Undang-undang Islam membahagikan jenayah kepada tiga pembahagian utama berasaskan kepada hukuman yang dikuatkuasakan, iaitu seperti berikut:
- Qisas dan diyat iaitu hukuman berkaitan dengan hak individu mangsa atau walinya. Umpamanya setelah hakim mendapati seseorang itu bersalah kerana membunuh, wali mereka boleh memilih samada untuk meneruskan hukuman qisas atau menggantikannya dengan diyat atau memaafkannya.
- Hudud iaitu hukuman yang berkaitan dengan hak Allah yang telah ditetapkan dengan jelas di dalam al-Quran dan Sunnah. Hudud melibatkan kesalahan zina, qazaf, mencuri, hirabah, minum arak, dan murtad. Hukuman hudud ini kekal dan tidak boleh diubah sehingga hari kiamat.
- Ta’zir iaitu hukuman selain dari hudud dan qisas. Hukuman bagi kesalahan dibawah qisas ini ditentukan oleh pemerintah atau hakim sesuai dengan suasana, penjenayah, kesalahan dan faktor lain.
Dalil perintah puasa Ramadan ialah di Surah al-Baqarah ayat 183. "Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa."
Undur 5 baris ke belakang kita akan jumpa dalil hukum Qisas iaitu di ayat 178. "Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan kamu menjalankan hukuman "Qisas" (balasan yang seimbang) dalam perkara orang-orang yang mati dibunuh iaitu: orang merdeka dengan orang merdeka, dan hamba dengan hamba, dan perempuan dengan perempuan. Maka sesiapa (pembunuh) yang dapat sebahagian keampunan dari saudaranya (pihak yang terbunuh), maka hendaklah orang yang mengampunkan itu) mengikut cara yang baik (dalam menuntut ganti nyawa), dan (si pembunuh pula) hendaklah menunaikan bayaran ganti nyawa itu) dengan sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah suatu keringanan dari Tuhan kamu serta suatu rahmat kemudahan. Sesudah itu sesiapa yang melampaui batas (untuk membalas dendam pula) maka baginya azab seksa yang tidak terperi sakitnya."
Kedua-duanya perintah Allah. Kita laksanakan perintah Allah perihal puasa Ramadan tapi tidak ambil pot perihal perintah Allah supaya melaksanakan hukum Qisas.
Ini sudah menjadi kes pilih kasih atau perlaksanaan berpilih ikut selera akal dan nafsu atas alasan kena KIV dulu sebab tidak ready. Sedangkan usha untuk menjadi ready itu, tidak ada pun. Umpamanya kita akan laksanakan Hudud di negara kita pada tahun 2020, maka mulai hari ini selama 6 tahun kita akan giatkan pendidikan, kesedaran, penerangan dan penyediaan infra untuk perlaksanaannya. Ada kita ambil tindakan itu? Tidak. Jadi seolahnya tiada niat pun untuk melaksanakan nampaknya. Kerana bila tiba tahun 2020 nanti, jawaban yang sama akan keluar iaitu, "Kita tidak ready."
Maka jika mahu di KIV hukum Qisas ini, kalau ikut akalnya elok bebenau di KIV dulu hukum puasa Ramadan itu. Kenapa? Kerana ibadah puasa Ramadan melibatkan semua umat Islam yang cukup syarat untuk puasa, sedangkan hukum Qisas itu untuk di hukum kepada kelompok penjenayah sahaja. Jika anda bukan penjenayah, apa yang perlu dirisaukan?
Bahkan hukum Allah ini bersifat mencegah bukan menghukum. Hikmahnya ialah ia bisa melahirkan rasa gerun dan takut di kalangan umat manusia. Sesungguhnya hanya Allah yang Maha Pencipta itulah yang menguasai segala rahsia manusia dan mahir dan arif cara untuk mengawal mereka. Apatah lagi ia bakal mensejahterakan seluruh masyarakat kerana kadar jenayah akan terkawal.
