Monday, July 21, 2008

FZ Homemade Cookies


Rejab sudah di penghujung. Syaaban bakal tiba. Dan Ramadhan sudah tak lama lagi. Itu lah dia, masa ni terasa pantas benar geraknya. Semoga kita sama2 dapat tingkatkan amal dalam perjalanan kita menuju bulan rahmat Ramadhan al-mubaraq. Gear 1 & Gear2 di bulan Rejab & Syaaban. Gear 3 di awal ramadhan, Gear 4 di 10 ke-2 Ramadhan dan seterusnya menuju puncak di 10 terakhir Ramadhan dan meraikan kemenangan pencapaian hebat kita itu di Hari Raya Idil Fitri pada Syawal nanti. Itulah harapan kita, InsyaAllah demi pelaburan maksima menuju redha Allah untuk kebahagian unggul di Akhirat kelak.
Yang peliknya orang kita ni kadang tu puasa entah kemana, dah sibuk dok bincang pasal raya pulak. Terlanjur menyentuh pasal raya ni, kebetulan pulak saya cuti kat umah hari ni, tadi saya dapat call dari Midah kawan isteri saya untuk bercakap dengan isteri saya pasal bisnes biskut raya.


Midah ni setiap tahun jadi trader untuk isteri saya dalam bisnez ni. Target market dia ialah teman2 sepejabatnya. Bila kami tanya berapa dia jual per pek, dia kata ada lah sikit2...trade secret la tu. Anyway dia selalu tempah order melebihi 80 pek dari my wife setiap tahun without fail. So kami assume dia dah ada regular customer dia. My wife sebenarnya semenjak lebih 10 tahun yang lalu menjalankan perusahaan bermusim FZ Homemade Cookies ni pada setiap musim raya. Jadi dah ada lah our set of regular customers yang memang dah appreciate our products ni. Setengah dari kawan2 pulak become traders dan menjalankan pula bisnez sendiri dengan product dari FZ Homemade Cookies ini. Sambil order untuk kegunaan sendiri mereka memenuhi pula tempahan dari kenalan mereka.
Basically FZ Homemade Cookies berkembang from the word of mouth.
My wife lak buat sendiri biskut raya ni guna kudrat tulang 4 kerat truly homemade dengan kualiti yang terjaga, kekadang dibantu oleh anak2 dan saya sendiri. Belum expand the production menggunakan tenaga kerja luar. Makanya jumlah production nya sangat terhad mengikut daya upaya. Tempahan kena lah di buat awal2 lagi. Kalau lewat tu sorry lah payah nak merasa..he he. Jadi sekiranya ada sesiapa yang berhajat bolehlah e-mail kepada saya di hisham.ar@gmail.com. Harga per pek (50-55 pcs kecuali AL) ialah RM19. Produk FZ Homemade Cookies di pasaran ialah Almond London (40-45pcs), Chip Sporties, Oat Rings & Nestum Crispy. Oh ye, satu lagi Kek Coklat baik punye RM25 sebijik 1kg. Sudi-sudilah ye, mana tau serasi.

**

No comments:

ISU PENDIDIKAN

Saya terbaca sebuah posting yg sangat baik yg berupa luahan rasa seorg guru yg dedikasi perihal sistem pendidikan di sekolah yg sudah acap k...