Thursday, May 29, 2014

Ciri Orang Beriman

Saya berpeluang mengikuti sebuah kuliah pimpinan Ust Fazlur Rahimi di Masjid As Salam pada minggu lalu. Ustaz memulakan dengan membacakan sepotong ayat al-Qur'an daripada Surah At-Taubah ayat 112 yang bermaksud: "(Mereka itu ialah): Orang-orang yang bertaubat, yang beribadat, yang memuji Allah, yang mengembara (untuk menuntut ilmu dan mengembangkan Islam), yang rukuk, yang sujud, yang menyuruh berbuat kebaikan dan yang melarang daripada kejahatan, serta yang menjaga batas- batas hukum Allah. Dan gembirakanlah orang-orang yang beriman (yang bersifat demikian)."

Ada lapan ciri orang2 yang beriman iaitu:

Pertama, sentiasa bertaubat kepada Allah. Hakikatnya kita ini semua banyak dosa, samada kita tahu atau [un tidak tahu, sedar atau separa sedar. Hatta yang maksum itu pun beristghfar sebanyak 70 kali setiap hari, mengikut setengah riwayat 100 kali sehari. Walhal Nabi ini confirm masuk syurga. maka apatah sangat kita ini yang bergelumang dengan dosa siang dan malam. Maka ciri orang beriman ialah menyedari hakikat diri yang banyak dosa dan sentiasa bertaubat. Nabi nak ajar kita supaya bertaubat. Bertaubat sebagai satu perkara yang wajib. Menangguh taubat merupakan suatu dosa.

Kedua, ahli ibadah atau abid. Orang beriman mestilah kuat beribadah kepada Allah. Setiap yang fardu dilaksanakan. Seterusnya menambah amalan2 yang sunat.

Nabi SAW telah menunjukkan contoh yang hebat dalam melaksanakan ibadah sunat. Nabi bangun malam untuk solat malam sehingga bengkak2 kaki Baginda dek terlalu lamanya berdiri melakukan solat malam dan bermunajat kepada Allah. "Apa salah aku jadi hamba yang bersyukur kepada Allah SWT?" jawab Nabi pabila di tanya oleh isterinya Aisyah perihal kenapa beliau begitu bersungguh beribadah walhal Allah telah menjamin syurga. 

Ibadah yang sedikit tetapi istiqamah itulah yang paling disukai oleh Allah dan Rasul-Nya. Lawan kepada istiqamah ialah al-futur iaitu melaksanakan ibadah separuh jalan sahaja. Time hangat dia buat time sejuk dia tinggalkan, ibarat pepatah hangat-hangat taik ayam. 

Apakah sebab terjadi begitu? Kerana kita ini suka tergopoh-gapah melakukan semua ibadah sunat. Cara atau kaedah yang tidak tepat. Terlalu banyak yang hendak dilakukan sekali gus, akhirnya semua terhenti serentak. Ibarat lari laju lalu terlanggar lubang lalu terus jatuh tergolek tidak dapat bangun lagi. Yang disukai Allah ialah walaupun sedikit tetapi berterusan melakukannya.

Ketiga, sentiasa memuji Allah. Sangat bersyukur pada Allah. Berterusan mendapat nikmat Allah. Tidak terkira akan segala nikmat Allah yang banyak. Maka menyedari hakikat ini, bersyukur lantas memuji Allah. Sesungguhnya taqwa itu sentiasa ingat Allah tidak lupa, taat Allah tidak durhaka, dan syukur kepada Allah, tidak kufur.

Keempat, mengembara cari pengalaman dan menyebar dakwah Islam. Kena turun padang bercampur dengan masyarakat. Ada orang yang tidak mahu terlibat dengan politik, hanya mahu tumpukan pada penyucian hati dan penumpuan kepda ibadah2 khusus. Cogankata "Politik Itu Kotor" di cipta oleh musuh2 Islam dan mereka berjaya mengabui mata ramai orang Islam.Jihad yang paling utama ialah politik Islam bagi menegakkan Islam sebagai pemerintah bukan Islam untuk diperintah. Mengembaralah untuk melihat alam ini dan faham Agama, faham suasana dan melihat kebesaran dan kekuasaan Allah.

Kelima ialah orang beriman ini rukuk kepada Allah. Iaitu patuh dan taat kepada perintah Allah dan Rasul-Nya. Keenam, ialah orang beriman ini mestilah sujud kepada Allah SWT. Iaitu tidak pernah syirik kepada Allah. Bergantung harap semata-mata kepada Allah dan tidak bergantung harap kepada makhluk. Yang ketujuh, amal makruf nahi munkar. Menyuruh berbuat kebaikan dan menegah perbuatan mungkar.

Antara lima aku janji dalam bai'ah aqabah antara wakil penduduk Madinah dengan Rasulullah sebelum peristiwa Hijrah ialah mereka mesti dengar dan taat kepada Allah dan Rasul setiap masa, tika malas atau rajin. Infaq untuk Islam tika susah atau senang. Amal makruf nahi mungkar. Istiqamah berjuang menegak agama walau di cela atau di tentang. Dan yang kelimanya, membantu Nabi SAW dan mempertahankan Nabi seperti mereka mempertahankan diri, isteri dan anak2 mereka sendiri. Maka balasan syurga lah kamu, kata Nabi.

Ciri-ciri orang beriman yang kelapan ialah memelihara hukum2 Allah. Berusha untuk menegakkan sistem perundangan Islam, ekonomi Islam, pendidikan islam, dan syariat Islam seluruhnya. Jangan sekali menentang kerana orang yang menentang atau menghalang adalah termasuk dalam gilongan yang khianat dan melanggar ikrar syahadah mereka.

Sebagai konklusi terapkanlah kelapan-lapan ciri orang beriman sebagaimana kita bincangkan di atas agar supaya bisa meletakkan diri kita ini sebagai orang yang beriman. Bukan sekadar mendapat nikmat Islam dan iman secara warisan turun temurun semata. 

