Sunday, December 26, 2010

Bravo Malaysia Menang 3-0


Bravo Malaysia kerana berjaya menewaskan Indonesia 3-0 malam ini. Kedudukan 0-0 pada separuh masa pertama. Gangguan pancaran laser hijau ke mata Markus penjaga gol Indonesia menyebabkan permainan di tangguhkan selama 5 minit pada separuh masa kedua. Selepas perlawanan di sambung Malaysia bejaya menyumbat gol.


Gol pertama hasil gerak baik Norshahrul Adlan yang merampas bola di garisan gol sebelum mengumpan kepada Mohd Safee yang merembat mudah untuk jaringan pertama. Jaringan kedua juga berpunca dari gerakan kemas Norshahrul Adlan dari garisan gol sebelah kanan mengumpan cantek ketengah untuk tendangan kaki kanan first timer oleh pemain gantian Mohamad Ashari gagal di selamatkan oleh Markus. Gol ketiga merupakan satu jaringan klasik hasil hantaran jauh pemain bek Mahalli dan di tanduk tajam oleh Mohd Safee ke penjuru kanan gol hanya mampu di pandang oleh Markus. Malaysia sepatutnya mendapat tendangan penalti di minit2 akhir apabila pemain sayap Kunanlan di jatuhkan oleh Markus di petak penalti.


Apa pun Bravo Malaysia kerana kejayaan ini. Harapnya Malaysia mampu bertahan di Jakarta nanti dan berjaya mencuri peluang pada counter attack. Indonesia terpaksa mencari jaringan 4-0 untuk menidakkan Malaysia sebagai JUARA AFF Suzuki Cup 2010. Sehingga itu saya di antara puluhan peminat yang menyaksikan siaran langsung di kedai mamak Salam Sentosa tadi bersama-sama puluhan ribu di Stadium Bukit Jalil dan jutaan peminat lain yang menyaksikan siaran langsung di RTM1 dan Astro merasa teruja sungguh dan harapnya 'feel good feeling' ini akan kekal selepas perlawanan timbal balik di Stadium Gelora Bung Karno Jakarta pada 29 Dec ini.

@@@

Malaysia Juara !! Walaupun kalah 1-2 namun berjaya menang Final AFF Suzuki Cup ini dgn aggregate 4-2. Berjaya setelah menanti 14 tahun. First edition dulu kita jadi Runner-up. So ini pencapaian negara yg sangat membanggakan. Tahniah.

Sunday, December 19, 2010

Hadiah RM27 Juta

Hadiah RM27 Juta

S
emalam singgah kat R&R Jejantas Sg Buloh on the way ke Shah Alam kerana ada jemputan makan malam bersama sahabat saya Bakar sekeluarga.Alhamdulillah surau yang disediakan pihak PLUS di R&R ini sungguh luas, bersih dan selesa.

Di kala solat maghrib itu saya perhatikan tidak kurang dari 30 pengunjung sedang menunaikan ibadah solat fardu itu. Kesedaran umat Islam dalam menjalankan rukun Islam yang kedua itu patut disyukuri. Banyak peningkatan yang dapat di lihat kalau hendak dibandingkan dengan masyarakat pada zaman 60an sebagaimana yang selalu di dedahkan dalam filem2 evergreen P.Ramlee.

Mungkin dari satu segi betul pemerhatian itu. Tapi mungkin dari sudut yang lain generasi kini mungkin lagi teruk. Apa pun kita doakan semoga kebangkitan umat Islam menghayati agama mereka akan berterusan hingga ke akhir zaman.


Ada satu persoalan yang agak mengganggu minda saya bukan semalam saja malah sudah agak lama juga. Surau besar di R&R itu di penuhi puluhan orang. Tapi kebanyakannya solat bersendirian. Keadaan yang sama juga sering saya lihat di surau2 kat pusat2 membeli belah. Apakah manusia sudah lupa akan janji Allah perihal kelebihan solat secara berjemaah?

Betapa penting dan besar kedudukan solat fardhu lima waktu secara berjemaah di sisi Islam, sehinggakan ianya diberi kelebihan pahala dua puluh tujuh kali ganda bagi orang yang bersolat secara berjemaah daripada bersolat bersendirian, sebagaimana dalam sabda Rasulullah SAW dalam hadis sahih riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim dari Ibnu Umar ra bermaksud: “solat berjemaah melebihi solat bersendirian dengan dua puluh tujuh kali ganda pahala”


Marilah kita beramai-ramai menunaikan solat fardhu lima waktu secara berjemaah dimana sahaja kita berada, sama ada di pejabat, di pasaraya, di sekolah, taman rekreasi dan yang paling utama solat berjemaah ini dilakukan di masjid.


Solat berjemaah adalah lambang kekuatan dan keutuhan umat Islam serta cahaya keimanan mereka. Tanda kelemahan kesatuan umat Islam serta malap keimanan mereka adalah bilamana mereka meninggalkan solat secara berjemaah. Diantara perbezaan seorang muslim yang sejati dan munafik adalah pada solat mereka. Saya petik dari blog perihal solat untuk dikongsikan di sini.


Firman Allah SWT dalam surah an-Nisaa ayat 142:

Maksudnya: Sesungguhnya orang-orang munafik itu melakukan tipu daya (terhadap agama) Allah (dengan perbuatan pura-pura beriman sedang mereka kafir pada batinnya), dan Allah pula tetap membalas tipu daya mereka (dengan membiarkan mereka Dalam keadaan munafik). Apabila mereka hendak berdiri sembahyang, mereka berdiri dengan malas. mereka (hanya bertujuan) riak (memperlihatkan sembahyangnya) kepada manusia (supaya disangka Bahawa mereka orang Yang beriman), dan mereka pula tidak mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang) melainkan sedikit sekali (jarang-jarang sekali).


Apabila saya melihat umat Islam yang ramai di surau, namun masing2 solat bersendirian maka tidak nampak ada kesatuan di situ. Tidak nampak ada kekuatan saf yang utuh, tidak
nampak ukhwah umat bersatu mengikut imam dan ketua. Yang saya nampak kepentingan diri, haru biru, tidak ada kesamaan, tidak ada kekuatan. Masing2 dengan gaya dan pendirian masing2 walaupun mengadap Pencipta yang sama.


Persoala
annya kenapa kebanyakkan dari kalangan kita orang Islam memandang remeh hal solat berjamaah serta beranggapan ianya tidak penting ? Sedangkan lambang kesatuan dan kekuatan umat Islam terletak didalam satu barisan bermula dari solat berjamaah.


Firman Allah SWT dalam surah al-Shaff ayat 4 :

Maksudnya: Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang Yang berperang untuk membela agamaNya, Dalam barisan Yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan Yang tersusun kukuh.


Tanggapan bahawa solat berjemaah tidak penting adalah sangkaan yang salah dan bertentangan dengan perintah Allah SWT, sebagaimana firman Nya dalam surah al-Baqarah ayat 43 :


Maksudnya: dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan keluarkanlah zakat, dan rukuklah kamu semua (berjemaah) bersama-sama orang-orang Yang rukuk.


Maksud suruhan rukuk bersama orang-orang yang rukuk dalam ayat di atas, ialah suruhan supaya solat-solat fardhu itu dilakukan secara berjamaah.


Dalam ayat lain menjelaskan bertapa dituntutnya solat berjemaah sekalipun pada masa peperangan kita dituntut melaksanakannya. Perkara ini boleh dilihat dalam surah an-Nisaa ayat 102 Firman Nya :


Maksudnya: dan apabila Engkau (Wahai Muhammad) berada Dalam kalangan mereka (semasa perang), lalu Engkau mendirikan sembahyang Dengan (menjadi imam) mereka, maka hendaklah sepuak dari mereka berdiri (mengerjakan sembahyang) bersama-samamu, dan hendaklah mereka menyandang senjata masing-masing; kemudian apabila mereka telah sujud, maka hendaklah mereka berundur ke belakang (untuk menjaga serbuan musuh); dan hendaklah datang pula puak Yang lain (yang kedua) Yang belum sembahyang (kerana menjaga serbuan musuh), maka hendaklah mereka bersembahyang (berjamaah) bersama-samamu, dan hendakah mereka mengambil langkah berjaga-jaga serta menyandang senjata masing-masing.


Maksud dari ayat di atas dapat difahami bahawa Allah SWT menjelaskan kepada kita tuntutan dan cara melakukan solat fardhu berjamaah pada masa peperangan. Jika solat fardhu dalam masa peperangan dituntut supaya dilakukan secara berjamaah, maka tuntutan solat fardhu supaya dilakukan secara berjamaah dalam suasana aman damai adalah lebih dituntut dan diutamakan.



Justru apabila kita sudah menyedari hakikat tuntutan solat berjemaah maka marilah kita sama2 berazam untuk tidak lagi menunaikan secara solo, tetapi akan mendirikan solat secara berjemaah walau di mana pun
kita samada di ofis, di rumah, atau di perjalanan.


