Monday, December 31, 2012

Kekuatan Umat


Ilmu tanpa amal ibarat pokok tanpa buah. Penat tanam dan siram baja tapi tak keluar buah. Mengaji 3-4 tahun tapi tak ada hasilnya, satu pun tak melekat. Bagi orang beriman, apa yang dia dengar perkara yang baik maka dia akan usaha nak buat kebaikan itu. Namun hati yang penuh kotoran bila dengar benda baik macam tak ada apa2.

Hadirkan keagungan bait2 hadis supaya ada kesan dan wujud dalam amal kita. Usaha biar betul2 wujud dalam hati dan zahirkan supaya terserlah dalam kehidupan. Sabda Rasulullah sesiapa yang hidupkan sunnahku, dia cinta padaku dan akan bersamaku dalam syurga.

Marilah sama2 takut iaitu takut kita ini mengaku umat Nabi tapi takut2 Nabi tak mengaku kita ni umat Baginda. Nanya kita. Nabi mengenal umatnya pabila ada sunnahnya yang diamalkan. Bekas wuduk dan bekas sujud merupakan antara tanda2 yang Nabi dapat kenal. Semoga kita tergolong pada kelompok yang dapat mampir untuk meneguk air telaga kauthar di Mahsyar nanti.

Tanamkan ideologi ini dalam minda iaitu, “Amal Sunnah Dapat Pahala, Tinggal Sunnah Dapat Rugi.” Sunnah Rasulullah mengundang kecintaan Allah. Dalam sunnah ada keredhaan Allah. Ramai manusia yang ingkar sunnah atau anti hadis. Kalau Allah sesatkan seseorang maka tiada siapa yang dapat membagi hidayah kepadanya. Nau’zubillah. Bila Allah bagi hidayah tiada siapa boleh menyesatkannya. Alhamdulillah.

Tanpa taufiq dan hidayah Allah kita nak ucap Subhanallah pun tak mampu. Mafhum hadis, perbanyakkan olehmu zikrullah sehingga kamu dikata orang gila. Iaitu asyik zikir hingga tenggelam dalam zikir mengingati Allah. Namun zikirullah pun kena ada sanadnya dan kena berguru supaya sumbernya jelas dan autentik. Sesiapa yang tidak berguru maka gurunya ialah syaitan yang bisa menyesatkan manusia.

Ikut sunnah iaitu berzikir dalam keadaan tenang dan damai. Sebaik2 zikir itu kena jelas sebutan supaya tidak lari maknanya. Zikrullah membuka jalan kepada hubungan yang akrab dengan Allah. Hubungan yang dekat dengan Allah akan mengundang pertolongan Allah.

Untuk mentafsir ayat2 al-Qur’an itu sendiri memerlukan sekurang-kurangnya 15 cabang ilmu termasuklah ilmu mantiq, balaghoh, nahu, soraf, dan asbabul nuzul. Sesiapa yang bertaubat pada dosa dan kesilapan maka seolah-olah dia tidak berbuat dosa itu bila mendapat pengampunan Allah. Pengampunan Allah sangat besar sifatnya.

Dalam urusan agama manusia tidak terlepas dari gangguan syaitan dan iblis. Maka setiap amalan mesti kena check takut ada sanad yang terputus. Ada orang zikir tapi tak solat maka itu tanda gurunya ialah syaitan. Walau zikir yang betul tapi guru tak betul maka kesannya tidak baik bahkan boleh membawa mudarat yang besar pula. Justru teruskan pencarian ilmu. Di situlah kekuatan umat ini.

@@@

Wednesday, December 26, 2012

Syukur Nikmat

Tahun baru masihi 2013 bakal tiba beberapa hari lagi. Ramai yang memasang azam tahun baru. Tidak salah untuk cuba merancang segala kebaikan. Bukankah segalan amalan itu bermula dengan niat? Ramai yang merenung balik pencapaian sepanjang tahun 2012 yang bakal ditinggalkan ini, sejauh mana yang berjaya dilaksanakan. Bolehlah sama2 cermin diri dan bagi markah. Dapat A, B, C, D, E atau F? Tak apalah yang lepas biarlah berlalu. Moving forward kita azam yang baru dan usha untuk mencapainya.

Saya ada seorang kawan. Gaji bulanannya boleh tahan. Dia juga ada bisnes sendiri. Dia pernah beritahu saya bahwa bisnesnya itu adalah kerja nombor satu dia. Pada pendapat saya bisnesnya sangat berjaya, tahun ini saja income daripada bisnesnya mencecah RM120,000. Namun yang peliknya dia sentiasa mengeluh tidak kecukupan. Duit habis untuk membayar hutang setiap bulan. Air mukanya juga sentiasa tidak ceria. Dia juga gemar mengeluh dan tidak berpuas hati dan acap bercerita scenario yang negetif. Harta dan kebendaan telah menjadi matlamat hidupnya, sama sebagaimana majoriti manusia diluar sana.

Pada posting yang lalu saya ada menyatakan bahawa sistem kapitalis dan komunis, kedua-duanya menjadikan harta kebendaan sebagai objektif. Walhal dalam Islam harta yang banyak bukanlah objektif tetapi ilmu dan amal yang banyak adalah lebih utama. Semakin berilmu untuk semakin hampir kepada Allah, semakin mengenali Allah yang mencipta pemilik isi langit dan bumi.

Orang berilmu itu bisa membezakan yang mana dosa dan yang mana pahala, yang mana boleh membawa ke syurga dan yang mana akan membawa ke neraka. Bukankah kesudahan hidup manusia itu di sana?

Pabila harta, pangkat dan kekuasaan menjadi objektif kehidupan, maka acap kali manusia menjadi tidak pernah cukup. Mengambil contoh kawan saya tadi, dia sentiasa mengeluh tidak cukup2. Walhal income nya begitu banyak sebenarnya. Banyak tidak semesti cukup. Manakala sedikit pula tidak semesti tidak mencukupi. Semua itu kuasa Allah belaka. Rezki milik Allah. Berkat atas rezki itu juga milik Allah.

Allah Maha Adil. Dalam soal rezki kita tengok kadang tu Allah berikan jumlah harta yang banyak pada seseorang tetapi Allah tarik balik sedikit demi sedikit, pabila dia mendapat ujian demi ujian seperti masalah keluarga, kesihatan dan kemalangan. Seorang kawan saya misalnya terpaksa membayar jumlah yang agak besar untuk membiayai pendaftaran anaknya memasuki IPTS berbanding dengan seorang lagi kawan yang tidak perlu membayar apa2 tika anaknya mendaftar di IPTA. Pengaturan Allah perihal hambanya amat munasabah sekali. Setiap ujian ada hikmahnya malah ia menghalang musibah yang lebih besar dari berlaku atau memberi kebaikan yang tidak terfikir pada masa itu.