Yang utama ialah memahami amanah dan tanggung jawab sebagai orang yang mengaku orang beriman. Jangan tertipu oleh habuan dunia yang sementara. Jangan terperangkap dengan budaya takut mati dan budaya cinta dunia. Sesungguhnya mati itu pasti. Alam kubur itu pasti. Alam mahsyar itu pasti. Alam mizan itu pasti. Alam sirat itu pasti. Syurga dan Neraka itu pasti. 

Syaaban sudah menggamit datang. Istiqamah dalam amal soleh, insyaAllah. Sedikit tetapi berterusan, itu adalah lebiah baik. Hidup positif demi Akhirat yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Semoga bila Ramadan tiba nanti, kita sudah cukup 'stretching', warm-up dan latihan untuk go all out dalam amal soleh dan mencari kemenangan hakiki untuk bonus Akhirat.

@@@

Tuesday, May 27, 2014

Politik dan Agama

Kalau rajin menghadiri majlis2 ilmu yang di adakan di masjid saban malam ikhlas kerana Allah bukan kerana niat lain maka Allah akan bagi ilmu, inshaaAllah. 

Ilmu yang kita dapat kena fahami dan diberi kekuatan untuk diamalkan dan di sebar luaskan ke serata alam. Asbab hidayah Allah akan timbul rasa cinta pada ilmu dan terasa kekosongan dan kegusaran bila gagal ke majlis ilmu.Hukum menuntut ilmu adalah wajib. 

Imam Shafi'i R.A. berkata, "Menuntut ilmu itu lebih utama dari solat sunat." Usah gusar banyaknya majlis ilmu yang bercambah dan bertaburan. Yang kita risau kat kampung2 yg majlis ilmunya jarang2 dan tidak mendapat sambutan. Maka umat kekal jahil.

Namun kemanisan menuntut ilmu itu hanya akan lahir dari iltizam yg jelas dan hati yg ikhlas. Ia tidak boleh di paksa2. Bila sudah jatuh cinta, hati meronta-ronta untuk hadir ke majlis ilmu. Terasa kehilangan yg besar bila tidak bertemu dengan nya. 

Begitu juga para daei dan asatizah penyampai ilmu, mestilah nawaitu kerana Allah dengan hati tulus ikhlas, barulah ada ruh dalam penyampaian, dan mendatangkan manfaat hendaknya. Segala imbuhan atau saguhati duniawi adalah bonus daripada Allah.

"Pakcik malas nak pi Masjid dengar ceramah sebab depa dok sibuk campur hal politik," antara alasan yang diberikan oleh seoarang Pakcik yang saya bersembang dengannya. 

Menyentuh persepsi ini dalam masyarakat terutamanya di kampung, Ustaz ada menerangkan bahawa politik dan agama tidak boleh dipisahkan. Memisahkan agama dengan politik adalah kejayaan besar faham sekular untuk memberi kefahaman yang salah. 

Bukankah kita sudah faham bahawa Islam itu ialah satu cara hidup yang lengkap, menyeluruh, dan sempurna yang di redhai Allah? Maka sudah tentu politik adalah termasuk dalam cara hidup itu. Mana mungkin kita mahu pisahkan politik daripada agama?

Maka ada kelompok ustaz dan pengikut mereka yang menolak terus dalam membicarakan soal politik seolahnya politik itu benar2 terpisah daripada agama. 

Ada ustaz yang berkelulusan luar negara seolahnya terus ingin menerapkan metodologi amalan masyarakat dan apa yang mereka pelajari di sana terus ke dalam masyarakat di Malaysia ini. Penumpuan mereka hanya pada penyucian hati dan fokus kepada peningkatan amalan. Kena fahami suasana setempat.

Sepatutnya ia saling berkaitan soal tumpuan kepada amalan dan penguat kuasaan kerajaan memerintah. Benda siasah jangan buat main-main. Fahami suasana. 

Setiap nyalaan api dosa akan menghitamkan hati pemiliknya. Jaga hati agar tidak jadi berpenyakit dan rusak dengan dosa hingga ke peringkat kronik buta hati. 

Kalau benar kita ini mengikut sunnah Nabi maka sudah tentu kita tidak menolak soal pilitik dalam Islam. Bahkan Nabi di perintah Allah untuk berhijrah ke Madinah demi untuk menegakkan sebuah negara Islam bagi menguatkuasakan segala perundangan dan syariaat Islam dalam negara. Mana mungkin ia berlaku jika tampuk pemerintahan masih di tangan orang lain?

Di sana Nabi telah mengembangkan dakwah Islam dan mengutuskan surat kepada ketua kerajaan2 besar pada masa itu seperti Rom dan Parsi menyeru mereka kepada Islam. Pabila jajahan negara Islam terus berkembang maka dilantik para gabenor dan duta2 untuk mewakili Khalifah di negara2 berkenaan. Ini jelas menunjukkan politik adalah sebati dengan Islam. 

Justru menjadi tanggung jawab dan amanah kita semua sebagai orang yang beriman untuk azam istiqamah berjuang bersama Islam. Parti politik hanyalah wadah perjuangan bukan matlamat. Pandangan yang menyatakan ulama' bukan milik parti politik ialah ucapan yang nampak betul tapi bathil sifatnya. Kalau ulama' tinggalkan politik, kamu nak suruh siapa memimpin? Panda? Kalau benar kamu cinta rasul maka tegakkan sunnah terbesar Rasulullah iaitu menegakkan negara Islam di bumi Allah ini.

Ada Nabi2 yang di beri kerajaan oleh Allah untuk di perintah seperti Nabi Daud, Nabi Sulaiman dan Nabi Muhammad. Ada juga Nabi yang tiada kerajaan tetapi di beri jawatan dalam kerajaan seperti Nabi Yusof sebagai menteri kewangan. Nabi Musa tiada kerajaan tetapi bangkit menentang kuasa politik yang zalim, bagi menukar kerajaan Firaun dengan kerajaan yang adil. Tolong fahami suasana. Soal siasah jangan dibuat main-main. Menegakkan negara Islam adalah sunnah terbesar.

