Rasa saya satu pembelian yg sangat berbaloi untuk sebuah buku cantek setebal 437 mukasurat yang padat fakta dengan persembahan yang moden dan diseliti gambar2 yang berwarna warni. Alhamdulillah setelah fokus membacanya selama tiga hari, saya telah berjaya menkhatamkannya.
Ia sesuai dengan konsep buku travelog dan kembara yang merangkumi bukan sekadar pengembaraan akademik tetapi juga aspek ukhuwwah, tarbiyyah, mehnah, keringat dan air mata untuk memertabatkan disiplin sejarah berjaya di tonjolkan dengan bijak. Buku ini terhasil antaranya bagi menyempurnakan pengajian Sarjana Pengajian Islam Ustaz Hasrizal di UKM.
Kembara menjejak Imam Birgivi adalah wasilah yang menyediakan sebuah pengembaraan, mencari pengertian tentang tokoh yang telah mati, tetapi kematiannya tidak mematikan diri. Imam Birgivi ialah tokoh penting Daulah Uthmaniah Abad ke-16. Nama sebenar beliau ialah Muhammad bin Pir Ali al-Birkawi.
Tidak semua gemar penceritaan dalam buku ini mungkin kerana elemen subjek sejarah yang acap kali memboringkan juga. Namun bagi saya ia sesuatu yang menarik dengan gaya penyampaian santai trademark Ustaz Hasrizal dan tidak streotype atau begitu predictable.
Kembara menjejak Imam Brigivi di bumi Turki ini menjadi satu resepi yang sedap, penuh rasa, adunan bahan bermutu, dengan pelbagai perencahnya. Penceritaan yang kadang2 agak akademik dengan penonjolan pelbagai watak dan nama-nama yang begitu asing seperti Mahmed Kadizade, Necmettin Erbakan, Suleyman Hilmi Tunahan, dan Yavuz Sultan Selim.
Di garap pula dengan pengalaman silam ustaz hidup di Turki dan penemuan dengan sahabat2 lama beliau di era Universiti yang kini sudah memegang pelbagai jawatan penting di serata Turki.
Selitan cerita arwah Ahmad Ammar yang memberi impak besar kepada Malaysia dan Turki juga mendapat tempat di dalam buku ini. Tentu kita semua masih ingat video Youtube pengebumian almarhum mencecah lebih sejuta penonton hanya dalam jangka masa seminggu dua. Dua bab dedikasi untuk cerita Ammar ini di hujung naskah dapat kita ikuti.
Apa yang menarik pabila Ustaz Hasrizal melihat Ammar sebagai memiliki tiga keunikan ini:
- Seorang yang sangat ikhlas - iaitu bahagian yang paling sukar untuk diungkap, sesuatu yang tidak dilihat, tetapi kuat dirasa. Tidak nampaknya ia, kerana itulah hakikat sebuah ikhlas.
- Tidak mengambil jalan pintas untuk berdakwah - Ammar sentiasa berdakwah dengan dirinya, mungkin tanpa beliau sedari. Namun sasaran Ammar untuk berdakwah dan berbakti kepada ummah adalah dengan asas Ilmu. Dia mencari ilmu dan bukan sebarang ilmu, iaitu ilmu yang diyakini penting, tulen, dan cukup dukungannya di sebuah negeri bernama Turki.
- Sosial yang berjaya - arwah bukan seorang nerd, bukan geek. Dia pelajar cemerlang SPM, rajin membaca, tetapi tidak timid. Dia berkarisma, insan normal, yang menjadi abang long kepada rakan2nya di Turki.
Buku ini keluaran Karya Bestari, grup Karangkraf Sdn Bhd. Tampak kelainan yang segar dan ketara dari segi persembahan konten dan cover buku yang begitu attractive. Buku2 Ustaz Hasrizal sebelum ini di terbitkan oleh Galeri Ilmu Sdn Bhd.
Antara tajuk2 menarik ialah:
- Fatih: Ukhwah Bertaut Kembali
- Masjid Imam Birgivi Tempat Ku Berdiri
- Birgivi: Terfitnah Oleh Umat Yang Culas Merajuk
- Birgi: Menyingkap Cerita Di Liputan Masa
- Ankara: Murshid, Murabbi, Ukhuwah Dan Mahabbah
- Taubat Seorang Travegelist Muslim
- Syeikh Yasin Daradukah Dalam Kenangan
- Arkeologi Membekal Dalil Sunnatullah
- Suleyman Hilmi Tunahan: Pendidikan Adalah Jihad
- Mu'arrikhun: Membumikan Ilmu Sejarah Di Gelanggan Ummah
- Ahmad Ammar: Antara Tadbir Insani Dan Takdir Ilahi
"Harimau mati meninggalkan belang. Manusia mati meninggalkan nama. Ulama pergi meninggalkan ilmu pengetahuan, untuk umat terus bernafas dalam Tauhid dan Sunnah Nabi Junjungan." - m/s 310
"...Renungi keadaan hatimu, kiblatkan ia kepada kebenaran. Pelihara kejernihannya, kekalkan ia dalam ketenteraman. Dengan yang demikian itu, engkau tidak akan terpesong menjauhi dirimu yang hakiki..." -Imam Birgivi (1573M)
@@@
1 comment:
TQ Mona Ali for your comment. Hope you mean well...jazakallah.
Post a Comment