Ujian yang kecil saja yang kita hadapi mungkin kerana iman kita yang sangat nipis berbanding dengan ujian yang dihadapi oleh saudara kita di Syria atau Pelestin. Namun selalunya kita tidak sabar menghadapi ujian yang kecil itu, dan selalu meracau-racau tidak tentu hala.

Orang yang berilmu diangkat darjatnya. Ilmu itu pula untuk menjadikan kita lebih dekat dengan Allah. Orang yang berilmu juga sepatutnya dapat memberi manfaat kepada orang lain. Hendaknya ilmu dan iman dapat memberi pembebasan diri daripada unsur2 jahiliyyah.

Tafaqquh Fiddin ialah memahami agama. Agama yang boleh bantu kita mencapai redha Allah. Keimanan kita peroleh daripada ilmu. Ulama itu pewaris Nabi, mewarisi ilmu dan sunnah Nabi maka jadikanlah ulama sebagai teman kehidupan dan pusat rujukan. Maqam ulama di sisi Rasulullah dan Allah amat tinggi sekali. Berbeza orang yang belajar agama dengan orang yang tidak belajar agama.

Seorang Ustaz bercerita bahawa dia pernah berbual dengan pengasas UIA iaitu 6 bulan sebelum Syeikh itu meninggal dunia. Syeikh sangat marah bila bercerita pasal UIA kerana baginya ia bukan sebuah istitusi yang dia impikan, iaitu mendaulatkan ilmu agama. Dia dambakan graduan UIA sebagai seorang professional yang faham agama punyai ilmu agama yang mantap, yang bila ditolak ke depan boleh bagi ceramah agama, boleh baca khutbah, menghayati doa dan memimpin solat, dan menjadi agen penegak syariaat agama. 

Tapi katanya UIA yang ada kini telah  menjadi rojak dan dicarca marbakan hinggakan ilmu agama dijadikan soal sampingan. Harapnya seluruh mahasiswa UIA mengambil komen ini sebagai cabaran dan iktibar untuk berusaha menuntut ilmu agama di UIA bukan sekadar mengejar kejayaan akademik semata atau mengejar kejayaan kebendaan sebagaimana majoriti mahasiswa masakini yang mengikut sahaja benchmark dari barat dan timur.

Semua perkara berkenaan dengan agama adalah rahmat Allah. Tanda Allah sayang pada hamba ialah pabila Allah sibukkan dia untuk taat kepada-Nya, buat perkara yang Allah redha. Pabila kita bersyukur Allah akan tambah nikmat, insyaAllah.

@@@

Tuesday, December 18, 2012

Datang Kosong

Sifat mukmin ialah bangga dengan ibadah manakala sifat ahli neraka ialah bangga dengan dosa. Sifat mukmin kena sentiasa bersyukur. Tak semua orang dapat beribadah. Ramai yang masih terperangkap dalam jem dan gagal menunaikan solat maghrib. Terima kasih ya Allah kerana telah memilih saya untuk ke masjid menunaikan solat maghrib ini.

Kita datang kosong pulang pun kosong. Semua yang kita ada ini barang pinjam. Adat barang pinjam ialah wajib pulangkan. Yang bagi alim itu Allah. Orang yang nampak segalanya ini daripada Allah akan tidak sekali merasa sombong. Orang ini akan merasa dirinya hamba.

Syukur itu menjadi pengikat sesuatu nikmat. Tanpa syukur manusia akan tidak pernah merasa cukup. Harta yang dikejar siang dan malam kadang tu tak di guna pun kerana dah mati, maka dapat kat anak2 dan waris. Maka jadilah sekadar tukang kumpul. Barang kemas tu dia banyak sungguh dalam almari, kena pecah rumah habis di kebas perompak. Maka jadilah sekadar tukang simpan saja. Tiada nikmat itu melainkan daripada Allah belaka.

Bila sakit kita pun makan ubat tapi makan ubat pun nampak Allah, bergantung harap kepada Allah. Itulah sifat hamba. Ubat sekadar asbab. Namun sembuh dan sihat itu Allah yang bagi. Bila sudah kenal Allah maka kena hina diri pada yang dikenal itu. Segala yang dipinjam Allah itu hendaklah diguna pada yang disuruh Allah.

Ada orang sombong kata, "Aku dah pandai, buat apa aku nak pi mengaji? Ustaz dok mengajar hal kulit, sedang aku dah faham isi." Rasanya semua benda ada kulitnya. Yang tak ada kulit satu je, taik. Maka orang begini sebenarnya sombong pada Allah. Hakikatnya seorang itu wajib menghinakan diri dan membesarkan Allah pemilik khazanah ilmu. Jika tidak maka dia lebih hina dari taik tadi.

Perlakuan juga mestilah mencerminkan sukacita akan Allah yang memberi segala nikmat. Allah yang hebatkan aku, bukan makhluk. Jangan mentang2 dia pandai, dia pun memandai-mandai. Bila agama ikut nafsu maka hancur. Mengaji dan menuntut ilmu adalah penawar hati yang sakit.

Seorang mukmin kenalah menahan nafsu sebelum taat, semasa taat dan selepas taat kepada Allah. Itulah cabaran yang sihat. Antaranya dengan menyembunyikan ibadah dan mengurangkan makan. Muhasabah dan menangis di hadapan Allah. Soal menangis ini bukan boleh di buat2. Ianya datang dengan tarbiyah. Sekurang-kurangnya menangislah seminggu sekali. 

Bangunlah malam untuk berzikir dan bermunajat kepada Allah. Tanya diri kenapa dia mampu menangis tapi aku tidak mampu? Nabi sentiasa menangis. Siapa aku hingga tak mahu menangis? Hebat sangatkah hingga tidak mahu menangis? Maka belajar dan paksa menangis walaupun seminggu sekali. Kena taubat dan bersih hati.

Kesimpulannya rajin2lah ke majlis ilmu. Kenal-kenal diri supaya dapat kenal Allah. Ada lagu Michael Jackson yang bertajuk "Man in A Mirror" yang mengajak mencermin diri. Sebagai seorang mukmin  mengajak diri melihat diri, muhasabah diri supaya faham siapa hamba di sisi Pencipta. Mengenal diri supaya dapat berusha untuk dapat lebih dekat dengan Allah. Yang penting elemen syukur dan berterimakasih sokmo. Thank you Allah.

