Monday, July 16, 2012

Hati Gumbira Ramadan Tiba

Ustaz Wan pesan, kat masjid tu naikkan lah banner menyambut kedatangan Ramadan, biar nampak happening. Sepatutnya dua minggu nak Ramadan tu, banner dah naik baik punye. Ini tidak, tinggal 4 hari lagi di bulan Syaaban ni sebelum Ramadan menjelma, tapi sunyi sepi. Macam takde apa2, tak ada excitement in the air.

Kat sekolah agama Kafa tempat Ustaz Wan mengajar, bila Ustaz war-warkan hari Jumaat ni cuti. Yeeeee...para pelajar bersorak. Bila Ustaz tanya tahu tak cuti apa? Semua tak tahu, siap tanya cuti apa Ustaz? Ustaz pun bagitau cuti sempena menyambut awal Ramadan. Semua pelajar hmmmmm....tak semangat.

Sabda Nabi SAW, "Sekirannya umatku tahu kelebihan Ramadan tentu umatku nak sepanjang tahun itu Ramadan." Tapi sebab kita tak tahu atau buat2 tak tahu, maka kedatangan Ramadan yang hanya beberapa hari lagi ini, di pandang sepi. Sebab itulah kena mengaji, baru gheti. Maka yang wujud di merata tempat ialah poster2 menyambut raya, bukan banner2 menyambut Ramadan. Dunia akhir zaman yang terbalik.

Sesampai saya di ofis tadi, saya mendapat SMS dari kawan saya Zainal. Dia minta saya pimpin majlis bacaan Yaasin dan doa selamat di jabatannya sempena menyambut kedatangan Ramadan. Dia jemput saya sebab tuan pengerusi AJK surau tak dapat hadir. Saya tak layak sebenarnya, tapi memandangkan kawan dah mintak tolong maka saya pun kata ok lah. Tapi yang penting di sini saya nampak ialah inisetif Zainal dan warga ofis GCL ini meraikan kedatangan bulan yang mulia, yang gagal dilakukan oleh jabatan2 yang lain.

Alhamdulillah majlis berjalan lancar. Kami membaca surah Yaasin secara tartil setelah memulakan dengan bacaan surah al-Fatihah dan berselawat kepada Rasulullah sebanyak 11x. Lebih kurang 30 orang yang hadir meraikan majlis.

Saya paparkan di sini petikan doa yang saya baca:

Ya Allah , Ya Karim Ya Wadud ,
kami merafakkan rasa kesyukuran kepada-Mu kerana telah mengizinkan kami untuk berada dan menghadiri Majlis pada pagi ini yang kami adakan sempena menyambut kedatangan bulan Ramadan yang penuh kemuliaan. Berkat bacaan Yaasin, tenangkan jiwa kami dan lapangkanlah dada kami.

Ya Allah , Tuhan Yang Berkuasa Melaksanakan apa yang dikehendaki ,
hidupkanlah kami di bulan Syaaban yang berbaki beberapa hari ini, dan temukan lah kami dengan bulan Ramadan yang penuh barokah itu. Jadikan ibadah puasa Ramadan kami tahun ini layak ke tahap puasa khusus iaitu puasa bukan sekadar menahan lapar dan dahaga tetapi juga puasa seluruh pancaindera kami. Sesungguhnya kepada Mu sahajalah kami bergantung harap.

Ya Allah Ya Rabbil Alamin, Engkaulah Tuhan Yang Maha Berkuasa sebagaimana maksud surah al-Baqarah ayat 22:

Allah tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang tetap hidup, Yang kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekelian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya. Yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya).
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim

Jadikanlah hari-hari yang kami lalui dimulai dengan rahmat-Mu , pertengahannya barakah , dan disudahidengan keampunan-Mu. Dan juga jadikanlah hari-hari yang kami lalui permulaannya hidayah , pertengahannya kemenangan dan diakhiri dengan kecemerlangan.


Ya Allah , Tuhan Yang Maha Esa lagi Perkasa,
kami memohon kehadrat-Mu semoga Engkau jadikan majlis ini sebagai satu wadah untuk kami bersatu-padu , bekerjasama dan bantu-membantu dan menjadi hamba-Mu yang Engkau redhai.

Amin Ya Rabbal’alamin Ya Allah ,
kurniakanlah kepada kami Iman yang teguh,mantap dan kukuh demi menghadapi cabaran-cabaran hidup semasa dan dalam mengharungi pancaroba hidup yang mendatang.

Ya Allah tunjukkanlah kami taufiq dan hidayah jalan yang benar dan cara-cara melaksanakan sertamenghayatinya. Jadikanlah kami insan yang suka mendengar kebaikan lantas melakukannya , begitu juga jadikanlah kami insan yang apabila mengetahui keburukan lantas bersegera meninggalkannya .

Ya Allah jadikanlah pertemuan kami ini sebagai pertemuan yang diberkati dan dirahmati. Dan jadikanlah perpisahan kami selepas ini sebagai perpisahan yang Engkau pelihara daripada mara bahaya dan keburukan.

***
Sebagai konklusi marilah kita peka dan siap siaga. Ramadan tercinta, aku rindu pada mu. Jadikanlah malam2ku subur dengan ibadah. Jelmakan hari2ku tawadduk tunduk berpuasa seluruh pancaindera. Jangan sia2kan lagi masa yang sangat berharga di bulan mulia ini. Yang sudah tu sudahlah. Jangan rugi lagi. Belajarlah meraih untung di dunia supaya kaya di Akhirat. Ramadan adalah medan juang meraih kemenangan dengan dosa yang berguguran ibarat daun kering di musim panas.

@@@

4 comments:

Temuk said...

Assalamu'alaikum SOT
Cantiknya paparan SOT itu utk peringatan. Termasuklah doa di majlis Yasin itu.

Amat sedih, bimbang & malu kepada Allah Yang Agung bila mengenangkan banyaknya kekurangan pada diri & kurangnya kemampuan utk memperbaikinya. Semoga sempena Ramadhan kali ini, khususnya, DIA akan dengan belas kasihan-Nya terus membantu untuk kita mendekati-Nya.

Utk Sdr SOT sefamili, diucapkan selamat menjalani ibadah puasa dan ibadah lainnya sepanjang Ramadhan nanti, dengan doa semoga segala amalan diterima dan diredhai Allah.

School Of Tots said...

TQ Pak Temuk. Semoga Ramadan tahun ini dapat kita sama2 lalui dengan terbaik, iaitu dapat optimumkan ibadah kita insyaAllah. Selamat meraih keuntungan berganda2 di sepanjang Ramadan buat Tuan sekeluarga juga.

Al-Manar said...

Ingat atau tidak posting kedua blog ini tujuh tahun dahulu menyambut Ramadhan tahun itu? Saya suka baca yang lama lama.

School Of Tots said...

TQ Al-Manar kerana mengingati posting yg lama dulu...akan saya cari dan baca kembali. Selamat menyambut Ramadan al-Mubarak buat Tuan sekeluarga.

ISU PENDIDIKAN

Saya terbaca sebuah posting yg sangat baik yg berupa luahan rasa seorg guru yg dedikasi perihal sistem pendidikan di sekolah yg sudah acap k...