School Of Tots
Life is about choices. You can be negative or positive, it is up to you. We can always view things in various perspective. My way of seeing things may not be the same as yours. My School Of Tots is my inner feeling straight from my heart with a little help from my brain and my little fingers.
Thursday, February 01, 2024
ISU PENDIDIKAN
Friday, September 08, 2023
THE CANDIDATE
Saturday, May 20, 2023
CIRI MUNAFIK
Sahabat saya ada bercerita perihal dirinya ditipu oleh kawan sendiri dlm kontrak renovasi rumahnya. Duit yg di bayar tidak setimpal dgn progres kerja yg dibuat dan terbengkalai di tgh jalan. Saya juga pernah deal dgn org sebegini dlm soal kerja renovasi rumah dan juga soal bayar hutang. Janji sekadar manis di bibir.
Dari pengalaman saya org yg suka menipu dan cakap tak serupa bikin ini akan mudah untuk mengulanginya lagi dan lagi tanpa silu dan malu. Ia adalah skil yg tersendiri yg dibina overtime.
Dalam kes kawan saya di atas rupanya bukan dia saja yg kena tipu tapi dua org lagi pun kena. Memang licik si penipu itu, munafiq tegar.
Lebih teruk lagi jika yg berjanji namun tidak ditunaikan itu, seorg yg mmg dikenali sebagai kaki masjid @surau. Akan menyebabkan fitnah @sangka buruk stereotype yg sangat teruk kod setiap ahli masjid @surau yg lain. Tanggungjawab yg lebih berat sebenarnya pada mata masyarakat.
Untuk kita lebih faham ciri2 org munafik, artikel berikut sangat jelas dlm merungkai perihal munafiq ini. Smoga bermanfaat utk semua yg membaca posting ini di seluruh dunia. Kredit utk penulis asalnya.
*****
KEBIASAANNYA apabila kita membicarakan tentang sifat munafik kita akan merujuk kepada hadith daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah ﷺ bersabda:
“Tanda-tanda orang munafik ada tiga, iaitu apabila dia berbicara dia dusta, apabila dia berjanji tidak ditepati dan apabila diberi amanah dia khianati.”
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Di dalam hadith ini hanya di sebut 3 ciri munafik tetapi di dalam al-Quran dinyatakan banyak lagi sifat-sifat munafik. Berikut adalah antara sifat-sifat munafik yang di sebutkan dalam al-Quran:
1. Berbuat kerosakan di muka bumi
وَإِذَا قِيلَ لَهُمْ لَا تُفْسِدُوا فِي الْأَرْضِ قَالُوا إِنَّمَا نَحْنُ مُصْلِحُونَ
Dan apabila dikatakan kepada mereka: “Janganlah kamu membuat bencana dan kerosakan di muka bumi”, mereka menjawab: ” Sesungguhnya kami orang-orang yang hanya membuat kebaikan”. Surah Al-Baqarah: 11
أَلَا إِنَّهُمْ هُمُ الْمُفْسِدُونَ وَلَٰكِنْ لَا يَشْعُرُونَ
Ketahuilah! Bahawa sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang sebenar-benarnya membuat bencana dan kerosakan, tetapi mereka tidak menyedarinya. Surah Al-Baqarah: 12
2. Menuduh bodoh orang beriman
وَإِذَا قِيلَ لَهُمْ آمِنُوا كَمَا آمَنَ النَّاسُ قَالُوا أَنُؤْمِنُ كَمَا آمَنَ السُّفَهَاءُ ۗ أَلَا إِنَّهُمْ هُمُ السُّفَهَاءُ وَلَٰكِنْ لَا يَعْلَمُونَ