Dalam mengejar harta dunia kita sentiasa berkira berapa keuntungan yang akan peroleh. Kita sentiasa memilih sebuah perniagaan atau pelaburan yang memberikan pulangan berlipat kali ganda. Sekiranya kita berniaga nasi lemak bermodalkan RM100 setiap pagi dan mendapat pulangan 300% iaiatu keuntungan RM300 contohnya, maka kita rasa amat teruja dan rasa berbaloi untuk meneruskan usaha bisnes kita itu. Kita mencongak-congak kalau nett profit RM300 sehari maka sebulan 30xRM300
akan berjumlah RM9,000, mengalahkan gaji Ketua Pengarah Jabatan Kerajaan atau Pengurus Besar sebuah syarikat swasta. Hebat bukan?


Sekiranya kita melabur dalam Bursa KL membeli satu lot syer dengan harga RM1,000 dan setelah menunggu sekian hari harganya melonjak menjadi RM27,000 maka sudah tentu kita rasa sangat beruntung pada pelaburan kita tadi. Betul tak?



Sekiranya ada seorang penderma ingin menderma kepada peminta derma. Antara RM1 dengan RM27 rasanya jumlah manakah yang dia inginkan kalau diberi pilihan. Seorang jutawan yang ingin menderma kepada sebuah institusi anak yatim bertanya kepada wazir institut tersebut, "Saya beri pilihan pada tuan memilih jumlah RM1 juta atau RM27 juta untuk saya b
erikan pada institusi anak2 yatim ini". Agak2nya apa pilihan wazir ini?


Fadhilat solat berjemaah amat besar sekali berbanding dengan solat bersendirian.

Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud:

Solat berjemaah melebihi solat bersendirian dengan 27 darjat (atau 27 kali ganda). (Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim)



Ibaratnya selesai selesai solat fardhu secara bersendirian akan muncul seorang dermawan menghadiahkan kita RM100. Sekiranya kita solat fardhu secara berjemaah, dermawan tadi akan menghadiahkan kita RM2,700. Maka secara rasional dan akal waras kita tanyalah dengan ikhlas sejauh mana tahap kecerdikan dan pertimbangan kita dalam urusan ibadah ini?


Marilah mulai hari ini, kita penuhi surau2 di R&R PLUS dan Shopping2 Complex itu dengan saf-saf lurus di belakang imam untuk menunaikan solat fardhu kita, insyaAllah. Marilah kita solat berjemaah di musolla kat ofis kita itu. Kalau di rumah kita ajak anak2 dan isteri kita untuk solat di belakang kita. Dan yang lebih afdal pada setiap kesempatan kita solat berjemaah di masjid dan surau, insyaAllah.

Ganjaran hadiah RM1 juta atau RM27 juta??

Kita sekadar beribadah seikhlas hati dan Allah lah penderma dan pemberi ganjaran itu, insyaAllah.


@@@

Tuesday, December 14, 2010

Makan Ubat

Kalau sakit makan ubat. Kalau sakit jantung tapi makan ubat ghout tak kena la kan? Penyakit yang saya ingin bincangkan ialah mengenai definasi bangsa dan permasalahan berkaitan dengan kelebihan atau kekurangan sesuatu bangsa dalam negara ini.

Pada posting yang lepas saya ada menyatakan bahawa umat manusia ini asal usulnya dulu dari salasilah Adam & Hawa. Tiada istilah bangsa atau puak, sehinggalah pada zaman Nabi Nuh dengan bencana banjir besarnya, mengikut sejarah menjadi titik permulaan kepada kelompok2 manusia yang berkembang menjadi puak, bangsa, kaum, dsb. Ini membuatkan kita semua kat dunia ini bersaudara sebenarnya.


Segala penyakit ada ubatnya. Yang penting kita makan ubat yang betul dengan penyakitnya. Kalau kita konpius maka berjumpalah dengan pakarnya. Pakar yang paling pakar sudah tentulah Pencipta kita, Allah SWT.


Maka di sisi Pencipta manusia iaitu Allah SWT, tiada yang membezakan antara sesama manusia ini melainkan ketaqwaaan kepada-Nya. Saya rasa ini sudah jelas. Maka tidak timbul masalah bangsa tertentu lebih hebat dari bangsa yang lain. Sebagaimana anggapan bangsa Yahudi yang mengganggap bangsa mereka adalah yang terbaik dan bangsa-bangsa lain tidak setaraf dengan mereka. Janganlan kita juga terikut-ikut dengan karenah Yahudi laknatullah ini.


Saya sangat tertarik dengan penyataan TGNA dari katil hospitalnya bersangkutan dengan perkara ini yang saya paparkan semula di sini untuk rujukan kita. Mengikut pengamatan saya ada pengajaran dan manafaat yang boleh kita ambil untuk memahami penyakit yang ada dan membezakan antara penawar yang mujarab dan racun yang bisa.

Mungkin ada yang melihatnya sebagai persolan politik namun yang penting kita merasai isinya walaupun pahit. Bukankah ubat itu selalunya pahit? Yang pahit itulah penawar. Sebaliknya yang manis itu sebenar boleh menjadi racun yang merbahaya.



**********


Dari katil wad Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, saya dibekalkan dengan akhbar untuk dibaca saban hari. Nampaknya isu ketuanan Melayu masih menjadi ratib yang tidak henti-henti keluar dari mulut pimpinan UMNO. Peliknya tidak pula istilah ini disebut ketika Konvensyen BN 2010 yang lepas. Adakah Ketuanan Melayu tidak boleh menembusi pintu Dewan San Choon, Wisma MCA di mana konvensyen itu berlangsung?


Ketuanan hendaklah kembali kepada Islam. Tidak dinafikan bahawa di Negara ini majoriti umat Islam ialah berbangsa Melayu, ini sepatutnya menjadi satu kebanggaan bangsa Melayu sendiri yang sudah menerima Islam beratus-ratus tahun yang lampau. Bukankah Islam itu anugerah daripada Allah SWT? Tidakkah hanya orang yang bertuah sahaja yang akan menerima anugerah daripada Allah SWT?


Firman Allah SWT :لَقَدْ مَنَّ اللَّهُ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ إِذْ بَعَثَ فِيهِمْ رَسُولًا مِنْ أَنْفُسِهِمْ يَتْلُوا عَلَيْهِمْ آيَاتِهِ وَيُزَكِّيهِمْ وَيُعَلِّمُهُمُ الْكِتَابَ وَالْحِكْمَةَ وَإِنْ كَانُوا مِنْ قَبْلُ لَفِي ضَلالٍ مُبِينٍ


Yang bermaksud : Sesungguhnya benar-benar Allah telah memberi kurnia kepada orang-orang yang beriman ketika Allah mengutus diantara mereka seorang Rasul dari golongan mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah, membersihkan (jiwa) mereka, dan mengajarkan kepada mereka Al Kitab dan Al hikmah. dan Sesungguhnya sebelum (kedatangan Nabi) itu, mereka adalah benar-benar dalam kesesatan yang nyata. (Surah Ali-Imran : 164)


Namun, dukacita sekali apabila ada orang Melayu sendiri yang menolak Islam. Menolak Islam bererti menolak ketuanan Islam. Bila menolak Islam ertinya menolak anugerah daripada Allah SWT. Seolah-olah Islam ini bahan buangan yang tidak layak untuk diterima, demikianlah barangkali tanggapan mereka yang mengenepikan Islam sebagai perundangan hidup mereka.


Hari ini, seruan Islam yang menjadi tonggak orang Melayu ini diganti dengan nasionalis. Dengan slogan Ketuanan Melayu, mereka beria-ia menjulang keris tumpul itu kononnya merekalah pendekar sejati mempertahankan hak Melayu. Apa yang peliknya, di samping menjulang Ketuanan Melayu itulah, mereka telah terpalit dengan pelbagai tuduhan rasuah dan pecah amanah. Halalkah pelakuan rasuah ini di sisi mazhab Ketuanan Melayu?


Melaungkan Ketuanan Melayu dengan mengenepikan Islam hanya akan menjadikan bangsa Melayu lebih hina, bukannya lebih mulia.Bolehkah pimpinan sebegini menjadi tempat bergantung rakyat? Bukan sahaja orang bukan Melayu, bahkan orang Melayu sendiri akan disembelih dengan slogan seperti ini.


Buktinya, di Kelantan yang majoritinya bangsa Melayu, dinafikan peruntukan pembangunan dan royalti minyak oleh Ketuanan Melayu. Melayu tidak terjaga, Islam pun terlepas dari genggaman. Hakikatnya, perjuangan Ketuanan Melayu ini hanyalah perjuangan sia-sia. Demi menyedarkan rakyat tentang hakikat inilah, saya gagahi diri saya untuk terus berjuang memberikan kefahaman agar rakyat menerima Islam sebagai addin (din dan daulah).


Dalam hal ini, saya berterima kasih kepada salah seorang pemimpin UMNO Kelantan yang mendoakan kesihatan saya agar terus dapat berjuang menentang UMNO. Semoga doanya dimakbulkan Allah, insya-allah Amin.Marilah balik kepada Islam sebagai penyelesaian yang sempurna, yang datang daripada Allah SWT. Ia sudah sempurna, tanpa cacat cela sedikitpun.