Malah perhentian pertama dalam perjalan Israq Nabi itu sendiri ialah di negeri Yathrib, sebagaimana yang di khabarkan kepada Nabi oleh Jibril bahawa kamu akan di perintah Allah untuk ke Yathrib tidak berapa lagi untuk menegakkan sebuah negara Islam. Sebuah perhentian politik yang menunjukkan penting nya soal siasah politik ini dalam Islam.

Nabi merupakan ketua pembangkang selama 13 tahun di Mekah. Setelah berhijrah ke Madinah, baginda menjadi ketua kerajaan memerintah Negara Islam pertama di dunia. 

Siapa yang mengeluarkan fatwa untuk kepungan ke rumah Nabi? kalau bukan daripada pemimpin sebuah kerajaan jahiliyah yang berstruktur di Mekah. Justru politik dan agama dipisah jangan. Fikrah biar jelas supaya jalan perjuangan juga jelas menuju redha Illahi.

Politik dan Agama adalah satu ikatan yang kuat. Sokongan orang beriman ialah kepada perjuangan yang mahukan Islam itu tertegak di Malaysia ini iaitu Islam yang bisa memerintah, bukan Islam yang diperintah mengikut kesesuain hawa nafsu manusia. 

Bukan Islam di ambil apa yang dirasakan sesuai dan meninggalkan bahagian yang dirasa membebankan atau merugikan nafsu serakah sindrom cinta dunia takut mati itu. Istiqamah dalam perjuangan Islam. Fahami suasana. Politik dan Agama di pisah jangan.

@@@

Friday, May 23, 2014

Kubur Menanti

Jika aku ini di timpa pelbagai penyakit, maka bila tiba mati ku aku tidak bawa sakit itu bersamaku. Seteruk mana pun sakit, bila mati sudah tiada sakit itu. Mati kita tidak bawak sakit. Mati kita bawa pahala bawa dosa. 

Orang berharta akan ditanya, "Apa kamu buat dengan harta itu?" Sebelum mati, Allah bagi harta maka infaq lah ke jalan Allah, baru ada keberkatan dan manfaatnya. Allah bagi kesihatan, maka gunalah kesihatan yang baik itu untuk banyak khidmat di jalan Agama, barulah ada keberkatan dalam nikmat kesihatan yang Allah bagi pinjam itu.

Para sahabat dulu pergi berperang niat tidak mahu pulang, azam mati syahid. Nampak balasan syurga di depan mata. Di dunia bertanam-tanaman, di Akhirat petik buahnya. Kita kena duduk dalam jemaah untuk menjana kekuatan dan tidak mudah tunduk pada godaan dan tipu helah syaitan. 

Anas Bin Malik khadam Nabi, namun berkat tarbiyah Nabi dia akhirnya menjadi seorang ulama' yang alim. Allah telah memilih kita jadi orang baik, maka bersyukurlah dengan sebenar-benar syukur. Ramai orang di luar sana yang tidak dipilih Allah jadi orang baik. Kita di pilih untuk menjadi tetamu-Nya di Rumah-Nya (Masjid) sedangkan ramai yang tidak terpilih walaupun rumah mereka di tepi pagar Masjid.

Ramai orang yang tiada kenderaan atau tidak berumah besar atau duduk jauh dari masjid tapi di pilih Allah untuk menjadi tetamu-Nya. Sedangkan ramai orang yang diberi rezki yang banyak, segala kemudahan seperti kereta mewah, rumah banglo atau rumah dekat dengan masjid tapi di hijab untuk nampak masjid walaupun masjid tersergam di depan mata, di beratkan kaki untuk melangkah masuk di pintu masjid. 

Singgah ke masjid sekadar untuk kencing atau berak. Time air kena catu ni, datang masjid nak tumpang mandi. Lepas tu tak nampak batang hidung. Tengok2 kena paksa mari bila orang usung dia ke masjid untuk dimandikan. Inna Lillah.

Rezki itu milik Allah. Allah telah tentukan maka yakinlah. Taqwa kepada Allah akan menjadi asbab kurniaan rezki daripada Allah. Yakinlah. Bukan kerja part time atau overtime. 

Tidak guna kerja part time atau overtime itu jika solat tidak di jaga, jika solat di hujung waktu, atau lebih parah lagi jika di qado solat atau langsung tidak solat akibat duduk sibuk bekerja fulltime, part time atau overtime tadi. 

Fulltime lah dalam Taqwa. Taqwa menjamin kejayaan hidup di Akhirat, apatah lagi hidup di dunia. Hanya Taqwa yang ada nilaiannya di sisi Allah.

Taqwa ialah menurut segala perintah Allah. Perintah Allah ada dua. Satu, buat apa yang Allah suruh. Dua, tinggal apa yang Allah larang. 

Dengan taqwa martabat dan darjat kamu menjadi begitu tinggi dan hebat pada piawiaan dan standard Allah. Bukan kekayaan, pangkat, kecantekan, kekuaasaan atau jawatan yang menjadi ukuran Allah.

Seorang sahabat dari Kedah berkata, "Orang Selangor kalau jahil lagi berdosa besar dia. Sebab majlis ilmu kat Selangor ni bersepah, ada di merata tempat." Betul jugak tu. 

Saya tengok di Masjid as-Salam sahaja sudah ada sekurang-kurangnya 42 majlis ilmu setiap bulan iaitu 30 kuliah maghrib, 4 tazkirah jumaat, dan 8 kuliah subuh. Di khariah masjid as-Salam ini pula ada 27 surau. 

Setiap surau jika kita ambil purata 10 majlis ilmu, maka sudah ada 270 majlis ilmu setiap bulan. Maknanya di daerah ini saja ada tidak kurang daripada 312 majlis ilmu setiap bulan yang disampaikan oleh para asatizah dan ustaz yang berbeza dengan segala disiplin ilmu agama serta latarbelakang dan cara penyampaian yang pelbagai. Jahil lagikah kamu?

