CLICK n GO

Sunday, December 26, 2010

Bravo Malaysia Menang 3-0


Bravo Malaysia kerana berjaya menewaskan Indonesia 3-0 malam ini. Kedudukan 0-0 pada separuh masa pertama. Gangguan pancaran laser hijau ke mata Markus penjaga gol Indonesia menyebabkan permainan di tangguhkan selama 5 minit pada separuh masa kedua. Selepas perlawanan di sambung Malaysia bejaya menyumbat gol.


Gol pertama hasil gerak baik Norshahrul Adlan yang merampas bola di garisan gol sebelum mengumpan kepada Mohd Safee yang merembat mudah untuk jaringan pertama. Jaringan kedua juga berpunca dari gerakan kemas Norshahrul Adlan dari garisan gol sebelah kanan mengumpan cantek ketengah untuk tendangan kaki kanan first timer oleh pemain gantian Mohamad Ashari gagal di selamatkan oleh Markus. Gol ketiga merupakan satu jaringan klasik hasil hantaran jauh pemain bek Mahalli dan di tanduk tajam oleh Mohd Safee ke penjuru kanan gol hanya mampu di pandang oleh Markus. Malaysia sepatutnya mendapat tendangan penalti di minit2 akhir apabila pemain sayap Kunanlan di jatuhkan oleh Markus di petak penalti.


Apa pun Bravo Malaysia kerana kejayaan ini. Harapnya Malaysia mampu bertahan di Jakarta nanti dan berjaya mencuri peluang pada counter attack. Indonesia terpaksa mencari jaringan 4-0 untuk menidakkan Malaysia sebagai JUARA AFF Suzuki Cup 2010. Sehingga itu saya di antara puluhan peminat yang menyaksikan siaran langsung di kedai mamak Salam Sentosa tadi bersama-sama puluhan ribu di Stadium Bukit Jalil dan jutaan peminat lain yang menyaksikan siaran langsung di RTM1 dan Astro merasa teruja sungguh dan harapnya 'feel good feeling' ini akan kekal selepas perlawanan timbal balik di Stadium Gelora Bung Karno Jakarta pada 29 Dec ini.

@@@

Malaysia Juara !! Walaupun kalah 1-2 namun berjaya menang Final AFF Suzuki Cup ini dgn aggregate 4-2. Berjaya setelah menanti 14 tahun. First edition dulu kita jadi Runner-up. So ini pencapaian negara yg sangat membanggakan. Tahniah.

4 comments:

Wan Sharif said...

Du'as dan istighfars untuk kejayaan pasukan bolasepak Malaysia di Indonesia nanti..
Agak kurang gentlemen juga penonton yang cuba mengganggu kosentrasi penjaga gawang Indonesia..

School Of Tots said...

TQ Wan Syarif, ya betul kejayaan manis ini dicemari sedikit oleh insiden laser itu dan menjadi topik debat pula untuk peminat Indon melekehkan kemenangan kita. But I think Malaysia mean to win the cup this year. Lets settle this once and for all.

Umar Zakir Abdul Hamid said...

alhamdulillah.congrats malaysians!

School Of Tots said...

TQ Umar. Student Malaysia kat Rusia don't have to go to school today. It's holiday !! Team bola Malaysia make us proud. Tahniah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...