Sunday, April 12, 2020

PM ke-8

0

Musim COVID-19 ni, bicara politik
kurang hangat. Segala yg berlaku ni, Allah dah atur cantek sebenarnya. Kalau satu dua komen atau posting atau video di social media oleh politician atau juak2 mereka khasnya drp blok pembangkang, public mcm buat tak kisah malah public majoriti bantai balik ada la.

So timing utk berpolitik mmg tak kena. Why? Sebab ini tempoh krisis. Rakyat tgh susah, fikir nak teruskan hidup, fikir nak survive, nak makan, nak kerja, nak cari makan. Sgala cobaan oleh dsai, khalid, mujahid, fuziah, mahfuz, kadir, dan yg sewaktu dgnnya semua nya sentuhan kecundang, carry no weights. Kasihan dia.

TSMY telah dinobatkan sebagai PM-8 nampak mcm sesuai, kena pada tempat, kena timingnya. Mungkin ini anugerah Allah utk rakyat.

TSMY mmg low profile. Time org dok sibuk2 fikir calon ganti TM. Nama2 yg menonjol adalah dsai, azmin, tok mat, tghh, dsb. Tak pernah org sebut TSMY. Sedangkan TSMY ni bekas TPM kot. Dengan 40 tahun pengalaman dlm politik, bukan calang2 figura. Cool dan tak mengejar jawatan PM.

Namun Allah telah memilih TSMY untuk diangkat memikul tanggungjawab besar ini. Benih baik dicampak ke laut menjadi pulau. Dan kini terasa sangat tepat pilihan itu.

Mungkin kita dapat rangkumkan keselesaan rakyat kpd TSMY ini melalui artikel di FB sahabat kita ini....sama2 kita hadamkan.

*****

SEORANG BERNAMA TSMY
(PM untuk Rakyat)

TSMY naik menjadi Perdana Menteri dalam keadaan yang paling tidak menguntungkan. Beliau didatangkan ujian secara serentak. Ketidakstabilan politik, keadaan ekonomi yang teruk dan terkini ancaman kesihatan dunia.

Aku bukan mahu bercerita politik. Tapi kalau korang sedar, popularity PM kita semakin menaik. Tahap likeability beliau meningkat ketika terpaksa berhadapan dengan Covid-19.

Perkara ini tidak mungkin berlalu unnoticed. Semua orang perasan. Apa yang TSMY buat memang timely kena pada masa dan ketikanya.

1. Press conference tersusun dan dikawal

Kalau tengok, hampir setiap hari ada press conference. Seperti susunan orkestra, diaturkan begitu baik sekali. Kalau bukan PM yang berucap, ada Menteri Kanan. Di penghujung petang akan ada laporan dari Kementerian Kesihatan.

Kelihatan teratur, ada orang bekerja di belakang tabir, dan rakyat diberi  maklum perkembangan semasa. Nampak seperti jentera kerajaan bekerja.

2. Ucapan kena pada masa

Ini aku rasa bila orang mula cair dengan watak TSMY. Mula-mula beliau merayu supaya kita semua duduk rumah, macam bapa bagi pesanan pada anaknya.

Kemudian beliau baca doa pula. Tahniah kepada penyedia teks ucapan PM. Ia memang menyenangkan hati yang mendengar.

3. Memotong gaji Menteri

Potong gaji menteri dan timbalan ini memang sudah jadi idaman rakyat. Lebih lagi kalau yang tidak perform, terasa menghabiskan sumber negara.

Sedikit sebanyak, potong gaji ini dilihat dapat membantu negara menyelamatkan ekonomi. Orang makin suka.

4. Beri penyelesaian terus

Pendekatan TSMY mudah sahaja. Selesaikan masalah harian rakyat. Tidak perlu cerita polisi dan aturan yang rumit atau perlu kemahiran berfikir aras tinggi. Straight-forward.

Apa yang menekan rakyat seperti tiada gaji, sesak bayar bil dan loan dan masih rasa mudah berbelanja. Itu yang diberi perhatian.

Dan sejak pengumuman pakej ransangan ekonomi semalam, hanya beberapa suara kritis yang kelihatan di Whatsapp atau media sosial.
Feeling good.

5. Figura bapa-bapa

TSMY sangatlah sesuai cara bapa bercakap dengan anak, atau atuk bercakap dengan cucu. Lebih banyak mendengar, faham dan respon ditutur satu-satu.

Cara bercakap selalu gunakan bahasa mudah, semua lapisan masyarakat boleh faham. Straight tanpa belok-belok.

Cerita terselamat dari kanser pankreas hanya menambah keyakinan masyarakat terhadap keikhlasan seorang bapa, dan bukan agenda politik semata-mata.

Pesanan beliau, "Pastikan ada makanan diatas meja.untuk keluarga". Sangatlah bapa-bapa.

6. Bahasa mudah

TSMY jarang didengar menggunakan bahasa atau perkataan bombastik. Bahasanya lateral, bahasa biasa. Contoh yang diberi seperti Makcik Kiah semalam trending meletup-letup.

Satu lagi bahasa yang digunakan down to earth. Merendah diri.

"Kami mungkin bukan kerajaan yang anda pilih, tetapi kami akan lakukan yang terbaik."

"Saya terima hakikat yang saya datang sebagai Perdana Menteri bukan dalam masa yang terbaik."

Ayat-ayat orang berjiwa besar, orang yang mengakui kelemahan dan kesilapan. Orang yang merendah diri tetapi berjanji akan berusaha dengan perbaiki diri.

Musuh politik pun tiada point untuk membantai. Kerana Covid19 ini isu baru yang tidak pernah ditangani sebelum ini. Berbeza.

Pembangkang ketandusan cara. Bila PM kelihatan seperti menyebelahi rakyat, habis semua cybertrooper pula yang terkena Tiada isu yang recycle seperti kasut sekolah, wang sara diri dan bantuan kerajaan seperti kerajaan terdahulu.

Mood rakyat cool sahaja ketika ini. Ini adalah faktor kenapa orang rasa tenang. Daya lembut dan memujuk memang buat orang rasa senang.

Apapun, perjalanan politik sebenar belum bermula. Terlalu awal untuk nilaikan pretasi sebenar. Tetapi Covid-19 cabaran pertama menguji kebijaksanaan politik Perdana Menteri Malaysia dan aku rasa beliau lulus with flying colors.

Jom kita sama-sama doakan supaya pemimpin kita diberi hidayah dan petunjuk dalam mengemudi perjalanan pembangunan negara.

Amin Ya Rabbal Alamin..

~FB Anuar Boro

*****

Feel good factor kembali semula. At least rakyat rasa terbela di kala dunia menghadapi pandemik ini. Banyak negara lain turut ingin mencontohi Malaysia. Seolahnya segala gundah gulana dan tidak puas hati rakyat time PH memerintah 22 bulan itu, telah menemukan obat untuk menyembuhkannya. Alhamdulillah.

@@@

No comments:

ISU PENDIDIKAN

Saya terbaca sebuah posting yg sangat baik yg berupa luahan rasa seorg guru yg dedikasi perihal sistem pendidikan di sekolah yg sudah acap k...