Firman Allah SWT :وَتَمَّتْ كَلِمَةُ رَبِّكَ صِدْقًا وَعَدْلًا لَا مُبَدِّلَ لِكَلِمَاتِهِ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُyang bermaksud : Telah sempurnalah kalimat Tuhanmu (Al-Quran) sebagai kalimat yang benar dan adil. tidak ada yang dapat merobah robah kalimat-kalimat-Nya dan dia lah yang Maha Mendenyar lagi Maha Mengetahui. (Surah al-An’am, ayat 115)


Al-Quran ialah manual yang diturunkan oleh Allah SWT untuk mentadbir dunia. Justeru, apabila terdapat beberapa orang Raja-raja Melayu yang menyuarakan kebimbangan berkenaan nasib orang Melayu, saya sarankan supaya marilah kita merujuk kepada Al-Quran.


Pada saya, Raja-raja Melayu berhak bimbang jika benar orang-orang Melayu terancam, tetapi marilah kita mencari penawar yang betul untuk penyakit yang berlaku. Tidak guna jika menggunakan ubat yang salah, penyakit tidak sembuh bahkan semakin melarat. Dalam hal ini, Ketuanan Melayu ialah ubat yang salah bahkan ia sebenarnya racun yang bisa.Al-Quran menyatakan bahawa sesuatu bangsa tidak mempunyai sebarang kelebihan ke atas bangsa yang lain, yang melebihkannya hanyalah taqwa kepada Allah SWT.


Renunglah sejenak sekali lagi firman Allah SWT :يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُمْ مِنْ ذَكَرٍ وَأُنْثَى وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِنْدَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ (13)


Yang bermaksud : Hai manusia, sesungguhnya kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa - bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui lagi Maha Mengenal. (Surah al-Hujurat, ayat 13)


Kemuliaan tidak pernah bergantung kepada bangsa. Ia hanya wujud apabila sesuatu bangsa itu bertaqwa kepada Allah SWT. Bangsa Arab yang melakukan hampir kesemua jenis jenayah di dunia, akhirnya menjadi mulia apabila menerima Islam. Jika bangsa Arab yang sedemikian jahil itupun dimuliakan Allah SWT dengan Islam, apa peliknya jika bangsa Melayu pun boleh dimuliakan oleh Allah SWT, syaratnya berpegang dengan Islam?


Justeru, bolehkah kiranya saya meletakkan harapan kepada pihak Raja-raja Melayu agar membawa rakyat kembali kepada Islam sebagai penyelesaian terhadap masalah yang berlaku? Yakinlah, dengan Islam, Melayu akan terbela.


Alhamdulillah, di Kelantan, saya telah menerajui kerajaan negeri selama 20 tahun dengan tidak pernah menyebut Ketuanan Melayu, namun orang Melayu tetap terbela dan terjaga. Manakala KDYMM Sultan Kelantan pula disayangi oleh semua bangsa di Kelantan. Kaum bukan Melayu pula tidak mempunyai sebarang masalah untuk berada di Kelantan.


Bimbang saya andainya Ketuanan Melayu disebut-sebut dan diulang-ulang, ia hanya akan memarakkan dendam dalam diam dan membakar di dalam senyap.Di sudut yang lain pula, Ketuanan Melayu jugalah yang telah menghapuskan tulisan jawi di sekolah-sekolah satu ketika dahulu sehingga hari ini melahirkan generasi yang buta al-Quran. Jawi yang menjadi tulisan asal bahasa Melayu di’kebumikan’ secara terhormat oleh Ketuanan Melayu.


Ketuanan Melayu jugalah yang menghapuskan bantuan perkapita untuk sekolah agama rakyat dan Ketuanan Melayulah yang bertanggungjawab terhadap terhakisnya tanah rezab Melayu di seluruh negara. Jenayah Ketuanan Melayu ini sebenarnya cukup panjang untuk ditulis.


Ia menyimpulkan bahawa Ketuanan Melayu tidak membawa apa-apa faedah untuk negara hatta untuk bangsa Melayu sekalipun.Marilah kita sama-sama mengingatkan satu sama lain tentang akhirat. Akhirat yang menjadi tempat tuju samada Melayu atau bukan Melayu. Ia khusus untuk Allah SWT membalas setiap perbuatan manusia.


Justeru, kita diperintahkan mengulang-ngulang peringatan ini beratus ribu kali sepanjang hidup kita melalui surah al-Fatihah yang wajib dibaca di dalam solat. Tujuh ayat yang menjadi agenda utama hidup seorang muslim diulang baca sentiasa, dan satu daripada ialah peringatan tentang hari kiamat :مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِYang bermaksud : Yang menguasai di hari Pembalasan.


Yakinlah, tibanya kita di stesen yang bernama akhirat, Ketuanan Melayu tidak akan membawa apa-apa harga lagi di mahkamah Allah SWT!


HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT
Wad 2
Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM)
Kubang Kerian
6 Muharram 1432H / 13 Disember 201M


**********


Dalam kita teraba-raba meneruskan kehidupan di dunia yang sementara ini yang menjadi pertaruhan dan medan perniagaan untuk pulangan di akhirat nanti, maka elok benarlah kita kembali kepada sumber yang asal iaitu panduan dan arahan dari Pencipta manusia iaitu Allah SWT.


Dia telah membekalkan kita dengan manual lengkap iaitu Al-Qur'an dan tafsiran dan huraian oleh Sunnah Rasulullah SAW yang disampaikan pula oleh para daei dan tabiin untuk kita pelajari, fahami dan amali.


Maka kembalilah kepada penawar yang sebenar bukan kepada ubat yang palsu yang bisa menjadi racun dalam daging. Nawaitu kerana Allah. Insyallah 24 jam kita tidak sia-sia berlalu, malah menjadi amal ibadah kepada Allah SWT semuanya. Amiin.


@@@@

Monday, December 06, 2010

Apa Azam Tahun Baru?


Selepas bercuti hari Maal Hijrah semalam, saya bekerja macam biasa hari ini. Banyak tugasan yang menanti. Hari yang agak pack. Hanya berjaya sampai ke rumah sekitar pukul 9:00 malam.


Selepas makan malam, bersantai seketika di depan PC ini membaca beberapa posting terbaru termasuklah posting isteri tercinta di blog Pandangan Kasih. Saranan untuk menghafal surah2 dari Juz Amaa iaitu juzuk ke-30 Al-Qur'an adalah sebuah tawaran yang sangat menarik dan tidak elok ditolak bak kata orang bangla, "an offer that you should not resist".

Apa tidaknya kalau seorang remaja boleh khatam hafazan keseluruhan 30 juzuk surah2 dalam Al-Qur'an hingga bisa bergelar al-Hafiz, kenapa tidak kita yang sudah hidup lebih 40 tahun ini berusaha pula sekurang-kurangnya untuk menghafal kalau tidak 30 juzuk pun, kita berjaya menghafal juzuk 30. Bukankah itu tawaran yang sangat menarik?

Mungkin boleh bergelar 'al-Hafiz Juz Amma'. Gelaran tidak penting. Yang penting kita sama2 tanam niat di hati untuk berusaha sungguh2 di tahun baru ini, tahun 1432H ini untuk menghafal surah2 pada Juz Amma secara latih tubi. Nak seribu daya, insyaAllah.

Sebagai pemberi semangat, pada hari pertama tahun baru Hijriah ini Alhamdulillah saya telah berjaya menghafal Surah at-Tin. If you really focus, you can do it. Nothing is impossible. Just do it.

Bergerak selangkah lagi, kita tengok2 dan faham2 kan terjemahannya pula. Sungguh hebat. Makna yang penuh hikmah. Itu kalam Allah untuk kita, hamba-Nya. Sebagai pemandu, penunjuk arah supaya kita tidak sesat menempuh hidup di dunia menuju destinasi akhirat. Manual lengkap dari Allah Pencipta kita.

Saya perhatikan makna bait2 dari surah at-Tin ini, 8 ayat yang penuh misteri, penuh erti untuk di fikir.

  1. Demi buah Tiin dan Zaitun,
  2. Dan Gunung Tursina,
  3. Serta negeri (Makkah) yang aman ini,
  4. Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya).
  5. Kemudian (jika ia panjang umur sehingga tua atau menyalahgunakan kelengkapan itu), Kami kembalikan dia ke serendah-rendah peringkat orang-orang yang rendah,
  6. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, maka mereka beroleh pahala yang tidak putus-putus.
  7. (Jika demikian kekuasaanKu), maka apa pula yang menjadikan engkau seorang pendusta, (berkata tidak benar) mengenai hari pembalasan, sesudah (ternyata dalil-dalil yang membuktikan kekuasaanKu mengadakan hari pembalasan) itu?
  8. Bukankah Allah (yang demikian kekuasaanNya) seadil-adil Hakim?

