Friday, January 29, 2016

Novel Cinta Pak Hamka


Berjaya khatam sebuah novel karya Pak Hamka terbitan Pustaka Antara cetakan 1983. 

Buku ini jodolnya agak penuh misteri iaitu TENGGELAMNYA KAPAL VAN DER WIJCK setebal 188 halamam.

Buku ini pertama kali di cetak pada tahun 1939 dan 1949. Ia merupakan karya klasik Pak Hamka yg di garapnya tika usia 31 tahun (1938). Tika masa darah muda masih cepat alirnya dan khayal serta sentimen masih memenuhi jiwa.

Sudah acap kali mata saya terpaku melihat tajuk buku ini beberapa kali  berkunjung ke kedai buku, tapi belum tergrak membelinya.

Namun dalam hati sering tertanya buku apa kah ini? Kerana Pak Hamka itu seorang tokoh ilmuan agama yg tersohor. Baru kini terjawab, novel cinta rupanya.

Karya yg di cipta halus dan indah. Rasa ingin tahu dan tidak jemu merupakan antara ciri utama novel yg hebat. Membuat saya tertanya apakah susur alur ceritanya itu adalah cerita benar yg dialami Pak Hamka sendiri?

Surat menyurat menjadi komunikasi mencoret isi hati. Pak Hamka sangat bijak menyampaikanya secara seni dan halus hingga jelas bicara jalan cerita dan rindu dendam dalam dada.

Zainuddin dan Hayati tenggelam dalam lautan cinta yang dalam penuh cabaran yg akhirnya berkubur dengan tenggelamnya kapal Van der Wijck yg di tumpangi Hayati dlm perjalananan dari Tanjung Perak ke Semarang pada 19 Oct 1936. 

Buku ini di beri pinjam oleh rakan sekerja iaitu sdra Fahmi. "Jaga dengan elok. Ini buku milik arwah ayah saya. Saya sayang buku ini," katanya. 

Saya lihat di muka depan kulit buku ada tertera tulisan tangan, "Zaki b Abd Kadir, Bukit Bintang Plaza, 19-11-83."

Kebetulan di percutian keluarga ke Korea selama 9 hari menikmati keindahan negara Winter Sonata itu, saya selitkan bersama buku ini dalam backpack.

Saya habiskan 133 mukasurat tika dlm flight D7504 dari KLIA2 ke Incheon pada 21 Jan 2016. 

Dan pada penerbangan pulang pesawat D7507 Airbus A330 Air Asia-X pada 29 jan 2016, saya telah berjaya tamatkan keseluruhan novel klasik ini.

Cinta, samalah tuanya dengan dunia. Dan dek krana cintalah dunia terjelma.

Cinta sebagai rahmat dan nikmat. Dan setiap insan yang di hinggapi cinta akan merasa nikmat.

Tapi dalam kenikmatan itu ada terselip semacam penyakit yang membawa penderitaan dan kesengsaraan.

Cinta antara Zainuddin dan Hayati terpisah oleh adat dan keadaan. Hayati di kahwini Aziz. Namun hati mereka gagal bersatu. Di hujungnya Aziz telah melepaskan Hayati untuk kembali kepada Zainuddin. 

Tapi luka yg berparut tidak semudah itu sembuh dengan ungkapan maaf oleh Hayati kpd Zainuddin. 

Justru rajuk hati Zainuddin telah menghalang penyatuan cinta. Hayati di minta pulang ke kampung halaman. Tapi rajuk Zainuddin tidak lama hingga terus bergegas mengejar Hayati. 

Namun tragis kapal yg karam itu telah meragut nyawa Hayati tapi tidak sebelum dapat menatap Zainuddin di katil rumah sakit dan puas mendengar pengakuan cinta Zainuddin kepadanya.

Tidak lama kemudian ajal Zainuddin juga menyusul di ulik kemurungan dan penyesalan atas pemergian Hayati kekasih hati.

Kubur pasangan ini bersebelahan. Moga cinta mereka bersatu jua.

@@@

No comments:

ISU PENDIDIKAN

Saya terbaca sebuah posting yg sangat baik yg berupa luahan rasa seorg guru yg dedikasi perihal sistem pendidikan di sekolah yg sudah acap k...