Saturday, January 01, 2011

Potensi Tahun 2011

Sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: "Barang siapa yang amalannya hari ini lebih baik dari semalam, dia adalah orang yang beruntung. Barangsiapa yang amalannya hari ini sama dengan yang semalam, dia adalah orang yang rugi. Dan barangsiapa yang amalannya hari ini lebih buruk dari hari semalam, dia tergolong orang yang dilaknat Allah S.W.T."

Alhamdulillah kita sudah melangkah ke tahun baru masehi 2011. Maka mengikut hadis di atas sepatutnya kita sama2 menanam azam supaya tahun 2011 ini lebih baik daripada tahun 2010 atas segala perlakuan dan aktiviti kita, insyaAllah. Kita kena juahi dosa dan dekatkan diri dengan pahala, kita cari manafaat bukan mudharat, kita buat baik dan tinggalkan kejahatan. Setiap pagi kita melangkah keluar rumah dengan niat "Ya Allah, jadikan segala aktiviti ku hari ini sebagai ibadah kepada Mu."


Semasa berborak dengan anak sulong saya tadi, saya membawa tiga senerio sebagai pembuka kata.
  1. Muhammad Firdaus bin Samsuddin, seorang jaga di Masjid Wilayah - setiap hari di masjid itu ada majlis2 ilmu, solat berjemaah 5x sehari semalam, pengajian Al-Qur'an, panggilan azan dan pelbagai aktiviti keagamaan. Jaga ini kekal setia sebagai jaga selama 12 jam setiap hari dengan gaji RM1,100 sebulan, Alhamdulillah. Namun yang sedihnya dia tidak menyertai solat jemaah, tidak mengikuti majlis2 ilmu atau mendekati pelbagai aktiviti ibadah di sana. Dia hanya menjalankan tugasnya sebagai jaga walaupun sebahagian besar dia tidak jaga kerana sedap melayan tidur.
  2. Fatah bin Ali, juruwang di Bank CIMB - dia bergelumang dengan wang ringgit setiap hari melalui aktiviti perbankan, ada yang datang untuk mengeluarkan duit dan ramai yang datang untuk mendeposit duit dalam akaun masing2. Seorang apek tua berseluar pendek datang ke kaunternya setiap hari dengan wang kertas RM50 setebal 6 inci yang dikat dengan getah untuk di deposit ke dalam akuan semasanya. Hmmm...kira2 RM5,000 setiap hari hasil perniagaan beliau, maknanya dalam lingkungan RM150,000 pendapatan bulanan. Hebat bukan. Namun Fatah hanya memandang segala transaksi yang berlaku ini dengan mata fisikalnya semata. Dia kekal sebagai juruwang dengan gaji RM1,600 sebulan untuk sekian lama.
  3. Aminah bt Daud bekerja sebagai pustakawan - setiap hari dikelilingi timbunan buku. Setiap terbitan baru buku akan di hantar oleh pembekal untuk kegunaan di perpustakaan itu pada setiap bulan. Buku adalah gedung ilmu namun sayangnya Aminah tidak gemar membaca buku2 ini. Banyak masa terluang nya di gunakan untuk melayari internet melalui PC yang ada di situ, tapi sekadar menghabiskan banyak masa di laman Facebook semata. Sayang seribu kali sayang dia tidak gunakan segala kemudahan di sekelilingnya untuk mencintai ilmu, menggali ilmu untuk menjadi orang yang berilmu.
Apakah pengajaran yang boleh kita ambil iktibar dari kisah2 benar di atas? Saya meneruskan perbualan seorang bapa dengan anaknya yang kini menuntut di asasi sains UIA, apabila kita melakukan sesuatu rutin yang sama tapi mengharapkan keputusan yang berbeza maka sebenarnya kita kurang cerdik malah ada pepatah mengatakan "if you keep doing the same things and expecting different result then you are insane". Kita kena hijrah. Melakukan sesuatu yang lebih baik. Ubah cara lama yang memberi kegagalan kepada sesuatu gerak kerja baru yang lebih berdisiplin supaya keputusan yang terbaik akan tercapai. Ketiga2 kawan kita pada watak di atas telah melepaskan peluang yang ada di depan mata dengan terus menerus mebuat rutin kerja yang lapuk hingga tidak mampu menganjak diri ke tahap yang lebih mantap. Kalau mereka mahu dengan sedikit keinginan untuk berhijrah sudah tentu mereka kini bisa menjadi insan2 yang lebih berjaya dari segi ilmu dan kemahiran hidup, bukan sekadar redha dengan apa yang ada sahaja. Peluang yang Allah berikan terbentang di depan mata. Kenalah berfikir di luar kotak.