Di ofis tadi kawan saya Syed Shah ada bertanya, apa azam tahun baru? Saya pun menjawab, banyakkan manafaat kurangkan mudharat. Ya, itulah azam tahun baru saya. Dan antaranya ialah untuk menghafal dan memahami surah2 dari Juz Amaa, insyaAllah.


Melangkaui sempadan global untuk manafaat bersama dalam semangat Maal Hijrah ini saya selitkan petikan perutusan Maal Hijrah TGNA:

***


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

  1. Firman Allah SWT yang bermaksud : “Dan orang-orang yang berhijrah kerana Allah sesudah mereka dianiaya, pasti kami akan memberikan tempat yang bagus kepada mereka di dunia. dan sesungguhnya pahala di akhirat adalah lebih besar, kalau mereka mengetahui, (yaitu) orang-orang yang sabar dan Hanya kepada Tuhan saja mereka bertawakkal..” – Surah an-Nahl, ayat 41-42
  2. Bersyukur kita ke hadrat Allah SWT yang telah mengizinkan kita untuk terus hidup di bumiNya ini dan berada di ambang tahun baru 1432 H pada hari ini. Sesungguhnya nikmat kehidupan yang terus menerus dikurniakan Allah SWT kepada kita ini wajarlah digunakan untuk meningkatkan amalan dan ketaqwaan kita sebagai bekalan untuk mengadap Allah SWT suatu masa kelak.
  3. Memperingati peristiwa hijrah bukanlah satu kegiatan yang diada-adakan tanpa asas. Sambutan ini yang dibuat untuk memperingati peristiwa hijrah yang dilalui oleh Rasulullah SAW sebenarnya telah diperintahkan oleh al-Quran sendiri. Allah SWT berulang kali di dalam al-Quran memerintahkan supaya manusia mengambil pengajaran daripada peristiwa-peristiwa yang dilalui oleh umat-umat yang terdahulu sebagai iktibar dan peringatan untuk semua. Justeru, memperingati peristiwa hijrah ertinya membelek semula lembaran sejarah untuk melihat dan mempelajari bagaimanakah pengorbanan yang telah dilalui oleh baginda Rasulullah SAW dan para sahabat demi menegakkan ketuanan Allah SWT di muka bumi ini.
  4. Hari ini, setelah 1432 tahun ia berlalu, kisah hijrah Rasulullah SAW masih kekal segar dan terpahat kukuh dalam ingatan kita. Persoalannya, adakah cukup sekadar ia diingati dan disebut tanpa dihayati semangatnya? Tentulah tidak. Justeru, saya mengajak diri saya dan semua pihak agar sama-sama melakukan gerak kerja berhijrah untuk menjadi manusia yang lebih baik pegangan dan perilakunya selepas ini.
  5. Lakukanlah hijrah ke arah kebaikan dalam semua aspek. Di bidang ekonomi, berhijrahlah dari ekonomi riba kepada ekonomi yang diredhai oleh Allah SWT. Di dalam bidang pendidikan, berhijrahlah dari sistem pendidikan yang hanya mengutamakan merit dan sijil semata-mata kepada sistem pendidikan yang benar-benar berteraskan wahyu dan berorientasikan pembentukan minda dan akhlak yang baik. Di dalam bidang politik, tinggalkanlah politik sekular dan berhijrah kepada politik Islam yang sebenar, politik yang turut mengambil kira soal dosa dan pahala di dalam gerak kerja. Seterusnya di dalam semua bidang di dalam kehidupan, selaraskanlah semuanya agar selari dengan tuntutan mencari keredhaan Allah SWT.
  6. Insya-allah, kita yakin jika semangat ini dapat dihayati dengan sebaik mungkin, kita tidak akan berdepan dengan pelbagai masalah untuk mengurus tadbir kehidupan masyarakat.


Sekian.

MEMBANGUN BERSAMA ISLAM – KELANTAN MENERAJUI PERUBAHAN

Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat
Pejabat Menteri Besar Kelantan.
Bertarikh : 28 Zulhijjah 1431H / 5 Disember 2010M


***

Alhamdulillah kerana nikmat iman dan amal. Nikmat kehidupan ini. Nikmat sedutan dan hembusan udara, tegukan air dan kunyahan makanan. Banyak nikmat Allah untuk kita. Sihat tubuh badan, sempurna pancaindera. Nikmat Ilmu dan akal. Nikmat keluarga dan alam sekitar.

Biasakanlah dengan ungkapan Alhamdulillah, segala pujian bagi Allah, pemilik segala nikmat itu. Semoga tahun baru Hijriah ini membawa beribu sinar untuk menyuloh cahaya kebenaran.
Marilah jadi manusia baik. Suka kepada kebajikan dan benci pada maksiat.

I'm not afraid to be alone, if Allah on my side.


@@@

Friday, December 03, 2010

Hakikat Syahadah

Semalam saya berpeluang mengikuti kuliah zohor di surau pejabat yang disampaikan oleh Ustaz Hj Shaharom dengan kupasan pada tajuk “Syarat-Syarat Penerimaan Syahadah”. Sempena hari ini hari Jumaat penghulu segala hari maka elok juga saya kongsikan di sini agar ilmu itu berkembang.

Apabila seseorang itu telah melafazkan kalimah syahadah, maka ia sebenarnya tidak terhenti dengan pengucapan itu semata-mata atau dengan kata lain ia tidak semestinya diterima Allah buat selama-lamanya. Sebelum pengucapan, persaksian dan pengakuan diterima, ia memerlukan syarat-syarat agar ikrar syahadah itu di terima di sisi Allah SWT.

As-Syeikh al-Ustaz Muhammad Said al-Qahtainy telah menyebutkan bahawa mesti ada 7 syarat untuk melayakkan syahadah kita diterima di sisi Allah:

  1. Mengetahui (al-Ilmu) – Iaitu mengetahui makna dan maksud yang terkandung di dalam kalimah syahadah tersebut. Melalui ilmu yang kita miliki akan membangkitkan keimanan dan ketundukan kepada segala perintah Allah dan memungkinkan kita untuk terhindar dari kekeliruan, kesilapan dan keraguan. Ilmu juga akan memimpin seseorang untuk terus beramal di atas jalan yang benar.
  2. Keyakinan (al-Yakin) – Seseorang yang telah berikrar mestilah meyakini akan kandungan syahadahnya dengan keyakinan yang kuat dan padu. Melalui keyakinan itu maka terhindarlah sebarang bentuk keraguan dan akan membawanya melangkah dengan penuh kepastian. Imam al-Qurtubiy menyatakan dalam kitabnya Al-Mufhim ‘ala Shahihil Muslim, “Tidak memadai seseorang itu melafazkan syahaadatain, akan tetapi mestilah dengan keyakinan hati…”
  3. Penerimaan (al-Qabul) – Syahadah bukan merupakan tutur kata biasa, akan tetapi ia merupakan pernyataan sumpah atau ikrar sekaligus sebagai satu janji. Oleh yang demikian, jika kalimah syahadah ini tidak diiringi dengan penerimaan secara total atas semua kandungan yang terkandung dalam lafaz syahadah tersebut, maka sudah tentu syahadah tersebut tidak boleh dikira sebagai syahadah yang benar. Seseorang itu mesti menerima kandungan syahadah itu dengan lidah dan hatinya. Kalau tidak, kita dianggap sebagai golongan munafiq yang hanya menerima pada pengucapan lidah, tetapi hati masih tidak bersedia menerimanya.
  4. Ketundukan (al-Inqiyad) – Ikrar syahadah seterusnya mestilah diiringi dengan sikap tunduk menerima terhadap kandungan maknanya dan tidak mengabaikan perlaksanaan kalimah tersebut. Sikap membantah dan tidak mahu tunduk terhadap ketentuan Allah dan Rasul-Nya, menjadikan ikrar tersebut tidak bermakna. Sesungguhnya Islam itu sendiri memberi erti ketundukan dan kepasrahan. Seseorang yang memeluk Islam dimestikan untuk memiliki sifat tunduk dan patuh secara total kepada segala peraturan, undang-undang dan hukum hakam yang telah diputuskan oleh Allah SWT.
  5. Kejujuran (as-Sidqu) – Setiap orang yang bersyahadah mestilah melakukannya dengan penuh kejujuran, tidak berpura-pura, kepalsuan atau berdusta. Semestinya ucapan lisan sejajar dengan hati dan pemikiran dan dibuktikan dengan amal perbauatan atau tindakan. Allah amat mengetahui setiap hamba-Nya yang benar dan jujur dalam keimanan mahupun yang berdusta.
  6. Ikhlas (al-Ikhlas) – Syahadah yang diucapkan mestilah dilakukan dengan penuh keikhlasan. Amal yang diperakui ikhlas adalah apabila amal yang dikerjakan hanya dalam rangka untuk mendapatkan redha Allah SWT. Tidak untuk mendapatkan redha sesiapa pun di antara makhluk-makhluk-Nya. Kata lawan kepada ikhlas ialah riyak iaitu beramal dengan tujuan mendapatkan sanjungan, pujian, penerimaan selain Allah. Penyakit riyak adalah ibarat virus yang merbahaya. Jika ia tidak segera dibenteras, maka ia akan mendatangkan penyakit syirik iaitu menjadikan sesuatu selain Allah sama kedudukannya dengan Allah SWT.
  7. Cinta (al-Hub) – Syahadah menuntut pertanggungjawaban dan sanggup menanggung risiko. Umumnya, pertanggungjawaban dan risiko syahadah sememangnya berat dan tidak ada yang sanggup menanggungnya kecuali mereka yang telah memilik hati yang dipenuhi perasaan cinta. Cinta hanya lahir daripada kerelaan dan keredhaan yang menjadikan syahadah diucapkan dengan kesungguhan dan dengan hati yang sedar. Setiap orang yang bersyahadah mesti mencintai akan kalimah-kalimahnya menyintai segala yang menjadi tanggungjawab yang mesti dilaksanakannya, sekaligus menyintai orang-orang yang sama-sama berusaha menyempurnakan syarat-syaratnya. Orang yang telah bersyahadah mestilah menyintai Allah mengatasi segala-galanya dan menyintai segala sesuatu dalam rangka menyintai Allah SWT.