@@@

Monday, December 17, 2012

Mengundang Sakinah



Saya berpeluang mengikuti kuliah maghrib yang disampaikan oleh Ustaz Lotfi di surau al-Faaizeen malam tadi. Majlis taklim wa taklum di rumah Allah iaitu satu langkah bagi mendapat keredhaan Allah. Setiap perlakuan baik kita akan dipersaksikan di Akhirat besok. Tika itu mulut tak boleh cakap tapi anggota badan yg lain dapat cakap untuk menjadi saksi, kaki jadi saksi, tangan jadi saksi.  

Maka marilah muhasabah diri agar melakukan kebaikan dan menjauhi segala perbuatan maksiat yang mendatangkan dosa.

Mari kita tanya diri sendiri. Sering kita baca lembaian Qur’an. Apakah ia menambah yakin diri kepada Allah? Kalau dibaca apakah tambah imannya? Antara tanda orang beriman ialah pabila sebut nama Allah maka hati rasa gementar. Pabila di baca al-Qur’an maka makin rindu hati pada Allah.

Adakah hadis kita baca menambah rindu untuk mendapat sabda Rasulullah SAW? Para sahabat dahulu menjadi tidak keruan dan demam bila tidak jumpa walau sehari dengan Rasulullah SAW. Tahap rindu pada kekasih hati. Apa saja ada pada kehidupan Rasulullah SAW menjadi ikutan dan amalan para sahabat.

Apakah saya ini menjadi terkesan hati pada hadis2 yang dibaca? Hati yang diketuk apakah tiada kesan atau kenikmatan? Jika ada takzim dalam hatinya maka di sisi Allah sangat intimewa orang ini kerana  ada keagungan agama dalam hatinya. Barokah bacaan kita boleh mendekatkan diri kepada Allah.

Ulamak bersepakat zikir secara berjamaah itu adalah dibenarkan. Zikir secara berjamaah ibarat bersedekah di khalayak ramai agar menjadi peransang kepada yang lain untuk bersedekah sama. Manakala zikir secara sendirian ibarat bersedekah tanpa pengetahuan orang. Kedua2nya dibenarkan. Yang tidak benar ialah tidak berzikir. Sebagaimana fahaman setengah orang tidak elok berzikir secara kuat selepas solat, maka dia terus bangun pergi entah kemana selepas solat, bukan dia pergi berzikir pun.

Janganlah menyempitkan pandangan dalam beramal sehinggakan semua benda di anggap bidaah. Cumanya amalan2 zikir ini janganlah menjadi amalan musiman (bermusim) iaitu berkala, taksub bahwa wajib baca atau amal  pada malam2 tertentu misalnya wajib baca surah Yaasin pada malam Jumaat, wajib tahlil pada malam ke-3, ke-40 atau ke-100. Itu tidak dibolehkan kerana kebanyakannya berdasarkan adat bukannya syariaat.

Zikrullah bakal mengundangkan rahmat Allah iaitu ketenangan jiwa dan kasih sayang. Kasih sayang antara penduduk dunia bakal mengundang kasih sayang daripada penduduk langit. Kehadiran dan penyertaan pada majlis2 zikrullah dan majlis2 mengingati Allah ini akan membuahkan sakinah, mawardah dan rahmah Allah. Dan Allah membangga2kan nama kita dan ibubapa kita dihadapan majlis2 bersama malaikat.

Dikatakan majlis2 ilmu dan zikrullah ini dihadiri oleh para malaikat yang bersusun bersaf-saf hingga ke arash Allah. Kita pula dituntut untuk menunaikan hak2 berada di majlis seprti duduk rapat2, tidak berbual kosong dan menutup majlis dengan tasbih kifarah. Jangan banyak ketawa kerana ia boleh menghilangkan ilmu dan mengeraskan hati.

Nabi SAW tidak banyak ketawa tetapi sekadar senyum. Sabda Nabi SAW jika kamu tahu apa yang aku tahu nescaya kamu akan sedikit ketawa dan banyak menangis. Nabi SAW ada juga bergurau senda contohnya bila seorang perempuan tua datang bertanya apakah dia boleh masuk syurga maka Nabi menjawab tiada orang tua di dalam syurga maka menangislah perempuan tua itu kerana kesedihan. Maka Nabi SAW pun menyambung bahawa setiap wanita kalau taat kepada Allah akan masuk Syurga sebagai wanita yang muda dan cantek.

Daya ingatan boleh menjadi kuat dengan amalan bersugi, berpuasa dan tidak menipu. Amalan menipu boleh membebankan otak sebenarnya kerana satu penipuan boleh mengakibatkan penipuan demi penipuan yang seterusnya. Perbuatan melihat kemaluan dan najis juga boleh membebalkan otak. Di riwayatkan Sayidina Ali RA sangat kuat ingatannya kerana dia sepanjang hayatnya tidak pernah melihat kemaluannya.

Suasana yang tenang dan wangi mengajak ketenangan jiwa. Heningkan diri dengan menyepi diri bermunajat kepada Allah tika kira2 pukul 2-4 pagi. Solat malam dan ditambah pula dengan membaca al-Qur’an sebelum subuh. Amalan ibadah malam ini akan mengelak diri dari mudah nyanyok dan menghasilkan awek muda dan cergas minda yang ori. Ianya produk Allah.

Orang dulu2 merasa sedih dan termenung panjang bila terlepas ibadah malam. Orang2 kini sedih kerana terlepas bangun tengok bola atau bila pasukan pilihan kalah perlawanan. 

Salahuddin al-Ayyubi memilih tentera yang solat malam untuk ke medan perang kerana kekuatan seorang tentera ini menyamai 100 orang yang boleh mengalahkan 1000 orang orang hasil rapatnya mereka dengan Allah. Ia mengundang bantuan Allah. Allah menghantar para malaikat untuk membantu sebagaimana pada perang Badar dimana ribuan malaikat telah menyertainya. Sedangkan pekikan seorang malaikat sahaja pun sudah boleh mematikan seluruh musuh.

Jagalah hubungan dengan Allah dengan amalan zikir pagi dan petang kerana tika itu malaikat bertukar shift kerja dan membawa rekod amalan manusia ke langit. Bangunlah di tengah malam kerana tika itu pintu langit dibuka dan rahmat dan keampunan Allah bercucuran untuk hamba2-Nya.

Para penghuni syurga juga menyesali kenapalah aku dulu kurang berzikir kerana amalan zikrullah ini akan membuahkan darjat syurga yang lebih tinggi kedudukannya.  Rupa2nya dividen untuk saham zikir tidak ternilai harganya. Dinyatakan bahawa penghuni Syurga di tahap bawah tidak boleh melawat penghuni syurga di tahap yang lebih atas tapi penghuni yang di atas bebas melawat tahap di bawah mereka. Itulah antara kelebihan zikrullah.