Tepuk dada tanya iman. Saya balik kampung tempoh hari. Masjid kampung saya ini dikunjungi oleh Ustaz Azhar Idrus hampir setiap bulan. Bila saya tanya, "Pakcik tak gi dengar ke Ustaz Azhar Idrus?" Dia selamba je jawab, "Tak pergi." Sedangkan seluruh Malaysia meraikan tokoh dakwah hebat ini. Itu antara contoh betapa masjid di depan mata tidak kelihatan walaupun rumah di depan masjid. Allah tidak memilih dia untuk ke rumah-Nya.

Jangan sampai kita di hijab Allah daripada melakukan amal ibadah sekadar baki sisa usia umur kita yang tidak seberapa ini. "Ya Allah berkatilah sisa usia aku ini. Pilihlah aku untuk berada di rumah-Mu mengerjakan solat fardu berjemaah, duduk di majlis2 ilmu, faham ilmu yang aku dapat itu. Berikan aku kekuatan untuk amalkan ilmu itu dan sebarkan untuk kebaikan seluruh umat."

Insaflah, kubur menanti. Kubur tidak pernah lupakan kita. Kubur setia menanti hari demi hari, bulan demi bulan. Dua tiga hari lepas selepas solat Isyak di Masjid, para jemaah mula beredar untuk pulang ke rumah. Tiba2 van jenazah daripada Hospital Sg Buluh tiba. Bilal pun war-warkan di speaker, "Tuan2 mohon tunggu sebentar. Kita ada satu tugasan lagi. Ada jenazah baru tiba untuk kita semua solatkan. Mohon Tuan2 masuk ke dewan solat."  Jam menunjukkan pukul 10:30 mlm.

Abu Jandal dan pasukan penggali kuburnya sudah bersedia di kuburan. Baru tadi sebelum Isyak saya lihat dia di tempat parking. "Kubur dah kali ke?" Saya bertanya seorang rakan jemaah. "Pak Abu petik jari je, kubur siap punya." Tu dia mujahadah Pak Abu Jandal dan team penggali kuburnya. 

Kubur kawasan ini sudah di gali dengan lori jentolak dan di timbus semula untuk menunggu penghuninya. Jadi team penggali kubur setiap kali di beritahu ada kematian akan lebih mudah untuk menggali semula lubang kubur kerana tanah yang sudah agak gembur.

Kubur setia menanti. Mungkin esok lusa batang tubuh saya atau saudara yang menjadi penghuninya. Mati itu terpisah ruh dan jasad dan menjadi permulaan sebuah kehidupan baru di sebuah alam yang baru. Alam kubur atau alam barzakh. 

Tugas kita ialah mencari bekalan sebnayak mungkin untuk bekalan hidup yang selesa selepas mati nanti. Jadikan segala usha dan kerja kita di dunia ini selagi hayat di kandung badan, selagi ada nafas yang keluar masuk, sementara jantung dan nadi masih berdenyut ini maka hendaklah ada Akhirat sebagai matlamatnya. 

Usah cari untung cepat yang nampak di dunia semata. Carilah untung yang lebih kekal abadi iaitu untung yang ada nilaiannya di Akhirat sana. Tukarkan segala kudrat dan harta yang ada untuk menjadi matawang Akhirat iaitu pahala. Kubur setia menanti. Kubur boleh menjadi lubang2 neraka penuh sengsara atau lubang2 taman syurga yang penuh selesa dan bahagia. 

Pilihan masih ada. Mengejar dunia tanpa hirau Akhirat. Atau menjadi orang yang bijaksana dengan terus menerus berkira-kira nasib atau kesudahan Akhirat nanti, bahagia atau sengsara kah aku? Sesungguhnya seseorang yang sentiasa mengingati mati adalah yang paling bijak antara kita semua. Kubur terus setia menanti. Yakinlah.

@@@

Wednesday, May 14, 2014

Azam Menegakkan Hukum Allah

Alhamdulillah Allah SWT telah memilih saya dan isteri untuk bertamu ke Rumah Allah pada malam tadi untuk mengikuti kuliah maghrib pimpinan Ust Riduan Rahmat. Ust memulakan dengan membacakan tiga ayat al-Qur'an daripada surah Ali Imran.

Surah Ali Imran: 102-104

102. Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah sebenar-benar takwa kepada-Nya; dan janganlah kamu mati kecuali dalam keadaan beragama Islam.

103. Dan berpegang teguhlah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai. Ingatlah nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliyah) bermusuhan, lalu Allah mempersatukan hatimu, sehingga dengan karunia-Nya kamu menjadi bersaudara, sedangkan (ketika itu) kamu berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu dari sana. Demikianlah, Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk.

104. Dan hendaklah di antara kamu ada segolongan orang yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh (berbuat) yang ma'ruf dan mencegah dari yang munkar. Mereka itulah orang-orang yang beruntung.

Hidup kita di dunia ini adalah atas ehsan Allah. Allah yang bagi semua. Kita tiada apa. Ibadah yang tiada kaitan dengan Allah adalah sesat. Ekonomi yang tiada kaitan dengan Allah adalah sistem ekonomi yang sesat. Politik yang tiada kaitan dengan Allah adalah politik yang sesat. Cuba tanya diri. Kenapa kita guna segala yang milik Allah ini dengan sesuatu yang tiada kaitan dengan Allah?

Allah menafikan segala jenis Tuhan di dunia ini. Melainkan Allah. Nampak pelik tapi itulah hakikat. Janganlah kamu mati melainkan dalam sebenar-benar Islam iaitu mati dalam bertaqwa kepada Allah. Kalau mati dalam keadaan durhaka kepada Allah, maka akan dihumban ke Neraka, nau'zubillah.

Ada kita pernah jumpa hadith Nabi yang menyatakan babi mati masuk neraka? Sedangkan babi itu sehina-hina binatang. Namun manusia yang begitu di anggap mulia di dunia ini akan di humban ke neraka Allah jika matinya dalam durhaka kepada Allah.