Demikianlah 7 syarat untuk melayakkan syahadah kita diterima di sisi Allah setelah kita berusaha memenuhi tuntutan-tuntutannya. Syahadah yang benar bukan sahaja mendapat penerimaan daripada Allah SWT, malah akan menimbulkan perasaan redha pada apa jua yang ditetapkannya seperti panduan, hukum, peraturan dan syariat. Keredhaan ini menjadi titik mula untuk kita menerima semua ajaran Islam dan menerusinya juga kita bersedia menanggung apa jua bebanan syariat dengan penuh ketulusan dan bersedia untuk memperjuangkan agama Islam yang kita anuti.

Cukuplah kita ini menjadi muslim kerana keturunan. Menganut Islam kerana ibubapa kita Islam. Sudah tiba masanya kita faham apa hakikat sebenar pengucapan kalimah Syahadah yang merupakan Rukun Islam nombor wahid. Bangunlah dari tidur kita yang panjang. Sedarlah siapa kita dan apa tujuan hidup kita ini. Jangan pandang belakang. Ayuh perjalanan masih panjang menuju destinasi mencapai redha Illahi. Terus mara !!

@@@

Friday, November 26, 2010

Ambang Muharram


Hari ni sudah 19 Zulhijah1431H. Bulan masih indah mengambang menghiasi kegelapan malam semasa aku pulang dari surau selepas isyak tadi. Di papan puteh surau ada tertulis ingatan untuk doa akhir dan awal tahun sempena kedatangan tahun baru Hijriah 10 hari lagi. Pejam celik pejam celik kita kini di ambang tahun 1432H.

Apa maknanya? Maknanya kalau kira2 mamak, sudah 1432 tahun berlakunya peristiwa Hijrah Rasulullah dan para sahabat dari Mekah ke Madinah. Sudah 1445 tahun rupanya usia syiar Islam yang di dakwahkan Rasullullah untuk umat ini. Kerana Rasulullah berdakwah di Mekah selama 13 tahun sebelum berhijrah ke Madinah itu. Dan kini 1.5 Billion umat manusia di dunia menganut agama suci ini, iaitu kira2 20% dari penduduk dunia berada dalam cahaya kebenaran agama Allah, walaupun dengan kualiti dan jatidiri yang berbeza-beza.

Yang nyata 80% dari penduduk dunia masih lagi dalam kegelapan kerana berada di luar cahaya Islam. Mereka juga saudara kita kerana asal keturunannya sama dengan kita iaitu susur jalur Nabi Adam A.S. Tidak kiralah mereka ini Mat Sallah ke, Cina ke, India ke, Pak Hitam ke, Melayu ke, Pak Arab ke, tak kisah. Maka sama2 menjadi tanggung-jawab kita untuk menyampaikan mesej dakwah mengajak mereka kepada kebenaran, iaitu cahaya Islam. Kepatuhan secara total kepada Allah.

Tugas dakwah bukan sekadar terletak di bahu para ambiya' dan para daie' atau para ustaz dan pak2 imam, namun semua kita yang mengaku diri sebagai muslim. Sampaikan walau satu ayat. Penyampaian boleh berlaku dengan pelbagai cara. Termasuklah penonjolan akhlak yang baik hingga bisa menjinakkan hati2 manusia untuk cuba mengenali Islam. Dakwah secara direct contact eye-to-eye, pintu ke pintu, iaitu interaksi secara langsung. Dan pelbagai cara lagi termasuklah memanafaatkan teknologi internet melalui facebook, blog, email, youtube, website, twitter, forum maya, dan yang sewaktu dengannya.

Yang penting kita ikhlas dan nawaitu kerana Allah. Semoga dengan usaha kita itu bisa menjana manusia untuk berfikir tentang Sang Pencipta dan hakikat kehidupan yang sementara ini. Trigger them & us to think supaya kembali kepada fitrah, menyembah Allah Sang Pencipta bukan menyembah dan menjadi hamba kepada Ciptaan. Rugi sungguh hidup ini kalau kita sibuk 24x7 mengejar material dan kebendaan, barangan ciptaan semata. Sedangkan kita lupa kepada Sang Pencipta.

Kerap kita dengar ungkapan hidup ini sementara. Ibarat musafir dalam perjalananan di padang pasir singgah sebentar berteduh di bawah pokok, kemudian meneruskan perjalananya menuju destinasi. Singgah yang sebentar itulah kehidupan ini. Jangan hilang tumpuan kepada destinasi yang di tuju. Destinasinya ialah untuk mendapatkan Redha Allah supaya dengan Redha Allah ini kita layak mendapat nikmat syurga-Nya.

Kesibukan mengejar hiburan dan kebendaan hingga melupakan misi mencari bekalan untuk kehidupan akhirat yang kekal abadi itu adalah suatu tragedi yang sangat tragis. Ibarat seorang pengembara yang dalam perjalanan menuju Miami Florida dari New York. Sambil memandu keretanya di lebuhraya dia terpandang sebuah gudang perabut sedang mengadakan jualan penghabisan stok. Set sofa kulit yang dulunya berharga RM15,000 kini di tawarkan dengan harga RM50 sahaja. Tawaran yang tidak boleh ditolak katanya.

Tapi kenapa harus menyibukkan diri untuk memiliki set sofa itu kerana dia sebenarnya tidak memerlukan sama sekali dalam perjalanannya dan sebenarnya di juga tidak mampu membawanya bersama. Tumpukan kepada agenda sebenar. Lupakan segala tarikan yang menggoda pada perjalanan ini. Semoga kita bisa sampai ke destinasi yang di tuju dengan selamat.

Maka aku bekerja siang malam untuk memiliki rumah besar, kereta besar dan harta bertimbun. Sehingga kekadang aku lupa bahawa kematian itu pasti. Dengan matinya aku segala harta itu aku terpaksa tinggalkan. Keluarga, sanak-saudara dan kawan2 semua aku tinggalkan. Yang mengiringi aku hanyalah kain kain kapan yang akan reput ke liang lahad. Teman sejati aku nanti hanyalah amalan kebaikan ku.

Talian hayat yang dapat memberi bantuan kepada kita ialah amal jariah yang kita lakukan semasa hayat kita, doa anak2 soleh, dan ilmu bermanafaat yang kita kongsikan yang diguna pakai oleh mereka yang masih hidup. Maka benarlah, beruntung besarlah sesiapa yang sentiasa mengingati mati dan faham hakikat kematian dan hakikat perjalanan menuju destinasi iaitu Redha Allah dan Syurga-Nya.

Pada khutbah Jumaat tadi, khatib mengimbau kembali pengertian ibadah korban yang kita langsungkan pada minggu lalu. Yang penting katanya ialah kita ikhlas dalam pengorbanan kita kerana Allah. Berikan yang terbaik dalm pengorbanan kita. Semoga Allah menerima pengorbanan kita walaupun tidak sehebat pengorbanan Habil dan Nabi Allah Ibrahim.

Kita berkorban harta mambantu orang susah, berkorban hati dan perasaan menjaga silaturahim, berkorban wang ringgit berjuang di jalan agama, berkorban masa mendengar majlis2 ilmu, dan berkorban tenaga untuk kesejahteraan ummah. Berkorban sungguh2 untuk khatam kitab2 muktabar. Berkorban masa dan tenaga untuk menyampaikan mesej dakwah.

Kita sembelihkan sifat2 lembu dalam diri kita termasuklah sifat tidak tahu membezakan mana yang halal mana yang haram. Lapahkan sifat2 mazmumah dalam diri kita dengan mengalir keluarnya darah dari sembelihan korban itu. Hayatilah hikmah ibadah korban yang kita lakukan pada minggu lepas dengan mata hati, bukan sekadar seronok memakan daging korban dan menghirup sup tulang.


Ambang Muharram ini marilah kita menyiapkan bekalan amal untuk mengadap Allah. Misi 1432H untuk selamat sampai ke destinasi yang hakiki. The rest is just a toy !!