Tiga amalan yang mengundang rahmat Allah dan memudahkan seseorang untuk masuk syurga ialah solat malam, beri orang makan dan berpuasa. Solat malam boleh memberikan kesihatan fizikal dan kesihatan ruhani. Memberi orang makan adalah amalan yang sangat baik dan mendapat pahala sedekah, siratul rahim dan kasih sayang. Berpuasa pula memantau diri untuk kebaikan dan menghindar diri pada kejahatan dan memberi kesihatan ruhani dan jasmani.

Kesimpulannya janganlah kita ini berpuashati dengan segala kekurangan kita. Untuk itu kita kena belajar belajar dan terus belajar. Islam sangat mengutamakan ilmu. Hadirkan diri ke majlis2 ilmu dan zikrullah. Nescaya hati akan bertambah tenang, masalah akan menghilang dan diri akan lebih sihat, ceria, dan mengundang sakinah pada kehidupan ini, insyaAllah.

@@@

Wednesday, December 12, 2012

Tujuan Politik

Rupanya salah satu tujuan manusia di utus ke dunia ialah untuk tujuan politik, memimpin dan mengurus tadbir dunia. Yes sir, menjadi Khalifah di muka bumi. Khalifah ialah pemimpin. Nak jadi pemimpin dunia atau negara kena la ada kuasa politik ye tak? Sebagai wakil Allah memimpin dunia. Sebagai wakil nabi untuk kerja2 kenabian termasuklah berdakwah, menjana ekonomi, mengurus rumahtangga, mengurus soal masyarakat, soal sosial, memimpin negara, mentadbir bumi. Besar tanggungjawab kita.

Maka jika Islam itu tidak terpisah dengan politik maka siapa sebenarnya yang menaja slogan agama tidak boleh bercampur dengan politik? Jika benar slogan itu, mengapa Nabi2 semuanya terlibat dengan politik? Menunjukkan politik itu sebahagian daripada agama.

Satu daripada justifikasi bahawa politik dengan agama perlu diasingkan ialah kerana politik itu kotor. Yang sebenarnya politik menjadi kotor kerana tidak mengikut politik Islam. Hakikatnya semua akan kotor kalau tidak mengikut Islam termasuklah sistem ekonomi, sosial dan politik. Kenapa tidak dikata tak boleh berniaga sebab kotor?

Kenapa tidak boleh terlibat dengan politik? kerana politik akan dikuasai oleh mereka. Kita lihat di seluruh dunia pabila tiada kuasa politik umat Islam ditindas. Imam Ghazali pernah menegaskan bahawa agama menjadi asas dalam hidup manusia. Kerajaan memerintah menjadi pelindung kepada agama. Sesuatu yang tiada penjaga akan hilang. Maka lahirlah generasi yang rendah akhlak dan rosak akidah seolah-olah tiada pegangan agama.

Tugas manusia sebagai Khalifah ialah untuk menjaga agama dan mengurus tadbir dunia dengan agama. Generasi manusia kini disogokkan dengan idealisma bahawa harta adalah matlamat hidup manusia. Sistem kapitalis memperjuangkan hak siapa cerdik dia dapat, siapa cepat dia menguasai dan siapa bengap dan slow dia akan ditindas. Sistem komunis pula melihat punca masalah ialah harta, justru itu harta menjadi milik negara dan diagih secara adil. Pokoknya setiap pembangunan umat berkisar kepada harta. 

Maka berebut-rebutlah orang Islam mencari harta kerana dirasakan harta sangat mustahak. Dalam mengejar harta, ilmu Islam dan ilmu dunia ditinggalkan. Sedangkan orang kafir bukan saja menguasai ilmu dunia tetapi juga menguasai harta dan ekonomi dunia.

Tika penciptaan Nabi Adam, Allah mengajar Nabi Adam dengan ilmu, mengajar nama2 semua benda. Adam adalah makhluk baru sedangkan malaikat itu makhluk lama. Malaikat adalah makhluk yang bagus dan mulia namun kelemahannya ialah tidak menguasai ilmu. Manusia punyai kelebihan pabila menguasai ilmu untuk mentadbir alam ini. Manusia yang berilmu akan naik darjatnya. Manusia yang beriman akan naik darjatnya. Manusia yang berilmu dan beriman adalah yang terbaik dan tertinggi darjatnya. 

Tidak ada satu malaikat pun yang pernah derhaka kepada Allah atas sifat mereka yang tiada perasaan melawan melainkan hanya patuh. Malaikat bertanya kepada Allah perihal mengapa memilih manusia yang bakal merusakkan untuk mentadbir urus muka bumi? Maka Allah menguji meraka bertanyakan nama2 benda dan makhluk, dan malaikat tidak dapat menjawabnya. Malaikat cepat2 menyatakan bahawa dia tidak pandai melainkan apa yang diajar oleh Allah sahaja.

Ini menunjukkan Allah sangat bersifat terbuka dengan memberi ruang kepada malaikat untuk bertanya perkara yang dia musykilkan dan memberi penerangan yang sewajarnya pada persoalan yang ditimbulkan. Inilah contoh yang perlu diikuti oleh para pemimpin dalam soal kepimpinan.  Dan malaikat pula menunjukkan sifat hambanya dengan mengaku apa yang dia tidak tahu dan bukan berlagak sombong seolah-olah semua benda dia tahu.

Kemudian Allah menguji Nabi Adam dengan bertanya soalan yang sama dan Nabi Adam berjaya menjawabnya satu persatu kerana ketinggian ilmu yang ada. Maka malaikat akur pada kelebihan manusia dan menerima bahawa sememangnya manusia lebih layak daripada mereka untuk menjadi Khalifah di dunia. 

Pengajaran di sini ialah Allah tidak hanya melihat kepada “Tok Lebai” yang duduk di masjid tanpa peduli hal masyarakat. Buktinya Allah tidak memilih malaikat tetapi mahukan manusia yang berilmu dan peka kepada suasana kehidupan dan permasalahan umat. Allah menegaskan: sesungguhnya Aku lebih tahu apa2 yang engkau tidak tahu.

Perangai yang lebih alim daripada malaikat kadang tidak kena kerana Nabi sendiri keluar dari masjid untuk peduli kepada rehnah manusia, mencegah kemungkaran dan mengajak kepada kebaikan. Ramai yang berlagak seolah-olah dia lebih tahu dengan bertanya pelbagai sebab walhal hakikatnya dia cuba mengelak dari melaksanakan sesuatu perintah Allah. Hukum hudud yang telah ditetapkan Allah itu mahu dipertikaikan. Apakah manusia itu cuba berlagak lebih bijak daripada Allah?

