Tempoh
hari saya terserempak dengan seorang Pakcik tua. Dia tersenyum dan mengundang
saya ke rumahnya. Beberapa orang pemuda Indon ada di laman rumahnya. Rupanya
kerja2 renovation rumahnya sedang rancak berjalan.
Orang
tua itu mempelawa saya melihat sekeliling rumahnya. Bahagian belakang dan tepi
rumah di sambung beskala besar. Bilek tidur dan bilek air di tambah. Dapur juga
di besarkan. Saya anggarkan kos renovation ini mungkin melebihi kos Pakcik ini
membeli rumahnya. Bila dicampur, kos rumah ini mungkin sudah mencapai angka
setengah juta rasa saya.
“Wa
besar rumah Pakcik ya”, sapa saya. “Alhamdulillah”, jawabnya. “Anak2 dok ngan
Pakcik ke?” tanya saya. “Taklah, kami tinggal berdua je.” Hmmm…pelik pula
rasanya, rumah bungalow sebegini besar hanya akan dihuni oleh mereka berdua
cuma.
Isterinya
yang nampak sebaya umur dengannya kelihatan kepenatan menuruni tangga dari
tingkat atas untuk bertemu kami. Terlintas pula di hati, sudah tentu sukar
baginya untuk menyelenggara rumah besar ini. Tapi ada orang gaji agaknya. Rasa
saya kalau Pakcik ini tidak renovate rumah asal pun sudah cukup besar untuk
mereka berdua. Terfikir pula berapa lamakah agaknya pasangan warga emas ini
bisa menikmati kehidupan di rumah mereka yang tersergam sebelum ajal menjemput?
Saya
berpendapat adalah lebih afdal untuk membelanjakan harta yang ada pada usia
sebegini untuk kekayaan kekal di akhirat nanti. Contohnya infaq harta untuk
membina surau dan masjid. Namun senang bercakap daripada membuat. Jikalah Allah
memilih untuk menguji diri ini dengan kekayaan harta dunia belum tentu sanggup
berkorban harta itu untuk infaq ke jalan Allah dan beramal jariah untuk
kebaikan ummah dan mencari redha Allah, belum tentu.
Justru
saya terus bersangka baik. Mungkin niat pasangan warga emas ini untuk
menginfaqkan bungalownya kepada pusat tahfiz pada suatu masa nanti. Amal
Jariah Bekalan Akhirat.
Saya
terbaca dalam beberapa petikan blog mengenai hakikat bekalan harta yang
berkekalan untuk kita kongsi2kan bersama agar memahami mana itu senda gurau
kehidupan dan mengenali pula apa itu kebahagiaan yang kekal abadi...
Dari
Abu Hurairah RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Seorang
mukmin selepas kematiannya akan terus mendapat ganjaran daripada amal
kebaikannya iaitu melalui ilmu yang dipelajari lalu diajarkan kepada orang lain
dan terus disebarkannya. Anak-anak yang salih yang ditinggalkan, Al-Quran yang
diwariskan atau masjid-masjid yang dibinanya atau rumah-rumah musafir di
perjalanan yang didirikannya atau anak-anak sungai yang dialirinya atau sedekah
yang dikeluarkan daripada hartanya ketika sihat dan hidupnya yang berterusan
selepas kematiannya (ini berupa wakaf yang berkekalan untuknya)." -Hadith
riwayat Ibnu Majah
Kematian adalah
suatu yang pasti dihadapi oleh setiap insan bernyawa. Namun, kematian yang
mendatangi manusia itu tidak diketahui detik, masa dan tempatnya. Semua
itu termasuk antara rahsia Allah SWT. Firman Allah bermaksud: “Dan
tidak ada satu diri pun yang akan mati melainkan dengan izin Allah pada
suatu waktu yang akan ditentukan.”
(Surah
Ali Imran, ayat 145)
Luqman
al-Hakim pernah berkata kepada anaknya: “Wahai anakku! Urusan yang tidak engkau
ketahui bila ia akan menemuimu. Bersedialah sebelum ia datang kepadamu. Ia
adalah kematian yang datangnya tidak pernah diundang.”