@@@

Saturday, November 06, 2010

The Deen Show

Alhmadulillah I first know about this excellent Islamic talk show from Pena Maya blog. I found it very interesting and informative. Highly recommended. Please experience it for yourself at TheDeenShow.com and spread the word around. Thanks.


*******

About Us

Peace be upon you and thank you for tuning into the Deen Show.

Let's try and give you an idea on who we are and what we are all about. Let's start out with this word "Deen" just so you understand that when we use the word "Deen" that were not actually talking about some guy named Deen.

The word Deen is an Arabic word that translates to "WAY" or way of life. Some Examples of how this word "Deen" is used from the VERBATIM word of God in the Quran are as follows:

Allah (God) Creator of the Heavens and the earth in translation says: The "Deen"(way of life) before Allah (God) is Islam (Submission to the will of the one true God alone) Quran 3:19

In another verse Allah (God) in translation says: Today I have perfected your "Deen"(way of life), and have completed my favor upon you (mankind) and have chosen for you Islam as your "Deen"(way of life) Quran 5:3

The Deen Show is a Muslim film company that strives to provide the correct information about Islam to Muslims and non-Muslims alike from authentic sources which include The Quran and The Sunnah. We are not affiliated with any particular movement, sect, group, etc. We absolutely condemn in the strongest terms terrorism and any extremism done in the name of Islam and we refuse to associate ourselves with those who practice and condone such behavior and thoughts.

We're American Muslims here in the United States and it is our pleasure and privilege to help educate and share the true message of Pure Islam without cultural, traditional or nationalistic prejudices and corruption.

By watching the shows you will see that Islam is an open Book for all those who have an open heart and an open mind. You will start to understand Islam better and its views on Life. Many of the negative stereotype's one might have or has had thru watching the Media and listening to Gossip now will tend to fade because you were smart enough to go to the source and check for yourself and now finally true Tolerance and understanding can be built and maybe even a new way of Life, "Deen".

We love the true and pure Islam and the real message that it teaches:
Peace; Submission; Surrender and Obedience to Almighty God (Allah).
Thank you so very much for tuning in and we hope you enjoy the Show's.
Peace be upon you...



***********

ViewMore FromRelated VideosCommentsShareSendFavoriteTwitterFacebook


I have put up couple of video clips from TheDeenShow at the side for a taste of it. Just click...


@@@

Wednesday, November 03, 2010

Kaya atau Miskin

Kekayaan dan kemiskinan merupakan lumrah dalam kehidupan. Ada orang yang diberikan nikmat kekayaan dan setengahnya pula hidup dalam kemiskinan. Orang yang diberikan kekayaan merasakan dirinya dimuliakan manakala si miskin merasakan kehinaan. Apakah ini gambaran sebenarnya? Atau hanya tanggapan kita semata-mata? Sebenarnya kita boleh melihat kedua-dua ini dari perspektif yang positif atau negatif. Kedua-dunya adalah ujian dari Allah.

Kita pernah melihat dengan mata kepala kita betapa orang kaya ramai yang merana dan kecewa. Kita juga pernah berjumpa dengan ramai orang yang miskin yang hidup mereka aman bahagia. Betul tak? Maka benarlah kekayaan dan kemiskin
an adalah ujian dari Allah untuk hamba-Nya bagi menguji tahap keimanan dan ketaqwaaan. Berjaya dan berbahagialah orang yang berjaya dalam ujian ini.

Saya ingin memetik sebuah artikel nukilan Zuridan Mohd Daud, Pengarah Pusat Islam & Pembangunan Insan, Universiti Malaysia Pahang, Kuantan, Pahang yang saya terbaca di sebuah blog untuk manafaat bersama perihal hakikat ujian Allah ini.


***********************

Firman Allah SWT, "Adapun manusia apabila Tuhannya mengujinya lalu dia dimuliakan-Nya dan diberi-Nya kesenangan, Maka dia akan berkata: “Tuhanku Telah memuliakanku.” Adapun bila Tuhannya mengujinya lalu membatasi rezekinya maka dia berkata: “Tuhanku menghinakanku.”" (Surah Al-Fajr, ayat 15-16)

Meneliti kandungan ayat di atas Allah SWT telah memandu kita dalam memahami situasi kehidupan manusia dengan lebih tepat dan betul. Ini kerana sememangnya manusia sering menyalah tafsir apa yang terjadi di sekelilingnya. Antara perkara yang disalah tafsirkan ialah soal kaya dan miskin, senang dan susah.

Dua ayat dari surah Al-Fajr di atas secara jelas telah mendedahkan tentang dua kumpulan manusia yang selalunya wujud dalam masyarakat. Golongan itu ialah:

Golongan Pertama:

Golongan yang dikurniakan kekayaan. Golongan ini adalah lapisan masyarakat yang hidup dalam keadaan serba mewah dan memiliki wang yang serba cukup untuk membeli apa sahaja yang terlintas di fikiran mereka. Mereka mendakwa bahawa nikmat kekayaan yang dimiliki adalah merupakan tanda kemuliaan dan rahmat Tuhan kepada mereka.

Oleh itu biasanya golongan ini sentiasa mempamerkan kelebihan mereka dari aspek material sama ada kenderaan, pakaian, makanan dan tempat kediaman mereka. Mereka juga hidup di kawasan yang setaraf dengan mereka dan jauh dari golongan miskin.

Termasuk di dalam golongan ini ialah mereka yang dikurniakan kedudukan dan kemenangan dalam merebut jawatan pemimpin sesebuah organisasi mahupun negara. Mereka mendakwa kedudukan tinggi ini adalah hasil kebenaran yang dibawa. Pihak yang kalah pula didakwa sebagai tanda kesalahan dan tiadanya perkenan dari Tuhan.

Daripada aspek sebuah masyarakat dan negara, kekayaan dan sumber alam yang melimpah ruah juga didakwa sebagai lambang rahmat dan punca kemajuan negara. Justeru para pemimpin seringkali mengaitkan kekayaan tersebut sebagai bukti kebaikan dan kebijaksanaan memerintah negara. Namun demikian Allah SWT telah membetulkan persepsi di atas dengan firman-Nya yang bermaksud, "Adapun manusia apabila Tuhannya mengujinya lalu dia dimuliakan-Nya dan diberikan kesenangan, Maka dia akan berkata: “Tuhanku telah memuliakanku.”" (Surah Al-Fajr, ayat 15)

Ayat ini menjelaskan tabiat majoriti manusia yang menilai kekayaan dan kesenangan yang dimiliki sama ada dari aspek material mahupun pangkat. Ia menjadi satu kemuliaan yang dikurniakan oleh Allah kepada mereka, sedangkan semuanya adalah merupakan satu ujian
kepada mereka.

Apakah kekayaan itu diurus berpandukan syariat Allah atau sebaliknya? Seperti yang dihuraikan oleh Dr Wahbah Az-Zuhaili di dalam tafsirnya Al-Munir. Allah SWT menempelak mereka yang membuat dakwaan seperti di atas. Kerana pada hakikatnya kemuliaan di sisi Allah bukanlah diukur dari sudut kekayaan tetapi diukur menurut ketakwaan dan keimanan seseorang seperti yang dinyatakan oleh Ibnu Katsir r.h di dalam tafsirnya.

Jika kaya sepatutnya seseorang itu bersyukur dengan menambahkan amal kebajikan dan ibadah seperti yang dinyatakan oleh Ibnu Katsir r.h di dalam tafsirnya. Ini kerana kekayaan dan kesenangan biasanya akan menghanyutkan manusia dan membawa mereka kepada kekufuran.

Aniaya:

Lihat sahaja apa yang berlaku kepada Qarun. Akibat dari kekayaan melimpah ruah yang dikurniakan kepadanya telah menjerumuskannya ke lembah kekufuran kepada Allah.

Firman Allah SWT, "Sesungguhnya Qarun adalah termasuk kaum Nabi Musa, maka ia berlaku aniaya terhadap mereka, dan Kami telah menganugerahkan kepadanya perbendaharaan harta yang kunci-kuncinya sungguh berat dipikul oleh sejumlah orang yang kuat-kuat. (Ingatlah) ketika kaumnya berkata kepadanya: “Janganlah kamu terlalu bangga! Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang terlalu membanggakan diri.”" (Surah Al-Qasas, ayat 76)

Juga apa yang berlaku kepada Firaun! Hasil segala kesenangan, kekayaan dan kedudukan yang dimiliki menyebabkan ia kufur kepada Allah. Malah dengan angkuh mengaku diri sebagai Tuhan yang amat berkuasa.

Sebagai muslim sewajarnya kita menyedari bahawa nikmat kekayaan dan kesenangan adalah ujian yang amat sukar untuk dihadapi oleh manusia. Ini kerana biasanya golongan kayalah yang selalunya hanyut dengan kehidupan dan sanggup melakukan apa sahaja demi menjamin keselamatan harta benda mereka.