Manusia berilmu cuma mengetahui permukaan ilmu sahaja sedangkan Allah itu pengetahuannya maha luas dan detail. Contohnya bila tanya tok siak yang memang kaki masjid berapa helai daunkah pokok di depan tangga masjid itu? Ternganga tok siak. Sedangkah Allah bukan setakat mengetahui jumlah daun malah setiap urat daun yang ada.

Tiada kelemahan, semua kesempurnaan belaka. Allah sebagai pemimpin bersifat terbuka dan melayan pertanyaan pada makhluknya yang tidak puas hati. Allah menghargai ilmu pengetahuan lalu uji manusia dengan ilmu pengetahuan. Itulah pengertian sebenar modal insan yang perlu dibentuk. Bukan berkiblatkan ajaran yang meletakkan harta benda sebagai matlamat untuk manusia membangun. Islam tidak berhajat kepada harta banyak tetapi lebih menekankan kepada ilmu, akhlak dan iman.

Ulamak2 terdahulu menjadi hebat dan menguasai dunia kerana cinta kepada ilmu. Mereka mengkaji segala cabang ilmu kerana nak kenal Allah. Lagi berilmu mereka lagi taat kepada Allah. Hasilnya mereka berjaya mengausai dunia dan isinya. Itulah objektif kecemerlangan ialah dengan ilmu dan iman. Objektifnya bukan mengejar harta sebagaimana yang telah dipesongkan oleh barat dan timur.

Allah mengetahui segala benda ghaib bahkan benda yang engkau sembunyikan termasuklah apa yang duduk dalam hati, segala syak, keraguan, keyakinan dan niat. Semua dalam pengetahuan Allah belaka. Manusia suka menyembunyikan kejahatan dengan menyangka tiada siapa akan mengetahuinya. Begitulah juga Iblis yang menyembunyikan keingkaran dan kesombongannya terhadap Nabi Adam.

Allah memerintahkan segala jin dan malaikat untuk tunduk sujud kepada nabi Adam, namun Iblis engkar kerana dia rasa lebih hebat daripada Adam. Iblis bangga dengan bangsanya yang dijadikan daripada api, sedangkan baginya Adam adalah daripada yang lebih rendah kerana dijadikan daripada tanah. Allah perintah sujud tapi Iblis sombong untuk mematuhi perintah itu bila merasakan dirinya lebih hebat.

Pengajaran di sini ialah Islam tidak pernah mengajarkan untuk berbangga dengan bangsa atau puak kerana di sisi Allah apa yang penting ialah takwa yakni mematuhi perintah Allah. Dan Iblis pula tidak mahu meminta ampun atas keingkarannya itu maka ia kekal dalam dosa dan laknat Allah hingga ke hari kiamat.

Kemudian Allah memerintahkan Nabi Adam untuk hidup di Syurga dengan segala kenikmatan, cuma hanya ada satu larangan iaitu supaya tidak memakan sejenis buah. Tapi atas tipu helah Iblis maka Nabi Adam telah melanggar perintah Allah itu. Maka di sini dia telah melanggar perintah Allah dan layak menerima hukuman iaitu dikeluarkan dari syurga untuk dipindahkan ke bumi. Namun berbeza dengan Iblis tadi ialah Nabi Adam menyesali perbuatannya dan memohon ampun daripada Allah. Allah dengan sifat pengampun-Nya telah memaafkan Nabi Adam.

Ketiga-tiga makhluk Allah iaitu Manusia, Jin dan Malaikat telah menzahirkan sikap mereka.  Hakikatnya Allah Maha Suci dan aku ini maha tak gheti. Maka tugasku ialah mematuhi segala perintah Allah yang Maha Mengetahui. Usah pertikai segala peraturan dan hukum Allah, malah bersedia mematuhinya tanpa alasan lagi. Usah berlagak pandai atau bodoh sombong lagi. Yang paling baik antara kamu ialah yang paling takwa.

@@@

Tuesday, December 11, 2012

The Mastermind

Yakinlah pada perancangan Allah. Bergantung haraplah pada Allah. Manusia merancang namun perancangan Allah lagi hebat dan yang menjadi nyata. Kita lihat soal jodoh, saya teringat satu sub-header pada cover sebuah majalah, "Mengapa sibuk bercinta dengan orang yang bukan jodoh mu?"

Bercinta bagai nak rak, hingga acap kali tidak dapat fokus kepada perkara lain. Hidup jadi tak keruan kerananya. Namun janji Allah yang menyatakan jodoh pertemuan di tangan Allah jelas mengatasi segalanya. Walaupun sudah terikat dengan pertunangan sekali pun akan tetap putus jua jika ia bukan jodohmu. Hatta jika di ijab kabul pada sebuah perkahwinan pun akan berkecai jua jika ia bukan jodoh mu. 

Namun jika si dia itu jodohmu, maka walau dihalang oleh pelbagai rintangan dan dugaan atau dipisahkan oleh lautan yang luas atau benua yang jauh, maka tetap dia juga yang muncul sebagai jodoh mu. Pabila di congak dan di kaji2 kala muhasabah diri akan tergambar bahawa sesungguhnya memang dia inilah yang paling sesuai untuk saya yang telah ditentukan Allah. Percintaan yang gagal sebelum ini memang perancangan Allah supaya diketemukan dengan jodoh yang lebih tepat dan sekufu, insyaAllah. Yakinlah pada percaturan Allah perihal soal jodoh. Justru mengadu hal kepada Allah. 

Usah bersedih yang melampau pada setiap kekecewaan. Sesungguhnya Allah menyayangi mu. Tersurat hikmah pada setiap peristiwa dan kejadian. Berlapang dada pada ketentuan Allah dan terus merapatkan hubunganmu dengan Allah pada setiap detik. Itulah yang utama untuk kebahagiaan hidup bukan sekadar di dunia tetapi berpanjangan kepada destinasi akhir iaitu kebahagiaan di akhirat pada kehidupan yang kekal abadi di sana nanti.

Pabila mendapat jodoh yang ditetapkan Allah maka di sana akan wujud keadaan bahawa pasangan saya itu adalah yang terbaik untuk saya. Mungkin tidak terbaik untuk orang lain tapi dia ialah yang terbaik untuk saya. Belajarlah menerima hakikat ini. Suami saya adalah suami yang terbaik untuk saya. Banyakkan syukur kepada Allah atas segala nikmat yang Dia kurniakan. Dan saya adalah isteri yang terbaik untuk suami saya.