Dan apabila dikatakan kepada mereka: “Berimanlah kamu sebagaimana orang-orang itu telah beriman”. Mereka menjawab: “Patutkah kami ini beriman sebagaimana berimannya orang-orang bodoh itu?” Ketahuilah! Sesungguhnya merekalah orang-orang yang bodoh, tetapi mereka tidak mengetahui (hakikat yang sebenarnya). Surah Al-Baqarah: 13
3. Keras kepala dan merasa mulia berbuat dosa
وَمِنَ النَّاسِ مَنْ يُعْجِبُكَ قَوْلُهُ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَيُشْهِدُ اللَّهَ عَلَىٰ مَا فِي قَلْبِهِ وَهُوَ أَلَدُّ الْخِصَامِ
Dan di antara manusia ada orang yang tutur katanya mengenai hal kehidupan dunia, menyebabkan engkau tertarik hati (mendengarnya), dan ia (bersumpah dengan mengatakan bahawa) Allah menjadi saksi atas apa yang ada dalam hatinya, padahal ia adalah orang yang amat keras permusuhannya (kepadamu). Surah Al-Baqarah: 204
وَإِذَا تَوَلَّىٰ سَعَىٰ فِي الْأَرْضِ لِيُفْسِدَ فِيهَا وَيُهْلِكَ الْحَرْثَ وَالنَّسْلَ ۗ وَاللَّهُ لَا يُحِبُّ الْفَسَادَ
Kemudian apabila ia pergi (dengan mendapat hajatnya), berusahalah ia di bumi, untuk melakukan bencana padanya, dan membinasakan tanaman-tanaman dan keturunan (binatang ternak dan manusia; sedang Allah tidak suka kepada bencana kerosakan. Surah Al-Baqarah: 205
وَإِذَا قِيلَ لَهُ اتَّقِ اللَّهَ أَخَذَتْهُ الْعِزَّةُ بِالْإِثْمِ ۚ فَحَسْبُهُ جَهَنَّمُ ۚ وَلَبِئْسَ الْمِهَادُ
Dan apabila dikatakan kepadanya: “Bertaqwalah engkau kepada Allah” timbulah kesombongannya dengan (meneruskan) dosa (yang dilakukannya itu). Oleh itu padanlah ia (menerima balasan azab) neraka jahannam dan demi sesungguhnya, (neraka jahannam itu) adalah seburuk-buruk tempat tinggal. Surah Al-Baqarah: 206
4. Mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman
بَشِّرِ الْمُنَافِقِينَ بِأَنَّ لَهُمْ عَذَابًا أَلِيمًا
Sampaikanlah khabar berita kepada orang-orang munafik: bahawa sesungguhnya disediakan untuk mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya; Surah An-Nisa’:138
الَّذِينَ يَتَّخِذُونَ الْكَافِرِينَ أَوْلِيَاءَ مِنْ دُونِ الْمُؤْمِنِينَ ۚ أَيَبْتَغُونَ عِنْدَهُمُ الْعِزَّةَ فَإِنَّ الْعِزَّةَ لِلَّهِ جَمِيعًا
(Iaitu) orang-orang yang mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Tidaklah patut mereka (orang-orang munafik) mencari kekuatan dan kemuliaan di sisi orang-orang kafir itu, kerana sesungguhnya kekuatan dan kemuliaan itu semuanya ialah milik Allah, (diberikannya kepada sesiapa yang dikehendakiNya). Surah An-Nisa:139
5. Berhakim kepada taghut dan syaitan
أَلَمْ تَرَ إِلَى الَّذِينَ يَزْعُمُونَ أَنَّهُمْ آمَنُوا بِمَا أُنْزِلَ إِلَيْكَ وَمَا أُنْزِلَ مِنْ قَبْلِكَ يُرِيدُونَ أَنْ يَتَحَاكَمُوا إِلَى الطَّاغُوتِ وَقَدْ أُمِرُوا أَنْ يَكْفُرُوا بِهِ وَيُرِيدُ الشَّيْطَانُ أَنْ يُضِلَّهُمْ ضَلَالًا بَعِيدًا
Tidakkah engkau (hairan) melihat (wahai Muhammad) orang-orang (munafik) yang mendakwa bahawa mereka telah beriman kepada Al-Quran yang telah diturunkan kepadamu dan kepada (Kitab-kitab) yang telah diturunkan dahulu daripadamu? Mereka suka hendak berhakim kepada Taghut, padahal mereka telah diperintahkan supaya kufur ingkar kepada Taghut itu. Dan Syaitan pula sentiasa hendak menyesatkan mereka dengan kesesatan yang amat jauh. Surah An-Nisa’: 60