Dalam sejarah kebangkitan Islam kita dapati golongan yang paling kuat menentang dakwah Nabi Muhammad SAW adalah datang dari kalangan bangsawan dan mereka yang berkedudukan di dalam masyarakat. Ini kerana kekayaan menyebabkan mereka sombong dan bongkak lantas tidak mahu menerima kebenaran.

Golongan Kedua:

Golongan kedua pula ialah golongan miskin. Biasanya golongan ini mempunyai tanggapan bahawa kesempitan hidup dan kesusahan yang menimpa mereka adalah merupakan satu bentuk penghinaan yang telah ditakdirkan ke atas mereka.

Selalunya mereka akan merasa rendah diri, tidak mahu berusaha dan sering meminta-minta. Akibat dari tanggapan sedemikian menyebabkan adanya kalangan golongan miskin yang tidak mahu mengabdikan diri kepada Allah kerana mereka buruk sangka kepada-Nya.
Justeru Nabi Muhammad SAW pernah bersabda, "Hampir-hampir kemiskinan boleh membawa kepada kekufuran."

Allah telah menyatakan bahawa kemiskinan bukanlah tanda kebencian Tuhan atau penghinaan tetapi ia merupakan satu bentuk ujian kepada manusia. Sama ada ia dapat bersabar atau sebaliknya di dalam berhadapan dengan ujian ini. Firman Allah SWT, "Adapun bila Tuhannya mengujinya lalu membatasi rezekinya maka dia berkata: “Tuhanku menghinakanku.”" (Surah Al-Fajr, ayat 16)

Ujian berbentuk kemiskinan juga amat sukar dihadapi oleh manusia kerana dengannya menyebabkan manusia terlalu bergantung kepada manusia yang lain dan hilang pergantungan dengan Yang Maha Pencipta.

Kemiskinan boleh menyebabkan seseorang itu melakukan apa sahaja demi mendapat sesuap nasi. Meskipun apa yang dilakukan adalah haram. Kemiskinan juga boleh menjadikan seseorang menurut apa sahaja kehendak orang yang berkuasa ke atasnya meskipun jelas ia adalah bertentangan dengan syariat Allah. Di dalam sejarah tamadun manusia pemerintah yang kejam dan zalim menjadikan kemiskinan sebagai senjata untuk mengongkong dan memeras ugut rakyat agar terus memberikan sokongan kepadanya.

Kesimpulannya, kekayaan dan kemiskinan kedua-duanya adalah merupakan ujian kepada manusia di dunia ini. Bagi yang kaya, kekayaan boleh menghanyutkan mereka dalam arus kemurkaan Allah. Namun sebaliknya, jika kekayaan digunakan sebaik-baiknya, ia boleh menjadi pendorong kepada ketakwaan kepada Allah SWT.

Sebabnya, dengan kekayaan akan memberikan seseorang ruang seluas-luasnya untuk bersedekah dan mendermakan harta ke jalan meningkatkan syiar Islam. Kemiskinan pula boleh menjadikan seseorang terdorong melanggar larangan Allah semata-mata untuk memperolehi harta kekayaan.

Namun kemiskinan juga boleh menjadikan seseorang sentiasa insaf, ingat kepada Allah dan bergantung dengan-Nya sepanjang masa. Malah Rasulullah SAW amat suka berdampingan dengan golongan miskin kerana ia boleh melembutkan hati dan menyuburkan sifat tawaduk dan rendah diri.

*************

Ramai antara kita yang gagal apabila di uji dengan nikmat kekayaan. Saya ada beberapa kenalan yang sebelum ini begitu ramah dan mesra. Namun setelah agak berjaya dalam perniagaannya sehingga dapat membeli kereta MPV yang agak canggih dan punyai simpanan kewangan yang agak kukuh, maka sikapnya juga turut berubah. Tiada lagi keramahan dan kemesraan. Yang tinggal kesombongan dan perasaan bangga diri. Gaya pertuturan juga sudah menjadi agak kasar dan menyinggung perasaan. Maka nampaknya kenalan saya ini mungkin sudah menemui kegagalan dalam ujian Allah dalam bentuk kekayaan material itu.

Semasa saya di ibukota berdekatan dengan Puduraya kelihatan ramai orang yang 'homeless' menjadikan sebuah dataran di situ sebagai tempat tidur mereka. Mereka akan menyediakan hamparan dari lembaran2 kotak sebagai tempat tidur. Saya merasakan mereka ini dari kumpulan manusia yang diberi ujian kemiskinan oleh Allah. Yang sedihnya saya melihat ramai antara mereka ini sibuk meneliti keputusan cabutan 'Sports Toto' dan 'Magnum' dari helaian fotostat keputusan yang di jual pada setiap awal malam. Usaha mereka untuk keluar dari kelompok kemiskinan tanpa usaha jerih ialah mengharapkan durian runtuh dari perjudian nombor ekor.

@@@

Saturday, October 30, 2010

The Red Warriors - Pahlawan Merah Kelantan

Barisan Kemungkinan Kelantan : Khairul Fahmi Che Mat, Mohd Daudsu Jamaluddin, Mohd Farisham Ismail, Mohd Rizal Fahmi Abd Rosid, Zairul Fitree Ishak, Muhd Badhri Radzi, Mohd Shakir Shaari, Indra Putra Mahayuddin (KP), Mohd Norfarhan Muhammad, Hairuddin Omar dan Norshahrul Idlan Talaha.


The Red Warriors kembali ke medan juang dengan semangat pahlawan sejati untuk menebus maruah dan mencipta sejarah. Darah merah mengalir di setiap salur dan urat membawa sejuta harapan anak negeri bagi memartabat Kelantan ke pesada pasukan elit juara Piala Malaysia. Dengan adunan pemain2 penuh bakat dan kukuh jatidiri oleh pihak pengurusan yang lebih professional semenjak beberapa tahun kebelakangan ini menjadikan pasukan bola Kelantan sebuah pasukan yang digeruni sekali gus dihormati kawan dan lawan, pahlawan sejati bukan pendekar celup.


Apakah malam ini bakal menjanjikan sebuah kemuncak kejayaan dalam pendakian ke mercu tertinggi pertandingan bolasepak tempatan? Kelantan sejaridulu memang punyai peminat setia yang sanggup jatuh bangun bersama, asalkan perjuangan bersifat pahlawan bukan pondan di medan juang. Peminat setia Kelantan adalah yang terbaik dan paling fanatik. You never walk alone.


Namun biarlah pesanan TGNA menjadi ingatan bahawa kita ini membawa nama baik negeri Kelantan, Negeri Serambi Mekah yang penuh hemah, lemah lembut dan adap sopan. Janganlah diberi ruang untuk pihak tertentu memberi imej buruk kerana kelakuan biadab beberapa kelompok peminat yang memang liar dan kurang asam. Jangan lupa solat walaupun ghairah memenuhi stadium seawal 4 ptg.


TGNA berkata, beliau yakin Kelantan akan menang dan para penyokong juga mampu menunjukkan teladan yang baik dengan sentiasa berpegang kepada akhlak yang dianjurkan oleh Islam. Jelasnya, kerajaan negeri akan turut memberi insentif kepada pemain bola sepak Kelantan kerana berjaya ke peringkat akhir Piala Malaysia.


Motto “Permainan Cantik, Penyokong Terbaik”. Begitulah slogan yang disuarakan oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa.


“Kita datang ke Bukit Jalil untuk menjadi juara", tegas B Sathianathan jurulatih Kelantan.


“Sekali sejarah tercipta, ia akan menjadi lebih mudah untuk generasi seterusnya mengikut jejak langkah,” kata Sathia. “Jika Kelantan menang kali ini, saya percaya pembangunan bola sepak di Kelantan akan meningkat mendadak".


Semoga Stadium Bukit Jalil malam ini menyaksikan sebuah Final Piala Malaysia yang klasik yang boleh di jadikan rujukan sepanjang zaman. Final Piala Malaysia kali ini adalah ulangan Final pada tahun lepas yang menyaksikan pertandingan berat sebelah yang dikuasai pasukan N9, namun pada tahun ini rasanya kesenambungan dari perjuangan yang belum selesai pada tahun lepas memberi sedikit kelebihan kepada pasukan Kelantan dengan barisan penyerang dan enjin tengah yang lebih konsisten dan menyengat.


Maka ramalan awal yang mengatakan bahawa N9 sebagai pasukan underdog oleh kebanyakan akhbar tempatan dan pundit bola negara kemungkinan besar ada kebenarannya.


The Red Warriors
bakal menjadi JUARA malam ini !!


------------------------o-------------------------------o---------------------------o------------
Alhamdulillah, Kelantan berjaya mencipta sejarah sebagai JUARA PIALA MALAYSIA 2010 mengalahkan N9 dengan jaringan 2-1. Bravo !!

@@@

Friday, October 22, 2010

Jangan Mengeluh

Seorang penyair ada menyatakan "Betapa sering engkau mengeluh dan mengatakan bahawa engkau tidak punya apa-apa padahal bumi, langit dan bintang-bintang disediakan untukmu."