Pesan saya kepada anak (penuntut UIA) ini, suasana pembelajaran dan kemudahan ilmu sudah terbentang. Jangan sekadar belajar itu hanya fokus untuk lulus dalam peperiksaan semata. Cintai ilmu. Ilmu yang didapati adalah untuk pemantapan diri. Jangan jadi ibarat gelas yang nampak penuh isinya namun hakikat nya isi kosong. Jadilah gelas yang nampak kosong tapi penuh berisi air. Jadilah seorang mahasiswa yang berilmu. Maka cintailah ilmu. Hadirilah segala program yang berbentuk majlis ilmu. Singgahlah di perpustakaan untuk membaca bahan2 ilmu, buku2 dan akhbar. Layari internet untuk mencari bahan ilmu bukan menghabiskan masa berchating tanpa haluan. Search audio video di You Tube yang boleh meransang minda seperti video Ahmad Deedat dan Zakir Naik. Dan layari tips berguna dengan search keyword "How to..." kerana internet kini adalah gedung ilmu contohnya "How to play Rubic Cube". Ia juga adalah alat untuk kita gunakan untuk kebaikan atau kejahatan. Ibarat pisau yang boleh digunakan untuk memotong sayur atau melukakan anggota badan, pilihan terletak di tangan kita. Penuhi potensi ini.


Melangkah kita ke tahun baru 2011 ini adalah suatu milestone atau titik mula kepada hijrah kita. Ramai orang suka menanam azam baru. Bagi saya buatlah sesuatu yang mendatang kebaikan dan tinggalkan sesuatu yang boleh mendatangkan keburukan. Antaranya ialah mantapkan segala ibadah fardhu dan istiqamah dalam amalan2 sunat kita. Contoh kalau tahun lepas purata solat berjemaah kita hanya 3 kali sehari maka tahun ini tingkatkan menjadi 5 kali sehari semalam. Kalau dulu solatnya di penghujung waktu atau selalu melengah2kan solat maka tahun ini hijrahlah supaya medirikan solat di awal waktu 5 kali sehari. Tahun ini istiqamah untuk solat Dhuha misalnya atau solat sunat Qabliah dan Ba'diyah setiap kali berjemaah di masjid. Kalau dulu sedekah RM2 ke dalam tabung masjid maka tahun ini adakan peningkatan dengan bersedekah RM3 ke dalam tabung masjid setiap kali.
Walaupun kecil tapi ada peningkatan.

Semalam saya dan isteri sempat menghadirkan diri di masjid As-Salam pada bicara forum perdana bertajuk Perbandingan sambutan Maal Hijrah dengan Tahun Baru. Realitinya masyarakat lebih cenderung untuk menyertai kemeriahan sambutan Tahun Baru. Malah pihak berkuasa sendiri begitu memberi sokongan kepada pelbagai program maksiat untuk menyambut detik 12 malam. Berbeza dengan sambutan Maal Hijrah yang ala kadar sahaja.


Kepunahan masyarakat terutamanya golongan belia adalah kerana mereka sudah tidak mengenal Tuhan. Kepincangan dalam sistem pendidikan negara yang meminggirkan pendidikan Agama adalah salah satu punca utamanya. Subjek Agama hanyalah matapelajaran alternatif bukan matapelajaran teras. Pengajian aqidah tidak ditekankan. Akibatnya ramai yang tidak kenal tuhan. Agama hanya pada nama. Tiada ruh dan penghayatan. Sedangkan Agamalah yang boleh memantau kehidupan yang bermakna. Agamalah yang mengajar halal dan haram. Agamalah yang memberitahu setiap perlakuan di muka bumi ini akan di ambil kira dan di hisab nanti yang hasilnya samada kita hidup bahagia di Syurga Allah atau terhumban ke Neraka-Nya.


Kesimpulannya tahun 2011 yang bermula hari ini penuh potensi untuk kita lalui. Buatlah pilihan yang boleh membina kekuatan aqidah, akhlak dan jatidiri. Kenal siapa kita dan kemana hala tuju kita? Mati itu pasti cuma kita tidak tahu bila? Selepas mati ada perhitungan amal. Setiap tiba tahun baru sebenarnya memendekkan lagi umur kita setahun lagi dan mendekatkan kita dengan detik kematian setahun lagi. Jadi sebelum mati, marilah pada tahun 2011 ini kita hijrah dari yang baik kepada yang lebih baik. Kumpulkan amal kebaikan semaksima mungkin sebagai bekal di hari perhitungan amal nanti. Semoga Allah limpahkan kita dengan rahmat-Nya, ampunkan segala dosa kita, dan membebaskan kita dari azab Neraka-Nya. Penuhi potensi ini. Amiin.


@@@

2 comments:

ooooooooo said...

Assalamualaikum.

satu peringatan yang baik..

alhamdulillah.

semoga 2011 ini kita menjadi manusia lebih baik dari 2010..

nabi saw bersabda "amalan paling disukai Allah - sikit tapi konsisten (istiqamah)"

istiqamahlah kita dalam perubahan.perubahan memerlukan banyak pengorbanan.

jadi,berkorbanlah.

assalamualaikum .

School Of Tots said...

TQ Umar. Hijrah dari memuja para artis sebagai idola --> para sahabat & para daei. Search di You Tube video para2 daei yg tidak jemu berjuang & berdakwah menegak Agama Allah e.g. Ahmad Deedat, Zakir Naik, Yusof Qardawi, dsb.

ISU PENDIDIKAN

Saya terbaca sebuah posting yg sangat baik yg berupa luahan rasa seorg guru yg dedikasi perihal sistem pendidikan di sekolah yg sudah acap k...