Pabila sudah bersyukur maka sesuatu akan menjadi cukup atau padan atau sesuai. Selagi mana tidak memahami hakikat syukur atau berterima kasih kepada Allah pemilik segala yang dipinjam dan diamanahkan kepada kita, maka selagi itu manusia akan terus mengejar dan tidak merasa cukup2 sampai bila2.

Di kuliah maghrib di Masjid as-Salam malam tadi, Ustaz Zahidi mengingatkan para jamaah supaya sentiasa bersyukur yakni berterima kasih kepada Allah. Kita bersyukur bila terpilih untuk menunaikan solat maghrib secara berjamaah. Kerana ramai lagi di luar sana hingga saat ini masih lagi belum mendirikan solat maghrib mereka apatah lagi untuk datang ke masjid atau surau bagi tujuan solat berjamaah?

Ramai yang gagal faham hakikat syukur ini. Ramai yang banyak ilmu di dada tapi tidak menghayati persoalan syukur. Ramai yang sikit saja syukur pada Allah tapi yang banyak ialah lupa pada Allah. Syukur itu sebenarnya ialah pengikat nikmat. Pada syukur akan memberi rasa puas dan cukup atas setiap nikmat Allah. Bila gagal untuk bersyukur pada kurniaan Allah maka akan hadir rasa tidak cukup2 dulu kini dan selamanya. Maka sibuklah manusia mengejar apa yang ingin dikejar hingga terus jauh daripada Allah, bukan makin dekat dan makin taat kepada Allah. Inilah bencana besar. Bencana yang boleh membawa kepada bakaran api neraka Allah.

Di sana si bodoh tidak mendirikan solat kerana kebodohannya. Sedangkan di sini saya yang punya ilmu tidak mendirikan solat, maka siapakan lebih hina antara saya dan si bodoh itu? Dia membuat dosa kerana jahilnya. Saya ini tahu itu dosa tetapi melakukannya, maka siapa yang terlebih hina dia atau saya?  Namun kelebihan orang yang tahu ialah pada setiap perlakuan dosa, dia akan tahu jalan kembali ke pangkal jalan. Berbanding dengan si jahil yang berkekalan membuat dosa.

Pabila saya selesai beribadah, selesai tugasan dengan Allah maka akan membuahkan rasa lega dan lapang. Kita cari tapi tidak cukup2 kenapa? Syukur akanmu maka akan bertambah nikmat. Jangan meminta panjang umur tapi mintalah dipanjangkan umur dalam keberkatan. Azamlah untuk menunaikan sunnah Rasulullah walaupun sekecil-kecilnya. Syukur akan menegah siksa Allah. Sepatutnya makin banyak harta maka makin dekat dengan Allah. Tapi bila makin kaya makin liat nak keluarkan zakat, makin dekat pula dengan siksa Allah. Nau'zubillah.

Jika diuji Allah dengan kepayahan ramai orang boleh terima. Yang risaunya ialah pabila di uji Allah dengan kesenangan, ramai yang lupa Allah. Tuan punya kambing yang bersyukur akan berpegang kepada kambing itu tetap kambing sedangkan dia ini hamba Allah, maka dia akan tinggal kambingnya sekejap untuk pergi mendirikan solat. Sebaliknya kambing pun agak pening juga melihat tuannya, "Aku tak solat dia pun tak solat. Aku tak puasa dia pun tak puasa. Dia kambing atau aku yang kambing?"

Dia bagi nikmat senang tapi takut kita lupa. Takut kita lupa Allah. Takut kasih kepada nikmat tapi lupa kepada empunya nikmat. Mintalah doa supaya kita kekal takut kepada Allah. Mulianya orang yang beriman kepada Allah. Jadilah gembala kambing yang bertakwa, yang mulia di dunia dan mulia di akhirat. Ini tidak, bila sudah ada 40 ekor kambing sudah mula lupa Allah. Segala sesuatu ini datang daripada Allah belaka, maka terima kasih kepada Allah. Kita ini tiada apa2. Semua dalam pengetahuan Allah. Allah is the Mastermind.

@@@

Thursday, December 06, 2012

Timbulkan Kemanisan

Alhamdulillah pada kuliah maghrib di surau al-Faaizeen yang sempat saya hadiri malam tadi, Ustaz Fadli memulakan dengan peringatan supaya sebelum menerima nur ilmu agar semua yg hadir dapat melapangkan dada, membuka minda dan meluruskan niat kerana Allah. Sangat penting untuk melengkapkan diri dengan persediaan fizikal dan mental untuk menerima ilmu yang tidak memberi ganjaran secara zahir tetapi memberi cara yang benar untuk memandu diri supaya tidak tergelincir kiri atau kanan tika melalui titian sirat di akhirat nanti.

Sesiapa yang meringankan diri untuk berada di majlis2 ilmu maka Allah akan memudahkan jalannya ke syurga Allah.Kena belajar memahami al-Qur'an dan hadis bukan sekadar maknanya yang literal tetapi yang utama ialah memahaminya dalam konteks yang benar. Maka dengan menadah telinga dan hati di majlis2 ilmu insyaAllah segalanya mula terjawab dan menjadi jelas. Akan terpandu dalam dirinya untuk menyuluh ke jalan yang Allah kehendaki. Hadirkan dengan hati yang ikhlas agar terlepas dari godaan dan belitan syaitan yang tidak jemu mahu menyesatkan.

Terdapat dua pecahan iman. Pertama iman kerana fatwa iaitu melaksanakan perintah Allah iaitu suruhan dan larangan-Nya kerana hukum dan syariaat. Mendirikan solat hanya pada hukum kerana tidak bersolat itu berdosa. Kita melaksanakan kerana diwajibkan oleh syariaat Islam. Kedua ialah iman kerana takwa. Beribadah dengan perintah Allah kerana takut kepada Allah, terdidik kerana takut dan mengharap redha Allah.

Beriman kepada rukun iman yang enam punyai tiga elemen utama iaitu pertamanya yakin dalam hati dengan membenarkan 100% aku beriman dengan Allah, Malaikat, Rasul, Kitab, Hari Pembalasan,Qada dan Qadar. Kedua ialah melafazkan secara lisan dengan lidah dan akhirnya mesti ada praktikal atau amalannya secara fizikal. Maka iman itu ialah lahir dalam hati, berikrar dengan lisan dan melaksanakan segala perintah Allah. Pabila melakukan ibadah akan ada kemanisannya. Tidak mungkin ada kemanisannya jika hati masih berbelah bagi. Keimanan itu seakan sama dengan perasaan cinta. Cinta yang tidak berbelah bagi akan menguntum kemanisan pada setiap perlakuan.

