Ceramah perdana di tempat kerja saya pada hari rabu lalu disampaikan oleh Ust Sapawi Che Mat dari Lembaga Tabung Haji di bawah tajuk "Ibadah Haji". Quota jamaah dari Malaysia pada tahun ini berjumlah 28,000 orang. Masa menunggu terkini setelah mendaftar ialah 30 tahun, maka Ust menyarankan supaya kita segera mendaftar untuk anak2 dan cucu2 kita. Jika bapa budak tak kacau 'duit raya' budak2 ni, insyaAllah setakat RM1,300 dalam akaun mereka ni tak ada masalah kot. Itu cerita peringkat anak2 dan cucu2 kita. Tapi kita bagaimana? Yang belum berdaftar tu harap dapat segera mendaftar. That is the first step. Bertuahlah mereka yang tahun ini dijemput Allah menjadi tetamu-Nya ke Tanah Suci. Mungkin tempoh menunggu sehingga 30 tahun, tapi jemputan Allah hanya Dia yang menentukan. InsyaAllah sebelum 30 tahun sudah dapat pergi jika nawaitu kita ikhlas dan bergantung harap tidak pada yang lain tapi semata-mata kepada Allah SWT.
@@@
No comments:
Post a Comment