وَإِذَا قِيلَ لَهُمْ تَعَالَوْا إِلَىٰ مَا أَنْزَلَ اللَّهُ وَإِلَى الرَّسُولِ رَأَيْتَ الْمُنَافِقِينَ يَصُدُّونَ عَنْكَ صُدُودًا
Dan apabila dikatakan kepada mereka: “Marilah berhakim kepada hukum Al-Quran yang telah diturunkan oleh Allah dan kepada hukum Rasulullah,” nescaya engkau melihat orang-orang munafik itu berpaling serta menghalang (manusia) dengan bersungguh-sungguh daripada menghampirimu. Surah An-Nisa’: 61
6. Membuat kekacauan di barisan kaum muslimin
لَوْ خَرَجُوا فِيكُمْ مَا زَادُوكُمْ إِلَّا خَبَالًا وَلَأَوْضَعُوا خِلَالَكُمْ يَبْغُونَكُمُ الْفِتْنَةَ وَفِيكُمْ سَمَّاعُونَ لَهُمْ ۗ وَاللَّهُ عَلِيمٌ بِالظَّالِمِينَ
Kalaulah mereka keluar bersama kamu, tidaklah mereka menambahkan kamu melainkan kerosakan, dan tentulah mereka segera menjalankan hasutan di antara kamu, (dengan tujuan) hendak menimbulkan fitnah (kekacauan) dalam kalangan kamu; sedang di antara kamu ada orang yang suka mendengar hasutan mereka. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui akan orang-orang yang zalim. Surah At-Taubah: 47
7. Menyuruh yang mungkar dan melarang orang berbuat baik
الْمُنَافِقُونَ وَالْمُنَافِقَاتُ بَعْضُهُمْ مِنْ بَعْضٍ ۚ يَأْمُرُونَ بِالْمُنْكَرِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمَعْرُوفِ وَيَقْبِضُونَ أَيْدِيَهُمْ ۚ نَسُوا اللَّهَ فَنَسِيَهُمْ ۗ إِنَّ الْمُنَافِقِينَ هُمُ الْفَاسِقُونَ
Orang-orang munafik lelaki dan perempuan, setengahnya adalah sama dengan setengahnya yang lain; mereka masing-masing menyuruh dengan perbuatan yang jahat, dan melarang dari perbuatan yang baik, dan mereka pula menggenggam tangannya (bakhil kedekut). Mereka telah melupakan (tidak menghiraukan perintah) Allah dan Allah juga melupakan (tidak menghiraukan) mereka. Sesungguhnya orang-orang munafik itu, merekalah orang-orang yang fasik. Surah At-Taubah: 67
8. Khianat dan tidak menepati janji
فَلَمَّا آتَاهُمْ مِنْ فَضْلِهِ بَخِلُوا بِهِ وَتَوَلَّوْا وَهُمْ مُعْرِضُونَ
Kemudian setelah Allah memberi kepada mereka dari limpah kurniaNya, mereka bakhil dengan pemberian Allah itu, serta mereka membelakangkan janjinya; dan sememangnya mereka orang-orang yang sentiasa membelakangkan (kebajikan). Surah At-Taubah: 76
فَأَعْقَبَهُمْ نِفَاقًا فِي قُلُوبِهِمْ إِلَىٰ يَوْمِ يَلْقَوْنَهُ بِمَا أَخْلَفُوا اللَّهَ مَا وَعَدُوهُ وَبِمَا كَانُوا يَكْذِبُونَ
Akibatnya Allah menimbulkan perasaan munafik dalam hati mereka (berkekalan) hingga ke masa mereka menemui Allah, kerana mereka telah memungkiri apa yang mereka janjikan kepada Allah dan juga kerana mereka sentiasa berdusta. Surah At-Taubah:77
9. Mengajak meninggalkan jihad
فَرِحَ الْمُخَلَّفُونَ بِمَقْعَدِهِمْ خِلَافَ رَسُولِ اللَّهِ وَكَرِهُوا أَنْ يُجَاهِدُوا بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنْفُسِهِمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَقَالُوا لَا تَنْفِرُوا فِي الْحَرِّ ۗ قُلْ نَارُ جَهَنَّمَ أَشَدُّ حَرًّا ۚ لَوْ كَانُوا يَفْقَهُون
