Kalau rajin menghadiri majlis2 ilmu yang di adakan di masjid saban malam ikhlas kerana Allah bukan kerana niat lain maka Allah akan bagi ilmu, inshaaAllah.
Ilmu yang kita dapat kena fahami dan diberi kekuatan untuk diamalkan dan di sebar luaskan ke serata alam. Asbab hidayah Allah akan timbul rasa cinta pada ilmu dan terasa kekosongan dan kegusaran bila gagal ke majlis ilmu.Hukum menuntut ilmu adalah wajib.
Imam Shafi'i R.A. berkata, "Menuntut ilmu itu lebih utama dari solat sunat." Usah gusar banyaknya majlis ilmu yang bercambah dan bertaburan. Yang kita risau kat kampung2 yg majlis ilmunya jarang2 dan tidak mendapat sambutan. Maka umat kekal jahil.
Namun kemanisan menuntut ilmu itu hanya akan lahir dari iltizam yg jelas dan hati yg ikhlas. Ia tidak boleh di paksa2. Bila sudah jatuh cinta, hati meronta-ronta untuk hadir ke majlis ilmu. Terasa kehilangan yg besar bila tidak bertemu dengan nya.
Begitu juga para daei dan asatizah penyampai ilmu, mestilah nawaitu kerana Allah dengan hati tulus ikhlas, barulah ada ruh dalam penyampaian, dan mendatangkan manfaat hendaknya. Segala imbuhan atau saguhati duniawi adalah bonus daripada Allah.
"Pakcik malas nak pi Masjid dengar ceramah sebab depa dok sibuk campur hal politik," antara alasan yang diberikan oleh seoarang Pakcik yang saya bersembang dengannya.
Menyentuh persepsi ini dalam masyarakat terutamanya di kampung, Ustaz ada menerangkan bahawa politik dan agama tidak boleh dipisahkan. Memisahkan agama dengan politik adalah kejayaan besar faham sekular untuk memberi kefahaman yang salah.
Bukankah kita sudah faham bahawa Islam itu ialah satu cara hidup yang lengkap, menyeluruh, dan sempurna yang di redhai Allah? Maka sudah tentu politik adalah termasuk dalam cara hidup itu. Mana mungkin kita mahu pisahkan politik daripada agama?
Maka ada kelompok ustaz dan pengikut mereka yang menolak terus dalam membicarakan soal politik seolahnya politik itu benar2 terpisah daripada agama.
Ada ustaz yang berkelulusan luar negara seolahnya terus ingin menerapkan metodologi amalan masyarakat dan apa yang mereka pelajari di sana terus ke dalam masyarakat di Malaysia ini. Penumpuan mereka hanya pada penyucian hati dan fokus kepada peningkatan amalan. Kena fahami suasana setempat.
Sepatutnya ia saling berkaitan soal tumpuan kepada amalan dan penguat kuasaan kerajaan memerintah. Benda siasah jangan buat main-main. Fahami suasana.
Setiap nyalaan api dosa akan menghitamkan hati pemiliknya. Jaga hati agar tidak jadi berpenyakit dan rusak dengan dosa hingga ke peringkat kronik buta hati.
Kalau benar kita ini mengikut sunnah Nabi maka sudah tentu kita tidak menolak soal pilitik dalam Islam. Bahkan Nabi di perintah Allah untuk berhijrah ke Madinah demi untuk menegakkan sebuah negara Islam bagi menguatkuasakan segala perundangan dan syariaat Islam dalam negara. Mana mungkin ia berlaku jika tampuk pemerintahan masih di tangan orang lain?
Di sana Nabi telah mengembangkan dakwah Islam dan mengutuskan surat kepada ketua kerajaan2 besar pada masa itu seperti Rom dan Parsi menyeru mereka kepada Islam. Pabila jajahan negara Islam terus berkembang maka dilantik para gabenor dan duta2 untuk mewakili Khalifah di negara2 berkenaan. Ini jelas menunjukkan politik adalah sebati dengan Islam.