Kematian
ialah proses terputusnya hubungan di antara roh dan jasad. Kematian itu
ialah proses terhentinya jasmani seperti nafas, perjalanan darah, gerak
fikiran, perasaan, tenaga dan lain-lain daripada berfungsi seperti
biasa. Kematian adalah batas sempurnanya roh dalam hidup makhluk.
Kematian
bererti menghilangkan seluruh daya selama roh itu berada dalam genggaman
Allah. Kerahsiaan
detik kematian itu adalah rahsia Allah untuk memberi peringatan supaya
manusia membuat persediaan setiap masa sebelum kematian datang
menjelma kerana ia akan muncul secara tiba-tiba. Lantaran itulah
setiap manusia digalakkan beramal sepanjang masa sebagai bekal pahala
yang akan dibawa ke alam barzakh.
Persediaan
pahala perlu dibekal sebanyak mungkin bagi menjamin keselamatan dan keselesaan
hidup di alam sana. Pokok persoalan
yang ingin diketengahkan adalah bekalan pahala berpanjangan bagi si mati
walaupun telah menempuh alam kematian.
Hanya
tiga perkara yang akan mengikuti jenazah ke tanah perkuburan, iaitu amalannya
ketika hidup, kaum-kerabat dan sanak-saudara serta harta peninggalannya. Namun,
hanya satu yang akan tetap setia sanggup bersama dan bersemadi dengan
si mati di dalam kubur, iaitu amalannya.
“Carilah rezeki dengan bersedekah.” Saidina Ali RA pernah
menyatakan. Pesanan ini menerangkan kepada kita bahawa dengan bersedekah,
rezeki seseorang itu dimurahkan.
Hadis berikut ini pula menyeru kita agar rajin bersedekah
kerana Allah akan memberi kita rezeki dan kesenangan melalui bersedekah. “Wahai
manusia, bertaubatlah kepada Allah, sebelum kamu mati. Bersegeralah melakukan
amalan amalan salih sebelum kamu kesibukan dan hubungilah antara kamu dengan
Tuhan kamu dengan membanyakkan sebutan (zikir) kamu kepadaNya dan banyak
bersedekah dalam bersembunyi dan terang-terangan, nanti kamu akan diberi
rezeki, ditolong dan diberi kesenangan.” -H.R Ibnu Majah.
Allah telah berfirman yang bermaksud: “Dan apa-apa suatu
yang kamu belanjakan, maka Dia akan menggantikannya; dan Dia adalah sebaik-baik
Pemberi rezeki.” (Saba’: 39)
Amalan bersedekah juga berkekalan hingga ke akhirat,
seperti mana terdapat keterangan dalam hadis, “Apabila telah meninggal anak
Adam, maka putuslah segala amal perbuatannya, kecuali tiga perkara: Pertama,
sedekah jariah; kedua, Ilmu yang bermanfaat dan yang ketiga adalah anak yang
solih yang mendoakan (kedua-dua orang tuanya yang telah meninggal).
Sebaliknya pula bagi orang yang tidak mahu bersedekah
atau kedekut, Allah telah menyediakan balasan berupa kesukaran dan azab. “Dan
adapun orang-orang yang kedekut dan merasa dirinya cukup (bebas), dan
mendustakan pahala yang terbaik, maka untuknya Kami akan menyiapkan
(jalan) yang sukar. Sedang hartanya tidak berguna baginya apabila dia binasa.”
(Al-Lail: 8 – 11)
Walau bagaimanapun hendaklah kita bersedekah dengan
ikhlas kerana berdasarkan firman Allah yang bemaksud: “Dan janganlah engkau
memberi (dengan maksud) memperoleh (balasan) yang lebih banyak.” (Al-Mudathir:
6.)
Marilah kita mengambil iktibar dari ayat-ayat al-Quran
dan hadis Nabi Muhamad SAW tentang kebaikan bersedekah dan lazimkanlah diri
kita untuk bersedekah. Sebagai maklumat dan pengetahuan kepada kita, orang
Melayu yang terkaya di Malaysia pada waktu ini menurut maklumat yang diperolehi,
telah mendirikan 12 buah masjid sebagai sedekah dan amal jariah. Alhamdulillah.
@@@