Ada kita pernah dengar dialog seperti di atas? Yang selalu kita dengar nak jadi doktor, nak jadi usahawan, nak jadi cikgu. Sepatutnya kena jadi doktor yang alim, cikgu yang alim, usahawan yang alim, yang faham agama. Barulah hidup penuh barokah. Siapakah orang alim?
Saya petik dari halaqah.net tentang definasi orang alim ialah seperti berikut: Dari Abu Bakrah ra., Dari Nabi s.a.w., sabdanya:"Jadikanlah dirimu orang alim atau orang yang menuntut ilmu atau orang yang selalu mendengar pelajaran agama, atau pun orang yang mencintai (tiga golongan yang tersebut); dan janganlah engkau menjadi (dari) golongan yang kelima, yang dengan sebabnya engkau akan binasa."
Hadis ini menyuruh supaya tiap-tiap seorang menentukan sikapnya terhadap ilmu agama.
Dengan sikap yang demikian, seseorang itu terjamin untuk mendapat keselamatan dan kebahagiaan, sama ada dalam perkara jasmaninya mahu pun rohaninya, kerana ia sentiasa dalam jagaan ilmu pengetahuan yang memimpinnya ke jalan yang benar dan memberinya kesedaran untuk memilih yang baik dari yang buruk dan yang hak dari yang batil.
Ada pun golongan yang kelima, iaitu yang tidak termasuk dalam salah satu dari empat golongan yang tersebut, maka mereka adalah golongan yang binasa, kerana mereka tidak ada pimpinan yang dengannya mereka dapat membezakan di antara yang benar dengan yang salah.
Imam Mawardi menyatakan: Bahawa orang yang menganggap ilmu syarak itu tidak ada faedahnya dipelajari dan lebih baik sahaja ditinggalkan, sebenarnya orang itu tenggelam dalam kesesatan dan jauh dan mendapat hidayat pertunjuk, serta ia termasuk dalam golongan yang kelima yang binasa.
Apa yang terjadi dalam masyarakat ialah anak2 di nilai dari sudut berapa A dia dapat dalam UPSR, PMR dan SPM. Kelas tusyen untuk subjek English, Matematik, Sains melambak-lambak. Tapi nak cari kelas tusyen untuk Bahasa Arab, Tauhid, Feqah, Sirah, Al-Qur'an, Tasauf, Agama agak payah, kalau ada pun jarang2 atau kadang2. Mak bapak sanggup perabis beribu-ribu ringgit untuk kelas tusyen anak2 supaya dapat banyak A dalam periksa. Namun hakikatnya besok bila kerja, kalau gaji basic RM1,800 sebulan maka kalau 20A pun gaji basicnya RM1,800 jugak sebulan. Apa yang hebatnya?
Saya sekeluarga berpeluang mengikuti majlis di Surau Ros-2 malam tadi yang disampaikan oleh penceramah tersohor masakini iaitu Ustaz Haslin Bahrin. Ustaz memulakan ceramahnya dengan memuji imam muda yang mengimani solat maghrib seketika tadi. Katanya bacaannya sangat baik, suaranya sangat merdu dan jelas. Kata ustaz lagi jagalah dia kerana dia orang alim dalam bidangnya, elok bacaan Al Qur'an nya. Dia sepatutnya menjadi imam di masjid2 besar bukannya di surau kampung begini. Kalau tuan2 tak jaga dia, saya akan syorkan kepada JAIS untuk mengambilnya menjadi imam di salah sebuah dari ratusan masjid2 besar di Selangor ini. Orang alim ini kena jaga, apa dia nak...bagi, jelas Ustaz lagi.
Ustaz menghuraikan kepentingan kita menjadi orang alim, kelompok terpilih yang Allah berikan kefahaman agama yang dengannya Allah akan kurniakan hidayahnya, insyaAllah. Jika Allah mengasihi seseorang maka Allah akan kurniakan kefahaman agama kepadanya. Ustaz menyeru para jemaah supaya menempatkan diri kita dalm kelompok orang alim yang faham agama ini iaitu sebagaimana terjemahan hadis di atas.
- Jadikan dirimu orang alim
- atau orang yang menuntut ilmu
- atau orang yang selalu mendengar pelajaran agama
- atau orang yang mencintai 3 golongan tersebut (di atas)
- dan janganlah menjadi orang yang membenci mereka
- yang dengan sebabnya engkau akan binasa.
Kalau sekadar dok mengejar A dalam peperiksaan akademik itu, maka itu tidak mencukupi. Bukan untuk menidakkan kecemerlangan akademik tapi bercita-citalah untuk mengejar lebih dari itu iaitu menjadi manusia intelek yang faham tuntutan Allah, faham agama semoga dengannya hidayah Allah akan tiba dan hidup menjadi bahagia bukan sekadar di dunia yang sementara ini malah berpanjangan hingga kebahagiaan abadi di akhirat nanti. Usahlah di ikut jejak dan pegangan hidup manusia munafik dan golongan kufar kerana bagi mereka dunia inilah syurga mereka. Sebagai kesimpulannya marilah kita berazam untuk menjadi orang alim sebagaimana terjemahan hadis di atas.
- Menjadikan dirinya orang alim yang mengajar
- atau orang yang belajar
- atau orang yang mendengar syarahan-syarahan agama
- atau pun orang yang mencintai tiga golongan yang tersebut dengan mengikuti jejak langkahnya.
Ustaz mengakhiri kuliah maghrib dengan mengingati para jemaah dengan sebuah lagu puitis, "Hai Orang Muda, Jangan Ingat Mati Mu Tua. Hai Orang Tua, Jangan Ingat Tak Mati Langsung."
Sesungguhnya kematian kita hanya di depan sana. Bertaubatlah atas setiap kealpaan kita selama ini. Sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tiada berguna.
@@@
No comments:
Post a Comment