Kamu berpegang teguh dengan tali Allah iaitu al-Qur'an. Pegang semuanya daripada sekecil-kecil benda sehinggalah sebesar-besar benda. Pegang semua jangan separuh-separuh atau sebahagian saja. 

Hati kamu, iktikad kamu jangan lari daripada al-Qur'an. Infradi (diri sendiri) jangan berpisah daripada al-Qur'an. Jemaah muslim jangan kamu berpecah daripada al-Qur'an. Kita lihat sebab apa umat Islam berpecah belah di Malaysia? Kerana tidak ikut Islam yang berpegang kepada al-Qur'an. Dasar kehidupan dan pemerintahan mestilah diletakkan kepada al-Qur'an dan Sunnah Nabi. Kalau hadis Nabi dan ayat al-Qur'an di permainkan, maka boleh belah ke Neraka Allah.

Apakah kita hendak ikut orang yang cabar Allah? Selagi kita hidup di dunia ini, hiduplah dengan mentaati Allah. Akan ada di akhir zaman, kebaikan yang dibuat kepada rakyat sebenarnya ialah untuk mendatangkan keuntungan kepada diri sendiri. Pabila kamu menuruti mereka maka kamu akan disesatkan dan pabila kamu menentang mereka maka kamu akan dihancurkan.

Lebih baik kamu mati dalam mentaati Allah daripada kamu hidup dalam mendurhakai Allah. Kalau kamu jahil bab hudud, diam sudah. Kerana cakap orang yang jahil bakal menyerlahkan kebodohan mu.

Berapa ramai orang yang tak faham undang2 toghut yang dilaksanakan di Malaysia sejak 57 tahun yang lalu? Namun ia tidak menghalang daripada undang2 tinggalan penjajah itu untuk dilaksanakan betul tak? Sudah berapa ramai manusia yang dihukum mati mengikut tafsiran perundangan manusia? 

Setiap kita bertanggung jawab dan akan di tanya di hadapan Allah apa yang kamu lakukan untuk menegakkan hukum Allah di muka dunia ini?

Mengajak manusia untuk berbuat baik, itu adalah tanggung jawab kita semua. Memerintahkan orang buat baik, itu tanggung-jawab pemerintah dan orang yang diberi kuasa contohnya suami, bapa dan kerajaan. Menyeru kepada kebaikan dan mencegah daripada kejahatan.

Mungkar yang paling besar ialah bila berlaku penolakan hukum Allah. Siapa penjenayah? Orang yang berani menukar hukum Allah. Itulah hakikat penjenayah sebenar. Haram jadi halal.  Halal jadi haram. Orang yang menderhakai Allah sebanarnya sudah jatuh murtad dan tidak dianjurkan untuk kita berdoa pun kepada mereka ini. 

Siapa manusia yang berjaya? Orang yang mentaati Allah, yang melaksanakan hukum Allah. Sebab apa Malaysia bukan negara Islam? Kerana tidak laksana hukum Islam. Politik ada dalam Agama. Jangan sekali-kali kamu cenderung dengan kezaliman. Islam ialah untuk semua orang pada bila-bila masa. Aqidah menjadi tunjang pegangan kita dengan al-Qur'an dan Hadis sebagai rujukan.

@@@

Thursday, May 08, 2014

Buku Menalar Makna Diri - Kembara Menjejak Imam Birgivi

Saya telah membeli buku terbaru karya Ustaz Hasrizal Abdul Jamil ini pada hari terakhir PBAKL di PWTC pada hari ahad lalu. Harga retail buku ini ialah RM25, namun saya di beri 20% discount, jadi harganya menjadi RM20 sebuah. 

Rasa saya satu pembelian yg sangat berbaloi untuk sebuah buku cantek setebal 437 mukasurat yang padat fakta dengan persembahan yang moden dan diseliti gambar2 yang berwarna warni. Alhamdulillah setelah fokus membacanya selama tiga hari, saya telah berjaya menkhatamkannya.

Ia sesuai dengan konsep buku travelog dan kembara yang merangkumi bukan sekadar pengembaraan akademik tetapi juga aspek ukhuwwah, tarbiyyah, mehnah, keringat dan air mata untuk memertabatkan disiplin sejarah berjaya di tonjolkan dengan bijak. Buku ini terhasil antaranya bagi menyempurnakan pengajian Sarjana Pengajian Islam Ustaz Hasrizal di UKM.

Kembara menjejak Imam Birgivi adalah wasilah yang menyediakan sebuah pengembaraan, mencari pengertian tentang tokoh yang telah mati, tetapi kematiannya tidak mematikan diri. Imam Birgivi ialah tokoh penting Daulah Uthmaniah Abad ke-16. Nama sebenar beliau ialah Muhammad bin Pir Ali al-Birkawi. 

Tidak semua gemar penceritaan dalam buku ini mungkin kerana elemen subjek sejarah yang acap kali memboringkan juga. Namun bagi saya ia sesuatu yang menarik dengan gaya penyampaian santai trademark Ustaz Hasrizal dan tidak streotype atau begitu predictable.

Kembara menjejak Imam Brigivi di bumi Turki ini menjadi satu resepi yang sedap, penuh rasa, adunan bahan bermutu, dengan pelbagai perencahnya. Penceritaan yang kadang2 agak akademik dengan penonjolan pelbagai watak dan nama-nama yang begitu asing seperti Mahmed Kadizade, Necmettin Erbakan, Suleyman Hilmi Tunahan, dan Yavuz Sultan Selim. 

Di garap pula dengan pengalaman silam ustaz hidup di Turki dan penemuan dengan sahabat2 lama beliau di era Universiti yang kini sudah memegang pelbagai jawatan penting di serata Turki. 

Banyak fakta sejarah dan nama-nama besar tokoh-tokoh dakwah yang hebat, dan watak2 penting, juga sahabat serta kenalan yang dapat di ikuti coretan kisah mereka di sini termasuklah Dr Hasan Tuncay Basoglu dan Hamzah Kucukguzel.