Sultan Hassanal Bolkiah mengumumkan pelaksanaan hukum hudud fasa pertama bermula hari ini. "Dengan rasa rendah diri dan bersyukur kepada Allah SWT ingin diumumkan bahawa pelaksanaan hukum hudud fasa pertama akan bermula , 1 Mei 2014 dan fasa berikutnya akan dilaksana secara berperingkat," katanya dalam ucapan, hari ini. Pelaksanaan hukum hudud termasuk hukum sebatan, memotong anggota badan dan rejam sampai mati akan dibuat secara berperingkat dari semasa ke semasa berdasarkan jenis jenayah yang dilakukan.
Hukuman hudud adalah hukuman yang telah ditentukan dan ditetapkan Allah S.W.T di dalam Al-Quran dan Hadis. Hukuman hudud ini adalah hak Allah S.W.T yang bukan sahaja tidak boleh ditukar ganti hukumannya atau diubahsuai atau dipinda malah tidak boleh dimaafkan oleh sesiapapun di dunia ini. Mereka yang melanggar ketetapan hukum Allah yang telah ditentukan oleh Allah S.W.T dan RasulNya adalah termasuk dalam golongan orang yang zalim.
Firman Allah S.W.T yang bermaksud: "Dan sesiapa yang melanggar aturan-aturan hukum Allah maka mereka itulah orang-orang yang zalim." (Surah Al-Baqarah, ayat 229)
Siapa kita untuk menidakkan hukum Allah? Hukum Hudud bukan pilihan tetapi satu kemestian. Satu kewajiban bukan satu keharusan. Mahu KIV Hudud atau tidak mahu laksanakan hudud? Sesungguhnya manusia hanya menzalimi diri sendiri. Usah pandai mencari alasan. Tepuk dada tanya iman.
@@@
Bahkan hukum Allah ini bersifat mencegah bukan menghukum. Hikmahnya ialah ia bisa melahirkan rasa gerun dan takut di kalangan umat manusia. Sesungguhnya hanya Allah yang Maha Pencipta itulah yang menguasai segala rahsia manusia dan mahir dan arif cara untuk mengawal mereka. Apatah lagi ia bakal mensejahterakan seluruh masyarakat kerana kadar jenayah akan terkawal.
Sebarang usaha menghalang hudud ialah usha untuk menidakkan hak Allah sebenarnya. Tidak peliklah kalau orang non-muslim seperti di kelompok DAP dan MCA begitu menentang perlaksanaannya, kerana segala propoganda negatif yang dipaparkan semua pihak tanpa penerangan sebenar yang jelas.
Namun yang pelik sebenarnya ialah umat Islam sendiri pula cuba menghalang perlaksanaannya malah memperlekehkannya pula dengan pelbagai andaian, tanpa sedar ia bisa mengundang padah tergelincir menjadi syirik dan murtad sebenarnya.
Namun yang pelik sebenarnya ialah umat Islam sendiri pula cuba menghalang perlaksanaannya malah memperlekehkannya pula dengan pelbagai andaian, tanpa sedar ia bisa mengundang padah tergelincir menjadi syirik dan murtad sebenarnya.
Sultan Hassanal Bolkiah mengumumkan pelaksanaan hukum hudud fasa pertama bermula hari ini. "Dengan rasa rendah diri dan bersyukur kepada Allah SWT ingin diumumkan bahawa pelaksanaan hukum hudud fasa pertama akan bermula , 1 Mei 2014 dan fasa berikutnya akan dilaksana secara berperingkat," katanya dalam ucapan, hari ini. Pelaksanaan hukum hudud termasuk hukum sebatan, memotong anggota badan dan rejam sampai mati akan dibuat secara berperingkat dari semasa ke semasa berdasarkan jenis jenayah yang dilakukan.
Firman Allah S.W.T yang bermaksud: "Dan sesiapa yang melanggar aturan-aturan hukum Allah maka mereka itulah orang-orang yang zalim." (Surah Al-Baqarah, ayat 229)
Siapa kita untuk menidakkan hukum Allah? Hukum Hudud bukan pilihan tetapi satu kemestian. Satu kewajiban bukan satu keharusan. Mahu KIV Hudud atau tidak mahu laksanakan hudud? Sesungguhnya manusia hanya menzalimi diri sendiri. Usah pandai mencari alasan. Tepuk dada tanya iman.
@@@
No comments:
Post a Comment