Jangan mengeluh. Banyak nikmat yang Allah berikan pada kita. Dan banyak ujian yang hebat diberikan pada orang lain berbanding kita. Banyakkan bersyukur. Itu yang sebaiknya. Mari kita sama2 muhasabah diri.

Saya ada seorang teman. Anaknya ditimpa penyakit kulit yang kronik. Puas dia berubat ke sana ke mari. Habis duit tak payah nak kira. Isterinya pula ditimpa penyakit misteri dan selalu sakit2. Bila ‘haid’ perdarahannya banyak dan tidak berhenti. Dia mengsyaki masalah ‘saka’ yang ada dalam badan isterinya. Inilah ujian Allah kepadanya. Saya kata bersabarlah dengan ujian ini, insyaAllah ia akan berlalu jua.

Seorang kawan yang lain sudah mendirikan rumah tangga selama 17 tahun namun masih tidak dikurniakan anak walaupun pelbagai usaha dilakukan. Seorang rakan lagi hanya dikurniakan Allah anak tunggal yang kini berusia 12 tahun. Seorang lagi rakan juga dikurniakan anak tunggal yang sebaya dengan anak kedua saya berusia 18 tahun dan sama2 menuntut di UIA.

Penyanyi tersohor Negara yang punya harta berjuta masih juga tidak dikurniakan anak. Seorang rakan sekerja nampaknya hidup agak mewah dan memandu kereta BMW 5series namun setelah 7 tahun berkahwin masih tidak mempunyai zuriat. Sesungguhnya anak itu rezki Allah kepada hambanya. Bersyukurlah dengan nikmat anak ini.

Bertemu jodoh juga suatu nikmat Allah. Kawan saya seorang akauntan kini sudah berumur 38 tahun, namun masih belum berkahwin. Hidupnya masih sabagai anak muda, sibuk bermain futsal dan menghabiskan masa tanpa haluan. Mencari jodoh juga satu komitmen. Mungkin dia masih takut pada bayang sendiri dan gagal membuat komitmen. Jadilah dia bujang terlajak.

Ada pula yang diberi ujian oleh Allah dalam persoalan jodoh ini. Masa belum berkahwin mak datuk lawanya bakal isteri atau baiknya bakal suami. Bila dah berkahwin habis segala kecantekan lenyap segala kabaikan. Ada pula selepas berkahwin rumahtangga jadi purak puranda. Apabila gagal melalui ujian dari Allah banyak perkahwinan berakhir dengan penceraian pula.

Maka bila kita di beri ruang oleh Allah dengan sebuah keluarga yang bahagia, isteri dan anak2 yang baik maka itulah nikmat yang tidak terhingga. Bersyukurlah dan janganlah mengeluh lagi. Bandingkan dengan saudara kita yang kurang bernasib baik.

Seorang suami mengharapkan seorang isteri yang pandai memasak dan mengurus rumahtangga. Namun tidak semua isteri punyai skil memasak ini. Ramai juga yang bergantung kepada orang gaji untuk memasak di rumah atau terpaksa saban masa makan makanan yang dibeli. Ini semua ujian. Nikmat makan ni pun satu hal juga. Maka bersyukurlah jika diberi nikmat oleh Allah seorang isteri, suami atau anak yang pandai memasak.

Lihat pula kepada saudara OKU kita. Berat ujian yang Allah berikan kepada mereka berbanding dengan manusia yang sempurna pancaindera. Bersyukurkah kita? Atau apakah kita rasa biasa-biasa saja? Kalau Allah tarik balik sebelah kaki kita bagaimana? Kalau Allah hilangkan sebelah tangan kita bagaimana? Kalau Allah ambil balik mata kita macamana? Maka bersyukurlah kita kerana Allah dengan sifat rahmat-Nya pengasih-Nya telah memberi segala kemudahan kepada kita. Maka perlukan kita mengeluh lagi?

Kebahagiaan adalah kesenangan hati. Apabila saya membeli rumah di sini ia menyenangkan hati. Kawasannya luas, udaranya bersih dan suasananya nyaman. Ada pemandangan bukit, tasek dan kehijauan. Sebuah rumah untuk kembali selepas penat bekerja di ofis. Sebuah rumah untuk berehat dan bersama keluarga. Dengan harga yang termampu, Alhamdulillah. Bagi saya inilah nikmat dari Allah. Ramai juga yang memandang secara negatif dan penuh prejudis namun apa yang penting tanyalah hati kita. Bahagiakah kita?

Berbanding pula dengan saudara yang lain yang terpaksa mengeluarkan belanja yang lebih pada sebuah rumah yang lebih kecil pada sebuah lokasi yang lebih sesak. Seorang kawan membeli sebuah rumah yang berharga melebihi RM350k dengan keluasan yang tidak seberapa. Mungkin dikelabui dengan lokasi yang berdekatan dengan pusat bandar atau kemudahan awam yang lain. Namun hakikatnya kesenangan yang tidak berbaloi dengan pelaburan yang dikeluarkan. Mungkin dia bahagia namun ramai pula yang dihijab sehinggakan duka itu menjadi bahagia dan sebaliknya. Itu juga ujian Allah. Allah akan memilih dikalangan hamba-Nya untuk dikurniakan nikmat kebahagiaan itu.

Ada pula seorang kawan ini yang diberi peluang oleh Allah untuk menyelesaikan segala masalah hutang den bebanan kewangannya dengan dikurniakan Allah durian runtuh dari beberapa sumber. Namun nikmat yang Allah kurniakan itu tidak dihargai dengan sebaiknya. Hutangnya hanya dilangsaikan sekadar 70% tetapi yang menyedihkan ia kembali membuat hutang yang baru. Membeli rumah baru dan barangan yang tidak termampu. Mengerjakan ibadah haji jauh sekali. Maka kembalilah dia kepada kedudukan asalnya sebelum mendapat durian runtuh itu malah menuju kepada keadaan yang lebih teruk pada pandangan saya.

Segeralah muhasabah diri. Terlalu banyak nikmat dan peluang yang Allah berikan namun kita tetap mengulangi kesilapan yang sama. Namun Allah tidak jemu memberi peluang dan nikmatnya yang banyak. Semoga kita insaf.

Di dada2 akhbar kita membaca kisah2 tragis yang berlaku. Kes2 kemalangan contohnya yang terbaru di lebuhraya melibatkan bas express yang meragut 12 nyawa itu di mana anggota badan terputus dan berkecai sehingga menyukarkan pengecaman mayat. Kes pembunuhan warga Mongolia yang diletupkan sehingga berkecai tulang gemulannya di Shah Alam beberapa tahun lalu. Dan yang terbaru kes pembunuhan di Banting yang lagi dahsyat sehingga tulang2nya juga hilang menjadi debu sahaja.

Marilah kita berdoa setiap selepas solat agar hidup kita dalam iman dan mati kita juga dalam iman. Kita mohon hidup dalam kesenangan dan diperelokkan kematian kita. Hidup ini sementara saja ibarat seorang musafir di padang pasir yang panas terik berhenti berteduh di bawah sepohon pokok yang rendang. Berhentinya itu sekadar menghilang penat dan berehat seketika. Perjalanan masih jauh menuju alam akhirat yang kekal abadi itu.

Secara fizikal mati kita nanti akan diiringi kain kapan putih bersih. Namun sebagaimana beberapa kisah di atas ada antara kita yang tidak dapat diiringi walaupun oleh kain kapan sedangkan harta peninggalannya berjuta-juta ringgit. Semoga kita dikurniakan kematian yang elok.

Manusia yang beruntung ialah mereka yang sentiasa bersedia menghadapi kematian. Kerana kematian itu bukan titik penamat kehidupan tetapi adalah permulaan kepada sebuah kehidupan yang baru. Tiada lagi yang dapat membantu melainkan amal jariah, doa anak yang soleh dan ilmu bermanafaat yang kita tinggalkan.

Kita acapkali memikirkan sesuatu yang telah hilang, sehingga kita lupa mensyukuri apa yang ada di hadapan kita. Kita merasa sedih kerana kekurangan material, padahal kita masih memiliki kunci kebahagiaan, memiliki pelbagai kebaikan dan kenikmatan. Oleh itu renungkanlah dan bersyukurlah.

  1. "...sekiranya kalian menghitung-hitung nikmat Allah, nescaya kalian tidak akan dapat menghitungnya..."(Surah Ibrahim: Ayat 34)
  2. "Pada diri kalian juga terdapat tanda-tanda kekuasaan Allah. Apakah kalian tidak memperhatikannya?" (Surah Adz-Dzariyat: Ayat 21)
  3. "Mereka mengetahui bahawa semua nikmat yang ada berasal dari Allah, tetapi mereka mengingkarinya..." (Surah An-Nahl: Ayat 83)
  4. "Maka nikmat Tuhan kalian yang manakah yang layak anda dustakan?" (Surah Ar-Rahman: Ayat 13)

@@@

ISU PENDIDIKAN

Saya terbaca sebuah posting yg sangat baik yg berupa luahan rasa seorg guru yg dedikasi perihal sistem pendidikan di sekolah yg sudah acap k...