat nak pi solat berjemaah di masjid mcm biasa. Time di beri kebenaran 50 org dpt dtg solat fardu berjemaah, ropanya tak penuh jugak quota 50 org tu. Begitulah hidup ini, mengejar pada yg tiada, tapi yg ada di depan mata tidak dihiraukan pula. Wallahu'alam.

@@@

No comments:

PENGAJARAN COVID-19

Setakat 6 Sept 2021, Kes positif global Covid-19 sudah lebih 220.5 juta, angka korban pula sudah melebihi 4.56 juta. Masya-Allah. Bala apaka...