Dinyatakan iman itu ibarat ruh kepada jasad dan akhlak pula ibarat udara untuk jasad. Maknanya iman dan akhlak saling melengkapi. Iman tanpa kehadiran akhlak akan menyebabkan kepincangan yang kronik pada jasad. Manakala akhlak tanpa iman pula sia-sia dan tiada nilaiannya di sisi Allah. Contohnya pergi mengerjakan ibadah haji dengan wang curi, sah atau tidak? Dari sudut fekah sah ibadah itu, namun pada hakikat sebenar  tiada nilaiannya. Ibarat botol kicap cap kipas udang yang tiada kicap di dalamnya, nampak wujud secara fizikalnya tapi kosong isinya tiada nilaian apa2, sekadar menjadi bahan buangan yang tidak berguna.

Manusia beribadah kerana takut, kerana malu atau kerana mengharap dan mentaati Allah. Maka beribadah kerana mengharap redha Allah itulah maqam yang tertinggi iaitu maqam muttaqin. Secantek dan sesempurna manusia ialah yang berakhlak mulia.

Terdapat beberapa proses dalam Islam yang kita perlu fahami. Pertama ialah untuk meraih title Muslim iaitu dengan meyakini rukun Islam yang lima. Kedua ialah meraih title Mukmin yakni dengan beriman kepada rukun Iman yang enam. Manakala kesempurnaan untuk mencapai mukarramin ialah orang yang mulia akhlaknya, maka maqam ini ialah Muttaqim.

Acap kali orang Islam menjadi fitnah kepada Islam itu sendiri. Kita selalu dengar pengakuan dari para saudara baru bahawa mereka memeluk Islam bukan dengan melihat orang Islam itu sendiri tetapi dengan mengkaji isi dan hakikat Islam itu. Kerana apa? kerana jika sekadar melihat orang Islam, ramai yang gagal hidup sebagai orang Islam sebenarnya seolah-olah tiada beza dia dari segi tutur kata, perlakaun, prinsip, hatta pakaiannya. Mencapai title Muslim dah tapi berlagak macam Firaun. Mukmin dah tapi perangai hudoh sungguh. Diri orang Islam yang menjadi fitnah kepada Agamanya dan boleh mendatangkan mudarat atau menjauhkan orang lain kepada Islam. Nau'zubillah.

Ramai para sahabat dulu yang masuk Islam kerana melihat akhlak Rasulullah, bukan kerana dakwah secara langsung. Akhlak diertikan sebagai adab. Saya pernah mendengar Syeikh Mahmoud al-Makkaki menyatakan bahawa adab lebih penting daripa ilmu. Akhlak ini merangkumi akhlak mata, akhlak telinga, akhlak lidah, akhlak kaki tangan dan akhlak dalam beribadah. Contohnya hidup biar beradab dengan biasakan memberi salam sebelum bercakap. Pabila makan gunakan tangan kanan, membaca Basmallah dan mengambil makanan atau lauk yang paling dekat. Perlakuan biar beradab.

Abadikan kepada Allah dengan takwa. Untuk menyempurnakan takwa maka kena ada akhlak. Ustaz Fadli ada bercerita perihal seorang kenalan kawannya di UIA yang telah revert kepada Islam hasil persahabatannya dengan kawan Ustaz tadi. Pabila Ustaz bertanyakannya bagaiamana dia tertarik untuk memeluk Islam, jawabnya ialah kerana dia memerhatikan kawannya yang suka menolong, cukup amanah, suka menenangkannya dengan memberi nasihat, menjaga akhlak dan menjaga pergaulan. Kesimpulannya dakwah yang terjelma daripada peribadi dan contoh yang baik.

Tahap seterusnya ialah Ehsan. Ehsan ini ialah pabila beribadah kepada Allah terasa seolah-olah kamu sedang melihat-Nya atau Allah sedang memerhati kamu. Inilah bicara tentang kekusyukan hati. Tika sujud dan membaca zikir maha suci Allah yang Maha Tinggi sambil membayangkan kamu di berada di hadapan Allah dan Allah sedang memerhati setiap gerak fizikal dan lintasan hati kamu. Allah sedang memerhatikan setiap perbuatan yang nyata atau tersembunyi, maka ini bisa mewujudkan amanah dan hati-hati pada setiap perlakuan dan kegiatan kita.  Tapi janganlah pula membayangkan Allah itu dalam bentuk2 tertentu yang boleh membawa kepada syirik pula. Hakikatnya kita ini sentiasa di bawah penguasaan Allah. 

Teruskan berada di majlis2 ilmu agar dapat memahami segala cabang ilmu yang ada dan mengerti agama Islam sebagai cara hidup yang menyeluruh merangkumi bukan sekadar soal ibadah tetapi juga soal munakahat, soal jinayat, mauamalat dan urusan seharian yang lain. Ushalah kita beramal bukan lagi sekadar ikut-ikutan semata tanpa ilmu. Tuntutan menuntut ilmu bermula dari zaman kita dilahirkan dulu hinggalah tiba detik kita di usung ke liang nanti.

Tinggalkan segala perkara syubahah kerana Allah memerhati kita, hendaklah timbul gementar di hati. Cuba pejam mata dan bayangkan bahwa Allah sedang memerhati dan segala perbuatan hatta lintasan hati akan direkod. Maka pabila kita dapat hadam hakikat ini nanti timbullah kemanisan dalam kehidupan dan setiap perlakuan kita, insyaAllah.

@@@

Tuesday, December 04, 2012

Era Kegelapan

"Guano lamo tok napok?" tegur Ustaz Sobri. "Ado supo biaso Ustaz", jawab saya. "Dok eh...lamo tak napok di masjid? Dok main kok jauh ko?" sambung Ustaz Sabri. Rupanya dalam senyap Ustaz ada memerhatikan para jamaah yang hadir saban malam, tika kuliah maghrib terutamanya. Maka kala terserempak dengan saya di pasar pada hari minggu lalu terus Ustaz menyapa saya dengan soalan2 cepumas tadi. "Ada Ustaz, cuma ceghele cegheluk", tambah saya lagi. "OOO...ingat dok nadah kitab dgn tok guru manno...he he."

Itulah saya ini melalui gelombang iman yang turun dan naik. Sekejap di atas, sekejap berada di bawah pula. Yang penting ialah jangan kekal di bawah. Bawalah bertenang. Dan kembali merangkak ke puncak. Hidup tanpa menghadiri majlis2 ilmu ibarat menjalani detik-detik kegelapan tanpa cahaya yang bisa menyuluh jalan di hadapan. Justru amat penting untuk hadir mendengar peringatan dan nasihat agama supaya saya kembali faham agama dan bergerak ke depan dengan acuan agama, bukan pedoman nafsu dan akal semata.