Orang-orang (munafik) yang ditinggalkan (tidak turut berperang) itu, bersukacita disebabkan mereka tinggal di belakang Rasulullah (di Madinah); dan mereka (sememangnya) tidak suka berjihad dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah (dengan sebab kufurnya), dan mereka pula (menghasut dengan) berkata: “Janganlah kamu keluar beramai-ramai (untuk berperang) pada musim panas ini”. Katakanlah (wahai Muhammad): “Api neraka Jahannam lebih panas membakar”, kalaulah mereka itu orang-orang yang memahami. Surah At-Taubah: 81
Keruntuhan sesebuah tamadun atau bangsa selalu berkait dengan peranan pengkhianat atau musuh di dalam selimut. Walaupun golongan ini sentiasa menyembunyikan karakter mereka namun kita akan dapat mengetahuinya daripada sifat-sifat ini. Sifat-sifat ini amat penting agar kita berwaspada terhadap golongan ini selain tidak terpengaruh dan turut sama melakukan apa yang dilakukan oleh golongan munafik.
Ustaz Mus’ab Norkefli
Sarjana Muda Syariah Universiti Al-Azhar Mesir
Sarjana Syariah Universiti Malaya
Friday, November 04, 2022
PANAS POLITIK
Saturday, October 22, 2022
KERJA DAKWAH YG HILANG
Kerja Dakwah Yang Hilang
Saya ingin mengimbas satu program yang diberi nama Konvensyen Nasional anjuran Persatuan Ulama Malaysia (PUM) dan JAIS atas tajuk Islam dan Islamisasi Di Malaysia berlangsung empat tahun lalu di Shah Alam. Saya merasakan ia sangat relevan dengan objektif pertandingan tulisan ini, untuk sedikit sebanyak mengocak iman kita yang mungkin terlena kepada segala permaslahatan ummah yang berlaku di dalam negara kita khasnya dan di serata dunia amnya. Wacana ilmu yang sungguh intelek dan bermutu tinggi dengan pembentangan 13 kertas kerja oleh tokoh-tokoh akademik dan pentadbiran yang hebat belaka. Sewajarnya program sebegini lebih mendapat sambutan hangat oleh para pencinta ilmu, perisau maslahan ummat, dan pemikir semua. Acara dimalam terakhir atas tema Umara dan Ulama sempena penyampaian watiqah ahli kehormat PUM juga diadakan. Dato Menteri Besar Selangor hadir dan menyampaikan ucapan yang mantap dan bersemangat.
Syarahan perdana bertajuk, ‘Islam: Politik dan Perpaduan Ummah’ oleh Prof Emeritus Datuk Dr Mahmood Zuhdi Ab Majid merangkap pengerusi Majlis Dakwah Negara, telah menghangatkan suasana dan mencelik mata sekelian yang hadir di majlis makan malam itu. Prof menceritakan sejarah politik negara, naratif perbalahan dan perpecahan, hinggalah kepada harapan perpaduan ummah, agar umara dan ulama’ saling berhubung dan berpaut supaya politik tidak lagi jadi pemecah tapi penyatu. Di suasana negara kita dan dunia yang dilingkungi musuh-musuh islam, matlamat terakhir mestilah untuk menegak Agama Allah. Antara masalah kita ada tiga iaitu jahil, taksub dan tiada adab. Maka kembalilah kepada ilmu. Membudaya ilmu dalam masyarakat dan jaga adab. Fahami ilmu secara mendalam hingga ke dasar, barulah bisa mencapai mutiaranya. Ilmu yang datar sekadar melahirkan pimpinan yang palsu. Taksub kepada yang palsu bisa mengundang rebah.
