Era generasi gemilang ialah era pemerintahan Islam di zaman Rasulullah. Islam bukan bahan budaya atau aliran fikiran. Islam ialah ad-Deen. Di sisi Allah hanya Islam sahaja yang laku. Generasi para sahabat meneruskan era kegemilangan atas asas didikan yang mantap di madrasah Rasulullah.
Wahyu pertama diturunkan ialah surah al-'Alaq ayat 1-5. Tika Nabi menerima wahyu pertama seluruh tubuhnya gementar dan gerun mendengar kalam Allah. Pulang ke rumahnya dan berselimut menahan gentar dan gemuruh yang menimpa. Maka turunlah wahyu kedua iaitu surah al-Muddathir (ayat 1:5) memerintahkan orang berselimut untuk bangkit bertindak dan beramal dengan kalam Allah serta menjauhi toghut.
- Wahai orang yang berselimut!
- Bangunlah serta berilah peringatan dan amaran (kepada umat manusia).
- Dan Tuhanmu, maka ucaplah dan ingatlah kebesaranNya!
- Dan pakaianmu, maka hendaklah engkau bersihkan.
- Dan segala kejahatan, maka hendaklah engkau jauhi.
Al-Qur'an bukan setakat untuk dibaca atau difahami secara teori tetapi hendaklah menyampaikan wahyu secara praktikal. Menyeru manusia mengabdikan kepada Allah dan menentang toghut iaitu syaitan. Tidak membiarkan diri dalam berselimut. Salah satu sifat toghut aialah suka berselimut dan bersenang-senang. Ramai kita hari ini suka berselimut dan payah nak bangun keluar daripada selimut atau zon selesa.
Bangunlah beri peringatan kepada seluruh umat manusia secara bertindak dan melaksanakan. Islam itu satu rahmat Allah. Tidak dijadikan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri kepada Allah. Tunduk kepada Allah mengikut syariat Islam. Tugas dan tanggung jawab sampaikan walau satu ayat ini mesti dipikul oleh setiap individu muslim walupun berdepan dengan musuh. Nabi bukan perdengarkan ayat2 al-Qur'an di sisi Kaabah semata tetapi Nabi sampaikan kepada seluruh umat manusia.
Keseluruhan isi al-Qur'an sebanyak 6,236 ayat itu merangkumi semua bidang kehidupan termasuklah ekonomi, politik, hubungan antarabangsa, hidup, mati, hukum-hakam, sejarah dan sains. Tidak boleh biarkan manusia hidup mengikut akal dan nafsu semata. Kena ada panduan dan manual kehidupan, itulah al-Qur'an. Era generasi gemilang terbentuk dengan penghayatan al-Qur'an dan mempraktikkannya dalam segenap aspek kehidupan.
Nabi tidak suruh tinggalkan setiap patah kalam Allah kekal dalam al-Qur'an sahaja. Ikut Islam bila berada dalam masjid. Keluar masjid tiada lagi Islam. Bukan itu yang di tarbiyah Nabi kepada umat ini. Nabi sebagai contoh tauladan untuk jadi ikutan. Masuklah kamu ke dalam agama Islam dengan mamasuki seluruh syariat Islam itu.
Bukan Islam kapal selam, sekejap timbul sekejap tenggelam. Hari solat jumaat timbul, time solat2 lain tenggelam. Bukan Islam sempena. Sempena maulidurrasul, sempena bulan Ramadan atau sempena awal muharram. Sempena maulud Nabi berarak sakan. Lepas tu sepanduk entah kemana sunnah entah kemana.
Bukan juga Islam Cap Nat Win Ti? Islam time mengucap, time bersunat, time kawin dan time mati. Barangsiapa tidak mengambil Islam secara syumul maka dia pengikut syaitan. Ada ke kita ambik wudhuk separuh-separuh? Dirikan solat separu-separuh? Mesti kena sempurna baru sah dan betul caranya. Amalkan Islam secara menyeluruh, komprehensif.
Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Agama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata. (Al-Baqarah:208)
Tanam keimanan yang sebenar-benar. Sampaikan mesej dakwah Islam secara praktikal kepada sejagat. Islam bukan sekadar dapat maklumat, pengisian ilmu atau lahiriah semata. Umat Islam di uji Allah. Islam yang dibawa Nabi mesti menempuh ujian-ujian Allah. Tanpa ujian kita tidak tahu mana satu golongan yang benar2 beriman. Apakah kamu sangka akan dapat masuk syurga sedangkan kamu masih belum diuji?
Emas tulen mestilah dibakar terlebih dahulu. Orang beriman mestilah di uji terlebih dahulu. Hidup tanpa ujian ibarat sudah mati. Nabi Noh berdakwah selama 950 tahun Hidupnya penuh ujian. Pengikut hanya sekitar 20 orang sahaja.
Nabi SAW di uji dengan tentangan melampau golongan kafir. Nabi di uji dengan 3-Ta, iaitu harta, takhta dan wanita. Namun kepentingan Islam lebih tinggi daripada segala-galanya.
Nabi berhijrah ke Madinah dan terbentuklah negara Islam Madinah. Kekuatan Islam telah terbina pada era generasi gemilang ini hinggkan 10 tahun kemudian Mekah berjaya ditakluki. Kemudian pada tahun 16 Hijrah di zaman Umar al-Khattab, Empayar Rom dan Parsi pula berjaya ditakluki. Islam tersebar luas hingga ke negeri China dan Sepanyol. Islam menguasai sekitar 2/3 dunia. Era Generasi Gemilang.
Pemerintahan empayar Islam diteruskan oleh kerajaan Muawiyah dan Abbasiyah. Pada tahun 1452H kegemilangan diteruskan oleh Kerajaan Utmaniah di Turki. Zaman kegemilangan Islam merundum bila Kerajaan Uthmaniah berkubur bila para pemimpin dan rakyatnya tunduk oleh godaan 3-Ta.
Kamal Antartuk telah menjatuhkan Kerajaan Uthmaniah di Turki pada tahun 1925 dan memperkenalkan sistem pemerintahan fahaman sekular yang terus menular. Lahirlah kerajaan2 sekular di seluruh dunia. Negara2 Islam di jajah oleh negara Barat. Bermulalah zaman kejatuhan Islam kerana masing2 berebut 3-Ta. Hidup untuk mengejar harta, takhta dan wanita. Nama sahaja Islam tetapi ruh dan gaya hidup tidak mengikut Islam.
Pada tahun 1990 Kerajaan Islam Kelantan telah meluluskan undang2 qanun jenayah Islam yang diluluskan oleh dewan undangan negeri. Namun perlaksanaannya terbantut kerana tertakluk kepada bidang kuasa Kerajaan Persekutuan.
Pada tahun 1996, Kerajaan Brunei telah mengistiharkan perancangan untuk melaksanakan undang2 jenayah Islam. Iltizam Sultan Brunei sebagai pemimpin tertinggi Kerajaan Islam Brunei untuk melaksanakan perintah Allah telah membuahkan hasilnya pabila undang2 Islam berkuatkuasa di Negara Brunei bermula pada 1/1/2014 ini. Walau pun mendapat ugutan boikot dari 40 Negara di seluruh dunia, namun Brunei tetap utuh dengan pendiriannya. Memadai dengan berlindung dengan lindungan Allah. Usah tunduk pada ancaman makhluk tapi takutlah hanya pada ancaman azab neraka Allah.
In shaa Allah Brunei akan terus dikurniakan rezki yang melimpah ruah dan dinaungi rahmat Allah. Kalau sebelum ini Brunei kaya minyak dari laut, kini di beritakan lapan telaga minyak di darat telah di temui di Brunei. Khazanah simpanan minyak Brunei katanya boleh bertahan 300 tahun lagi. Apakah era generasi gemilang bakal muncul sekali lagi?
Khabarnya Ust Harun Din dan TGNA telah dijemput untuk memberi ceramah di TV Brunei perihal undang2 jenayah Islam ini. Semoga barokah ini akan turut dirasai oleh kita yang berjiran dengan negara Brunei.
@@@
No comments:
Post a Comment