Di ofis saya era kegelapan juga telah melanda. Ceramah perdana bulanan terakhir di adakan pada bulan Jun yang lalu. Kuliah zohor mingguan juga sudah lima bulan senyap. Ada saja onak dan duri yang menghalang. Pabila saya menulis satu email kepada pihak HR untuk duduk berbincang mencari jalan bagi merancang supaya program2 keruhanian ini dapat diteruskan semula, tiada respon yang saya dapat. Saya kecewa. Selepas seminggu menunggu maka saya menghantar email susulan. Cuma kali ini saya cc kepada Group MD, boss besar. Syarikat kami kini dalam krisis prestasi kewangan yang agak merundum. 

Alhamdulillah GMD telah memberi respon kepada boss besar HR, menyatakan sokongan supaya program Ceramah Perdana bulanan dan Kuliah Zohor mingguan yang saya sarankan itu boleh diteruskan. GMD juga memberi cadangan supaya diadakan Tazkirah Pagi harian selama 15 minit melalui PA System syarikat. Pabila GMD sendiri sudah bersuara maka boss HR pun terus mengarahkan anak buahnya untuk mengambil tindakan sewajarnya untuk bermesyuarat dengan pihak AJK Surau syarikat bagi plan seterusnya.

Alhamdulillah pada hari Jumaat lepas mesyuarat berkenaan telah berjaya diadakan. Keputusannya ialah pihak AJK surau akan menyediakan memo perihal program yang akan diadakan pada setiap bulan dan menyerahkan kepada puhak HR untuk mendapat budget. Pengerusi AJK Surau mengucapkan terima kasih dan Bulan Disember ini akan dijadikan testing ground akan kelancaran proses birokrasi yang ada termasuklah urusan tuntutan 'cash advance' program mendatang, tuntutan claim program2 yg telah berlalu, urusan tauliah Ustaz, dan urusan jemputan Ustaz untuk memenuhi program yang di rancang. Program solat hajat bulanan yang akan disertai oleh pihak pengurusan juga di rancang demi memohon kesejahteraan dan kejayaan syarikat dan seluruh warga kerja sekelian.

Era kegelapan yang saya lalui ini harapnya akan menemukan cahaya dipenghujung terowong. Alasan sampai lambat dari ofis dan selalu miss the boat untuk ke  masjid perlu diluputkan segera. Bak kata orang puteh hati nak seribu daya tak nak seribu dalih. Saya juga merupakan salah seorang daripada empat orang yang ditugaskan untuk membaca tazkirah pagi, yang akan dimulakan secara mingguan iaitu setiap hari jumaat sebagai permulaan. Jika tiada aral melintang GMD akan dijemput untuk memberi tazkirah pada slot pertama pada pagi Jumaat ini, sebagai merasmikan dan memberi impak kepada program2 keruhanian seterusnya.

@@@

Sunday, December 02, 2012

Orang Buta


Kita ini orang buta. Siapa yang boleh bimbing kita? Rasulullah SAW, yang celik dan melihat. Rasulullah SAW adalah pembimbing kita dengan berpegang kepada al-Qur'an dan hadis. Apa yang Rasulullah SAW amalkan selama 23 tahun, itulah Agama, itulah cara hidup yang selamat dunia dan akhirat. Sahabat2 pabila tidak bertemu Rasulullah walaupun sehari akan merasa kerinduan yang amat sangat. Sebab itu disunatkan kita melihat ulamak kerana ulamak itu pewaris Nabi yang mendapat tempias dan percikannya.

Allah boleh meletak sesiapa di mana2 tempat. Maka bila Allah memilih kita untuk berada di rumah-Nya di dalam majlis ilmu, maka sangatlah kita bersyukur. Hidayah adalah satu pilihan yang Allah berikan kepada hamba-Nya. Tidak semua orang mendapat hidayah. Ianya adalah tanda kasih sayang Allah. Semakin Allah sayang semakin orang itu sibuk untuk dekatkan diri kepada Allah. Kalau kita penuhi segala perintah Allah maka Allah akan penuhi segala keperluan kita. Jika leka dan lara di dunia maka balasan setimpal akan menanti di akhirat nanti.

Iman Shafie setiap kali mendengar hadis Rasulullah yang sudah berulang kali dia mendengarnya tetap merasa seperti baru pertama kali mendengarnya. Itulah kesungguhan untuk mendengar sabda Nabi. Imam Malik kalau nak baca hadis akan berpakaian istimewa dan mengenakan wangi-wangian, dengan merasa takzim dan keagungan membaca hadis. Pernah satu ketika Imam Malik disengat kala jengking semasa majlis taklimnya tapi dia tetap meneruskan majlis bacaan hadisnya tanpa membubarkannya demi merasa keutamaan dan keagungan majlis ilmu hadisnya, sehinggalah berakhir majlis barulah beliau mendapatkan rawatan.

Anas bin Malik mula khidmat kepada Nabi tika berumur 9 tahun lagi. Dia sediakan air dalam bekas untuk Nabi berwudhuk untuk Qiamullail. Dia sediakan capal setiap kali Nabi melangkah keluar masjid. Nabi telah doakan Anas bin Malik banyak menghafal hadis. Barokah khidmat Anas kepada Nabi, Allah kurniakan keturunan yang baik dan kaya untuknya. Khidmat kepada orang alim akan mengundang barokah.

Manusia kalau baik boleh jadi baik melebihi malaikat. Sebaliknya manusia kalau sesat lebih dahsyat daripada syaitan. Firaun boleh mengaku dirinya tuhan. Sedangkan sejahat-jahat Iblis tidak pernah mengaku dia tuhan. Kita perlu ada benteng yang kukuh dengan berpegang teguh dengan sunnah Rasulullah untuk tidak terpengaruh dengan ancaman musuh yang sentiasa mahu menyesatkan. 

Kekuatan orang Islam itu bergantung kepada amalan Islam itu sendiri. Pertolongan Allah akan turun kepada orang yang menjaga amalan. Darjat seseorang di sisi Allah bergantung kepada ketaatannya kepada Allah. Bukan sekadar solat tetapi mengagungkan solat dan mendapat kesan daripadanya. Bukan sekadar membaca Qur'an tetapi mengagungkan Qur'an dengan memahami dan mengamalkannya. Kita ini orang buta yang perlu pembimbing untuk menuju redha Allah.

@@@ 

ISU PENDIDIKAN

Saya terbaca sebuah posting yg sangat baik yg berupa luahan rasa seorg guru yg dedikasi perihal sistem pendidikan di sekolah yg sudah acap k...