Selitan cerita arwah Ahmad Ammar yang memberi impak besar kepada Malaysia dan Turki juga mendapat tempat di dalam buku ini. Tentu kita semua masih ingat video Youtube pengebumian almarhum mencecah lebih sejuta penonton hanya dalam jangka masa seminggu dua. Dua bab dedikasi untuk cerita Ammar ini di hujung naskah dapat kita ikuti. 

Apa yang menarik pabila Ustaz Hasrizal melihat Ammar sebagai memiliki tiga keunikan ini:

  1. Seorang yang sangat ikhlas - iaitu bahagian yang paling sukar untuk diungkap, sesuatu yang tidak dilihat, tetapi kuat dirasa. Tidak nampaknya ia, kerana itulah hakikat sebuah ikhlas. 
  2. Tidak mengambil jalan pintas untuk berdakwah - Ammar sentiasa berdakwah dengan dirinya, mungkin tanpa beliau sedari. Namun sasaran Ammar untuk berdakwah dan berbakti kepada ummah adalah dengan asas Ilmu. Dia mencari ilmu dan bukan sebarang ilmu, iaitu ilmu yang diyakini penting, tulen, dan cukup dukungannya di sebuah negeri bernama Turki.
  3. Sosial yang berjaya - arwah bukan seorang nerd, bukan geek. Dia pelajar cemerlang SPM, rajin membaca, tetapi tidak timid. Dia berkarisma, insan normal, yang menjadi abang long kepada rakan2nya di Turki.
Buku ini keluaran Karya Bestari, grup Karangkraf Sdn Bhd. Tampak kelainan yang segar dan ketara dari segi persembahan konten dan cover buku yang begitu attractive. Buku2 Ustaz Hasrizal sebelum ini di terbitkan oleh Galeri Ilmu Sdn Bhd. 

Antara tajuk2 menarik ialah:
  • Fatih: Ukhwah Bertaut Kembali
  • Masjid Imam Birgivi Tempat Ku Berdiri
  • Birgivi: Terfitnah Oleh Umat Yang Culas Merajuk
  • Birgi: Menyingkap Cerita Di Liputan Masa
  • Ankara: Murshid, Murabbi, Ukhuwah Dan Mahabbah
  • Taubat Seorang Travegelist Muslim
  • Syeikh Yasin Daradukah Dalam Kenangan
  • Arkeologi Membekal Dalil Sunnatullah
  • Suleyman Hilmi Tunahan: Pendidikan Adalah Jihad
  • Mu'arrikhun: Membumikan Ilmu Sejarah Di Gelanggan Ummah
  • Ahmad Ammar: Antara Tadbir Insani Dan Takdir Ilahi

"Harimau mati meninggalkan belang. Manusia mati meninggalkan nama. Ulama pergi meninggalkan ilmu pengetahuan, untuk umat terus bernafas dalam Tauhid dan Sunnah Nabi Junjungan."  - m/s 310

"...Renungi keadaan hatimu, kiblatkan ia kepada kebenaran. Pelihara kejernihannya, kekalkan ia dalam ketenteraman. Dengan yang demikian itu, engkau tidak akan terpesong menjauhi dirimu yang hakiki..."  -Imam Birgivi (1573M)

@@@

Monday, May 05, 2014

Sedekah Ikan Kepada Pak Tam


Muhasabah diri. Kena banyak hidupkan sunnah Nabi. Barang siapa hidupkan sunnah Nabi di kala rusaknya umat Nabi, ganjarannya seumpama pahala 1,000 orang mati syahid. 

Simpan janggut bagi lelaki itu sunnah Nabi, maka hidupkan sunnah Nabi ini. Pakai kasut mula dengan kaki kanan. Bukak kasut mulakan dengan kaki kiri. Hidupkan sunnah Nabi. Orang Yahudi telah hidupkan sunnah dengan mengamalkan memakan habattus saudah, madu dan susu kambing. Tapi kita orang Islam macamana? 

Rasanya kita selalu mengalami pengalaman bila tengah makan di restoran atau kat kantin syarikat, tiba2 datang kucing bergesel di kaki sambil mengiau. Kenapa tu? Kerana dia lapar. Macam kita jugak. Apa tindakan anda? Menempis dengan tangan? Menyepak dengan kaki atau biarkan saja? Ramai yang kesian dan memberi kucing itu sisa makanan atau tulang2 ikan. 

Yang lebih afdal sebenarnya ialah membeli seekor ikan goreng, mungkin harganya RM2 seekor dan sedekahkan kepada kucing itu supaya dia dapat lunch atau dinner dengan kenyang. Niat sedekah RM2 itu kepada kucing tadi kerana Allah. Semoga sedekah ikan kepada kucing itu mendapat nilaiannya di sisi Allah sebagai sedekah anda yang ikhlas. Think about it and just do it. Allah bagi rezki RM5,000 sebulan. Takkan lah nak sedekah RM2 kepada seekor kucing yang kelaparan itu pun rasa berat. Jangan kufur nikmat. Takut nanti Allah tarik balik nikmat itu.

Kalau rajin bersedekah maka Allah akan gandakan lagi rezki kita insyaaAllah. Hari2 kita mari masjid. Pernah ajak tak jiran kita mari masjid? Ajak itu ialah dakwah. Dia mari ke tak mari itu bukan kerja kita. Tapi jangan jemu ajak. Jangan sekali ajak pastu bila tiada sambutan terus berhenti mengajak. Ajak berterusan. 

Kapalterbang MH370 hilang daripada radar dan gagal di kesan hingga ke hari ini, sudah masuk dua bulan kehilangannya tanpa khabar berita. Kapalterbang hilang daripada radar kenapa kecoh? Orang Islam hilang daripada radar Islam kenapa tak kecoh?  Radar kita ialah al-Qur'an dan Hadis Rasulullah. Jalan kita ialah taqwa. Orang Islam hari ini sangat ramai hilang daripada radar dan gagal di kesan.