Justru menjadi tanggung jawab dan amanah kita semua sebagai orang yang beriman untuk azam istiqamah berjuang bersama Islam. Parti politik hanyalah wadah perjuangan bukan matlamat. Pandangan yang menyatakan ulama' bukan milik parti politik ialah ucapan yang nampak betul tapi bathil sifatnya. Kalau ulama' tinggalkan politik, kamu nak suruh siapa memimpin? Panda? Kalau benar kamu cinta rasul maka tegakkan sunnah terbesar Rasulullah iaitu menegakkan negara Islam di bumi Allah ini.
Ada Nabi2 yang di beri kerajaan oleh Allah untuk di perintah seperti Nabi Daud, Nabi Sulaiman dan Nabi Muhammad. Ada juga Nabi yang tiada kerajaan tetapi di beri jawatan dalam kerajaan seperti Nabi Yusof sebagai menteri kewangan. Nabi Musa tiada kerajaan tetapi bangkit menentang kuasa politik yang zalim, bagi menukar kerajaan Firaun dengan kerajaan yang adil. Tolong fahami suasana. Soal siasah jangan dibuat main-main. Menegakkan negara Islam adalah sunnah terbesar.
Malah perhentian pertama dalam perjalan Israq Nabi itu sendiri ialah di negeri Yathrib, sebagaimana yang di khabarkan kepada Nabi oleh Jibril bahawa kamu akan di perintah Allah untuk ke Yathrib tidak berapa lagi untuk menegakkan sebuah negara Islam. Sebuah perhentian politik yang menunjukkan penting nya soal siasah politik ini dalam Islam.
Nabi merupakan ketua pembangkang selama 13 tahun di Mekah. Setelah berhijrah ke Madinah, baginda menjadi ketua kerajaan memerintah Negara Islam pertama di dunia.
Siapa yang mengeluarkan fatwa untuk kepungan ke rumah Nabi? kalau bukan daripada pemimpin sebuah kerajaan jahiliyah yang berstruktur di Mekah. Justru politik dan agama dipisah jangan. Fikrah biar jelas supaya jalan perjuangan juga jelas menuju redha Illahi.
Politik dan Agama adalah satu ikatan yang kuat. Sokongan orang beriman ialah kepada perjuangan yang mahukan Islam itu tertegak di Malaysia ini iaitu Islam yang bisa memerintah, bukan Islam yang diperintah mengikut kesesuain hawa nafsu manusia.
Bukan Islam di ambil apa yang dirasakan sesuai dan meninggalkan bahagian yang dirasa membebankan atau merugikan nafsu serakah sindrom cinta dunia takut mati itu. Istiqamah dalam perjuangan Islam. Fahami suasana. Politik dan Agama di pisah jangan.
@@@
Life is about choices. You can be negative or positive, it is up to you. We can always view things in various perspective. My way of seeing things may not be the same as yours. My School Of Tots is my inner feeling straight from my heart with a little help from my brain and my little fingers.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ISU PENDIDIKAN
Saya terbaca sebuah posting yg sangat baik yg berupa luahan rasa seorg guru yg dedikasi perihal sistem pendidikan di sekolah yg sudah acap k...
-
Doa selepas solat ini boleh di hafal dan di amalkan. Terjemahan pun disertakan. Kalau dapat amal dan faham makna apa yg di doakan, maka lebi...
-
MAULIDUR RASUL Maulidur Rasul pada setiap tahun ialah pada 12 Rabi 'ul-Awwal. Apakah Pandangan Syariat berkaitan sambutan Maulidur Rasul...
-
Alhamdulillah setelah berjinak-jinak dengan jamaah tabligh buat beberapa lama, maka saya berpeluang keluar 3 hari mewaqafkan diri ke jala...
No comments:
Post a Comment