Dakwah adalah satu kerjaya. Kerja siapa? Kerja saya, kerja anda, kerja kita semua yang mengaku ummat Nabi. Dakwah kerja utama Nabi sepanjang hayatnya. Dakwah kerja utama para sahabat sepanjang zaman mereka. Kerja utama para ambiya, dan alim ulama selepas mereka, hingga Islam berkembang luas ke serata alam termasuklah ke kampung kita di bumi Malaysia ini. Islam itu agama fitrah. Islam itu satu-satunya agama yang Allah Pencipta Manusia iktiraf. Thats the Truth. Itulah hakikat sebenar. Maka kerja dakwah iaitu mengajak manusia kepada agama fitrah, mengajak manusia taat kepada Allah itu menjadi satu kerja saya, anda dan kita semua. Tiada pengecualian. Kerja dakwah juga adalah satu proses yang panjang. Semua kita wajar menyumbang kepada proses itu, termasuklah mencetus fikir. Trigger to think. Asas utama ialah kita menyembah Allah, bukan menyembah makhluk Allah. We worship The Creator, not His creation. Tell the Truth. Nothing but The Truth. Kena berani menegak sesuatu yang hak.
Islam itu agama yang benar dan suci. Nampakkan islam itu dipraktik dalam kehidupan. Kita tidak mahu islam diceramahkan semata atau diretorikkan. Sudah terlalu banyak kecelaruan, kemajmukan, kekucarkaciran atau disruption yang berlaku termasuklah dimedia baru yang wujud atas nama anonimiti, borderless, keyboard warrior atau multiple personality. Maka usaha tegar dan efisyen mestilah ada untuk counter keadaan ini. Ambil peluang masuk ke platform media baru dengan content kemurnian islam. Arusperdanakan islam yg sebenar. Kejayaan dan kebahagiaan itu hanya ada dengan Agama. Sebatikan diri dengan Agama. Insya-Allah manusia akan menggarap kecemerlangan yang sebenar bukan sekadar di dunia yang fana, tetapi melangkaui ke alam akhirat yang kekal abadi. Jazakallah.
*****
Penulis Hisham AR pemegang ijazah dari USA, adalah seorang pemerhati dan pemikir yang meminati tulisan dan diskusi intelek, duduk dalam majlis-majlis ilmu dan berkongsi pula ilmu yang didapati itu kepada masyarakat banyak terutama melalui pelbagai media termasuklah coretan-coretan santai di blog, facebook, buku dan grup-grup WA. Dengan harap ilmu yang dikongsikan termasuk dalam kategori ilmu bermanfaat yang punyai nilai sebagai saham akhirat.
Thursday, September 08, 2022
DOA LEPAS SOLAT
Tuesday, August 16, 2022
PRU IS COMING
ISU PENDIDIKAN
Saya terbaca sebuah posting yg sangat baik yg berupa luahan rasa seorg guru yg dedikasi perihal sistem pendidikan di sekolah yg sudah acap k...
-
Doa selepas solat ini boleh di hafal dan di amalkan. Terjemahan pun disertakan. Kalau dapat amal dan faham makna apa yg di doakan, maka lebi...
-
MAULIDUR RASUL Maulidur Rasul pada setiap tahun ialah pada 12 Rabi 'ul-Awwal. Apakah Pandangan Syariat berkaitan sambutan Maulidur Rasul...
-
Alhamdulillah setelah berjinak-jinak dengan jamaah tabligh buat beberapa lama, maka saya berpeluang keluar 3 hari mewaqafkan diri ke jala...