Nabi yang maksum solat malam sampai bengkak2 kaki. Nabi yang maksum istighfarnya 1,000 kali sehari. Kita pulak bagaimana? Relax sahaja sedangkan kita tidak maksum, banyak maksiat dan dosa. Kalau di Padang Mahsyar besok kita begitu mengharap syafaat Nabi, rasa2nya ada harapan tak? Muhasabah diri. Kena banyak hidupkan sunnah Nabi, kalau benar kita mengharap syafaat Nabi tika tiada pertolongan lain di kala manusia dihimpun di Padang Mahsyar yang penuh derita itu.

Sunnah besar Nabi ialah menyampaikan dakwah menyeru manusia ke jalan Allah. Sifat wajib bagi Nabi ialah siddiq (benar), amanah (jujur), fatonah (bijak) dan tabligh (menyampaikan). Lelaki haram pakai rantai logam.  Bagitau anak2 muda kita perihal larangan Allah ini. Ramai lagi di luar sana wanita dan lelaki yang tidak menutut aurat. Aurat bukan kes kecil. Isu aurat ini boleh lekat kes di mahkamah Allah dan menjadi asbab seseorang di heret ke api neraka Allah. Jangan pandang mudah. 

Syabas dan tahniah kerana telah dipilih Allah untuk duduk di majlis2 ilmu. Kenapa tak bawak sekali anak2 dan isteri? Itu nafkah batin untuk mereka sebenarnya. Makanan ruhani. Jangan menumpukan kepada nafkah zahir dan makanan jasad semata. Jangan fikir nafkah batin itu sekadar persetubuhan suami isteri sahaja. Memberi pendidikan fardu ain kepada anak2 dan isteri itu hukumnya wajib. Jika ada majlis ilmu fardu ain dan kita tidak hadir tanpa uzur syarii (emergency) maka hukumnya berdosa. Jangan main2. 

Menuntut ilmu agama itu wajib bagi setiap batang tubuh seorang muslim. Maksudnya suami wajib menuntut ilmu agama, isteri wajib menuntut ilmu, setiap anak2 pun hukumnya wajib menuntut ilmu. 

Ilmu Allah terlalu luas. Allah telah mengutuskan 313 Rasul dan 124,000 para Nabi untuk menyampikan ilmu Allah kepada umat manusia seluruh dunia. Bilangan malaikat pula sebanyak bilangan pasir di pantai dan mereka tidak pernah mati. Pasanglah niat mulai hari ini, "Aku nak menuntut ilmu agama." Sentiasa beri peringatan untuk diri sendiri bahawa menuntut ilmu itu wajib. Semoga mati kita dalam menuntut ilmu.

Syukur atas segala nikmat yang Allah kurniakan ini. Berusha kuat untuk gandakan amalan kita ini bagi mencapai makam taqwa. Taqwa ini ialah bekalan terbaik yang akan dibawa mengadap Allah nanti. Setiap yang hidup akan mati. Beza mati kita bukan macam mati itek, ayam, lembu atau kambing tetapi mati seorang manusia itu ialah permulaan hidup baru yang kekal abadi selamanya. Akhirat itu forever tanpa penghujungnya.

Dunia ini sebagai tempat persinggahan untuk ke Akhirat. Allah uji kita di dunia ini. Allah larang sedikit sahaja. Sedangkan yang Allah tak larang, tu dia sikit punya banyak. Allah larang anjing, babi, judi, zina, arak. Tugasan manusia ialah sebagai khalifah di muka bumi ini. Menjadi ketua yang hidup selepas Nabi SAW, beramal akan sunnah Nabi dan menyampaikan sunnah Nabi. 

Definasi sunnah mengikut bahasa ialah jalan. Solat pula ialah doa, dan pada definasinya ialah sesuatu perbuatan atau perlakuan yang dimulai dengan takbiratul ihram dan disudahi dengan memberi salam mengikut syarat2 yang tertentu. Jangan sombong dengan Allah. Wajib duduk di majlis2 ilmu. 

Allah bagi undang2 siap dan lengkap untuk manusia ikuti. Hudud ialah satu ketetapan bukan satu pilihan yang boleh di buat main. Kita terima Islam tapi secara sebahagian, tidak total. Kena patuh segala perintah Allah baru jadi total dan menyeluruh. Terdapat kira2 1,000 ayat perintah di dalam al-Qur'an. Wajib sokong hudud. Kita bukan buat suka2. Ada dalilnya. Sesiapa yang tidak sokong hudud boleh jatuh murtad.

Sunnah utama ialah menuntut ilmu. Hukum menuntut ilmu agama itu wajib. Supaya kita faham agama. Ilmu kena dengar, hayati dan fahami. Amal dan sebarkan. Menutut ilmu ialah sunnah wajib. 

Pabila sudah faham ilmu dan maknanya, maka sedekah ikan kepada kucing bernama Pak Tam itu bukan perkara pelik lagi. Kerana sedekah itu ialah perlakuan orang beriman yang faham dan menghayati agama dalam kehidupan.

@@@

Thursday, May 01, 2014

KIV Hudud?

Hukum Allah itu satu kewajiban, bukan satu pilihan. Dalam kita giat menjayakan program cinta Rasul dan mengamalkan sunnah Rasulullah, sunnah terbesar ialah melaksanakan hukum Allah dan kita masih gagal melaksanakannya hingga ke hari ini walaupun sudah 57 tahun negara merdeka dari cengkaman penjajah kufar. 

Undang-undang Islam membahagikan jenayah kepada tiga pembahagian utama berasaskan kepada hukuman yang dikuatkuasakan, iaitu seperti berikut:


  1. Qisas dan diyat iaitu hukuman berkaitan dengan hak individu mangsa atau walinya. Umpamanya setelah hakim mendapati seseorang itu bersalah kerana membunuh, wali mereka boleh memilih samada untuk meneruskan hukuman qisas atau menggantikannya dengan diyat atau memaafkannya.
  2. Hudud iaitu hukuman yang berkaitan dengan hak Allah yang telah ditetapkan dengan jelas di dalam al-Quran dan Sunnah. Hudud melibatkan kesalahan zina, qazaf, mencuri, hirabah, minum arak, dan murtad. Hukuman hudud ini kekal dan tidak boleh diubah sehingga hari kiamat.
  3. Ta’zir iaitu hukuman selain dari hudud dan qisas. Hukuman bagi kesalahan dibawah qisas ini ditentukan oleh pemerintah atau hakim sesuai dengan suasana, penjenayah, kesalahan dan faktor lain.

Dalil perintah puasa Ramadan ialah di Surah al-Baqarah ayat 183. "Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa."

Undur 5 baris ke belakang kita akan jumpa dalil hukum Qisas iaitu di ayat 178. "Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan kamu menjalankan hukuman "Qisas" (balasan yang seimbang) dalam perkara orang-orang yang mati dibunuh iaitu: orang merdeka dengan orang merdeka, dan hamba dengan hamba, dan perempuan dengan perempuan. Maka sesiapa (pembunuh) yang dapat sebahagian keampunan dari saudaranya (pihak yang terbunuh), maka hendaklah orang yang mengampunkan itu) mengikut cara yang baik (dalam menuntut ganti nyawa), dan (si pembunuh pula) hendaklah menunaikan bayaran ganti nyawa itu) dengan sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah suatu keringanan dari Tuhan kamu serta suatu rahmat kemudahan. Sesudah itu sesiapa yang melampaui batas (untuk membalas dendam pula) maka baginya azab seksa yang tidak terperi sakitnya."

Kedua-duanya perintah Allah. Kita laksanakan perintah Allah perihal puasa Ramadan tapi tidak ambil pot perihal perintah Allah supaya melaksanakan hukum Qisas.

Ini sudah menjadi kes pilih kasih atau perlaksanaan berpilih ikut selera akal dan nafsu atas alasan kena KIV dulu sebab tidak ready. Sedangkan usha untuk menjadi ready itu, tidak ada pun. Umpamanya kita akan laksanakan Hudud di negara kita pada tahun 2020, maka mulai hari ini selama 6 tahun kita akan giatkan pendidikan, kesedaran, penerangan dan penyediaan infra untuk perlaksanaannya. Ada kita ambil tindakan itu? Tidak. Jadi seolahnya tiada niat pun untuk melaksanakan nampaknya. Kerana bila tiba tahun 2020 nanti, jawaban yang sama akan keluar iaitu, "Kita tidak ready."

Maka jika mahu di KIV hukum Qisas ini, kalau ikut akalnya elok bebenau di KIV dulu hukum puasa Ramadan itu. Kenapa? Kerana ibadah puasa Ramadan melibatkan semua umat Islam yang cukup syarat untuk puasa, sedangkan hukum Qisas itu untuk di hukum kepada kelompok penjenayah sahaja. Jika anda bukan penjenayah, apa yang perlu dirisaukan? 

Bahkan hukum Allah ini bersifat mencegah bukan menghukum. Hikmahnya ialah ia bisa melahirkan rasa gerun dan takut di kalangan umat manusia. Sesungguhnya hanya Allah yang Maha Pencipta itulah yang menguasai segala rahsia manusia dan mahir dan arif cara untuk mengawal mereka. Apatah lagi ia bakal mensejahterakan seluruh masyarakat kerana kadar jenayah akan terkawal.

Sebarang usaha menghalang hudud ialah usha untuk menidakkan hak Allah sebenarnya. Tidak peliklah kalau orang non-muslim seperti di kelompok DAP dan MCA begitu menentang perlaksanaannya, kerana segala propoganda negatif yang dipaparkan semua pihak tanpa penerangan sebenar yang jelas. 

Namun yang pelik sebenarnya ialah umat Islam sendiri pula cuba menghalang perlaksanaannya malah memperlekehkannya pula dengan pelbagai andaian, tanpa sedar ia bisa mengundang padah tergelincir menjadi syirik dan murtad sebenarnya.

Sultan Hassanal Bolkiah mengumumkan pelaksanaan hukum hudud fasa pertama bermula hari ini. "Dengan rasa rendah diri dan bersyukur kepada Allah SWT ingin diumumkan bahawa pelaksanaan hukum hudud fasa pertama akan bermula , 1 Mei 2014 dan fasa berikutnya akan dilaksana secara berperingkat," katanya dalam ucapan, hari ini. Pelaksanaan hukum hudud termasuk hukum sebatan, memotong anggota badan dan rejam sampai mati akan dibuat secara berperingkat dari semasa ke semasa berdasarkan jenis jenayah yang dilakukan.

Hukuman hudud adalah hukuman yang telah ditentukan dan ditetapkan Allah S.W.T di dalam Al-Quran dan Hadis. Hukuman hudud ini adalah hak Allah S.W.T yang bukan sahaja tidak boleh ditukar ganti hukumannya atau diubahsuai atau dipinda malah tidak boleh dimaafkan oleh sesiapapun di dunia ini. Mereka yang melanggar ketetapan hukum Allah yang telah ditentukan oleh Allah S.W.T dan RasulNya adalah termasuk dalam golongan orang yang zalim.

Firman Allah S.W.T yang bermaksud: "Dan sesiapa yang melanggar aturan-aturan hukum Allah maka mereka itulah orang-orang yang zalim." (Surah Al-Baqarah, ayat 229)

Siapa kita untuk menidakkan hukum Allah? Hukum Hudud bukan pilihan tetapi satu kemestian. Satu kewajiban bukan satu keharusan. Mahu KIV Hudud atau tidak mahu laksanakan hudud? Sesungguhnya manusia hanya menzalimi diri sendiri. Usah pandai mencari alasan. Tepuk dada tanya iman.

@@@

ISU PENDIDIKAN

Saya terbaca sebuah posting yg sangat baik yg berupa luahan rasa seorg guru yg dedikasi perihal sistem pendidikan di sekolah yg sudah acap k...